Pengaruh Islam Dalam Kesenian -

PENGARUH TAMADUN ISLAM DALAM ASPEK KESENIAN

Seni dapat dipandang dari pelbagai segi antaranya dari segi kemahiran, segi kegiatan manusia segi karya manusia, dari segi seni halus ( fine arts )dan dari segi seni pandang (visual arts). Walaubagaimanapun, tiap-tiap pandangan itu merumuskan definasinya tersendiri, dimana definasi yang dirumuskan dipandang dari sudut karya manusia. Sehubungan itu, Herbert Read mendefinasikan bahawa “seni adalah usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan ”.
Selain itu, kesenian itu juga merupakan suatu ciri tamadun dimana tamadun itu mampunyai tahap perkembangan kebudayaan yang tinggi. Diantara ciri-ciri tamadun ialah:
• bentuk negara dengan pentadbiran yang tersusun,
• kehidupan bandar,
• sains dan teknologi dan pendidikan yang mencapai perkembangan,
• arsitektur yang membina monumen dan bangunan –bangunan besar,
• aktiviti kesenian yang berkesan.

Sehubungan itu, kesenian merupakan pola kebudayaan sejagat dan ciri yang turut memperkembangkan kebudayaan suatu tamadun. Apabila dikaji kesenian merupakan salah satu ciri bagi tamadun islam. Sebagai contoh, Bandar dan bangunan-bangunan ditegakkan oleh tata kota dan seni bina.

Oleh hal yang demikian, Islam telah merumuskan bahawa seni Islam ialah ciptaan bentuk yang mengandungi nilai estetik yang berpadu kepada nilai etika Islam. Sekalipun kesenian tiada hubungannya dengan agama Islam melainkan dengan kebudayaan Islam. Namun disebabkan kebudayaan yang tertakluk pada agama, maka disebabkan itu jugalah kesenian tertakluk dan dikendalikan oleh agama. Agama telah mengariskan syariat yang wajib ditempuh oleh kebudayaan di mana menyuruh melakukan “Amar ma’ruf, nahi mungkar”. oleh itu dengan tertakluknya kesenian kepada agama, bermakna tertakluknya nilai estetika kepada nilai etika. perpaduan diantara nilai estetika dan nilai etika merupakan asas di atas mana-mana gagasan (konsepsi) Islam tentang kesenian.

Justeru itu, ketika kebangkitan Islam dalam abad ke-15 H. para cendekiawan telah mengkaji tamadun Islam yang mencapai kejayaan pada zaman Abbasiyyah. Apa yang ditonjolkan dari warisan tamadun itu, yang menjadi bahan–bahan pameran tamadun Islam adalah unsur–unsur kesenian. Dalam kesenian, Islam mempertimbangkan diantara estika dan etika, iaitu antara keindahan dan kebaikan. Seandainya, Islam hanya menumpukan kepada keindahan sahaja seperti kata falsafah “seni untuk seni” dan tidak menghiraukan tentang aspek baik dan buruknya, ini bermakna berlaku berlebih-lebihan dalam kesenian. Situasi seperti ini tidak disukai Allah mahupun Islam itu sendiri.
Firman Allah S. W. T yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas” (surah Al-A’raff:31)
Walaubagaimanapun, pada hakikatnya kesenian tamadun Islam telah mengukir sejarah selama 14 abad sehiggalah ke hari ini. Maka pengaruh tamadun Islam dalam aspek kesenian ini dapat dibahagikan kepada beberapa keadaan :
 Masa awal: 610-660 M
 Masa pertumbuhan :660-750 M
 Masa perkembangan : 750-1250 M
 Masa pembekuan dan kemunduran : 1250-1800 M
 Masa kesedaran dan kebangkitan : 1900-…

Masa Awal Seni Tamadun Islam (610-660)

Masa awal kesenian meliputi zaman Rasulullah dan Khalifah Rasyidin. Ketika wilayah Islam berkembang luas, masyarakat Arab berbaur dengan pelbagai bangsa yang mana mempunyai kebudayaan dan kesenian. Oleh itu berlakulah anjakan paradikma terhadap kesenian dimana segala aspek diambil kira agar ianya tidak menyimpang daripada garis Islam. Maka tercetuslah seni rupa yang bermotifkan annabatiyah (tumbuh-tumbuhan) dan ai-handasiyah (geometric). Seni arca (patung) tijauhi kerana bimbang mereka akan mengingati penyembahan musryrik.

Seni bina
Disamping itu, dengan pembangunan masjid-masjid maka terciptalah seni bina khas Arab dengan unsur-unsurnya :bentuk pilar, busur, kubah, ukiran lebah bergantung dan menara yang menjulang tinggi. Oleh yang demikian, seni bina Islam boleh dibahagi kepada tiga cabang:
i. Bangunan sipil(‘imarah madaniyah), yang menyatakan tentang bandar-bandar dan gedung-gedung khusus.
ii. Bangunan agama (‘imarah diniyah) yang wujud pada masjid –masjid dan tempat-tempat ibadat lainnya.
iii. Bangunan milter (‘imarah harbiyah) yang terjelma pada benteng dan menara pertahanan.

Pada zaman Khalifah Umar, ketika wilayah Hijaz menjadi wilayah yang makmur, maka ramailah arkitek-arkitek dari Jazirah Arab datang ke madinah. Lantaran itu seni bina Islam mula menampakkan kemajuan. Pada permulaan Islam banyak kota telah di bina. Pembinaan ini termasuk didalam seni bina kota. Diantara kota penting yang di bina dengan seni bina kota iaitu Basrah, Kaufah dan Fusthath. Disamping itu, masjid merupakan intipati kepada perkembangan seni bina. Masjid yang mula-mula didirikan ialah Masjid Quba, Masjid Madinahdn 10 masjid lain di Madinah, Masjidil Haram dan 14 masjid di Makkah, Masjid al-Atiq atau Jami’Amr Bin Ash diMesir.

Seni sastera
Sebelum kedatangan Islam orang Arab mengenali kesusasteraan dalam bentuk syair. Deklamasi dapat ditafsirkan sebagai bahan yang digunakan dari segi pengucapan dimana pada kebiasannya berunsur karya sastera. Selain itu, di zaman tamadun Islam banyak karya–karya syair telah dicipta. Hal ini kerana masyarakat di zaman itu sering menggunakan syair untuk meluahkan sesuatu perkara. Walaubagaimanapun terdapat jurang perbezaan yang ketara diantara syair berbanding dengan ayat-ayat Al-quran. Al-quran yang diwahyukan Allah kepada Rasulullah s. a. w mempamirkan estetika bahasa yang tiada bandingannya. Namun pada hakikatnya Al-quran bukanlah karya sastera. . Fiman Allah dalam surah yassin yang bermaksud : “Dan kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan syair itu tidak patut baginya. Ini hanyalah pengajaran dan Al-quran yang memberikan penerangan” (surah yassin ayat:69)

Seni pidato(Fann Khithabah)
Ketika Islam tumbuh dalam kelompok Arab, seni pidato berkembang pesat. Rasulullah sendiri merupakan seorang pidato yang ulung disamping para sahabat yang banyak sumbangan dalam Islamisasi. Khihabah pada mulanya di pengaruhi oleh uslub Al-quran yang menilai dari aspek balaghah dan hikmah dan diindahkan oleh ayat-ayat Al-quran yang berbentuk estetika agung.

Masa Pertumbuhan Seni Umat Islam (660-750)
Zaman pertumbuhan seni meliputi zaman Daulah Umawiyah yang berpusat di Damsyik. Dalam kurun ini deferensiasi kesenian mulai diperluas dan cabang –cabang kesenian semakin bertambah.

Seni Bahasa
Dalam kurun kedua ini pelbagai aspek kesenian mengalami kemajuan diantaranya poilitik, ekonomi sisal dan ilmu pengetahuan. Kemajuan tersebut membawa kepada pertumbuhann perbendaharaan kataseperti krosa kata dan istilah –istilah baru. Antara gejala kesusasteraan ketika itu ialah:
i. Terpelihara dari bahasa kasar di mana kesusasteraan Arab tetap dalam balaghah asli.
ii. Banyak terdapat tasyib iaitu ucapan rindukan kekasih dalam bait-bait pertama sebagai permulaan sajak atau gasidah.
iii. Polemik sastera antara penyair seperti politik Umawiyah.
iv. Dengan pertambahan wilayah Islam, sastera Arab semakin meluas, maka kaum Mawaly bukan Arab muncul dimedan sastera.
v. Kesusasteraan pemujaan
vi. Sastera khamar di mana krisis akhlak akhir zaman Umawiyah telah melahirkan syair keindahan dan kesedapan khamar.

Seni pidato
Pada umumnya khalifah, gabenor panglima dan pembesar adalah seniman –seniman pidato. Namun Fann Khithabah hanya berfungsi sebagai membangkitkan semangat jihad dan meniggikan martabat kabilah, tidak terpusat pada dajwah Islamiyah.

Seni Insya’
Insya’ atau mengarang surat marupakan sebahagian daripada seni. Sekretaris-sekretaris yang mengarang biasanya menjadi terkenal kerana seninya.

Seni Suara
Perkembangan nyanyian yang terpenting antaranya ialah Qiraatul Quran, ghasidah, muzik dan lagu-lagu yang yang bertemakan kasih sayang. Sejajar dengan itu, bahasa atau gerak biasa tidak mampu untuk mencipta emosi yang mendalam apatah lagi untuk melahirkan intonasi nada. Sebagai contoh, irama dan gaya dalam suara azan yang terbit dari seni bina pada pembina –pembina Alhamra di Sepanyol. Lantaran itu, alunan dari suara qari mahupun qariah yang membaca Al-quran juga merupakan salah satu seni suara. Dalam suatu hadis da’if menerangkan bahawa: “Hendaklah kamu membaguskan bacaan Al-quran dengan suara yang bagus kerana suara yang bagus itu akan menambahkan kebagusan bacaannya” (H. R. Imam-imam Al Hakim, Ad-Darimy dan Ibnu Nasar dari Al Bara bin A’zib).

Seni Rupa
Seni ukir dan seni pahat merupakan cabang seni rupa yang mana menggunakan tulisan khat Arab sebagai motifnya. Pada kebiasaannya ayat Al-quran, Hadis, syair atau kata hikmah dipahat dan diukir pada dinding bangunan masjid, istana dan gedung lainnya.

Seni Bina
Terbinanya pelbagai masjid di merata dunia contohnya Masjid Kairawan, Afrika Utara yang terkenal dengan kubahnya yang dikenali sebagai “Qubatul Bahwi”dan Masjid Cordova iaitu masjid yang terbesar di dunia Islam dengan seni binanya yang ajaib.

Masa Perkembangan Seni Tamadun Islam (750-1250 M)
Perkembangan tamadun berlaku ketika zaman Daulah atau Khalifah Abbasiyah di mana dunia seni Islam mengalami revolusi. pada ketika itu kesenian tidak lagi berlandaskan nilai estetika dan nilai etika Islam.

Seni Bahasa
Kebanyakan sastera dikarang atau disalin dari bahasa asing, buku-buku novel, riwayat, nasihat dan uraian sastera. Penghasilan drama juga telah mula menampakkan perkembangannya namun kurang sambutan kerana terdapat unsure-unsur yang bercanggah dengan nilai etika Islam seperti terdapat penampilan wanita.

Seni Suara
Di zaman Umawiyah seni suara berkembang terus dan daerah hijaz merupakan tempat yang sesuai untuk menyebarkan muzik manakala madinah selaku pusatnya. Ketika zaman Abbasiyah seni muzik mencapai puncak kgemilangan di mana terdapat kelas yang disebut “kelas utama(athbaqatul Ula).

Seni Muzik
Pada hakikatnya, muzik dapat disimpulkan sebagai hiburan kerana ianya dapat memberi keseronokan dan keasyikan. Dalam tamadun Islam juga terdapat hiburan seperti ini malah ketika zaman nabi juga berlaku beberapa kisah tentang kesenian berkaitan muzik atau hiburan. Bukhari dengan sanat dari Saidina Aisyah r. a diriwayatkan, bahawa ia mengahwinkan seorang perempuan dengan seorang lelaki Ansar. Maka kata Rasulullah s.a.w.:” wahai Aisyah, adakah apa hiburan bersama kamu kerana orang-orang Ansar berminat kepada hiburan”.

Pada riwayat yang lain pula, kata Aisyah :Abu Bakar datang dan padanya terdapat dua orang jariah pada hari Mina, keduanya sedang menyayi dan memukul kompang(duf).
Kebanyakan kitab-kitab muzik disalin dari kitab-kitab yunanai, parsi dan India. namun orang pertama yang membiana kilang alatan muzik ialah orang Islam. Pusat kilang pembuatan kilang yang terkenal ailah Sevilla di Andalusia. Alatan muzik yang dihasilkan adalah seperti mizbar(kecapi klasik), murabba, qitara(gitar).

Seni Tari
Seni taribekembang luas ketika zaman Abbasiyah. Namun, tidak kesemua digolaog dalam seni Islam kerana ada sebahagian daripanya diketogerikan dalam seni muslim. pengarang kitab seni yang pertama dalam Islam ialah Al Faraby dengan bukunya yang bertajuk Kitabul raqs wal Zafn. Sebagai contoh gerak dan nada ialah seni tari dengan muzik (choreogrophic art).

Sehubungan itu, tamadun Islam menyaksikan kurang perbahasan tentang seni tari kerana di zaman Rasulullah ianya dibenarkan malah terdapat riwayat dan hadis yang menyatakan kenyataan tersebut.

Ibnu Hajar Al-Haitami dalam kitabnya tuhfah menegaskan tentang tidak haramnya tarian:” tidak diharamkan tari-menari dan tidak pula makruh, oleh karena
tari-tarian itu semata-mata merupakan gerakan-gerakan lurus dan bengkok dan kerana Rasulullah s.a.w. menyuruh seorang bangsa Habsyi untuk menari-nari dalam satu masjid baginda di kala hari raya “. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seni Pahat dan Ukir
Seni pahat kebayakannya menghasilkan relief (bentuk gambar timbul). manakala seni khat menghasilkan tulisan khat yang duukir dengan ayat Al-quran, hadis syair dan kata nasihat.

Seni Sulam
Seni sulam dihasilkan oleh golongan wanita di mana seni akan melahirkan kraftangan seperti sutera dewangga, jubah, serban dan permaidani.

Seni Lukis
Seni lukis Islam memperlihatkan kehalusan bentuk dan warna yang mana telah memberi ilham kepada orang Eropah. Buku bergambar pertama telah dikarang oleh Firdausi(995-1020 M) yang berjudul Syah Nama.

Seni Bina
Seni bina Islam ketika ini tidak tertumpu pada bangunan dan taman malah juga wilayah di mana kumpulan bangunan itu didirikan iaitu kota. Ibnu Khaldun pernah berkata “kedudukan rohani, pandangan hidup, cita –cita suatu bangsa dapat dirupakan pada rupa–rupa yang didirikan ”. Diantara kota-kota penting zaman Abbasiyah ialah:
I. Baghdad
II. Samara
III. Kota Qathai’u, ibu kota mesir yang bersatu dengan Fusthath danAskar.
IV. Kota Qahirah, pusat Daulah Fathimiyah
V. Kota Mahdiyah
VI. Kota Mashuriyah
VII. Kota Zahra:terdapat susunan kota iaitu kota atas, kota tengah, kota bawah
VIII. Kota Zahirah yang dala perluasannya yang pesat bersambung dengan Cordova dan Zahra.

Masa Pembekuan Dan Kemunduran Seni T amadun Islam (1250-1900)
Cordova yang merupakan pusat tamadun Islam di sebelah barat telah jatuh ke tangan Nasrani pada tahun 1238 M. Manakala Baghdad yang merupakan pusat tamadun Islam di sebelah timur pula telah jatuh le tangan Mongol pada 1258. Bertitik tolak daripada kejadian itu berlakulah kemunduran tamadun Islam terutamanya kesenian Islam.

Masa Kesedaran Dan Kebangkitan Seni Tamadun Islam (1900-……. )
Semenjak kejatuhan tamadun Islam ke tangan Nepoleon yang mengalahkan Mesir, memaksa dunia Islam berhadapan dengan tamadun Barat. Maka timbullah grrakan modernisma, gerakan tajdid atau gerakan pembabaharuan. Gerakan ini lebih bersifat kebudayaan. Sebelum gerakan ini juga terdapat “gerakan salaf” yang mana cuba untuk melaksanakan reformasi bagi mengembalikan agama Islam ke tempat asalnya.
Lantaran itu, kesenian juga mengalami pembaharuan dan tidak diharamkan kerana Islam sebagai kebudayaan iaitu cara hidup mempunyai relevansinya dengan kesenian. Di samping kesenian itu yang memiliki sifat mudah selama ia tertakluk kepada nilai-nilai etika Islam. Perkara ini membawa kita kepada pembicaraan mengenai aspek “seni dan dakwah”.

Oleh itu sebagai kesimpulannya, kesenian dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut salurannya iaitu:
1. Audio (untuk didengar ) ; , seni suara, deklamasi syair, muzik
2. Audio-Visual (untuk didengar dan dipandang) ;drama, filem, teater, nyayian. .
3. Visual (untuk dipandang ) ; seni lukis, seni hiasan, seni bina, seni pakaian dan pameran serta seni ukir.
4. Verbal (untuk dibaca ) ;prosa, puisi, sajak sastera

RUJUKAN
Drs. Sidi Gazalba, Pandangan Islam Tentang Kesenian. Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1983.
Al-Quran dan Terjemahannya : tafsir Al-Quran, 1970.
Read, Herbert, The Meaning of Art, Penguin, Books, 1959.
Oemar Amin Hoesin. Dr. Kultur Islam. Jakarta: Bintang Bintang, cetakan Kedua, 1975.
Hasimy, A. Sejarah Kebudayaan Islam. Jakarta: Bulan Bintang, 1975

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: http://abdazizharjin.blogspot.com