Pengaruh Islam Dalam Kebudayaan

PENGARUH ISLAM DALAM KEBUDAYAAN

Sebagai ajaran yang lengkap, Islam turut membawa transformasi
dalam aspek sosial di alam Melayu.Unsur-unsur kekastaan semakin terhakis diganti dengan sistem keadilan dan persamaan sesama insan.Wertheim berkata Islam telah menaikkan harga diri golongan bawahan yang selama ini tertindas dan terhina dalam sistem hindu.
Budaya, cara hidup, amalan dan adat istiadat orang-orang di alam Melayu turut menerima trasformasi.Ia merupakan kesan daripada ajaran-ajaran yang terdapat dalam Islam itu sendiri.Pengaruh akidah, syariah dan akhlak sedikit demi sedikit mempengaruhi kehidupan seharian mereka.Contohnya ialah sikap dan sifat orang-orang Melayu yang hormat-menghormati, larangan berbohong, menghormati orang tua, guru-guru, bergotong-royong, konsep kejiranan dan sebagainya.

6Selain itu, pakaian tradisional kaum Melayu juga turut mempunyai pengaruh Islam iaitu menepati ciri-ciri menutup aurat.

Pengaruh tulisan arab juga disesuaikan dengan tulisan masyarakat Melayu dengan terhasilnya tulisan jawi.

Mengikut Prof.Hamka, dengan tidak mengabaikan jasa Acheh di zaman kebesaran Pasai, dapatlah dicatat bahawa Sultan Muhammad Shah, yang nama Hindunya Permaisura dan lantik gelarnya dikala mudanya Raja Kecil Besar itu, adalah pembangunan utama dari adat istiadat Melayu Islam.

Pengalaman-pengalaman baginda dan pandangannya tentang adat istiadat Majapahit, Kerajaan Siam dan Kerajaan Pasai, menimbulkan keinginan beliau mengatur adat istiadat kerajaan dalam bentuknya sendiri.apatah lagi apabila baginda mendengar peraturan-peraturan dalam Kerajaan Hindustan, Parsi dan Arabia.maka terkenallah adanya ‘Undang-undang Kerajaan Melaka’, yang sampai kepada zaman-zaman terakhir setengahnya masih terpakai pada beberapa kerajaan Melayu.

Beberapa peraturan (adat istiadat) yang beliau gariskan:

 Pemakaian payung
 Raja bersemayam
 Menerima atau melepaskan utusan
 Raja melantik gelaran
 Raja berangkat
 Peraturan mengadap raja bernobat
 Raja mengadakan peralatan (jamuan besar)
 Raja berangkat ke masjid
 Hari raya
 Larangan dan pantangan

Di bawah pengaruh agama Hindu sebelum itu keilmuan berasaskan ilitisme dan pengajian berlaku dalam kelompok yang ekslusif iaitu di Istana-lstana sahaja. Pengaruh Islam kemudiannya telah mengubah sifat elitisme warisan Hindu ini kepada sifat popular. Pengajian telah berubah dari budaya Istana yang eksklusif kepada budaya terbuka untuk semua peringkat masyarakat walaupun Istana masih memainkan peranan penting.

Dari segi bahasa, selepas kedatangan Islam bahasa Arab mula mengambil alih bahasa Sanskrit. Huruf Arab telah digunakan bagi menggantikan huruf Kawi dan Nagari. Dengan demikian, selepas kedatangan Islam bahasa Melayu telah mengalami perubahan yang pesat dengan peniruan kata-kata Arab sehingga bahasa Melayu menjadi media kepada ilmu pengetahuan seperti Teologi, Falsafah, Etika dan sebagainya.

Pengaruh Islam di Alam Melayu juga telah memulakan tradisi penulisan buku-buku ilmu pengetahuan dalam masyarakat Melayu. Ia merangkumi ilmu-ilmu Teologi, Falsafah, Undang-Undang, Sejarah dan Perubatan. Dengan penulisan ini bahasa Melayu mengalami proses pemodenan dan mulai tersebar dengan meluas sehingga menjadikannya Lingua Franca di Nusantara.

Dengan memperkenalkan pengajian Falsafah, pengaruh Islam di Nusantara telah memperkenalkan pemikiran yang bercorak rasional dan intelektual dalam masyarakat Melayu. Pengaruh Islam telah mengubah penekanan daripada unsur-unsur estetika dalam kebudayaan Melayu seperti yang biasa berlaku pada zaman Hindu kepada pemikiran yang bercorak aqliyah.

Disamping itu, Islam juga menekankan unsur-unsur persamaan sosial, keadilan, kemuliaan peribadi dan sebagainya. Dengan itu pengaruh Islam telah mengubah pandangan orang Melayu daripada yang bercorak mitologi fantasi kepada pemikiran yang bercorak intelektual yang rasional dan ilmiah.