Wednesday, April 23, 2008

Tamadun Cina: Kesusasteraan, Kesenian, Sains Dan Teknologi Cina



18.1 PENGENALAN

Tamadun Cina pada dasarnya merupakan. sebuah tamadun berorientasikan agraria atau pertanian yang sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca dan sifat geografi dalam proses pembangunan dan perkembangan. Bagaimanapun, sebagai mana yang telah dibincangkan dalam bab terdahulu, proses pembangunan tamadun Cina mengambil masa yang panjang. Tamadun Cina telah melahirkan perkembangan pelbagai aliran falsafah, organisasi politik secara kompleks, serta sistem pentadbiran dan institusi sosial yang maju. Bab ini akan membincangkan mengenai beberapa aspek lain yang tidak kurang pentingnya dalam tamadun Cina iaitu bahasa dan kesusasteraan, kesenian, sains dan teknologi.


18.2 BAHASA DAN KESUSASTERAAN CINA KLASIK

Sejarah kesusasteraan Cina bermula sekurang-kurangnya seawal kurun ke-14SM dan pci-kembangannya berterusan sepanjang lebih daripada 3,000 tahun. Perkembangan kesusasteraan Cina ini tidak pernah menerima gangguan atau sekatan. Sifat ini khasnya disebabkan bahasa pengantar bagi sastera Cina klasik iaitu bahasa Cina telah mengekalkan identitinya dari segi lisan dan tulisan "walaupun negara China pernah diperintah oleh puak asing seperti orang Mongol (dinasti Yuan, 1279-1368) dan orang Manchu (dinasti Qing, 1644-1911). Tulisan Cina pada dasarnya bersifat grafik dan bukan fonetik (non-phonetic); dan sifat ini menjadikan bahasa Cina kurang sesuai untuk digunakan dalam usaha mentranskripsikan bahasa lain. Dengan ini ia tetap tidak berubah dan seterusnya meninggalkan beberapa kesan terhadap kesusasteraan Cina dan penyebarannya.

Sifat bahasa Cina yang bukan berabjad-fonetik (alphabetic-phonetic) bermakna huruf-hurufnya tidak menunjukkan bunyi sebutan. Bahasa Cina boleh disebut dalam kelainan cara dari segi fonologi mengikut tempat atau mengikut kesesuaian selaras dengan perubahan zaman-zaman dalam sejarah Cina. Namun begitu, maksud sesuatu huruf tetap sama tidak kira dalam diaiek apapun ia disebutkan atau dipertuturkan. Maka itu kesusasteraan Cina dapat dinikmati dan dihayati oleh semua yang mengenali huruf Cina. Sesebuah karya klasik Konfusius misalnya, boleh dibaca dalam apa jua diaiek tanpa menjejaskan maksudnya. Sifat bahasa Cina ini mengekalkan kesinambungan budaya Cina dan membolehkan kesusasteraan Cina klasik terus menjadi aset budaya masyarakat Cina yang amat bemilai.

18.3 KEPELBAGAIAN GENRE SASTERA CINA KLASIK

18.3.1 Puisi

Antologi puisi Cina yang terawal bertajuk Shijing (Klasik Puisi). Antologi ini mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian rakyat yang wujud pada tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke-11SMP-771SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770SM-476SM) dan dikumpul dari kawasan Lembah Huanghe. la dipercayai disusun pada lebih kurang masa Konfusius (551SM-479SM). Puisi-puisi dalam antologi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan member! inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian. Shijing bersama empat klasik lain iaitu Yijing (Klasik Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji (Rekod Ritual) dan Chun qiu (Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik) dan sejak kurun ke-2SM ianya sangat dihormati oleh sarjana- sarjana Cina. Puisi yang terkandung dalam Shijing pada asasnya dinyanyikan dengan iringan muzik. Sesetengah puisi, terutamanya puisi kuil juga diiringi oleh tarian.


Pada keseluiuhannya kebanyakan puisi dalam Shijing mementingkan elemen lirik lebih daripada elemen naratif. Rima akhir diutamakan untuk mencapai kesan muzik dan tidak bergantung kepada penggunaan kecantikan retorik. Puisi dalam Shijing mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada fungsi sastera. la digunakan dalam pertemuan rasmi; raja dan pegawai diplomatik menyanyikan puisi sebagai pembayang bagi sesuatu keadaan sebenar atau untuk menyatakan maksud sebenar.

Chu ci (Nyanyian Chu) yang juga berasal dari muzik dan tarian dianggap mewakili antologi puisi Cina awal dari selatan di sekeliling kawasan Sungai Yangzi. Puisi-puisi yang berasal dari kawasan selatan ini menunjukkan pola irama yang agak berbeza daripada Shijing, misalnya baris-bans lebih panjang dan kurang tetap menyebabkan puisinya lebih sesuai dideklamasikan.

Mulai dari Shijing hmgga ke Chu ci, puisi Cina klasik kian matang dan sempurna. Dmasti Tang (618-907) menyaksikan kemuncak perkembangan genre ini. Keadaan politik dan ekonomi yang stabil khasnya pada tahap permulaan zaman ini menggalakkan perkembangan puisi Cina klasik mencapai tahap keemasan. Puisi yang telah dihasilkan tiada tandingan dari segi kuantiti dan kualiti. Quan Tangshi (Koleksi Lengkap Puisi Tang) mengumpulkan jumlah puisi lebih kurang 50,000 buah, hasil ciptaan dari 2,000 atau lebih orangpenyajak, termasuk penyajak agung seperti Li Bai, Du Fu dan Bai Juyi. Bentuk puisi utama yang wujud dalam sejarah puisi Cina klasik seperti jueju (puisi empat baris) dan lu shi (puisi lapan baris) juga telah mencapai tahap kematangan. Puisi- puisi ini dihasilkan dan ditulis dengan menggunakan pelbagai terna.

Bagi orang Cina, skop genre shi, yang biasanya diterjemahkan puisi, adalah sangat terhad. Sebenarnya yang boleh kita klasifikasikan di bawah golongan genre puisi wujud dalam banyak bentuk selain bentuk shi. Balada misalnya, begitu banyak jumlahnya. Kebanyakan teks drama juga mengandungi nyanyian dalam bentuk puisi. Yang harus diberi perhatian ialah sejenis puisi yang timbul dari nyanyian penghibur dan digubah dalam rangkap berlainan panjang mengikut bunyi atau suit muzik tertentu dikenali sebagai lirik ci. Di bawah usaha sebilangan penulisan ci yang berbakat seperti Liu Yong, Su Shi, Li Qingzhao, Zhou Bangyan dan Xin Qiji, bentuk ini mengambil tempat shi pada zaman pemerintahan dinasti Song (960-1279) untuk menjadi genre yang paling popular dan representatif.

Ringkasnya, bolehlah kita simpulkan di sini secara keseluruhannya, puisi Cina klasik mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri yang hams diberikan perhatian ialah pertama, puisi Cina berhubungan rapat dengan muzik; kedua, bersifat kompak (padat) dan singkat, panjangnya kadang-kadang serupa dengan sepucuk telegram; ketiga, puisi naratif atau deskriptif yang boleh dikatakan panjang mengikut standard sastera lain di dunia ini sangat kurang, dan epik tidak wujud; dan keempat, puisi mempunyai fungsi sosial dan politik selain fungsi sastera.


18.3.2 Prosa

Garis pemisah antara puisi dengan prosa kurang jelas. Ini dapat dilihat khususnya dalam tiga jenis genre. Bentuk/^, genre representatif bagi dinasti Han (206SM-220) misalnya, menunjukkan sifat puisi bercampur prosa. Ini menjelaskan mengapa/M diberi label berlainan seperti prosa bersifat puisi (poetic prose), prosa berima (rhyme prose), rapsodi (rhapsody), puisi bersifat prosa (prose poetry) dalam bahasa Inggeris. Genre lain dalam kumpulan ini termasukpianwen (prosa selari) iaitu sejenis prosa berirama iaitu syarat-syarat tertentu khasnya mengenai kecantikan retorik dikenakan, dan bagu wenzhang (eight-legged essay), yang merupakan kayu pengukur paling utama dalam menggredkan calon peperiksaan perkhidmatan awam. Prosa jenis bagu ini mensyaratkan penults perlu mematuhi pelbagai syarat dari segi kandungan dan bentuk apabila menulis. Prosa jenis bagu begitu dominan dalam bidang penulisan Cina selama berabad-abad (1487- 1901).

Prosa klasik, atau dikenali guwen, adalah dominan dalam sastera Cina klasik. la menggunakan bahasa klasik. Terdapat juga prosa vernakular, atau haihuawen, yang ditulis dalam bahasa pertuturan (percakapan). Prosa klasik berdasarkan standard dan stall karya pakar zaman purba, khasnya klasik-klasik Konfusius dan karya ahli falsafah zaman awal sebagai model. Bahasa klasik adalah jauh berbeza dan bahasa pertuturan sehan-hanan kerana la sukar untuk difahami atau dikuasai. Bagaimanapun, bahasa klasik telah menjadi medium bagi hampir semua penulisan prosa disebabkan ia adalah bahasa yang dikhaskan dalam peperiksaan rasmi dan juga kerana penghormatan tradisional yang ada pada pencapaian budaya zaman dahulu. Prosa vernakular yang ditulis dalam bahasa sehari-hari itu dipandang rendah. Bahasa percakapan, walaupun lebih mendekati kegunaan biasa, tidak ditegaskan dalam tradisi Cina, dan dielakkan dalam penulisan sastera sehmgga kurun ke-13 dan ia mulai diguna oleh penulis drama dan fiksyen.

Berlainan dengan prosa di Barat, prosa Cina seperti puisi purba, juga mempunyai rungsi sosial dan politik. Bagi seorang sarjana tradisional, khasnya sarjana Konfusian, sesebuah prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika. Satu daripada tujuan penulisan prosa adalah untuk 'menyampaikan dao', atau menunjukkan jalan atau cara dari segi moral dan etika.

Zhuang Zi (Zhuang Zi juga nama penulis) boleh dikatakan prosa pra- Qin yang indah sekali. Manakala Shiji (Rekod Sejarah) hasil Sima Qian, sebuah buku sejarah mempunyai penulisan prosa yang terbaik sekali bagi zaman dinasti Han (206SM-220SM). Kecemerlangan Shiji terletak kepada sifatnya sebagai model percantuman sejarah dan kesusasteraan. Buku ini diberi nilai sastera yang amat tinggi dan mempunyai pengaruh besar terhadap bukan sahaja prosa, tetapi juga novel dan drama hari kemudian.


18.3.3 Drama

Drama Cina berkembang agak lewat. Pada dinasti Yuan (1279-1368), prestij tradisi lama mulai merosot di bawah pemerintahan Mongol, dan kawasan utara China, di mana penakluk asing mendirikan pusat pentadbiran mereka, menjadi satu persekitaran yang unik dengan aktiviti sastera yang bukan konvensional seperti drama berkembang. Drama Cina yang paling menarik ialah jenis zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya drama. Terdapat penulis-penulis yang menghasilkan karya dan menggunakan karya mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai alat kritikan. Dengan ini zaju bukan sahaja member! hiburan tetapi juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton. Sebagai contoh, drama Dou'er yuan (Ketidakadilan Dou'er) karya Guan Hanqing, mengkritik kelemahan pegawai Mongol yang menerima rasuah sehingga mengakibatkan seorang suri rumah dihukum mati tanpa melakukan apa-apa kesalahan. Karya lain seperti drama Xixiangji (Percintaan Kamar Barat) hasil penulisan Wang Shifu, menyanjung cinta bebas melalui pelukisan watak utama sebagai berani menentang tradisi lama dalam hal perkahwinan. Zaju banyak menyokong nilai-nilai Cina tradisional khasnya nilai seperti zhong (kesetiaan), xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), jie (kesucian seseorang wanita) dan yi (keadilan).

Drama jenis lain yang harus diperkenalkan ialah chuanqi. Chuanqi yang berkembang semasa zaju, lebih panjang dari segi skop iaitu biasanya berjumlah tiga sehingga empat puluh adegan (babak) dan lebih fleksibel dari segi muzik dan nyanyian. Selain chuanqi, kunqu Juga amat menarik. Bentuk drama mi berdominan sejak kurun ke-16 sehingga ke-18 dan merupakan kegemaran golongan pujangga kerana stall nyanyiannya halus dan muziknya bergaya.

Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dan berlainan daerah mula berkembang dan semakin popular sehingga akhirnya dipentaskan di pentas- pentas di Beijing. Dari sini, kegiatan drama ini akhirnya melahirkan opera Cina yang menjadi salah satu kegemaran ramai masyarakat Cina sehingga masa kini.

Seperti yang dibincangkan di atas, prinsip moral Konfusius terkandung di dalam drama Cina tradisional. Tanggungjawab terhadap ibu bapa dan suami atau taat setia kepada tuan atau ketua adalah nilai yang berulang kali disalurkan dalam karya-karya drama. Secara keseluruhannya, drama Cina lebih berkecenderungan menekankan nilai-nilai etika berbanding agama. Drama bertujuan mendukung kelakuan baik dan memberi amaran atau berwaspada terhadap perbuatan-perbuatan jahat. Konsep tragedi seperti yang terdapat di Barat yang menegaskan bahawa manusia tidak berupaya memahami atau menguasai kuasa alam semesta tidak mendapat tempat dalam drama Cina. Sesebuah drama Cina yang tipikal akan berakhir dengan mesej yang mengatakan sesiapa yang berbuat baik akan mendapat ganjaran dan sebaliknya, yang jahat akan menerima hukuman.

18.3.4 Fiksyen

Disebabkan cerita-cerita yang ditulis adalah dalam bahasa vernakular maka golongan terpelajar tradisional yang memandang tinggi stall klasik secara rasmi tidak menganggap fiksyen bernilai untuk diberi taraf sastera. Istilah Cina bagi merujuk genre ini ialah xiaoshuo bermaksud percakapan kecil, dan percakapan sia-sia. Ternyata, kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi atau prosa yang selama ini bukan sahaja mempunyai fungsi sastera tetapi juga berperanan sebagai pendukung prinsip-prinsip moral etika dan juga sebagai alat politik. Walau bagaimanapun, pada zaman awal dinasti Song (960-1279) perkembangan cerita dalam bahasa harian telah mulai wujud, selanjutnya mencapai tahap kematangan dan kegemilangan pada zaman dinasti Yuan (1279-1368), dinasti Ming (1368-1644) dan dinasti Qing (1644-1911).

Hasil karya berbentuk fiksyen begitu banyak dicipta dan kebanyakannya merupakan naratif yang panjang. Sebahagiannya adalah dalam bentuk roman sejarah. Contoh terbaik ialah Sanguoyanyi (Roman Tiga Negara), sebuah roman berdasarkan cerita yang telah lama tersebar di kalangan rakyat mengenai perebutan kuasa tiga buah negara pada akhir kurun ke-2. Roman sejarah seperti Sanguo yanyi mengandungi maklumat-maklumat dan bahan-bahan yang begitu menarik bagi penulis drama Cina. Beberapa fiksyen mempunyai nilai yang amat tinggi misalnya Honglou meng (Mimpi Loteng Merah), yang melukiskan kehidupan dan nasib sebuah keluarga besar pada zaman dinasti Qing. la merupakan sebuah novel dengan pencapaian sangat cemerlang kelihatan dari segi perwatakan dan pelukisan gambaran yang mendalam serta bermaklumat tentang kehidupan dan adat resam orang Cina.

Fiksyen Cina kadangkala digunakan sebagai alat untuk menggambarkan dunia Utopia, dan menyokong perubahan misalnya, karya Shuihu zbuan (Kisah Pinggir Air). Terdapat fiksyen mengenai keghaiban seperti Xijouji (Perjalanan ke Barat) dan ada juga yang merupakan mengenai pornografi seperti/w PingMei (Emas Vas Plum), walaupun buku ini juga mempamerkan sudut gelap masyarakat Cina yang penuh dengan rasuah dan keruntuhan moral. Nilai terbesar novel China boleh dilihat dari aspek bahawa kebanyakannya member! wawasan mendalam tentang budaya dan adat resam orang Cina pada zaman sesuatu novel itu ditulis.

Bertepatan dengan penerimaan Buddhisme natijah dari interaksi dengan tamadun India maka terdapat pengaruh unsur-unsur agama ini yang jelas. Fiksyen Cina berkembang di atas dasar tradisi mencerita {story-telling) zaman lebih awal iaitu penglipur lara telah meniru format dikir agama Buddha untuk menyampaikan cerita mereka. Selain daripada cara penyampaian, terdapat juga fiksyen yang temanya telah diilhamkan oleh catatan agama Buddha. Antara contoh terbaik ialah Xiyou ji, yang menceritakan dengan penuh imaginasi perjalanan seorang sami Cina ke India untuk mendapatkan kitab suci Buddha.

18.4 KESENIAN CINA

18.4.1 Muzik Klasik

Muzik Cina klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam dunia ini. Bukti dokumentasi menunjukkan bentuk muzik Cina yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Namun begitu, bahan muzik ini telah hilang dan yang masih dapat dilihat hanya bahan yang wujud sejak dari zaman dinasti Song, dan Jumlahnya sudah sama dengan jumlah kesemua bahan sistem muzik utama dalam sejarah Eropah.

Sistem melodi (tune) muzik Cina klasik adalah kompleks. Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Pada dasarnya bahan-bahan ini termasuk logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu dan buluh. Berdasarkan cara sesuatu jenis alat muzik ini dimainkan muzik Cina dapat diklasifikasikan kepada kategori meniup, genderang, memetik dan menggesek.

Mengenai asal-usul muzik Cina, rekod Cina menyatakan bahawa lebih kurang pada tahun 2697SM, Maharaja Huang Di (maharaja legenda yang dikatakan salah satu maharaja terawal yang wujud di dalam sejarah Cina) telah menghantar orang untuk mencari paip buluh. Palp buluh yang dicari ini dikatakan boleh mengeluarkan bunyi serupa dengan bunyi burung phoenix dengan tujuan mendapatkan muzik yang berharmoni dengan alam semesta. Perbincangan dan rujukan terhadap muzik juga terdapat dalam buku-buku klasik seperti Li ji (Rekod Ritual) yang bertarikh pada kurun ke-2SM dan Shi jing. Tokoh-tokoh seperti Konfusius juga mempunyai minat terhadap muzik dan menimbulkan teori muzik yang lebih khusus serta prinsip estetik tentang muzik.

Pemikiran bahawa muzik harus berharmoni dengan alam semesta bukan sahaja wujud dalam legenda. Dalam bab "Yue ji" (Rekod Muzik) yang terkandung dalam buku Liji telah direkodkan komen bahawa muzik adalah hasil harmoni langit dengan bumi. Tanggapan bersifat kosmologi ini memang bukan kepercayaan karut tetapi merupakan pemahaman mendalam mengenai fungsi budaya muzik dalam dunia manusia. Konfusius memberi pendapat yang sama, mengatakan bahawa muzik teragung adalah muzik yang berharmoni dengan alam sekitar, dan melalui harmoni ini dapat memulihkan keadaan dunia fizikal. Konfusius meletakkan muzik berkedudukan (status) penting, mengiktiraf peranannya dalam memberikan perkhidmatan dan membuat sumbangan


terhadap pembentukan dunia yang bersifat teratur dan bermoral. Pada pendapat beliau, muzik dan pihak pemerintah adalah saling membayangkan atau lengkap melengkapi. Hanya manusia yang bersifat unggul (superior) dan yang berupaya memahami muzik mempunyai kelengkapan memerintah. Muzik, melalui pemaparan enam jenis emosi, iaitu kesedihan, kepuasan, kegembiraan, kemarahan, ketaatan dan kecintaan dapat mempamerkan sifat benar seseorang. Sifat yang suka berpura-pura dan menipu tidak mungkin dapat berterusan. Beliau juga menghuraikan tentang pemilihan muzik yang bersesuaian demi menyempurnakan seseorang berbudi pekerti dari segi moral.

Kedatangan muzik India melalui penerimaan agama Buddha telah memberikan kenikmatan muzik yang berlainan. Muzik bercorak Asia Tengah dan Asia Barat, misalnya muzik dari Iran juga banyak mempengaruhi muzik Cina melalui aktiviti perdagangan dan penyebaran agama Islam ke China pada abad ke-8. Selain itu, muzik Cina juga menggabungkan pelbagai corak muzik kaum minoriti dari seluruh negara China.

Pengaruh muzik Cina pula dapat dilihat terhadap tamadun-tamadun lain terutama sekali muzik Korea dan Vietnam natijah daripada interaksi antara tamadun. Muzik Cina tersebar ke Korea sejak zaman pemerintahan dinasti Song (960-1279) dan masih digunakan serta dikekalkan sebagai muzik sembahyang sehingga masa kini. Manakala di Vietnam, corak muzik Cina klasik banyak dipelajan dan sebahagian dan peralatan muzik berasal dari negara China. Cerita yang terkandung dalam muzik Vietnam banyak diambil daripada sejarah dan legenda Cina.

18.4.2 Kaligrafi

Berbanding dengan bentuk kesenian yang lain, kaligrafi diberi penghormatan yang paling tinggi di negara China. Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti. Sebagaimana usaha menghasilkan kaligrafi, untuk memkmati seni im Juga memerlukan kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang luar biasa. Berbanding dengan sent lukisan, contoh kaligrafi lebih tersebar meluas. Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku untuk ditiru oleh para pelajar. Inskripsi dijumpal di mana-mana sama ada dalam bentuk batu bersurat yang terletak di pintu tembok, kuil-kuil, papan tanda, gerbang kehormat, tiang bangunan dan di rumah-rumah. Skrol yang tergantung berpasangan dan mengandungi tulisan sepadan hampir dapat dilihat di seluruh tempat. Terdapat pakar kaligrafi yang cemerlang dan unggul di antaranya ialah Wang Xizhi (321-379).

Kaligrafi menggunakan bahan-bahan antaranya dakwat, berus, kertas, dan kadang-kadang sutera. Dakwat dibekukan dalam bentuk batang pendek dan akan digosok pada batu dakwat bersama sedikit air sehingga mendapat kekonsistenan yang betui sebelum menulis. Berus diperbuat daripada bulu kambing, rusa atau serigala dan adalah tajam di hujung. Kertas yang diguna ialah sejenis kertas xuan yang mudah menyerap dakwat.

Kaligrafi Cina telah menghasilkan banyak stall tulisan yang telah dikembangkan. Terdapat enam jenis stail tulisan yang masih digunakan masa sekarang walaupun ada di antaranya yang hanya digunakan untuk tujuan spesifik. Empat stall tulisan lebih biasa digunakan masa kini, termasuklah pertama, stall biasa atau kaishu iaitu setiap pergerakan berus dan garis (stroke) ditulis dengan jelas; kedua, lishu iaitu sejenis stall yang dikembangkan pada asalnya untuk kegunaan kerani, tulisannya lebih berbentuk segi empat, dengan pergerakan berus dan garis berdatar lebih panjang sedikit daripada pergerakan berus dan garis tegak; ketiga, xingshu atau stall berlari iaitu bentuknya seakan-akan kaishu tetapi tangan seperti berjalan cepat atau bergerak dengan laju apabila menulis, dengan ini menghasilkan tulisan yang bersifat kurang teratur; dan keempat, caoshu atau stall rumput yang telah mendapat namanya berdasarkan rupa bentuk iaitu rumput ditiup angin yang nampaknya berselerak tetapi pada hal adalah teratur. Jenis kaishu ialah stall yang biasa digunakan dalam buku cetakan. Caoshu pula hanya dapat difahami oleh pakar kaligrafi yang telah mahir dalam seni ini dan bukan satu stall yang sesuai untuk kegunaan biasa.

Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan imaginasi seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk garis yang menarik lalu menggubah struktur yang cantik berdasarkan garis-garis ini. Usaha ini hams dijalankan tanpa sebarang percubaan dengan sengaja untuk memperelok atau menggelapkan stroke-stroke tertentu. Pada masa yang sama seseorang pakar kaligrafi juga perlu menjaga ruang di antara stroke berseimbangan dan ini merupakan satu teknik yang hanya dapat dicapai hanya selepas berlatih dalam tempoh masa yang lama.

Inspirasi asas bagi kaligrafi Cina sama dengan semua jenis seni Cina, iaitu alam semula jadi. Sebagai mana ranting pokok yang hidup adalah bernyawa, setiap garis dalam sebuah kaligrafi yang halus juga mempunyai tenaga benda hidup. Ini adalah sangat berbeza daripada garis hurufyang terdapat dalam bahan cetakan, dengan variasi bentuk dan struktur tidak dibenarkan.

Pakar kaligrafi Cina terutama pakar caoshu, tidak mentoleransikan sifat ketetapan. Sebuah kaligrafi yang baik bukanlah satu susunan bersimetri bagi bentuk konvensional, bahkan ia boleh disamakan dengan gerak-geri dalam sebuah tarian yang dikoordinasikan dengan penuh kemahiran, dengan impuls, momentum, poise sejenak, dan interaksi yang penuh kekuatan bergabung untuk menghasilkan satu kesempurnaan seimbang. Kecantikan sesebuah kaligrafi tidak dinilai secara perkataan demi perkataan tapi dibuat terhadap keharmonian yang ditunjukkan oleh keseluruhan hasil.


18.4.3 Seni Lukis

Dalam tradisi Cina, lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga puisi. Kebanyakan pelukis bukan sahaja mahir melukis tetapi juga merupakan sarjana dan pakar kaligrafi antaranya Su Dongpo (1037-1101) pada zaman dinasti Song. Biasanya sebuah puisi yang berkaitan dengan sesuatu lukisan ditulis di sudut ruangan kosong supaya mencapai tahap 'kesatuan di antara puisi, kaligrafi dan lukisan'. Sebuah lukisan Cina merupakan kombinasi sent puisi, kaligrafi, lukisan dan juga seni ukir cap (seal engraving).

Berdasarkan cara penyampaian, lukisan Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertama, xieyi (bebas tangan/freehand brushwork) dan kedua, gonghi (menggunakan garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir). Xieyi merupakan pendekatan asas lukisan Cina. Teori estetik xieyi menitikberatkan sentimen dan mengabaikan realisme. Aspek seperti perspektif dan cahaya tidak penting. Qi Baishi, pelukis Cina terkenal pada masa moden misalnya, tidak melukis udang, serangga, burung atau bunga mengikut rupa bentuk sebenar tetapi hanya menunjukkan sifat paling penting (essence) objek-objek mi mengikut pengalaman dan fahaman sendiri. Apabila melukis landskap, jarang pelukis xieyi melukis tempat yang benar-benar wujud, tetapi mereka hanya meminjam bentuk-bentuk gunung, sungai, batu, pokok untuk dijadikan alat menyatakan perasaan dan idea mereka. Walaupun mereka mengelakkan dari memberi gambaran tepat, mereka perlu membuat lukisan landskap yang digemari mereka sebagai landskap, dan membawa peminat ke dalam dunia alam semula jadi serta bersatu dengannya.

Dalam lukisan Cina, bahan yang sama digunakan sebagai mana yang digunakan oleh ahli kaligrafi Cina. Kebanyakan lukisan Cina dilukis dengan menggunakan dakwat monokrom.

Seseorang pelukis perlu memastikan terlebih dahulu mengenai apa yang ingin dilukiskan supaya tidak berlaku kesilapan atau kesalahan apabila melukis dan beliau perlu menyiapkan hasil lukisan dengan penuh keyakinan, kelajuan serta kemahiran menguasai teknik lukis. Keyakinan dan kemahiran ini hanya dapat diperolehi melalui latihan yang panjang dan berdasarkan pengalaman. Format lukisan biasanya dalam bentuk skrol panjang yang digantung secara tegak atau skrol tangan melintang yang berbeza panjangnya, kadang-kadang sepanjang lima belas meter. Bentuk lain ialah kipas dan lembaran album.

Kriteria menilai lukisan berdasarkan kriteria sama yang digunakan untuk menilai kaligrafi. Sesuatu lukisan yang bernilai harus menunjukkan pergerakan berus yang penuh dengan tenaga (vitality) dan perasaan (expressiveness) serta komposisi yang bersifat harmoni secara keseluruhan. Bagi seseorang peminat lukisan Cina, tandatangan pelukis, tulisan, biasanya puisi dan cap merupakan bahagian komposisi yang juga diperlukan.

Lukisan Cina di peringkat awal dihasilkan oleh tukang-tukang lukis yang tidak diketahui namanya untuk kegunaan istana dan keluarga feudal.


Bagaimanapun, selepas dinasti Han (206SM-220SM) konsep seni halus (fine art) mulai wujud sebagai hasil kegemaran waktu lapang bagi golongan atasan yang berpendidikan. Lama-kelamaan satu tradisi wujud iaitu pelukis pujangga amatur ini kian terpisah dengan tukang lukis istana dan tukang lukis profesional yang menjual lukisan mereka untuk tujuan mendapat keuntungan. Sedangkan tukang lukis istana dan profesional lebih cenderung kepada sifat realisme pelukis pujangga mengabaikan pencapaian ketepatan dari segi visual (visual accuracy). Dalam lukisan mereka maksud sebenar disampaikan secara tersembunyi kerana bukan semua maksud hams dikatakan. Bagi seorang pelukis pujangga, sedikit bayangan adalah mencukupi. Percubaan untuk menyampaikan lebih daripada apa yang diperlukan akan menyebabkan sesuatu lukisan itu dikritik sebagai kasar, dan dianggap tidak ada konsep seni.

Berbanding tema dalam lukisan Barat, tema lukisan Cina adalah terhad dan tidak dianggap menyeluruh. Subjek seperti peperangan, kekerasan, kematian, kawasan bandar, sudut gelap dalam kehidupan dan kebogelan jarang menarik minat pelukis Cina. Bagi orang Cina, seni lukisan bukan dihasilkan dengan maksud untuk menggambarkan kesemuanya ini dan objek yang tidak bernyawa jarang dilukiskan. Batu dan sungai dianggap seperti bernyawa dan merupakan manifestasi kuasa yang tidak dapat dilihat dalam alam semesta. Lukisan yang hanya mementingkan bentuk juga tidak ada tempat kerana orang Cina tidak menerima lukisan yang bentuknya cantik tetapi temanya tidak memberikan manfaat dari segi keimanan dan akhlak.

Lukisan landskap merupakan jenis lukisan utama. Lukisan mengenai tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang juga digeman. Selam itu juga terdapat lukisan potret dan figura. Dalam konteks ini, perhubungan antara manusia sangat penting dalam negara China. Jadi satu tema biasa bagi lukisan figura ialah berkenaan dengan para lelaki yang berbudi bahasa menikmati aktiviti ilmiah bersama atau berkenaan perpisahan dan pertemuan semula para pegawal kerajaan.

Boleh dikatakan kebanyakan lukisan Cina bersifat simbolik. Buluh menandakan semangat seorang sarjana yang mungkin dibengkok oleh sebab keadaan tertentu tetapi tidak boleh dipatah; burung jenjang bersimbolik hidup panjang; dan itik mandarin yang selalu berpasangan menunjuk kepada kesetiaan suami-isten. Simbol paling popular yang diambil dan dunia tumbuh-tumbuhan ialah orkid, simbol Konfusian bagi kesucian dan kehalusan budi pekerti. Bunga plum pada musim sejuk yang berbunga juga dalam cuaca saiji melambangkan semangat atau kehalusan kualiti yang tidak akan tunduk dilihat dari segi politik, dan pokok pain tua yang berbonjol-bonjol mewakili sifat bertahan dalam persekitaran politik yang keras atau semangat usia tua yang tidak dapat ditakluk. Sifat simbolik ini menjadikan lukisan Cina sebagai satu perantara paling baik yang membayangkan personaliti, perasaan dan jiwa seseorang pelukis. Oleh itu, kebanyakan pelukis Cina memberi fokus kepada menyatakan kesedaran dalaman terhadap sesuatu lebih daripada cuba menggambarkan objek sebenar atau menyampaikan rasa realiti (sense of reality) atau objek bertiga dimensi.

Masyarakat Cina yang bersifat pertanian menegaskan manusia harus memahami corak alam semula jadi dan hidup bertepatan serta secara harmoni dengannya. Dalam lukisan, terutamanya lukisan landskap, penekanan diberi kepada menggambarkan kefahaman manusia terhadap alam semula jadi. Pelukis juga suka melukis objek kecil dalam alam sekitar seperti buluh, burung, tumbuhan, bunga, ikan dan sebagainya. Kita dapat menyimpulkan aspek lukisan Cina ini sebagai aspek Daois. Bukan semua lukisan Cina berkecenderungan Daois. Hasil lukisan di peringkat awal misalnya, juga mempunyai fungsi sosial dan moral. Lukisan potret membayangkan peribadi dan peranan sosial seseorang. Tukang lukis istana juga melukiskan berkenaan peristiwa-peristiwa yang dianggap bertuah dan tidak dapat dilupakan. Ini merupakan aspek Konfusian lukisan Cma.

Mengenai pengaruh dari tamadun lain, seni khat dengan tulisan Arab bercorak Islam telah bersatu dengan seni kaligrafi Cina untuk menghasilkan sent khat bersifat Cina beragama Islam. Seni lukis Cina juga dipengaruhi oleh agama Buddha sejak zaman dinasti Han. Latar belakang dan dewa-dewi yang berwarna-warm diambil daripada centa dan ajaran agama Buddha masih dapat dilihat di dinding dalam Groto Dunhuang tinggalan dinasti Tang. Kaligrafi dan lukisan Cina memberi kesan terhadap seni Asia Timur, iaitu Korea dan Jepun yang masih mengekalkan tulisan Cina kuno sebagai tulisan klasik mereka. Seni kaligrafi telah disebarkan ke Korea dan Jepun pada zaman dinasti Tang. Sehingga masa kini, pakar-pakar kaligrafi masih dihormati oleh masyarakat Korea dan Jepun serta karya kaligrafi dianggap sebagai bahan seni yang amat bernilai. Lukisan Korea dan Jepun mempunyai kesan corak seni lukis dinasti Tang. Kesan corak Lingnan shanshui iaitu lukisan landskap sekolah Lingnan dari dinasti Song banyak terdapat dalam lukisan landskap Jepun.

18.4.4 Seni Pembinaan

Dalam aspek seni bina, tinggalan binaan dan tembok dari zaman dahulu yang masih wujud sehingga kini sangat berkurangan. Ini disebabkan sebahagian besar bahan-bahan yang digunakan iaitu kayu tidak dapat bertahan lama kerana pengaruh ikhm dan cuaca. Ciri utama binaan Cina dapat dilihat dari pelbagai segi antaranya yang paling jelas lalah kemginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta. Sejak dari awal lagi, orang Cina mempercayai sekiranya manusia ingin maju ia tidak harus menimbulkan kemarahan atau cuba menguasai alam semesta tetapi sebaliknya, harus berusaha untuk mencapai keharmonian dengannya. Pemikiran ini dapat dinyatakan dengan jelas dalam kepercayaan fengshui (geomancy), iaitu lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau kubur selalunya ditetapkan dengan panduan teon fengshui. Lokasi dan susunan yang


mempunyai fengshui yang buruk, iaitu yang tidak berharmoni dengan alam semesta akan menjejaskan masa depan sesebuah keluarga.

Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Di peringkat kampung dan desa, kadang-kadang benteng tanah dibina mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan yang sama. Tembok kota kebiasaannya mengagumkan dengan ketinggian kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya dua puluh kaki atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu merupakan suatu yang biasa dan di sesetengah bandar misalnya di Beijing, tembok lebih tinggi dan meliputi kawasan lebih luas. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu malam. Di atas pintu terdapat menara yang tinggmya beberapa tingkat. Tembok kota biasanya dikelilingi oleh pant penuh dengan air yang dalam dan lebar. Tembok yang terkenal di negara China dan juga di dunia ialah Tembok Besar China {The Great Wall of China). Tembok juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.

Binaan Cina tradisional yang diperbuat dari kayu biasanya kayu berkualiti baik dan mempunyai rangka yang berbentuk "tiang dan ambang" (post-and-lintel frame), atau tiang tegak dengan balak melintang di atas. Tiang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung kadang-kadang dicat dan kayu lintang yang mengikut keseluruhan binaan biasanya dihiaskan dengan ukiran atau lukisan corak berwarna.

Bumbung binaan Cina adalah menonjol, bercerun curam dengan cucur bumbung yang melengkung ke atas di sudutnya. Bumbung biasanya dipasang tembikar walaupun keluarga miskin menggunakan bumbung atas. Bumbung kuil dan istana biasanya mempunyai tembikar berwarna kilat misalnya, bumbung Tian Tan (Kuil Syurga) di Beijing yang berwarna kilat biru.

Pavilion dalam bentuk oktagonal untuk tujuan hiasan Juga merupakan satu cin seni bina Cina. Ciri lain termasuklah pagoda, yang dipengaruhl oleh agama Buddha. Pagoda hilang hubungannya dengan agama Buddha kemudian, dan kebanyakan pagoda yang dibina terkemudian adalah untuk tu]\iznfengshui. Pailou Sitnupaifang iaitu gerbang pada asalnya dibina untuk tujuan memperingati seseorang berdasarkan merit, misalnya seorang balu muda yang hidup mulia hingga ke usia tua; atau sebuah keluarga yang hidup bersama untuk beberapa generasi. Jambatan kebanyakannya dibina dari batu dan ada yang mempunyai lebih dari satu gerbang, adalah ciri lain binaan Cina.

Bagi orang Cina seni taman berkait rapat dengan seni bina. Taman- taman Cina bahkan taman-taman diraja atau persendirian, melanjutkan lagi pnnsip binaan dengan reka bentuk telah diubahsuaikan untuk bersesuaian dengan alam sekitar dan bukan untuk berdominan. Istana Musim Panas (The Summer Place) di kawasan desa Beijing mempamerkan kejayaan cemerlang orang Cina dalam merancangkan susunan binaan yang bersesuaian dengan landskap. Dilihat dari segi pembinaan, Beijing yang dibina bertepatan dengan statusnya sebagai ibu kota sebuah empayar boleh dikatakan bandar yang paling mengagumkan.

18.4.5 Seni Cina yang Lain

Hasil area di negara China biasanya tidak diperbuat sebagai objek seni tetapi untuk tujuan keperluan istiadat, agama atau pengkebumian. Hasil area yang teragung merupakan patung dewa-dewi agama Buddha yang diukir daripada batu atau kayu.

Seni hias yang paling penting termasuk seni tembikar, seni ukir, sent logam, seni lakuer, perabot dan tekstil. Hasil tembikar berkilat telah wujud seawal kurun ke-2SM dan porselin diperkembangkan pada kurun ke-6, lebih awal daripada penemuannya di Eropah. Pengaruh seni porselin Cina terhadap seni tembikar Eropah adalah sangat besar.

Secara umumnya, dapat disimpulkan mengenai beberapa aspek-aspek penting dalam bidang bahasa dan kesusasteraan, dan kesenian dalam tamadun Cina. Pertama, pencapaian kesusasteraan dan kesenian Cina telah memperkayakan tamadun Cina. Kedua, kegunaan bahasa Cina telah menyebabkan perkembangan kesusasteraan Cina berterusan tanpa gangguan. Bagaimanapun, unsur luar seperti kedatangan Buddhisme menggalakkan interaksi tamadun dan seterusnya membawa pengaruh asing kepada sastera Cina. Ketiga, kesusasteraan Cina mempunyai fungsi sosial dan politik selain rungsi sastera. Sastera khasnya sastera yang wujud sebelum pemerintahan orang Mongol, harus mempunyai tujuan mempertingkat dan menyempurnakan seseorang individu dan segi moral dan etika. Keempat, sifat harmoni diutamakan. Sastera Cina menegaskan ciri zhonghe, iaitu harmoni antara emosi dengan rasional, selaras dengan semangat zhongyong (kesederhanaan) dalam tamadun Cina. Kesenian Cina juga menunjukkan sifat harmoni dengan alam semesta. Dan kehma, falsafah Konfusius tidak memberi pengaruh yang kuat terhadap aspek seni Cina. Sebaliknya, seni Cina banyak memperlihatkan ciri-ciri Daoisme dan Buddhisme. Selain itu, unsur-unsur budaya pendatang dari kawasan sekitar negara China juga diserap dalam bidang seni.

18.5 SAINS DAN TEKNOLOGI CINA

Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11SM. Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi yang lain misalnya, teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan (eating of iron), pengeluaran porselin, pembuatan kertas dan loyang, dipercayai telah wujud pada masa yang lebih awal lagi. Bagaimanapun, berikutan perkembangan sejarah, budaya Cina menjadi satu dengan golongan elit birokratik begitu dominan. Golongan ini telah membawa kesan konservatif terhadap inovasi, dan selanjutnya telah menghalang segala pengenalan teknik baru kecuali teknik itu boleh mendatangkan manfaat secara langsung kepada seluruh birokrasi.

Interaksi atau hubungan antara China dengan Barat kurang terserlah sehinggalah kemunculan zaman moden. Namun begitu, wujud pertemuan sekali- sekala yang berlangsung antaranya pengembaraan Marco Polo pada tahun 1275- 1292. Ini telah menarik perhatian dunia Barat tentang keunggulan teknologi Cina dan seterusnya berlaku pemindahan pengetahuan teknologi dan China ke Barat. Ilmu mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat dibawa masuk dari negara China. Bagaimanapun, para pemerintah China tidak berminat untuk menggalakkan penciptaan atau perniagaan dan perindustrian serta tidak menggalakkan perhubungan perniagaan dengan dunia luar. Kesannya, negara China telah ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi sehingga abad ke-20 yang kemudiannya, evolusi politik dan pergolakan sosial telah membangkitkan kesedaran orang Cina tentang kepentingan sains dan teknologi moden.

18.5.1 Bidang Astronomi

Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM), orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.

18.5.2 Bidang Matematik

Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat. Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di dalam buku ini terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negatif. Ahli matematik Cina juga mengenai pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini.


18.5.3 Bidang Perubatan

Sistem perubatan Cina tradisional bersifat kepurbaan dan adalah bebas daripada pengaruh asing. Mengikut legenda, ia bermula sejak masa Fu Xi (2953SM?) dan diperkembangkan seterusnya oleh Shen Nong (?-2698SM?) dan Huang Di (?-2598SM?).

Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan yang dan juga teori lima elemen. Teori yin dan yang mengatakan bahawa keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi kesihatan badan manusia. Apabila kadar yin dan yang dalam badan manusia kurang seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia kadar yin dan yang boleh dikawal dan mi merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan Cina tradisional. Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam alam semesta. Misalnya, paru-paru dianggap mempunyai kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api. Oleh itu seseorang yang menghadapi gangguan paru-paru mudah menjadi marah. Berdasarkan dua teori ini doktor Cina tradisional mengambil berat tentang kepentingan melaraskan semula keseimbangan harmoni badan seseorang pesakit.

Satu lagi bentuk teori penting ialah teonjing (saluran) dan luo (kolateral) yang merupakan asas bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan moxishustion (membakar daun moxa). Mengikut teori ini, organ dalaman, tangan dan kaki badan manusia adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran di mana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Apabilaywg atau luo tersekat, darah dan qi tidak dapat mengalir lancar dan ini akan menyebabkan kesakitan. Dengan ini memastikan darah dan qi mengalir lancar merupakan asas dan langkah pertama untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.

Akupuntur dan moxihustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional. Berdasarkan teori jing dan luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu di bawah kulit. Salah satu tujuannya adalah untuk menstimulasikan titik tertentu pada saluran jing dan luo supaya gangguan peredaran darah atau qi dapat dibetulkan. Pengamalan akupuntur telah bermula sejak kira-kira 2,500SM atau lebih awal dan adalah benar-benar sifat Cina dari sudut perubatan. Dalam rawatan moxibustion, daun moxa (Artemisia chinensis) dibubuh pada titik tertentu pada permukaan kulit lalu dibakar.

Bahan yang digunakan sebagai ubat-ubatan sangat luas termasuklah tumbuh-tumbuhan (herba), binatang dan sumber galian. Terdapat herba zaman purba yang berjumlah lebih kurang 1,000 jenis. Kegunaan ubat-ubatan dalam rawatan pada dasarnya ialah untuk memulihkan keseimbangan yin dan yang dan merupakan satu perkara yang agak rumit. Ini menyebabkan cara mempreskripsi (menentukan penggunaan ubat-ubatan) bersifat kompleks. Terdapat ubat yang telah diguna oleh sistem perubatan Barat misalnya rubarb, besi (untuk anemia), dan kapur barus (champor). Herba mahuang telah digunakan sekurang-kurangnya sepanjang 4,000 tahun di negara China dan sekarang sangat berguna dalam bidang perubatan Barat untuk merawat penyakit lelah (asthma) dan penyakit lain yang berkaitan.

Buku mengenai perubatan dan farmokologi Cina tradisional sangat berguna dalam memperkembangkan sains perubatan Cina. Huangdi neijing (Klasik Perubatan Maharaja Kuning), yang dipercayai dihasilkan oleh sarjana perubatan tidak bernama pada Zaman Negeri Berperang (475-221SM), merupakan kesimpulan sempurna yang pertama bagi perubatan Cina tradisional. Bencao gangmu (Farmakopeia Agung) yang ditulis oleh Li Shizhen (1518-1593) ialah farmakopeia Cina teragung dan mengandungi 52 jilid yang masih dianggap berwibawa sehingga masa kini.

18.5.4 Bidang Optik

Dalam bidang optik, saintis Cina awal telah memberi perhatian kepada penyongsangan (inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubangjarum (pin- hole camera), dan begitu juga pelbagai imej yang dihasilkan oleh kanta cekung (concave- lens). Mereka juga memahami prinsip fokus.

18.5.5 Bidang Alkimia

Ahli alkimia Cina dalam usaha mereka mencari satu cara yang dapat membuat manusia hidup selama-lamanya telah menghasilkan sejenis "eliksir kehidupan" (elixir of life). "Eliksir kehidupan" ini mengandungi bahan-bahan seperti merkuri, plumbum dan arsenik. Bahan-bahan tersebut kebanyakan adalah bersifat toksik dan ahli alkimia sedar akan sifat ini. Dalam bidang perubatan moden, penggunaan bahan beracun adalah biasa. Walaupun tujuan utama adalah untuk mengkaji hasil yang dapat memanjangkan usia manusia, uji kaji ahli alkimia Cina dalam mencampur pelbagai bahan, termasuk bahan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna.

18.5.6 Teknologi Cina

Antara kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang Cina sudah tahu akan teknik pengairan, pertanian, astronomi, cara membuat kalendar dan penulisan. Seawal lebih kurang tahun 200SM, mereka telah menghasilkan abah-abah yang diikat pada dada (breast-strap harness). Ciptaan ini membolehkan kuda membawa muatan yang lebih berat dengan lebih mudah. la dibawa dari China ke Barat antara kurun ke-7 hingga ke-11 dan adalah asas bagi abah kerongkong yang digunakan masa sekarang. Kereta sorong (wheelbarrow) yang banyak meringankan tenaga manusia pula dicipta pada kira-kira tahun 200SM.

Masyarakat Cina juga menyedari mengenai kebaikan tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang dari segi perekonomian. Dari China, dibawa kain sutera ke dunia Barat semasa pemerintahan era Roma, dan ulat sutera serta pokok mulberi diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-6. Manakala fosil dikenali buat pertama kali di negara China kira-kira pada tahun 1050 oleh Zhu Xi, sedangkan di Eropah hanya selepas Leonardo da Vinci iaitu kira-kira pada kurun ke-15.

18.6 EMPAT PENCIPTAAN AGUNG

Antara pencapaian teknologi Cina purba, yang paling berguna dan berpengaruh dan segi sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah empat penciptaan agung iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.

Mengenai teknik membuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-bahannya menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat kertas ini kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama (The Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.

Teknologi teknik pencetakan (printing) telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618-906). Antara buku bercetak yang paling awal dan masih wujud sehingga kini ialah fingangjing (Kitab Sutra Diamond) versi Cina yang bertarikh 11 Mei 868 yang kini disimpan dan dipelihara di Muzium British di England. Buku ini dianggap mewakili hasil daripada pengalaman lama orang Cina dalam teknik percetakan blok (block-printing). Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak (mobile-type printing) dan mula menggunakannya secara umum. Penciptaan Bi Sheng adalah 400 tahun lebih awal daripada penciptaan yang sama di dunia Barat yang hanya berlaku pada kurun ke-15.

Bahan letupan (gunpowder) pula telah dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang menemui formulanya dalam uji kaji mencampur saltpetre dengan sulfur dan karbon. Menjelang kurun ke-7, orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api. Bahan letupan mulai digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang (618-906). Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya dan situ diperkenalkan ke negara Eropah.

Kompas juga merupakan salah satu dari empat penciptaan agung dalam tamadun Cina yang memberikan sumbangan bermakna kepada tamadun dunia sehingga masa kini. Semasa dinasti Han (206SM - 220SM) sifat-sifat magnet


sudah diketahui di negara China. Antara kurun pertama dengan kurun ke-6, orang Cina sudah pun menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan (induced magnetism), dan menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) dikuasai. Berdasarkan ilmu pengetahuan ini, orang Cina telah menghasilkan kompas, yang pada mulanya untuk digunakan di kapal.

18.7 KEMEROSOTAN DAN CIRI-CIRI SAINS CINA

Seperti yang dibincangkan di atas, negara China telah banyak menyumbang kepada tamadun dunia di bidang sains dan teknologi terutamanya sebelum kurun ke-14. Akan tetapi, selepas ini sains dan teknologi di China boleh dikatakan mengalami tahap kemerosotan.

Beberapa ciri yang berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi Cina boleh dirumuskan seperti berikut iaitu pertama, sifat orang Cina yang pragmatik dan praktikal. Orang Cina lebih mengutamakan teknologi atau alat- alat penciptaan untuk tujuan pragmatik atau kegunaan berbanding dengan menjalankan penyelidikan dalam bidang sains untuk maksud pengetahuan yang bersifat asas dan teoretikal.

Kedua, cara berfikir Cina yang mengutamakan pengalaman. Berdasarkan pengalaman orang Cina telah mencapai tahap kemajuan yang tinggi mengenai teknologi dan alat-alat penggunaan seperti kalendar, cara pengairan, abacus, perubatan Cina tradisional dan sebagainya. Akan tetapi, mereka kurang menjalankan penyelidikan tentang teori sains secara kritis, analisis dan logik. Mereka jarang mengaplikasikan pendekatan kuantitatif dan logik terhadap pengetahuan empirik. Mereka berminat akan aspek 'apa' dan bukan aspek 'mengapa' tentang sesuatu keadaan atau benda.

Ketiga, falsafah Cina yang mementingkan aspek humanisme. Pemikiran Konfusius yang berasaskan sifat humanisme mengutamakan aspek pembinaan akhlak perseorangan supaya menjadi individu yang berguna terhadap keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Sehubungan ini, kewajipan sosial seseorang dalam konteks 'lima hubungan sosial' ditegaskan dalam sistern pendidikan Cina. Akibatnya, para sarjana kurang berminat terhadap pengetahuan sains, khususnya sains semulajadi (natural science).

Keempat, kesan sistem peperiksaan perkhidmatan awam. Sistem peperiksaan ini mementingkan aspek falsafah dan etika Konfusianisme dan dengan ini tidak menggalakkan kemunculan bakat yang mahir dalam bidang sains.

Dan kelima, pendekatan holistik terhadap kehidupan. Pendekatan holistik ini jelas kelihatan di bidang perubatan Cina yang memandang seluruh bahagian badan manusia itu sebagai satu, iaitu sebarang bahagian badan tidak


terpisah daripada bahagian yang lain, dan seseorang pesakit diteliti dari konteks yang luas termasuk sosial dan biologi.

Sumbangan tamadun Cina terhadap tamadun dunia di bidang sains dan teknologi adalah banyak dan besar. Interaksi antara tamadun di bidang sains dan teknologi berlaku sejak tahap permulaan dengan pelbagai tradisi sains saling pengaruh mempengaruhl antara satu sama lain.

18.8 PENUTUP

Kesusasteraan klasik dan kesenian Cina merupakan hasil budaya Cina yang amat bernilai. Seperti komponen budaya Cina yang lain, kandungan kesusasteraan klasik dan kesenian Cina adalah sangat kaya dan menarik.

Di bidang sains dan teknologi, walaupun perkembangannya tidak sebegitu pesat berbanding dengan sains dan teknologi moden, orang Cina telah mempelopori penciptaan kertas, percetakan, bahan letupan dan kompas yang banyak memberi manfaat kepada permodenan negara-negara Barat.

Dengan pencapaian-pencapaian penting dalam bidang bahasa dan kesusasteraan, kesenian, sains dan teknologi dalam tamadun Cina, ini membuktikan bahawa tamadun Cina merupakan antara penyumbang utama dan penting kepada perkembangan tamadun dunia. Melalui hubungan atau interaksi antara tamadun, pencapaian-pencapaian tamadun Cina kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan kepada tamadun-tamadun lain sehingga sesetengahnya kekal sehingga masa kini walaupun berlaku proses pembaharuan, perubahan dan penyesuaian menurut zaman.


No comments: