Wednesday, April 23, 2008

Tamadun Cina: Interaksi Dengan Tamadun Lain Dan Relevansinya Di Malaysia Dan Dunia



19.1 INTERAKSI ANTARA TAMADUN: PENGENALAN

Pada zaman Xia (kk kurun ke-21SM hingga ke-16SM), nama seperti Hua, Xia dan Zhongguo mula digunakan untuk merujuk kepada kawasan di bahagian tengah antara dua sungai besar, iaitu Huanghe dan Yangzi. Ini menunjukkan penduduk di kawasan berkenaan telah mempunyai satu perasaan identiti sosial dan budaya, iaitu kesedaran bahawa dari beberapa aspek budaya mereka adalah satu entiti yang berlainan daripada kumpulan-kumpulan lain di sekelilingnya. Perasaan identiti mi adalah hasil daripada satu proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik yang menetap di kawasan tersebut. Proses ini memakan masa beribu-ribu tahun dan sukar dikesan dalam kebudayaan Xia. Oleh kerana kebudayaan Cina berpunca daripada kebudayaan Xia maka dapat dianggap bahawa interaksi kebudayaan Cina dengan kebudayaan lain bermula pada zaman mi. Melalui proses interaksi antara budaya ini, interaksi pada peringkat tamadun antara China dengan dunia lain mula terbentuk.

Interaksi antara budaya terus berlangsung sehingga mengakibatkan banyak lagi kumpulan etnik, yang namanya dapat dikesan dalam rekod sejarah


Cina, telah bergabung atau diasimilasikan dengan orang Xia (kemudiannya dikenali sebagai orang Han atau Cina). Kawasan yang dipengaruhi oleh kebudayaan Cina terus berkembang serentak dengan perkembangan tanah jajahan dinasti Zhou (kk 1123SM-221SM), dinasti Qin (221SM-206SM), dinasti Han (206SM-220 TM) dan zaman seterusnya. Sistem politik yang berwibawa, kuat dan stabil serta pencapaian tahap kemajuan yang lebih tinggi secara relatifnya telah mendorong kebudayaan Cina berkembang ke rantau lain, sama ada di kawasan berdekatan atau jauh. Mengikut ahli-ahli antropologi, kawasan-kawasan yang dipengaruhi (dilingkungi) oleh sesuatu kebudayaan dapat dikenali sebagai bulatan budaya. Bagi kebudayaan Cina, bulatan budayanya meliputi kawasan Korea, Jepun dan Vietnam. Di peringkat luar bulatan budaya, kebudayaan Cina telah berinteraksi dengan kebudayaan di rantau Asia Tenggara, India, Tanah Arab dan Parsi (Islam), dan Eropah.

19.2 INTERAKSI BUDAYA CINA DENGAN KAWASAN BULATAN BUDAYA

19.2.1 Interaksi Budaya Cina dengan Korea
Bukti-bukti arkeologi menunjukkan bahawa Korea semasa zaman Neolitik dan Gangsa (sehingga kk kurun ke-10SM) mempunyai kebudayaan yang sama dengan Provinsi Liaoning dan Shandong, China. Walau bagaimanapun, orang Korea adalah berlainan daripada orang Cina dari segi ras dan bahasa. Oleh sebab kedua-dua negeri berdekatan dan bercorak agraria, kebudayaan Cina amat berpengaruh terhadap kebudayaan Korea sehingga awal kurun ke-20.

Pada zaman dinasti Shang (kk kurun ke-16SM-ke-11SM) orang Cina telah mengenali Korea sebagai satu kawasan dan entiti yang tersendiri. Selain kegiatan perdagangan, orang Cina berhijrah ke Korea kerana melarikan diri daripada peperangan ataupun penyeksaan politik. Seorang pelarian politik Cina iaitu Wiman, dikatakan pernah memerintah sebuah wilayah puak Korea iaitu Chosan pada kurun ke-2SM. Pada tahun 108SM, wilayah-wilayah puak Korea termasuk Chosan telah dikuasai dan dijajah oleh empayar Han. Imigrasi orang Cina, pemerintahan Wiman dan penjajahan empayar Han telah mempengaruhi orang Korea mirip kepada kebudayaan Cina sepanjang sejarahnya, sehingga Korea dijajah oleh kuasa Jepun pada tahun 1910.

Antara kurun pertama dengan ke-6, muncul tiga negeri berbentuk sukuan iaitu Koguryo, Paekche dan Silla yang masing-masing menyatukan sebilangan wilayah puak-puak. Unsur-unsur kebudayaan Cina telah diserap secara besar- besaran oleh setiap negeri sukuan ini. Proses perkembangan ini mencapai kemuncaknya apabila Korea muncul sebagai sebuah negara berfahaman Konfusianisme semasa dinasti Li (1392-1910) yang memerintah seluruh


Semenanjung Korea. Dari dinasti Sui sehingga dinasti Qing (581-1911), interaksi antara China dengan Korea tidak terhenti-henti malah sentiasa berkembang. Antara unsur-unsur kebudayaan Cina yang amat berpengaruh di Korea ialah Konfusianisme dan Buddhisme. Melalui Konfusianisme, undang-undang dan institusi sosial, budaya dan politik Cina diterima secara bulat-bulat oleh semua lapisan masyarakat Korea. Klasik Konfusius begitu terkenal dan bernilai di kalangan golongan atasan dan cendekiawan, dan pengajian Konfusianisme diiktiraf oleh kerajaan sebagai pengajian yang unggul. Ketiga-tiga negeri sukuan tersebut mendirikan institusi pendidikan untuk mengkaji Konfusianisme dan Buddhisme di samping dijadikan bahan pengajaran. Untuk mengukuhkan kedudukan ini, kerajaan menghantar beratus-ratus pelajar ke negara China untuk mempelajari Konfusianisme dan memahami sistem pentadbiran China. Akibat daripada interaksi ini, sistem birokrasi, peperiksaan, perundangan dan ketenteraan telah dipindah atau dibawa sepenuhnya ke Korea. Setiap tahap perkembangan Konfusianisme di China, seperti Neo-Konfusianisme yang diketuai oleh Zhu Xi (1130-1200) di zaman dinasti Song dan Wang Yangming (1472-1528) di zaman dinasti Ming, telah tersebar dan berkembang ke Korea. Sarjana-sarjana Korea telah mengikuti, mengkaji, dan mempelajari proses perkembangan ini.

Buddhisme dibawa masuk dan disebar oleh sami-sami Cina yang dikirim oleh pemerintah-pemerintah negara China. Buddhisme di Korea merupakan agama yang telah ditafsir dan diubahsuai mengikut kebudayaan Cina. Sebagaimana Konfusianisme, kemasukan "Buddhisme Cina"disambut baik dan berkembang pesat di ketiga-tiga negara sukuan tersebut. Pada tahun 392, kerajaan Koguryo mengeluarkan dekri bahawa semua rakyat harus percaya pada Buddhisme. Paekche pula dikenali sebagai sebuah negeri yang mempunyai banyak kuil (rumah peribadatan) dan terdapat ramai sami. Setelah kejayaan menyatupadukan Korea, kerajaan Silla dianggap sebagai "dinasti Buddha "kerana pemerintahnya menggunakan agama Buddha untuk mengesahkan atau mengabsahkan kedaulatannya di Korea. Sebagaimana di negara China, oleh sebab persaingan dan perdebatan antara Buddhisme dan Konfusianisme, maka Buddhisme juga mengalami jatuh-bangun dalam proses perkembangannya di Korea. Bagaimanapun, Konfusianisme dan Buddhisme adalah dua unsur yang penting dalam kebudayaan Korea.

Selain faktor geografi, interaksi budaya antara Korea dengan China dimudahkan lagi melalui penggunaan bahasa Cina oleh orang Korea sejak kurun ke-5SM sebagai bahasa perantara untuk mempelajari apa-apa sahaja unsur kebudayaan dari negara China, terutamanya Konfusianisme dan sastera klasik Cina. Akibatnya, Korea amat kuat dipengaruhi oleh kebudayaan Cina dalam kedua-dua bidang tersebut. Pada kurun ke-15 (dinasti Li Korea), sistem tulisan Korea dicipta dengan merujuk kepada hasil yang tercapai dalam ilmu fonetik Cina. Sehingga kini perbendaharaan kata bahasa Korea masih penuh dengan istilah-istilah Cina.


Sejak zaman purba, bidang kesenian, sains dan teknologi Cina telah mengalir masuk ke Korea secara berterusan. Melalui kajibanding, lukisan-lukisan mural dalam kubur-kubur lama di Korea menunjukkan teknik, gaya dan isi kandungan yang sama dengan yang terdapat di China. Apabila Buddhisme memasuki Korea, diperkenalkan lagi unsur-unsur kesenian Buddha dalam sent bina, sent area dan sent lukis. Kesenian Korea termasuk seni tembikar, seni lukis dan kaligrafi sebenarnya merupakan lanjutan kesenian Cina. Melalui interaksi ini juga, Korea kuno telah memperolehi pelbagai teknologi penghasilan (pertanian, pertukangan, perubatan, dan lain-lain), buatan logam dan kraftangan yang berasal dari China. Teknologi Cina dalam perkilangan kertas, pencetakan dan pembuatan bahan letupan dibawa masuk ke Korea lebih awal berbanding dengan negeri-negeri lain, kerana China dan Korea amat berdekatan. Begitu juga mengenai teknik dan ilmu pengetahuan dalam bidang astronomi, penggubalan kalendar, perubatan dan lain-lain lagi.

19.2.2 Interaksi Budaya Cina dengan Jepun

Interaksi secara langsung atau tidak langsung iaitu melalui Korea antara Jepun dengan sesetengah wilayah China telah berlangsung pada kurun ke-2SM, iaitu di zaman Qin (221SM-206SM). Interaksi di peringkat awal ini telah membawa masuk teknologi pertanian, pemeliharaan ulat sutera dan pembuatan perkakas best dan gangsa ke negara Jepun, lalu telah memajukan masyarakat Jepun. Hubungan diplomatik antara China dengan Jepun telah bermula semasa pemerintahan dinasti Han Timur (25-220). Pada zaman dinasti Sui (581-618) dan dinasti Tang (618-907), bilangan pelajar dari Jepun yang menuntut di China agak ramai. Selain melalui diplomat dan pelajar, pengaliran dua hala yang melibatkan sami, ahli seni, dan pedagang dan imigran telah mempertingkatkan lagi interaksi budaya China dengan Jepun. Bermula dari zaman Nara hingga zaman Kesyogunan Tokugawa (646-1867), negara Jepun telah mengalami satu proses panjang dalam mempelajari pelbagai aspek kebudayaan Cina termasuklah bahasa, sejarah, falsafah, agama, kesenian, sistem politik dan sebagainya.

Pada zaman Qin (221SM-206SM), orang Cina yang bermigrasi telah membawa masuk bahasa Cina untuk disebarkan di Jepun. Beberapa kurun kemudiannya, keluarga diraja dan golongan atasan baru mementingkan bahasa Cina sebagai alat untuk menuntut ilmu pengetahuan dari negara China. Bahasa Cina terus digunakan oleh orang Jepun kerana bahasa Jepun ketiadaan sistem tulisan sendiri, dan bahasa Cina adalah bahasa bersama bagi China dan Jepun buat masa yang panjang. Pada kurun ke-9, Kana, iaitu sistem tulisan Jepun, dicipta berdasarkan Kanji, iaitu sistem tulisan Cina. Kini kedua-dua sistem tulisan ini diguna secara bercampur dalam bahasa Jepun. Dalam bidang persejarahan pula, rekod rasmi yang terawal mengenai sejarah Jepun ialah Nihongi (Annals of Japan], tergubal dalam bahasa Cina pada awal kurun ke-8. Seterusnya sehingga awal kurun ke-20, penulisan sejarah rasmi di Jepun semuanya adalah dalam bahasa Cina. Bahkan, format dan susunan, pendekatan, perspektif dan orientasi nilai adalah sama dengan persejarahan Cina.

Konfusianisme dibawa masuk dan disebar keJepun pada masa dinasti Jin Barat (265-316). Perkembangan Konfusianisme diJepun boleh dibahagikan kepada tiga tahap. Tahap yang pertama meliputi jangka masa antara awal kurun ke-5 hingga akhir kurun ke-12. Pada tahap ini, akibat peningkatan pengajian mengenai Cina diJepun, maka tata etika, teori politik, pemikiran dan institusi perundangan dan pendidikan yang berasaskan ajaran Konfusianisme amat berpengaruh dalam masyarakatJepun. Ajaran Konfusianisme ini bersendikan prinsip semesta Dao (atau Mishi dalam bahasa Jepun). Mengikut Dao, semua perkara akan sempurna dengan tidak bersusah payah sekiranya mematuhi hukum- hukum alam semula jadi. Fahaman Lao Zi (kk kurun ke-6SM) dan Zhuang Zi (kk 369-286SM) turut bergabung dalam prinsip Dao. Pada kurun ke-7, pengaruh Konfusianisme begitu kuat sehinggakan Maharaja Jepun terdorong mengisytiharkan satu dekri untuk mengaplikasi prinsip dan konsep Konfusianisme terhadap perkara sosial dan etika. Dalam sistem pendidikan, kurikulum pelajaran klasik Konfusian dan teks Cina digunakan dengan luasnya sama ada dalam bidang etika, kesusasteraan ataupun dalam bidang matematik dan perubatan.

Tempoh masa antara akhir kurun ke-12 sehingga awal kurun ke-17 merupakan tahap kedua perkembangan Konfusianisme diJepun. la bermula dengan tersebarnya Neo-Konfusianisme diJepun dan berakhir dengan wujudnya beberapa aliran falsafah. Dalam jangka waktu ini, pengajian mengenai Konfusianisme merupakan bahan utama dalam pendidikan intelektual, dan ahli falsafah Cina pada masa dinasti Song (960-1279) amat dihormati. Golongan sami mazhab Buddhisme Zen, sama ada keturunan Cina atau Jepun, giat menyebarkan falsafah Neo-Konfusianisme.

Zaman Edo atau Kesyogunan Tokugawa (1603-1867) dikenali sebagai tahap ketiga perkembangan Konfusianisme di Jepun. Selaras dengan pemerintahan Syogun Tokugawa yang bersifat tegas maka adalah bermanfaat bagi pihak kerajaan memajukan pengajian mengenai Konfusianisme. Pengaruh Konfusianisme menjadi sebegitu kuat sehingga akhirnya membantu pembentukan minda atau mentaliti Jepun moden. Pada masa ini terdapat tiga aliran fahaman Konfusianisme iaitu pertama, Aliran Shushi yang berdasarkan rukun-rukun Zhu Xi (1130-1200), mengkaji dan mengajar falsafah Rasionalistik, dan diterima secara rasmi oleh Kesyogunan Tokugawa sebagai ortodoks dan amat berpengaruh; kedua, Aliran Wang Yangming yang berdasarkan doktrin Wang (1472-1528), seorang ahli falsafah pada zaman dinasti Ming (1368-1644); dan ketiga, Aliran Kogaku (Pelajaran Purba), yang mementingkan klasik Konfusian yang asli, dan bertentangan dengan fahaman Zhi Xi dan Wang.

Buddhisme yang diamalkan diJepun ternyata mempunyai banyak ciri- ciri Jepun. Pada hal, agama Buddha disebarkan pada awal kurun ke-6 dari


China sebagai sebahagian daripada kebudayaan Cina, iaitu yang telah dicinakan. Agama Buddha mendapat sambutan baik diJepun pada zaman dinasti Sui (581- 618) dan dinasti Tang (618-907). Mazhab Buddha yang berasal dari China masing-masing berkembang di Jepun. Putera Shotoku (573-621) menganggap fahaman Buddha sebagai fahaman yang terunggul di dunia dan mengeluarkan dekri menyuruh rakyat jelata supaya menganutinya.

Banyak bidang ilmiah dan kesenian Jepun yang menerima pengaruh dari kebudayaan Cina seperti sent bina, sent lukis, kaligrafi, kesusasteraan dan muzik. Teknologi pencetakan penghasilan barang lakuer, porselin dan tembikar, kain sutera, kertas, bahan letupan dan banyak lagi menyebar ke Jepun juga secara berterusan sehingga kedatangan kuasa Barat pada pertengahan kurun ke-19. Unsur-unsur kebudayaan China dalam kehidupan sehari-hari pun banyak menyerap dalam pakaian (kimono), makanan (tauhu, teh dan seni teh, kicap, penggunaan penyepit), permainan (wau, mahjong), perkebunan, pesta dan perayaan, upacara dan ritus (penyembahan).

19.2.3 Interaksi Budaya Cina dengan Vietnam

Di kalangan negara-negara Asia Tenggara, Vietnam merupakan negara yang kuat sekali dipengaruhi oleh kebudayaan Cina. Oleh itu, Vietnam dianggap berada dalam bulatan budaya Cina, sungguhpun pada suatu ketika dahulu pernah dipengaruhi dan dikuasai oleh kebudayaan Hindu. Kajian etnografi dan bukti arkeologi menunjukkan wujudnya pelbagai unsur yang terlibat dalam pembentukan orang Vietnam sebagai satu kumpulan ras atau etnik yang tersendin. Antara unsur-unsur tersebut, unsur Cina yang dikatakan bermula pada zaman Paleolitik dan Neolitik (kk 8000SM-2000SM) adalah nyata sekali. Unsur Cina dalam kebudayaan Vietnam amat menonjol kerana kedua-dua negara berdekatan dan Vietnam merupakan sebahagian daripada empayar China dalam satu jangka masa yang panjang (111-939).

Melalui interaksi dan penaklukan ke atas Vietnam, kebudayaan Cina amat berpengaruh secara meluas dan mendalam terhadap sistem bahasa, pemikiran, adat resam dan sistem nilai orang Vietnam. Sebelum Vietnam dijajah oleh kuasa Perancis, bahasa Cina telah digunakan dalam bidang pentadbiran, kesusasteraan, persejarahan, perubatan dan bidang-bidang ilmiah. Melalui bahasa Cina, mstitusi dan sistem kerajaan serta politik, perundangan, pendidikan dan peperiksaan dari China terus dipinjam. Konfusianisme merupakan rukun panduan bagi pihak golongan pemerintah dan semua lapisan masyarakat. Klasik Konfusian dijadikan bahan peperiksaan awam yang berfungsi sebagai mekanisme untuk pengambilan dan pelantikan pegawai-pegawai kerajaan. Pendek kata, Konfusianisme amat berpengaruh sebagai suatu sumber rujukan bagi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan etika sepanjang sejarah Vietnam sehingga kedatangan kuasa penjajah-penjajah Barat. Selain Konfusianisme, Buddhisme merupakan lanjutan daripada Buddhisme Cina di Vietnam.

Sebagaimana Korea dan Jepun, terdapat banyak lag! aspek-aspek budaya sehari-harian orang Vietnam yang berasal daripada kebudayaan Cina, antaranya pakaian, makanan, permainan, peralatan muzik, perayaan (Tahun Baru Cina), ritus dan upacara. Dalam sejarah Vietnam, tidak dapat dinafikan kemunculan juga orang Vietnam yang memiliki kepandaian dalam menulis puisi Cina dan mahir dalam seni lukis, seni ukir, seni bina dan kaligrafi Cina.

19.3 INTERAKSI BUDAYA CINA DI LUAR LINGKUNGAN BULATAN BUDAYA: TUMPUAN TERHADAP ASIA TENGGARA, INDIA, DUNIA ISLAM DAN BARAT

19.3.1 Jalan Sutera: Saluran Interaksi antara Tamadun

Interaksi antara China dengan Asia Barat dan Eropah agak lembap, berbanding interaksinya dengan Asia Timur kerana dari segi geografi negara China agak terpisah daripada Eropah dengan padang gurun dan gunung-ganang. Namun demikian, negara China pernah berinteraksi dengan negara-negara Eropah sehingga ke Rom seawal kira-kira kurun pertama sebelum masehi melalui saluran perdagangan terutama kain sutera. Jalan yang menghubungkan antara China dengan kawasan Asia Timur, Asia Barat Tengah dan Barat, dan Eropah dikenali sebagai Jalan Sutera Lama, manakala jalan laut yang menghubungkan China dengan kawasan rantau Asia Tenggara, India dan Afrika dikenali sebagai Jalan Sutera Maritim (Laut).

Jalan Sutera Lamaterbentang arah ke barat dari Chang'an (kini dikenali Xi'an), China ke Antakya di Turki sejauh lebih 7,000 km. Pembukaan Jalan Sutera Lama ini adalah akibat usaha empayar Han untuk menerokai kawasan- kawasan di sebelah barat wilayahnya. Pada zaman dinasti Han (206SM-220 TM), kaum Xiongnu iaitu suatu kuasa bersekutu nomad yang semakin kuat kekuasaannya di utara China telah menimbulkan ancaman terhadap perdagangan antara China dengan Arab dan Rom. Untuk mengatasi ancaman ini, Maharaja Han Wu (140SM-87SM) telah mengirim Zhang Qian pada tahun 138SM ke Bactria dengan tujuan menggembleng sokongan kaum Yuezhi untuk menentang kaum Xiongnu. Namun begitu, usaha ini gagal dan beliau telah ditangkap dan terus ditahan selama 10 tahun oleh orang Xiongnu. Akhirnya Zhang Qian kembali dengan membawa berjenis-jenis tumbuhan (antaranya buah anggur) dan hasil-hasil semula jadi yang lain, serta maklumat tentang keadaan geografi dan kehidupan kaum-kaum di Asia Barat, Asia Tengah dan Mesir. Pada tahun 119SM, sekali lagi Zhang Qian melawat ke kawasan-kawasan barat. Seterusnya, China telah saling utus-mengutus dengan kerap dengan negara-negara di Asia Tengah dan Asia Barat. Ekspedisi Zhang Qian berjaya memperluaskan wilayah empayar China serta mempertingkatkan hubungan perdagangan antara China dengan kawasan-kawasan barat melaluiJalan Sutera Lama ini.

19.3.2 Interaksi Budaya Cina dengan Asia Tenggara

Mengikut rekod sejarah China, pada zaman Tiga Negara (220-280) negara Wu (222-280) pernah mengutus satu rombongan ke negeri Funan (Kampuchea) dan negeri-negeri di Asia Tenggara lain untuk menerokai satu jalan laut ke Rom. Tetapi, penemuan-penemuan arkeologi menunjukkan hubungan antara China dengan rantau Asia Tenggara terbentuk lebih awal lagi iaitu pada zaman dinasti Han (206SM-220TM) ataupun dinasti Qin (221SM-206SM). Hubungan ini semakin berkembang berikutan peningkatan teknologi pembinaan kapal dan pengemudian di China, dan mencapai kemuncaknya pada zaman dinasti Tang (618-907) dan dinasti Ming (1368-1644).

Melalui beberapa saluran interaksi seperti pengiriman utusan atau misi diplomatik, perniagaan dan perdagangan, peperangan dan ketenteraan, dan imigrasi maka kebudayaan Cina telah meninggalkan banyak kesan terhadap rantau Asia Tenggara. Selain menjalinkan pertalian rasmi antara negara, misi diplomatik dahulu kala berfungsi juga seperti perdagangan iaitu saling bertukar barang secara besar-besaran sebagai hadiah. Justeru itu, dapat dikatakan bahawa melalui perdagangan dan juga misi diplomatik, China memperkenalkan kepada Asia Tenggara jenis-jenis tekstil (kain) antaranya kain sutera dan kain kapas, barang yang diperbuat daripada porselin, tembikar, lakuer atau logam, dan makanan seperti taugeh, tauhu, kicap dan sayur-sayuran. Barang-barang ini ada yang merupakan bekas dan perkakas untuk dapur, makanan, rumah, tenun, pertukangan, muzik, dan sebagainya, dan ada yang merupakan hiasan. Bersama- sama ini, selain pengenalan teknik dan cara memasak yang baru, diperkenalkan juga teknologi penghasilan barangan (gula tebu, samsu, kertas, kain, bahan letupan, lilin, kasut, kain, dan sebagainya), pembinaan, perlombongan, pertanian (padi dan sayur-sayuran) dan pertukangan (emas dan besi) yang lebih baik dan berkesan, bahkan nilai kerja dan estetik yang baru. Daripada rantau Asia Tenggara pula, China menerima kemasukan hasil ekonomi antaranya rempah, produk haiwan dan tumbuh-tumbuhan, dan semuanya dapat memperkayakan kebudayaan kebendaan negara China.

Melalui saluran interaksi peperangan dan imigrasi, beberapa teknik dan teknologi Cina telah dibawa masuk lalu disebarkan di rantau Asia Tenggara. Dinasti Yuan (1279-1368) mengirim ekspedisi tentera yang berperang dengan Myanmar sebanyak tiga kali pada separuh kedua kurun ke-13. Pada awal kurun ke-14, angkatan tentera Yuan telah memperkukuhkan kedudukannya di Myanmar selama lebih daripada 20 tahun. Ekspedisi tentera Yuan pernah melanggar Pulau Jawa pada tahun 1292. Melalui ekspedisi ketenteraan ini, ramai anggota tentera Yuan kemudiannya mengambil keputusan menetap di luar negara. Di kalangan


mereka terdapat golongan artisan yang memiliki pelbagai kemahiran dan dipercayai mereka ini telah memudahkan pemindahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan teknologi Cina.

Imigrasi orang Cina ke rantau Asia Tenggara secara langsung juga menyumbang kepada interaksi antara budaya terutamanya pemindahan budaya kebendaan. Pada akhir dinasti Tang (618-907), dinasti Song (960-1279), dinasti Yuan (1279-1368) dan dinasti Ming (1368-1644), apabila keadaan politik dan ekonomi menjadi kurang stabil, sejumlah orang Cina terpaksa bermigrasi ke rantau Asia Tenggara. Selain itu, menjelang pertengahan kurun ke-19, kuasa- kuasa penjajah Barat di rantau Asia Tenggara telah membawa masuk dan menggalakkan import tenaga buruh dari India dan China untuk memenuhi keperluan di sektor perladangan dan perlombongan. Akibatnya, setlap negara di Asia Tenggara mempunyai satu komuniti Cina yang agak besar berbanding dengan komuniti Cina seberang laut di luar rantau Asia Tenggara.

Melalui penempatan tetap orang-orang Cina di rantau Asia Tenggara maka satu proses budaya iaitu amalgamasi (penyatuan) atau perkahwinan campur telah berlaku dengan penduduk tempatan. Kadar amalgamasi agak tinggi berlaku di Thailand dan Filipina, manakala di Malaysia dan Indonesia, komuniti peranakan muncul akibat perkahwinan campur antara orang Cina dengan orang tempatan sejak dua atau tiga kurun dahulu. Selain amalgamasi, proses akulturasi (pembudayaan), iaitu proses pertembungan yang membawa kepada saling pinjam- meminjam unsur-unsur budaya berlaku hasil daripada interaksi antara dua kumpulan etnik, semakin meningkat juga dengan wujudnya komuniti Cina yang hidup saling berdampingan dengan pelbagai etnik lain di Asia Tenggara. Proses akulturasi antara orang Cina dengan orang tempatan lebih melibatkan aspek kebendaan seperti makanan, pakaian, pengucapan dan tingkah laku, tetapi aspek institusi dan nilai juga turut terlibat. Di Filipina misalnya, banyak unsur budaya Cina didapati menonjol dalam kehidupan dan pengurusan keluarga, adat resam perkahwinan, upacara pengkebumian, selain daripada makanan, masakan dan perkakas dapur. Nilai-nilai dalam kebudayaan Cina seperti keharmonian, integrasi keluarga, penghormatan terhadap ibu bapa, dimanifestasikan juga dalam kehidupan keluarga orang Filipina.

Dalam interaksi antara China dengan Myanmar dan China dengan Thailand, Buddhisme merupakan salah satu komponen penting dalam interaksi ini. Buddhisme di China merupakan aliran Mahayana manakala di Myanmar dan Thailand merupakan aliran Buddha Theravada. Sungguhpun demikian, ketiga-tiga pihak yang berinteraksi ini tetap mementingkan ajaran agama Buddha yang asal. Sesetengah kitab awal Buddhisme dalam bahasa Sanskrit atau Pali yang sudah hilang atau musnah masih terdapat dan disimpan di China tetapi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina. Oleh itu, sami-sami Cina telah menyelamat dan menyumbang kepada pemulihan kitab-kitab asal ajaran ini. Di


Myanmar, sebilangan konsep Buddhisme berasal-usul China danterdapat rumah peribadatan iaitu kuil yang sama reka bentuk dengan kuil-kuil di negara China.

Hubungan antara tamadun Cina dengan Asia Tenggara mencapal zaman kemuncaknya semasa dinasti Ming (1368-1644) berikutan ekspedisi pelayaran Hulubalang Zheng He (1371-1433). Ekspedisi ini melancarkan pelayaran ke rantau Asia Tenggara, India, Tanah Arab dan Afrika Timur sebanyak tujuh kali dalam jangka masa 28 tahun (1405-1433). Ekspedisi Zheng He merupakan ekspedisi pelayaran yang terbesar di dunia pada masa itu dari segi muatan dan keperluan, bilangan anak kapal dan tugas yang dilaksanakan. Asia Tenggara berkedudukan strategik bagi China dan negara-negara Asia Timur untuk berhubung dengan dunia luar melalui jalan laut atau kemudiannya dikenali sebagai Jalan Sutera Maritim (Laut). Selat Melaka merupakan satu jalan lintasan yang amat diperlukan untuk menghubungkan dunia timur dengan dunia barat. Myanmar merupakan salah satu persinggahan yang penting dalam perjalanan ke India atau kawasan di seberang dan sebaliknya. Melalui Filipina pula, semasa di bawah kuasa penjajah Sepanyol, China telah membentuk hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat secara tidak langsung.

Melalui kedudukan yang strategik kerana terletak di pertengahan jalan perdagangan antara dunia timur dan dunia barat, beberapa tamadun dan agama telah bertembung dan berinteraksi di rantau Asia Tenggara. Dalam satu jangka masa panjang, Asia Tenggara secara keseluruhannya pernah dipengaruhi kuat oleh tamadun India yang berteraskan Buddhisme dan kemudiannya Hinduisme. Kedatangan dan penyebaran agama Islam di Gugusan Kepulauan Melayu dan kedatangan agama Kristian di utara Filipina telah memberikan dampak yang mendalam terhadap kebudayaan atau cara hidup di kedua-dua kawasan ini. Oleh itu, interaksi antara China dengan rantau Asia Tenggara adalah berbeza daripada interaksi antara China dengan Korea, Jepun dan Vietnam terutama dari segi pola dan dampak. Malaysia merupakan satu model yang unik hasil daripada pertembungan dan interaksi antara tamadun di Asia Tenggara. Satu bahagian akan dikhaskan untuk meninjau kesan dan kepentingan tamadun atau kebudayaan Cina dalam proses pembmaan negara Malaysia.

19.3.3 Interaksi Budaya Cina dengan India

Tamadun Cina dan tamadun India masing-masing terbentuk semenjak kira-kira 5,000 tahun dahulu dan berkembang sehingga kini di kawasan yang berlainan di benua Asia. Dalam proses yang panjang ini, kedua-dua tamadun agung tersebut melebarkan atau tersebar ke kawasan persekitaran, lalu membentuk lingkungan bulatan budaya masing-masing. Pada kurun ke-2, tamadun Cina telah bertembung dan berinteraksi dengan tamadun India di rantau Asia Tenggara. Mengikut rekod sejarah China, hubungan perniagaan dan perdagangan antara China dengan India telah terbentuk lebih awal lagi iaitu sekurang-kurangnya pada kurun ke-2SM. Pada masa itu yang menjadi aliran utama tamadun India ialah kebudayaan Arya. Pada kurun ke-6SM, ajaran Buddha telah muncul di India dan kemudiannya disebarkan ke kawasan Asia Tengah, Asia Tenggara dan Asia Timur. Bersama-sama dengan ajaran Buddha, banyak unsur-unsur kebudayaan India, sama ada berkaitan dengan ajaran Buddha atau tidak, terus tersebar ke China dan meninggalkan kesan yang tidak dapat dikikis pada pelbagai aspek kebudayaan Cina. Ciptaan kesusasteraan, seni muzik dan tarian, seni area dan seni mempertahankan diri dari India diminati lalu dipinjam, diserap ataupun dicontohi oleh orang Cina. Pertukaran pemikiran, pengetahuan dan teknologi juga berlaku dalam bidang falsafah, perubatan, sains dan teknologi. Selain itu, terdapat juga bahasa dan ilmu fonetik Cina yang menunjukkan wujudnya ciri-ciri kebudayaan India.

Agama Buddha yang berkembang pesat di India pada kurun ke-6SM kemudiannya telah dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China pada kurun pertama (zaman Han Timur). Namun begitu, amat sukar bagi agama Buddha untuk diterima di China dengan mudah kerana ajarannya tidak bersesuaian dengan institusi keluarga dan politik serta tataetika dan moral orang Cina yang berasaskan Konfusianisme. Oleh itu, penyebaran agama Buddha di China merupakan satu proses penyesuaian diri dengan tradisi budaya Cina termasuk doktrin Daoisme. Akhirnya agama Buddha menjadi satu sistem kepercayaan yang menggabungkan unsur-unsur penting kebudayaan Cina, tetapi prinsip- prinsip asas dan identiti tidak terjejas. Perkembangan agama Buddha di China adalah merupakan satu contoh dialog peradaban yang gemilang dalam sejarah ketamadunan manusia. Dalam konteks untuk memahami ajaran Buddha ini, para sami-sami dan penziarah-penziarah Cina harus melakukan suatu perjalanan yang sukar, menetap di India dan mempelajari kitab Buddha dalam bahasa Sanskrit. Selain itu, terdapat juga perdebatan dan perbincangan antara Buddhisme dengan Konfusianisme untuk selama beberapa ratus tahun di negara China.

Dalam proses berinteraksi ini, antara kerja atau usaha asas yang dilaksanakan ialah melakukan penterjemahan kitab-kitab Buddhisme dari bahasa Sanskrit atau Pali ke dalam bahasa Cina. Dalam tempoh masa lebih daripada 700 tahun (68-789), orang Cina telah dapat menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi berjudul Tripitaka yang meliputi kandungan kitab Mahayana dan Hinayana (berjumlah 3,673 teks dalam 15, 682 jilid) dan melibatkan hampir 200 orang penterjemah dalam usaha penterjemahan ini. Antara penterjemah penting yang memberikan sumbangan besar ialah sami Fa Xian (338-423) pada zaman dinastiJin Timur (317-420) dan sami Xuan Zang (596-664) pada zaman dinasti Tang (618-907). Kedua-dua sami ini pernah melakukan lawatan ke India, menetap di situ, mempelajari bahasa Sanskrit dan mengkaji ajaran agama Buddha. Kerja penterjemahan ini berterusan sehingga kurun ke-13. Sesetengah kitab Buddhisme asal yang hilang atau kehilangan sebahagiannya kemudian dapat dipulihkan semula dalam bahasa Sanskrit berdasarkan penterjemahan Cina.


Selain hasil penterjemahan Cina seperti Tripitaka ini dan buku-buku yang ditulis oleh Fa Xian, Xuan Zang dan sami Cina lain, catatan mengenai pengalaman mereka mengembara ke India juga merupakan sumber yang bernilai untuk mengkaji sejarah dan kebudayaan India kuno dan interaksinya dengan tamadun Cina. Tripitaka yang telah diperkenal dan diterbitkan di Korea dan Jepun menyumbang kepada penyebaran agama Buddha di seluruh keseluruhan Asia Timurini.

Beberapa jenis peralatan muzik (konghou, pipa) dan struktur muzik yang mengandungi tujuh nota setiap tala diperkenalkan ke China daripada India atau Parsi. Rekod sejarah China menunjukkan muzik dan tarian dari India dan Xiyu (kawasan-kawasan barat China) adalah popular dan terkenal di dalam istana, golongan kelas atasan atau bangsawan, dan di kalangan tentera.

Di kawasan bahagian barat dan utara China, terutama di Xinjiang dan Gansu, terdapat banyak groto dengan area Buddha dan mural yang bercorak seni Buddha Gandhara. Sebagai satu gabungan gaya seni Yunani-Rom dengan kebudayaan etnik India yang berpusat di Gandhara, seni Buddha Gandhara ini amat kuat dipengaruhi oleh ajaran Buddha dan ini membanggakan Asia Tengah dan Asia Timur dengan karya-karya yang cemerlang. Di samping itu, sesetengah kuil Buddha India di negara China memperlihatkan gaya reka bentuk seni bina Yunani-Rom.

Penciptaan dalam bidang sains dan teknologi orang Cina yang memberi sumbangan besar kepada dunia seperti senkultur dan penanaman pokok mulberi, pembuatan kertas, tembikar dan bahan letupan, teknologi pencetakan dan penggunaan kompas, pasti telah dibawa masuk ke India melalui perdagangan dan pelbagai saluran lain. Pada zaman dinasti Tang (618-907), teknologi India menghasilkan gula daripada tebu diperkenalkan ke China.

Menurut rekod sejarah China, Sejarah Dinasti Sui menyenaraikan tajuk 60 koleksi ilmu astronomi India yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina. Pada zaman dinasti Tang (618-907) pula, kalendar lunar Cina didapati kurang tepat maka sistem India diperkenalkan pada akhir kurun ke-7. Salah seorang ahli astronomi India terpenting, Gautama dan keturunan beliau sebanyak empat generasi telah berkhidmat di Balai Cerap Tang selama 110 tahun. Melalui kerjasama dan usaha sama antara pakar astronomi India dan China maka satu sistem kalendar lunar Cina yang baru telah diperkenal dan dirasmikan pada tahun 727.

Dalam bidang ilmu perubatan, tamadun India dan Cina masing-masing mempunyai keunggulan tersendiri. Semasa sami Cina, Yi Jing, melawat India pada tahun 671-685 yang bertujuan untuk mempelajari dan mengkaji kitab Buddha, beliau mendapati perubatan Cina sangat diberikan kedudukan dan penghormatan tinggi di India. Namun begitu, ahli-ahli perubatan Cina amat tertarik dengan teori dan presknpsi India. Mengikut Sejarah Dinasti Sui, banyak karya perubatan India diterjemahkan ke dalam bahasa Cina, manakala dalam buku-buku perubatan dinasti Tang tercatat juga ubat dan teknik surgeri India dalam bidang oftalmologi, pediatriks dan ginakologi. Mengikut rekod sejarah, istana Tang amat menaruh keyakinan pada ahli-ahli perubatan India dan antara ubat yang diperkenalkan ialah ubat untuk umur panjang.

Kitab-kitab Buddha boleh dianggap sebagai ciptaan sastera yang penuh dengan pelbagai puisi indah, dongeng dan ibarat untuk menambah daya penarikan doktrin Buddha dan menerangkan kisah mengenai kehidupan dan perbuatan Buddha. Oleh itu, kitab Buddha membekalkan banyak bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina, lalu memperkayakannya dari segi perbendaharaan kata, tema, gaya atau genre. Mengikut satu pendapat, perkataan dan frasa dalam bahasa Cina yang ada kaitan dengan konsep Buddhisme berjumlah 30,000. Corak Bianwen, iaitu satu genre penulisan naratif yang digunakan untuk menyampaikan dongeng pada zaman dinasti Tang (618-906) dan ditulis dalam bentuk prosa bercampur dengan puisi, adalah sama dengan corak sesetengah kitab-kitab Buddha.

Pengajian mengenai fonetik bahasa Cina sukar untuk dilakukan kerana bahasa ini tidak berabjad. Bermula dari zaman dinasti Sui (581-618), ilmu fonetik bahasa Cina menjadi semakin maju kerana orang Cina menggunakan pengetahuan dan teknik-teknik daripada ilmu fonetik bahasa Sanskrit. Fanqie iaitu suatu cara orang Cina menunjukkan sebutan perkataan, adalah salah satu hasil penting yang berkaitan.

Buddhisme merupakan satu sistem falsafah selain sebagai sistem kepercayaan, dan antara falsafah India, falsafah Buddha adalah yang paling berpengaruh di China. Beberapa aliran falsafah Buddha telah dikembangkan di China antaranya aliran Tiantan, Huayan dan Chan (Zen dalam bahasa Jepun). Kesemua aliran ini memberikan dampak tertentu terhadap Neo-Daoisme dan Neo-Konfusianisme.

Pada kurun ke-10, kedudukan agama Buddha di India semakin merosot dan akhirnya kehilangan pengaruh. Selepas itu, agama ini tidak begitu penting lagi dalam interaksi antara India dengan China. Namun begitu, ini tidak menjejaskan pengaruh Buddhisme di bulatan budaya Cina. Pada kurun-kurun berikutnya, hubungan India dengan China semakin meningkat tetapi hanya dalam bidang perdagangan dan diplomatik. Hubungan ini mencapai zaman kemuncaknya melalui ekspedisi-ekspedisi Hulubalang Zheng He ke India pada kurun ke-15. Dapat dirumuskan, bahawa sebahagian besar dialog antara tamadun Cina dengan India berlangsung melalui peranan agama Buddha.

19.3.4 Interaksi Budaya Cina dengan Dunia Islam

Agama Islam dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China melalui dua saluran jalan pada kira-kira kurun ke-8: pertamanya, melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di selatan China (mereka ini mendirikan masjid) iaitu di Guangzhou dan Quanzhou; dan keduanya, melalui peranan pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui kawasan Parsi dan Afghanistan. Di peringkat awal, walaupun terdapat cebisan-cebisan tulisan dalam bahasa Cina mengenai Islam demi memperkenalkan ajaran agama mi kepada orang Cina tetapi ianya didapati tidak berkesan. Dampak Islam menjadi semakin kuat dan mendalam beberapa kurun kemudian melalui usaha beberapa tokoh Islam Cina seperti Wang Daiyu (kkl580-1658), Ma Zhu (kk 1640-1711), Liu Zhi (kk 1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874). Mereka menghasilkan beberapa karya dalam bahasa Cina sertaterjemahantentang agama Islam. Mereka tidak sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran Islam tetapi juga pakar dalam klasik Cina, khasnya klasik Konfusianisme. Antara mereka, Wang Daiyu ialah tokoh yang pertama menghasilkan karya tentang agama Islam dalam bahasa Cina. Karya pertama beliau yang berjudul Zhengiao zhenquan (Anotasi Tulin Ajaran Ortodoks) diterbitkan pada tahun 1642. Semenjak itu, berpuluh-puluh sarjana Konfusian-Muslim mengikut jejak langkah Wang Daiyu dalam memainkan peranan penting dan memberikan sumbangan dalam tradisi keilmuan Islam di negara China.

Melalui penelitian terhadap hasil-hasil karya sarjana-sarjana tersebut, diperlihatkan beberapa ciri-ciri yang menonjol. Misalnya, demi membolehkan orang Cina memahami dan menenma agama Islam, Wang Daiyu menggunakan beberapa istilah atau konsep Konfusian seperti xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), zhong (kesetiaan), shu (altruisme) dan sebagainya untuk menerangkan ajaran Islam. Liu Zhi pula menggunakan kata-kata Konfusius dan Mensius yang sesuai untuk menerangkan hukum syariah agama Islam, dan menganggap shangdi dalam klasik Konfusian seerti dengan Tuhan Yang Maha Esa dalam Islam. Kedua-dua mereka juga cuba mencantumkan konsep wugong (lima rukun) dalam Islam dengan konsep wude (lima sifat baik) dalam Konfusianisme untuk menunjukkan bahawa Islam dan Konfusianisme tidak bercanggah sama sekali tetapi sebaliknya adalah saling melengkapi. Usaha-usaha penyesuaian ini tidak menjejaskan prinsip-prinsip asas dan identiti Islam sebagai agama. Pada masa itu dan sehmgga kirn, agama Islam ditenma dengan baik di negara China. Rakyat China yang beragama Islam dianggarkan sejumlah 17 juta orang dan terdiri daripada 10 kaum. Kebanyakan penganut Islam berbangsa Cina ini terdapat di kawasan autonomi seperti Xinjiang, Ningxia dan beberapa wilayah lain di bahagian barat laut China.

Interaksi budaya antara China dengan dunia Arab, terutamanya dalam perdagangan barangan dua hala berlangsung dalam tempoh masa yang panjang. Mengikut rekod sejarah, tentera Cina tewas dalam pertembungan dengan tentera Arab di Sungai Talas pada tahun 751. Salah satu kesan dari peristiwa ini ialah teknologi Cina dibawa dan diperkenalkan ke dunia Arab dan kemudian dari sana diperkenalkan ke benua Eropah. Teknologi membuat kertas merupakan satu contoh yang menonjol dari sana ke Eropah. Teknologi membuat kertas merupakan contoh yang paling menonjol kerana tawanan Cina telah mengajar


orang Arab mengenai teknologi ini. Teknologi ini kemudiannya disebarkan dari Samarkand ke Baghdad dan Damascus, ke Mesir dan Maaghreb, dan akhi-nya ke Andalusia (Sepanyol) pada kurun ke-10. Selain itu, antara tawanan Cina terdapat juga tukang sepeiti tukang tenun sutera, tukang emas dan pelukis. Tiga ciptaan Cina yang penting, iaitu kompas (kk pada kurun ke-13), bahan letupan (pada kurun ke-8) dan teknologi pencetakan (pada kurun ke-13) juga diperkenalkan ke dunia Arab dan seterusnya dari sana ke Eropah. Selain itu, teknologi metalurgi (logam dan aloi) dan barangan Cina lain seperti sutera dan porselin juga sampai ke dunia Arab sebelum merebak ke Eropah dan Afrika.

Dari dunia Arab pula, selain daripada barangan rempah dan bahan-bahan perubatan, pelbagai ilmu pengetahuan dibawa masuk dan diperkenalkan ke China secara besar-besaran sejak zaman dinasti Tang (618-907). Misalnya, Li Xun (kk 855-930), seorang sarjana Muslim Cina yang berasal dari Parsi, telah menyusun enam jilid Haiyao bencao (Materia Medica Seberang Laut) yang mencatat sekurang-kurangnya 124 jenis ubat-ubatan dari Arab. Kaedah rawatan dan perubatan dari Arab atau Parsi juga dibawa masuk ke China. Dalam bidang astronomi, Jamal al-Din, seorang ahli astronomi Parsi, telah mencipta tujuh jenis peralatan astronomi serta satu kalendar baru untuk Kublai Khan pada tahun 1267. Selain itu, seorang Nestorian dari Syria bernama Ai-xue (Isa Tarjaman), ahli matematik dan astronomi yang juga pakar perubatan dan farmasi, berkhidmat dengan kerajaan Mongol antara tahun 1250-1308; manakala Alowating (mungkin ala' al-Din) dan Isumayin (mungkin Ismail) berkhidmat pada tahun 1271. Rekod sejarah juga menunjukkan bahawa orang Cina mula menggunakan angka Arab pada zaman dinasti Yuan (1260-1368).

Kesan pengaruh atau dampak Islam terhadap kebudayaan Cina dapat dibuktikan dari segi fizikal melalui reka bentuk beribu-ribu masjid, dewan membaca al-Quran dan tanah-tanah perkuburan di seluruh negara China. Secara umumnya, reka bentuk masjid di China terbahagi kepada dua jenis yang utama iaitu pertama, yang mengekalkan ciri-ciri reka bentuk masjid Arab, seperti kebanyakan masjid di Xinjiang; dan keduanya, mirip kepada reka bentuk kuil atau istana Cina tradisional, terutamanya yang dibina selepas kurun ke-14, dengan menggunakan kayu sebagai komponen bahan utama seperti masjid Niujie di Beijing. Walau bagaimanapun, hanya struktur luar sahaja kelihatan menerima pengaruh seni bina Cina tradisional sedangkan bahagian dalaman masjid di China tidak mengorbankan sama sekali prinsip asas agama Islam.

19.3.5 Dampak Barat dan Respons China

Pada kurun ke-13, apabila negara China diperintah oleh dinasti Mongol, terdapat ramai golongan pengembara dan mubaligh yang datang dan ada amara mereka yang menetap di sini. Marco Polo (1275-1292) misalnya, dikaiakan bertugas sebagai pegawai di China selama 16 tahun dan rekod pengembaraannva di China amat mengagumkan orang Barat. Pengalaman Marco Polo dianggap sebagai satu fasa baru bagi interaksi budaya antara China dengan Barat.

Melalui interaksi awal dengan Barat, agama Kristian dibawa masuk ke China oleh penganut Kristian Nestorian sebelum kurun ke-7, tetapi ia gagal menarik perhatian dan minat orang Cina. Pengaruh agama Kristian mulai bertapak pada akhir kurun ke-16 apabila maharaja dinasti Ming (1368-1644) membenarkan para mubaligh Jesuit yang diketuai oleh Matteo Ricci (1552-1610) membinagerejasertamenetapdiBeijing dan bandar-bandar lain. Matteo Ricci merupakan seorang Jesuit dari Itali yang tiba di China pada tahun 1582. Di waktu itu, revolusi sains baru sedang bermula di Eropah sedangkan ilmu sains di China sedang mengalami kemerosotan. Beliau berada di China selama 28 tahun dan menetap di Beijing selama 10 tahun. Dengan matlamat untuk menyebarkan agama Kristian, beliau menggunakan strategi penyesuaian diri dengan kebudayaan Cina. Beliau mempelajari bahasa dan sejarah Cina, mengangkat nama Cina, Li Madou, mempelajari Konfusianisme dan menghormati tradisi Cina termasuk amalan pemujaan nenek moyang. Ricci juga memperkenalkan ilmu pengetahuan Barat yang ma)u dalam bidang sains, matematik, perubatan, geografi dan astronomi. Misalnya, beliau menghasilkan peta dunia baru, mencipta beberapa peralatan astronomi, menterjemahkan buku- buku mengenai agama, astronomi, matematik dan sains. Ini menimbulkan kekaguman orang Cina khususnya pegawai-pegawai kerajaan. Oleh itu, memang diakui kebenaran bahawa Ricci telah memainkan peranan penting sebagai pembina jambatan budaya baru antara China dengan dunia Barat.

Di negara China pula, Xu Guangqi (1562-1633), seorang pegawai Cina Muslim dan juga pembantu Matteo Ricci, telah menghasilkan banyak buku sains merangkumi pelbagai bidang seperti matematik, astronomi, pertanian, ketenteraan dan perubatan. Xu Guangqi memang boleh dianggap sebagai pengasas sains moden Cina dan juga penghubung antara sains Barat dengan cendekiawan Cina.

Ternyata bahawa interaksi antara China dengan Barat bermula melalui penyebaran berbentuk kebendaan termasuk empat ciptaan agung Cina. Akibatnya, orang Barat sedar akan penting dan perlunya untuk mengadakan hubungan dengan China. Pada kurun ke-18, minat orang Barat terhadap China, yang mula-mula bertumpu pada aspek kebendaan seperti sutera dan porselin, telah beralih kepada pemikiran dan kebudayaan. Misalnya, Francois Voltaire (1694-1778), seorang ahli falsafah dan pemikir Perancis yang menyanjung tinggi Konfusius sebagai The Sage of Morality, dan Gottfried W. Leibniz (1646-1716), seorang ahli falsafah Jerman yang memuji keunggulan akhlak masyarakat Cina. Gottfried W. Leibniz dan sesetengah sarjana Eropah berpendapat bahawa budaya Cina dan budaya Eropah masing-masing mempunyai kekuatan yang tidak bercanggah tetapi saling bermanfaat. Misalnya, Barat lebih maju dalam bidang sains semula jadi, sains pemikiran dan logik, sedangkan falsafah Cina


mengutamakan kegunaan dan etika dalam pengurusan masyarakat dan negara. Maka interaksi budaya antara dua pihak ini pasti akan mendatangkan manfaat kepada kedua-duanya.

Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya peranan mubaligh dan orang Barat sebelum kurun ke-20 tidak mendatangkan kesan yang kuat terhadap China, kerana kebanyakan golongan intelektual Cina masih bertanggapan bahawa Barat sebagai barbarian tidak setanding dan setarafdengan China yang mempunyai tamadun yang terunggul di dunia. Apabila Yong Zheng ditabal sebagai Maharaja (r. 1723-173 5), beliau memerintahkan semua mubaligh supaya berpindah ke Macao dan dihalang masuk ke China, kerana beliau mengesyaki mereka sedang berkonspirasi menggulingkannya. Oleh yang demikian, pintu ke China telah pun tutup bagi orang Jesuit dan mubaligh Kristian lain selama 120 tahun sehingga tamatnya Perang Candu pada tahun 1842. Dasar tutup pintu (isolasi) ini menyebabkan China ketinggalan zaman dan mengalamai kemunduran pada kurun ke-19.

Sejak pertengahan sehingga ke akhir kurun ke-19, negara China telah mengalami kekalahan berturut-turut dalam empat peperangan utama dengan kuasa-kuasa asing seperti Perang Candu (1839-1842), Perang Anglo-China (1856-1860), Perang China-Perancis (1884-1885) dan Perang China-Jepun (1894-1895). Setiap kali ditewaskan, kerajaan Qing terpaksa menandatangani perjanjian yang tidak adil dengan kuasa asing, antaranya membayar berjuta-juta wang ganti rugi, menyerahkan hak milik kawasan tertentu, membuka pelabuhan tertentu untuk perdagangan, memberikan hak bidang kuasa luar wilayah (extraterritoriality rights), serta status negara yang paling diutamakan (most-favoured nation).

Dalam jangka masa setengah kurun tersebut, kekalahan berturut-turut yang amat memalukan China telah mendatangkan pelbagai reaksi dari golongan intelektual Cina. Di kalangan mereka ada yang berpendapat bahawa supaya terus hidup, orang Cina hams mempelajari barbarian untuk mengawal barbarian, khasnya ilmu pengetahuan Barat dalam bidang ketenteraan dan persenjataan moden. Antara langkah yang dilaksanakan ialah pelancaran Gerakan Menguatkan Kendiri (Self-Strengthening Movement) dan penubuhan Biro Penterjemahan. Namun begitu, langkah-langkah tersebut hanya memperkenalkan modenisasi yang dianggap cetek dan tidak berkesan manakala perkembangan sistem politik, institusi ekonomi dan sistem pendidikan diabaikan atau dipinggirkan. Slogan yang terkenal pada akhir kurun ke-19 ialah "Ilmu Cina sebagai asas, ilmu Barat untuk kegunaan" (Chinese learning as essence. Western learning for practical use)'yang diutarakan oleh Zhang Zhidong (1837-1909) pada tahun 1898.

Sarjana lain pula seperti yang diwakili oleh Liang Qichao (1873-1929), melancarkan Gerakan Reformasi 100 Hari (Hundred Days' Reform} pada tahun 1898. Matlamat gerakan ini bertujuan untuk menasihati Maharaja Qing supaya mencontohi reformasi institusi dan politik yang dilancarkan di Jepun oleh Emperor Meiji, yang dikenali sebagai Temulihan Meiji". Namun begitu, usaha gerakan ini mengalami kegagalan kerana maharaja ketika itu tidak mempunyai kuasa sebenar. Sementara itu, rakyat Cina telah menunjukkan sikap permusuhan terhadap orang Barat yang dianggap bertanggungjawab terhadap segala huru- hara yang sedang berlaku di negara China. Dua tahun selepas kegagalan gerakan reformasi ini seiring dengan sikap permusuhan maka tercetuslah Pemberontakan Boxer yang mengakibatkan banyak jiwa terkorban dan harta benda musnah. Kejadian-kejadian tersebut telah menyebabkan seluruh rakyat Cina hilang keyakinan terhadap pemerintahan dinasti Qing.

Pada akhir kurun ke-19, Dr. Sun Yatsen (1866-1925) berpendapat bahawa negara China tidak dapat diselamatkan dengan perubahan sesetengah institusi-institusi sahaja (tidak menyeluruh) dan penderitaan China hanya dapat diselesaikan dengan tindakan menggulingkan dinasti Qing. Walaupun pemerintahan dinasti Qing kemudiannya dijatuhkan melalui Revolusi 1911, cara hidup tradisi dan fahaman lapuk orang Cina masih berkekalan, dan keadaan negara terus kacau-bilau. Sistem pemerintahan berbentuk republik diperkenalkan tetapi tidak membawa banyak erti kepada rakyat kerana negara China masih terus mundur. Oleh itu, golongan intelektual Cina berpendapat bahawa China tidak akan menjadi negara moden, jika perubahan pemikiran di kalangan rakyat dan pembelajaran mengenai cara Barat (ilmu Barat) secara keseluruhan tidak berlaku. Untuk mencapai matlamat ini, diperkenalkan Gerakan Kebudayaan Baru oleh kalangan intelektual yang menerima pendidikan sama ada di Jepun, negara Eropah atau Amerika Syarikat. Puncak gerakan ini ialah Gerakan 4 Mei pada tahun 1919 yang mengakibatkan pertentangan sepenuhnya terhadap cara hidup tradisi lama dan segala ajaran Konfusius. Banyak aliran pemikiran falsafah Barat telah diserap masuk ke negara China. Berikutan interaksi dengan Barat ini, golongan intelektual Cina amat tertarik dengan dua ideologi Barat iaitu pertama, PragmatismeJohn Dewey yang menekankan pendekatan evolusi untuk memajukan keadaan sosial, dan keduanya, Marxisme yang menekankan pendekatan revolusi yang berinspirasikan kejayaan peristiwa Revolusi Rusia. Selain itu, dua konsep yang popular pada masa itu ialah "sains " dan "demokrasi".

Selain perubahan sistem politik, pengaruh Barat telah mendorong tercetusnya banyak perubahan-perubahan sosial di negara China. Pada tahun 1905, Peperiksaan Perkhidmatan Awam yang telah berrungsi sebagai tangga mobihti ke kelas atasan selama berkurun-kurun lamanya telah dimansuhkan. Sistem pendidikan tradisi telah digantikan dengan institusi-institusi pendidikan Barat. Pengaruh Barat semakin ketara terutama selepas Gerakan 4 Mei apabila nilai-nilai Barat seperti idea individu, kebebasan dan persamaan antara lelaki dan wanita tersebar luas. Dalam bidang bahasa dan kesusasteraan pula, karya- karya berbahasa vernakular telah menggantikan karya-karya berbahasa klasik yang selama lebih dua ribu tahun telah dianggap sebagai ortodoks. Sastera moden yang mencontohi sastera Barat juga menjadi popular. Walaupun pelbagai usaha dilaksanakan dan perubahan-perubahan berlaku di kalangan orang Cina, namun keadaan politik pada tahun-tahun selepas Gerakan 4 Mei masih tidak tenteram dan stabil, maka ini bermakna usaha-usaha pemodenan dianggap masih belum selesai dan mencapai matlamat.

19.4 TAMADUN CINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA

19.4.1 Prospek Globalisasi: Masalah dan Cabaran
Dari segi persejarahannya, negara Malaysia merupakan satu dataran bagi pertembungan beberapa tamadun utama Timur dan Barat kerana kedudukannya dari segi geografi. Akibatnya kini, Malaysia mempunyai sebuah masyarakat majmuk dengan berbilang kelompok etnik masing-masing mempunyai tradisi budaya yang berakar umbi dalam tamadun-tamadun yang bertembung itu. Hakikat ini serta implikasi-implikasinya bagi pembinaan negara perlu disedari dan diambil kira oleh para pemimpin dan rakyat Malaysia. Oleh itu, sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957, integrasi nasional diberikan penekanan sebagai satu nilai yang terunggul dalam proses pembinaan negara. Dalam hubungan ini, pucuk pimpinan negara hendaklah berpegang kepada integrasi nasional yang harus berasaskan keharmonian antara kaum melalui interaksi budaya dan dialog peradaban serta keadilan terhadap semua pihak.

Di peringkat global, kemajuan sains dan teknologi telah meningkatkan taraf hidup manusia pada kurun ke-20 dan awal kurun ke-21 ini yang memungkinkan terbentuknya zaman informasi (teknologi maklumat). Proses globalisasi dalam zaman informasi ini turut melibatkan Malaysia. Malaysia dan negara-negara lain akan menghadapi tiga prospek yang berkaitan iaitu pertama, negara-negara harus bekerjasama untuk menangani segala masalah dan cabaran yang berbangkit daripada globalisasi; kedua, interaksi budaya dan dialog peradaban akan menjadi lebih giat dan mendalam; dan ketiga, satu set ideal, kepercayaan dan nilai yang baru harus dikenal pasti untuk dipatuhi di peringkat sejagat. Dalam hubungan ini, Wawasan 2020 yang dilancarkan pada tahun 1991 merupakan cita-cita dan strategi pucuk pimpinan negara untuk menghadapi tiga prospek globalisasi yang tersebut itu. Pada ketika ini, Malaysia amat beruntung kerana memiliki satu khazanah yang kaya dengan pelbagai sumber kerohanian. Sumber-sumber kerohanian sejagat ini harus digali, dikupas dan diberi pengertian baru dalam konteks semasa. Penemuan-penemuan daripada penelitian semula ini akan menyumbang kepada perumusan ideal, kepercayaan dan nilai untuk negara dan dunia sejagat.

Dalam proses globalisasi ini, wujud masalah-masalah dalam zaman informasi. Walaupun banyak kemajuan yang telah dicapai dalam zaman moden


ini, namun manusia masih menghadapi masalah-masalah yang berkesinambungan semenjak dahulu dan baru yang lebih mencabar. Antara masalah-masalah tersebut ialah pertama, pembangunan ekonomi dan kebendaan jauh lebih pesat berbanding dengan pembangunan kerohanian. Kedua, oleh sebab pengagihan kekayaan yang tidak seimbang, sebilangan besar manusia masih menghadapi masalah- masalah akibat kemiskinan dan kemunduran. Ketiga, institusi keluarga dan perkahwinan menjadi semakin lemah atau longgar kerana diserap oleh unsur- unsur negatifmodenisasi, mengakibatkan kemerosotan ketenteraman sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan sesetengah masyarakat moden. Dan keempat, akibat eksploitasi sumber alam secara besar-besaran, pencemaran alam sekitar dan gangguan keseimbangan ekologi akan mengancam kehidupan manusia. Masalah-masalah tersebut disebabkan oleh kemerosotan akhlak dan kelemahan manusia sendiri, seperti kecenderungan kepada amalan rasuah, sifat tamak haloba, sifat mementingkan nafsu, sifat mementingkan diri dan sikap materialistik. Justeru itu, dimensi moral dan etika adalah penting dan harus diambil kira demi mengatasi masalah-masalah ini.

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam proses pembinaan negara dan pemantapan tamadun Malaysia terkandung dalam Wawasan 2020. Antaranya, yang paling utama adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dengan sifat-sifat yang diingini, supaya masalah-masalah pada zaman informasi itu dapat diatasi. Masyarakat yang diidamkan adalah seperti berikut:

1. Masyarakat yang demokratik, mengamalkan "demokrasi Malaysia" yang mantap, bermuafakat dan berorientasikan komuniti.

2. Masyarakat yang bermoral dan beretika dengan rakyatnya berpegang kuat pada nilai-nilai agama dan rohaniah serta mempunyai standard etika yang tertinggi.

3. Masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi, supaya rakyat yang berbilang kaum bebas mengamalkan tradisi budaya dan ajaran agama masing-masing tanpa keterasingan.

4. Masyarakat yang berkebudayaan penyayang yang berteraskan satu sistem sosial yang memegang pada konsep kepentingan kolektif mendahului kepentingan individu, dan satu institusi keluarga yang teguh supaya kebajikan warganya berkisar pada keluarga, dan bukan pada kerajaan atau negara.

Dapat dirumuskan bahawa cabaran yang dihadapi oleh Malaysia adalah untuk mendirikan sebuah negara-bangsa beretika yang terdiri daripada rakyat yang beretika, yang menempatkan pula dalam keluarga yang beretika.

Pada tahun-tahun 1990-an, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan beberapa konsep dan rancangan baru untuk merealisasikan matlamat Wawasan


2020. Antaranya, Multimedia Super Corridor (MSC) yang merupakan satu projek untuk memenuhi keperluan telekomunikasi antara negara dengan dunia pada zaman informasi ini. Projek ini akan melibatkan banyak pelaburan dalam pembangunan tenaga manusia demi perkembangan teknologi peraiatan (hardware) dan program perisian (software). Selain itu, Malaysia memerlukan banyak lagi tenaga manusia yang terlatih dalam pelbagai bidang demi menmgkatkan produktiviti setiap sektor, khususnya perindustrian dan perdagangan. Oleh itu, pendidikan negara harus dipertingkatkan dari segi kualiti dan kuantiti. Sehubungan ini, beberapa inovasi telah diperkenalkan dalam bidang pendidikan. Inovasi yang agak berkesan ialah sektor swasta dibenarkan melabur dalam bidang pendidikan terutamanya pada peringkat tinggi. Melalui usaha bersama sektor awam dan sektor swasta, kini kemampuan sistem pendidikan Malaysia membekalkan kemudahan-kemudahan untuk latihan dan penyelidikan telah meningkat berlipat ganda, di samping melatih dan mengeluarkan sumber tenaga manusia. Dua lagi rancangan inovatif dalam pendidikan ialah sekolah bestan (smart school) dan universiti maya (virtual university) yang menggunakan teknologi telekomunikasi dari MSC. Perkembangan ini akan mendatangkan pembaharuan yang bersifat revolusi dalam pendidikan, lalu menjelmakan cita-cita Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini dan juga sebuah negara yang maju pada kurun ke-21.

Sejak Julai 1997, Malaysia dan juga beberapa buah negara di Asia Tenggara dan Asia Timur mengalami kegawatan ekonomi yang agak teruk. Oleh sebab terdapatnya banyak faktor luaran yang di luar kawalan negara kita dan dunia, kita mungkin akan menghadapi prospek kemerosotan yang umum. Justeru itu, Wawasan 2020 mungkin tidak dapat direalisasikan dalam tempoh masa yang dirancangkan. Walau bagaimanapun, ideal, kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh rakyat dan pucuk pemimpin Malaysia tetap tidak berubah, sekiranya Wawasan 2020 terus menjadi cita-citanva.

19.4.2 Tamadun Cina: Relevansinya di Malaysia dan Dunia

Berdasarkan masyarakat ideal yang digambarkan di atas, Wawasan 2020 terus menyatakan pelbagai wawasan rakyat Malaysia pada kurun ke-21 dan strategi untuk merealisasikannya. Nilai-nilai yang harus dioenkan tumpuan dapat dikenal pasti daripada kenyataan ini. Bahagian mi akan mengenal pasti nilai-nilai itu dan membandingkannya dengan nilai-nilai dalam tamadun Cina untuk melihat persamaan dan kaitan antara kedua-dua set nilai itu. Perbandmgan ini dilakukan dengan merujuk kepada wawasan atau strategi dalam bidang-bidang tertentu iaitu bidang politik, sosial, psikologi, ekonomi, pendidikar. dan pemeliharaan alam sekitar.

Dalam bidang politik, nilai utama yang diberikan tumpuan ialah integrasi nasional (perpaduan nasional). Selain itu, yang ditekankan ialah mengenai ideal demokrasi (khasnya kematangan, kemuafakatan, komuniti sebagai tumpuan), keamanan dan keharmonian, keadilan dan dedikasi terhadap negara. Tamadun Cina yang berasaskan humanisme dan moralisme memang menekankan keharmonian, kesederhanaan, keadilan, ketaatan dan ideal-ideal demokrasi seperti yang terkandung dalam The Grand Unity sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini.

Dalam bidang sosial, yang diidamkan ialah sebuah masyarakat bermoral dan beretika, berkebudayaan penyayang, bersifat terbuka dan toleransi, bersifat bebas untuk mengamalkan tradisi budaya dan ajaran agama, bersifat saintifik dan progresif, dan berasaskan institusi keluarga yang kukuh. Sebagai mana yang telah dibincangkan sebelum ini, tamadun Cina dalam proses perkembangannya telah menerima banyak pengaruh agama dan kebudayaan asing kesan daripada interaksi dengan tamadun lain. Tamadun Cina memang bersifat terbuka dan bertolak ansur. Selain itu, sistem etika Cina sejak zaman purba berasaskan keluarga semata-mata dan mengutamakan kebaikan hati (benevolence atau cohumanity) serta keharmonian dalam hubungan antara sebarang entiti (individu, kelompok, alam). Oleh itu, ajaran Konfusianisme mungkin memberi banyak implikasi bagi pemupukan kebudayaan penyayang dan pembangunan masyarakat yang beretika, liberal dan bebas dari segi agama dan budaya.

Dalam bidang psikologi, rakyat Malaysia harus dibangunkan psikologinya agar selaras dengan aspek pembangunan yang lain terutama pembangunan kebendaan. Sifat-sifat psikologis yang diperlukan ialah keyakinan kendiri secara kolektif, iaitu rasa bangga kerana keahlian dalam masyarakat dan pencapaian masyarakat; bersikap teguh terhadap pelbagai cabaran; tabah hati mengejar kualiti; dan adanya pembebasan psikologi (tidak rasa diri kurang penting). Dalam tamadun Cina yang bercirikan personalisme sebagaimana yang telah dibincangkan, pemupukan kendiri wajar diamalkan atas premis bahawa manusia berkeupayaan untuk mencapai semaksima kebaikan dan memberi manfaat. Lanjutan daripada premis ini ialah kepercayaan bahawa setiap orang tanpa mengira latar belakangnya harus dididik dan boleh dididik. Selain itu, pemupukan kendiri dalam tradisi Cina bertujuan untuk kepentingan keluarga, negara dan dunia, dan bukan untuk diri sendiri semata-mata. Nyatalah bentuk- bentuk pemikiran ini terdapat dalam tamadun Cina yang sememangnya relevan sebagai pedoman untuk merancang kurikulum dan pedagogi bagi pembangunan psikologi yang dimgini.

Dalam bidang ekonomi, keadilan dan sikap berpatutan merupakan dua nilai yang penting. Kedua-dua nilai ini khasnya merujuk kepada pengagihan kekayaan secara adil saksama dan pekerjaan tidak dikenal pasti dengan ras. Sebenarnya keadilan pengagihan kekayaan adalah salah satu ideal dalam The Grand Unity. Selain itu, terdapat banyak nilai dalam tamadun Cina yang patut ditekankan dalam aktiviti ekonomi. Misalnya, kerajinan, berjimat-cermat, tanggungjawab (komitmen), integriti dan ketaatan akan memanfaatkan


pertubuhan perniagaan secara langsung; nilai etika seperti keharmonian, kesetiaan, kesopanan, kepatuhan kepada norma dan peraturan, disiplin din, semangat bekerjasama dan sebagainya mungkin memberi implikasi yang positif bag! teori organisasi, tingkah laku organisasi, pengurusan perniagaan dan psikologi perindustrian.

Dalam bidang pendidikan, pendidikan merupakan kunci pembangunan dan medium untuk merealisasikan Wawasan 2020. Banyak inovasi dan ciri baru diperkenalkan ke dalam sistem pendidikan sejak tahun 1990. Kita harus mengambil satu perspektif perbandingan supaya kebijaksanaan dan fikiran Konfusianisme dan tradisi lain dapat digunakan dalam segala pertimbangan mengenai perkembangan kurikulum dan strategi mengajar dan pengajaran. Dalam konteks ini, warisan-warisan tamadun Cina yang relevan dan menarik hati ialah pertama, kepercayaan optimistik pada potensi manusia untuk mencapai kecemerlangan individu atau berkelompok; kedua, pendidikan sentiasa diutamakan; ketiga, kepercayaan bahawa setiap individu harus dan boleh dididik; keempat, pembentukan keperibadian atau ajaran moral dan etika diberikan keutamaan; dan kelima, guru harus dihormati dan diberi status sosial yang tinggi. Nyatalah bahawa warisan-warisan ini adalah berpunca daripada humanisme, personalisme, intelektualisme dan moralisme dalam tamadun Cina.

Dalam bidang pemeliharaan alam sekitar, isu ini menjadi semakin runcing dan memerlukan persetujuan konsepsi dan kerjasama di permgkat sedunia. Secara asasnya, manusia perlu merujuk kepada tradisi yang menekankan serta mengamalkan hubungan harmoni antara manusia dengan alam semulajadi. Sehubungan ini, tamadun harus berdialog antara satu dengan yang lain supaya mencapai satu konsepsi yang rasional mengenai alam, kaitannya dengan manusia dan kewajipan manusia bagi mengatasi kemerosotan mutu alam sekitar. Mengikut ajaran sama ada Konfusianisme, Daoisme atau Buddhisme dalam tamadun Cina, manusia berkedudukan setaraf dengan alam, maka manusia harus berusaha memahami prinsip-prinsip alam semesta (tian) supaya tercapai satu keadaan yang dikenali sebagai "kesatuan tian dengan manusia". Fahaman mengenai alam dan keadaan kesatuan ini adalah bersifat transendensi dan bukan empirik. Walau apapun, keharmonian yang tertinggi darjahnya harus diusahakan dalam hubungan manusia dengan alam semesta.

19.4.3 Kekuatan Tamadun Cina sebagai Sumber Rujukan

Selain daripada adanya kaitan tamadun Cina, khasnya sistem nilainya dengan Malaysia dan dunia dalam konteks pembentukan semula sistem etika, perlu ditekankan di sini bahawa terdapat tiga kekuatan tamadun Cina sebagai sumber rujukan.

Pertama, dan sudut kesesuaian. Ideal Konfusian mengenai penubuhan sesebuah negara beretika bersesuaian dengan Wawasan 2020. Kedua-duanya mempunyai konsepsi yang sama mengenai kepercayaan, ideal dan nilai.

Khususnya, keluarga dianggap sebagai satu institusi sosial penting yang seharusnya dipelihara dan dipertahankan. Tambahan lagi, Malaysia sebagai satu negara-bangsa moden amat komited terhadap pembangunan pendidikan, berdasarkan kepercayaan pada perkembangan sepenuh potensi manusia peringkat perseorangan. Dalam hal ini, ideologi Konfusianisme yang berteraskan humanisme, humanitarianisme, intelektualisme dan rasionalisme, adalah secocok dengan fikiran pendidikan moden di Malaysia dan dunia.

Kedua, dari sudut skop yang komprchensif. Sungguhpun Konfusianisme dikembangkan lebih kurang 2,500 tahun dahulu, konsepsinya mengenai perhubungan sosial, iaitu Lima Perhubungan (wulun), adalah sahih lagi komprehensifsehingga masa kini. Dalam Konfusianisme, nilai, sifat moral dan prinsip etika yang berkisar kepada lima perhubungan sosial adalah penting dan cukup sesuai untuk memberi ilham kepada mereka yang memikirkan satu sistem nilai yang sewajarnya.

Dan ketiganya, dari sudut kaya dengan wawasan dan kebijaksanaan. Wawasan Konfusian mengenai masa depan manusia, seperti yang dinyatakan dalam The Grand Unity amat berkaitan dengan masyarakat global. Pada tahun- tahun kebelakangan ini terdapat ramai sarjana yang terlibat dalam perbincangan tentang kaitan tamadun Cina dengan dunia moden dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi, pendidikan, ketenteraan, pemeliharaan alam sekitar, pengurusan perniagaan, perubatan dan kesihatan. Pelbagai pendapat tentang keistimewaan atau keunikan dan juga kelemahan-kelemahan dalam tamadun Cina telah diutarakan. Sebilangan kecil mereka menegaskan bahawa tamadun Cina yang wujud dan berlangsung beribu-ribu tahun itu mempunyai unsur-unsur yang kurang sesuai pada masa kini. Namun, pada keseluruhannya, kebanyakan sarjana percaya bahawa tamadun Cina mempunyai unsur positif dan kebijaksanaan seperti yang telah dibincangkan. Tegasnya, seperti tamadun- tamadun lain yang memiliki jangka hayat yang lama, tamadun Cina yang kaya dengan wawasan dan kebijaksanaan akan terus menjadi satu sumber inspirasi yang relevan bagi manusia pada kurun ke-21.

No comments: