Wednesday, April 23, 2008

Tamadun Cina: Asal-Usul, Unsur-Unsur Asas Dan Orientasi Sistem Nilai




17.1 PENGENALAN: ASAL-USUL DAN LATAR BELAKANG

Sebagai mana tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia atau Sumeria (Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), tamadun India (Lembah Sungai Indus), dan tamadun Yunani (Eropah), tamadun Cinajuga merupakan salah sebuah tamadun yang tertua dan berkesinambungan sehingga masa kini di atas muka bumi ini. Tamadun Cina memiliki sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dengan tamadun-tamadun dunia lain, integratif dan dinamik walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain dan mengalami perubahan- perubahan dalam proses perkembangan yang panjang. Namun, jauh daripada terserap oleh tamadun lain, tamadun Cina mengekalkan identitinya sebagai suatu tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya.


17.1.1 Kebudayaan Yangshao

Tamadun Cina dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi (SM). Bagaimanapun, berdasarkan bukti-bukti penemuan arkeologi antara kebudayaan-kebudayaan Neolitik (Zaman Batu Baru), yang paling awal dan mempunyai ciri tersendiri disebut Yangshao berdasarkan namatinggalan kampung jenis tradisi kebudayaan ini yang terletak di Yangshao di provinsi Shaanxi. Tapak terawal petempatan Yangshao yang dibangunkan sepenuhnya itu pula mula muncul pada milenium ke-5SM di Banbo, Xi'an di provinsi Shaanxi. Tapak- tapak tradisi kebudayaan Yangshao ini dijumpai di teres-teres berhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe (The Yellow River) dan ini menunjukkan kawasan terletaknya pusat peradaban Cina. Di kawasan ini, selama berkurun-kurun lamanya tanah pasir halus yang dimendapkan oleh angin telah menjadi tanah loes yang subur, lembap serta mudah untuk dikerjakan terutama dalam bidang pertanian. Keadaan bentuk geografi ini telah mendorong dan menggalakkan pembangunan petempatan manusia dan kegiatan pertanian.

Berdasarkan tinggalan arkeologi, didapati bahawa orang Yangshao menetap di perkampungan kecil dengan kegiatan bertani, memelihara babi, membuat tembikar berlukisan (paintedpottery) dan menanam mayat si mati dalam tanah perkuburan yang khas. Makanan asasi atau ruji orang Yangshao ialah bijirin (milet) dan ia kekal diet asas rakyat biasa di bahagian utara negara China. Satu lagi unsur tradisi dan kesinambungan ialah peranan orang Cina dalam bidang penternakan binatang seperti babi (dan kemudiannya ayam) sebagai diet tambahan. Asas teknologi pertanian yang diubahsuaikan secara turun-temurun ini, juga menyumbang terhadap asas pertumbuhan ekonomi dalam tamadun Cina.

Selama lebih kurang 5,000 tahun lamanya iaitu kira-kira 6 mileniumSM, kebudayaan atau tamadun Yangshao ini telah berkembang serta terbentang di bahagian-bahagian tengah dan ulara negara China, dan kemudiannya diganti secara beransur-ansur oleh kebudayaan Longshan.

17.1.2 Kebudayaan Longshan dan Zaman Gangsa

Kebudayaan Longshan muncul sejak pertengahan kurun ke-2SM dan Zaman Gangsa Awal (Bronze Age) lewat milenium ke-2SM atau awal milenium pertamaSM merupakan kebudayaan yang lebih maju berbanding kebudayaan Yangshao. Tamadun Longshan diberi nama berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan, di provinsi Shandung. Manakala pusat-pusat penting peradaban Zaman Gangsa terletak di Lembah Sungai Yangzi di provinsi Jiangxi dan juga di Sanxingdui, di provinsi Sichuan.

Berbanding tembikar bertanda tali pintal (cord-marked) dan yang berlukisan, tembikar Longshan (terutamanya tembikar hitam) bergantung kepada gaya dan bentuk sebagai daya penarik estetiknya dan jarang dijumpai lukisan hiasan seperti yang ada pada bekas-bekas Yangshao. Kualiti tembikar Longshan yang lebih tinggi mutunya menunjukkan penggunaan mesin peroda tembikar (potter's -wheel) dalam pengeluarannya. Ciri-ciri peradaban pertanian Longshan termasuk penanaman bijirin dengan menggunakan penyodok dan sabit.

Dalam Zaman Gangsa pula, gangsa dinilaikan sebagai simbol elit kuasa diraja dinasti Shang (1766SM-1122SM) dan tukang-tukang gangsa dihormati sebagai ahli masyarakat yang penting di negara mi. Logam gangsa dihubung kait dengan bekas-bekas ritus (ritual vessels) atau untuk upacara keagamaan selain digunakan untuk membuat loceng dan senjata. Penggunaan gangsa tersebar meluas di kalangan kaum bangsawan yang lebih rendah taraf statusnya di sepanjang tempoh dinasti Zhou (kk 1123-221SM). Artifak-artifak halus termasuk lampu dan patung-patung kecil, kesemuanya diperbuat daripada gangsa secara berterusan sepanjang era empayar tersebut. Namun begitu, pembangunan teknologi besi sejak lebih kurang 500SM telah mengehadkan perkembangan kegunaan gangsa untuk tujuan umum.

Dinasti Shang memperlihatkan dengan ketara mengenai satu fasa pembangunan yang baru iaitu kemunculan peradaban melalui kelahiran ciri-ciri bertamadun antaranya pembentukan negara-kota, penggunaan sistem tulisan, peningkatan pengkhususan pekerjaan dan organisasi masyarakat yang lebih kompleks. Peradaban Shang berpusat di bahagian utara He'nan, yang ditemui dua tapak arkeologi di Zhengzhou dan Anyang yang memberikan maklumat sejarah mengenai dinasti dan tamadun ini. Namun begitu, tarikh tepat peradaban Shang dan dinasti Shang masih tidak dapat ditetapkan. Walaupun tahun 1766SM-1122SM adalah tarikh yang diterima secara tradisi, namun terdapat bukti- bukti yang menyokong pendapat bahawa dinasti Shang bermula kira-kira 1600SM dan berakhir pada tahun 1027SM.

Selain penemuan inskripsi di atas tulang oracle dan kulit kura-kura (tortoise shells) dan bekas-bekas yang diperbuat dengan gangsa rata yang ditarik oleh kuda, tembok-tembok mengelilingi ibu kota-ibu kota dinasti Shang, hasil penemuan arkeologi ini memperlihatkan perbezaan-perbezaan utama antara peradaban Shang dengan peradaban-peradaban Neolitik sebelumnya.

17.2 UNSUR-UNSUR ASAS TAMADUN CINA

17.2.1 Alam Sekitar yang Mencorakkan Tamadun Cina

Tempoh Neolitik di negara China mempunyai kedudukan yang unggul dalam sejarah perkembangan peradaban Cina kerana dalam tempoh terdekat ini, aktiviti-aktiviti pertanian telah dimulakan. Pusat utama kebudayaan Yangshao tersebar di sekitar dataran tinggi Loes, menggalakkan penanaman bijirin, bersesuaian dengan keadaan cuaca gersang di bahagian timur negeri China.

Tapak kebudayaan Hemudu terletak di bahagian bawah Lembah Yangzi, di selatan Teluk Hangzhou, provinsi Zhejiang. Benih-benih padi telah ditemui di sekitar tapak tersebut, yang menandakan bahawa ia adalah tapak awal sawah


padi ditanam secara meluas. Cuaca lembap dan panas dengan lokasi geografinya yang rendah menyumbang terhadap kejayaan penanaman sawah padi di kawasan ini.

17.2.2 Sistem Pertanian Purba

Ternyata asal-usul peradaban pertanian purba di negara China memperlihatkan kesanggupan manusia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan lokasi geografi yang berbeza (di kedua-dua dataran loes tinggi dan lembah Sungai Yangzi), dan menghasilkan apa yang disebut Kebudayaan Milet (Bijirin) dan Kebudayaan Sawah Padi yang wujud secara berasingan di bahagian utara dan selatan China. Kedua-dua jenis kebudayaan tersebut telah mengasaskan peradaban pertanian di negara China untuk selama beberapa ribu tahun. Faktor- faktor tersebut juga membantu menjawab persoalan (dari perspektifsejarah) kenapa pembangunan berbentuk pertanian begitu dititikberatkan oleh dinasti- dinasti Cina yang lepas.

Berbanding negara-negara kelautan yang memiliki kawasan pedalaman yang terhad, wilayah-wilayah di negara China adalah luas sekali. Ini ditambah lagi dengan dataran pedalamannya yang luas tanpa wujudnya halangan-halangan semula jadi yang menghalang atau membatasi hubungan rakyat telah memudahkan integrasi dan keseragaman politik, ekonomi, kebudayaan dan ketenteraan. Berdasarkan lokasi geografi negara China, di bahagian timurnya menghadap ke lautan, di bahagian barat-laut dirintangi oleh gurun yang luas dan di barat daya iaitu Dataran Tinggi Qinghai-Tibet yang terluas di dunia (dengan ketinggian 4,000 hingga 5,000 meter secara purata) telah membentuk satu zon yang separuh tertutup dari dunia luar. Alam sekitar sedemikian bersama daerah pedalamannya yang luas telah mencorakkan sikap bangsa Cina yang berdikari, peramah serta cintakan pendamaian. Keyakinan diri pula membolehkan mereka menerima dan mengasimilasikan sebarang kebudayaan luar yang dibawa masuk ke dalam negara China. Mengenai peranan dan kepentingan sungai, pengaliran sungai yang kebanyakannya menghala ke kawasan timur atau selatan, di samping musim panas yang jauh lebih panjang berbanding dengan keadaan di utara telah menggalakkan pergerakan penduduk, terutamanya para petani untuk menetap di bahagian selatan China. Seiring dengan pola pergerakan ini, perkembangan kebudayaan juga turut menghala ke kawasan selatan.

Berbanding dengan bilangan penduduk yang agak besar sejak dinasti Qin (221SM-206SM) dan Han (206SM-220TM), tanah yang sesuai untuk dijalankan kegiatan bercucuk tanam itu adalah terhad. Tekanan kekurangan tanah ini telah mengakibatkan tanah diusahakan secara maksimum. Bagaimanapun, pendapatan danpada hasil tanaman ini sekadar untuk menampung kehidupan mereka. Namun, sikap terikat dengan tanah, bekerja keras dan berpuas hati dengan segala yang sedia dimiliki mereka telah mencerminkan psikologi bangsa yang merindui kampung asal dan ontakan tanah air.

17.2.3 Bahasa dan Sistem Tulisan Cina

Berdasarkan perbandingan dari segi bahasa, dengan bahasa-bahasa lama ("kuno'i mencatatkan sejarah kerana penggunaannya yang meluas di zaman silam, tetapi bahasa Cina pula merupakan satu-satunya bahasa yang masih kekal, hidup dan berkembang dan digunakan sehingga masa kini.

Mengenai sistem tulisan, tulisan Cina yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan kaedah xiang xing (lambang bergambar), zh'shi (lambang petunjuk), huiyi (lambang petunjuk fikiran) dan xing sheng (gabungan bentuk-bunyi), bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu hurufCina, iaitu zhuanzhu (mutual semantik transfer) dan jiajie [loan character). Kesemua kaedah tersebut dikenali secara tergolong sebagai liushu (six principles of writing).

Selain sebutan bunyi dan maksud, setiap tulisan Cina mempunyai bentuk yang istimewa. Bentuk tulisan Cina inilah yang telah menyumbang terhadap perpaduan bangsa Cina dan pembentukan kebudayaan Cina yang agung di dunia. Ini adalah kerana sungguhpun terdapat banyak diaiek di China yang sebutannya mungkin jauh berbeza antara satu dengan yang lain, tetapi orang Cina hanya perlu mempunyai satu sistem tulisan yang tunggal yang boleh digunakan oleh semua orang Cina sebagai bahasa pengantar untuk berkomunikasi. Maka bahasa Cina telah menjadi faktor unifikasi utama dan amat penting bagi rakyat Cina dan tamadun Cina.

Selain bangsa Cina, tulisan Cina juga digunakan oleh bangsa-bangsa lain di Asia terutama di Asia Timur seperti negara Jepun, Vietnam dan Korea. Walaupun mereka mempunyai bahasa tersendiri namun tulisan Cina juga digunakan sebagai sebahagian daripada tulisan mereka.

17.2.4 Pembentukan Bangsa Tionghoa

Dari aspek kenegaraan, China merupakan sebuah negara besar yang mengandungi masyarakat yang berbilang kaum. Menurut sejarahnya, melalui proses peredaran zaman dan kerjasama antara semua kaum, maka terbentuk suatu bangsa Tionghoa dalam erti kata nation (rninzu) yang moden, yang mengandungi pelbagai kaum di negara China.

Melalui penemuan arkeologi dan catatan-catatan sejarah purba negara China yang begitu banyak menunjukkan bahawa terdapat suku-suku yang berbilang kaum pada zaman Neolitik dan zaman purba yang berikutnya. Di kalangan suku-suku im mereka tiru-meniru, berkahwin campur, bersengketa dan berperang, dan berintegrasi, sehingga menjadi satu suku bangsa yang kuat. Seterusnya, mereka memimpin suku-suku kecil di sekitar wilayahnya dan mendirikan negara yang berbentuk primitif. Perkembangan ini merupakan asas kepada struktur pembentukan bangsa Tionghoa.

Menurut para sarjana China, terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar pada zaman purba Cina iaitu pertama, kumpulan Yan-Huang yang diwakili Yan Di dan Huang Di yang dikatakan berasal dari kawasan loes di Provinsi Shaanxi di bahagian barat China; kedua, kumpulan Feng-Yang yang tersebar di sekitar dataran-dataran yang terletak di bahagian timur China dan ketiga, kumpulan Miao-Man yang terdiri dari suku-suku bangsa di Selatan China. Hasil daripada integrasi ketiga-tiga kumpulan bangsa utama yang tersebut di atas, di samping suku-suku bangsa yang lain selama beberapa ribu tahun maka terbentuklah suatu entiti bersepadu yang diberi nama bangsa Tionghoa (Zhonghua minzu) pada hari ini.

17.2.5 Pandangan Semesta dalam Tamadun Cina

Pemujaan nenek moyang dan Tian di samping kepercayaan primitif, iaitu animisme iaitu pemujaan binatang, tanaman, matahari, bintang, sungai serta kuasa-kuasa lain yang dipercayai wujud dalam alam semula jadi, telah wujud di kalangan masyarakat Cina sejak zaman silam lagi.

Konsep Tian atau langit sebagai makhluk unggul {supreme being) yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak dinasti Zhou (kkll23SM-221SM). Namun, Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme.

Dalam kitab Daoisme iaitu Daodejing pula, Tian disamakan dengan Daa Konsep Dao secara harfiah bermaksud jalan {the way). Dalam kitab ini juga, Dao dianggap prinsip agung yang merangkumi keseluruhannya {all embracing), tempat asal-usul semua makhluk. Dao diibaratkan sebagai ibu yang melahirkan serta memupuk makhluk sejagat {wanwu) dan ia juga merupskanprimordial (bentuk permulaan), dengan semua makhluk berasal dan akan kembali pada akhir hayat mereka.

Di samping konsep Dao, kitab Yijing (The Books of Changes) pula menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad (ultimate reality). Menurut kitab ini, tiada sebarang batasan bagi diri Taiji. Menerusi perubahan Taiji, terhasillah dua kuasa dwikutub (bipolar) Yin dan Yang. Fasa pertukaran bergilir-gilir dua kuasa dwikutub pula menghasilkan lima unsur {wuxing) yang menjadi asas kepada kewujudan semua benda {material). Manifestasi kuasa Yin dan Yang serta lima unsur tersebut disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. Ini disebabkan kesemua fenomena tersebut akan berubah kepada kutub yang berlawanan apabila mencapai peringkat kemuncak. Perubahan yang berterusan ini diibaratkan sebagai pergerakan Dao.

Konsep perpaduan antara Tian dengan insan {tian-ren hey!) pula terbentuk berdasarkan sesuatu pernyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian. Disebabkan hubungan antara insan dan Tian yang begitu rapat maka segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi akan menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai isyarat atau tanda kemarahan Tian dan amaran kepada kerajaan berkenaan. Konsep yang menggabungkan aliran pemikiran Yin-Yang dengan falsafah sosiopolitik Konfusianisme mi dikemukakan oleh Dong Zhongshu (kkl79SM-kkl04SM), seorang pujangga Konfusian di zaman dinasti Han. Konsep ini terus mempengaruhl tradisi pemikiran orang Cina sehingga masa kini dalam proses perkembangan ketamadunannya.

Prinsip kesederhanaan atau zhongyong (The Golden Mean) pula merupakan pemikiran moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Prinsip ini merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat sekiranya ia dihayati dan diamalkan sepenuhnya. Dalam kitab The Doctrine of Mean dinyatakan bahawa pencapaian tahap pemusatan (centrality) dan keseimbangan akan mendatangkan keharmonian alam semesta dan bumi ini, dengan kesempurnaan hidup semua makhluk terpelihara.

Tahap pencapaian keharmonian masyarakat yang paling ideal ialah datong (The Grand Unity). Datong merupakan Utopia Konfusian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung. Jalan Agung ini dipercayai hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau benda di dunia ini dikongsi atau dibahagi oleh semua pihak dengan adil serta saksama, tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum. Ini termasuklah yang tua akan dijaga dan yang muda dipelihara dengan sempurna di samping tiada perbuatan maksiat, mencuri atau pemberontakan yang berlaku di atas muka bumi tersebut. Walaupun matlamat tersebut amat sukar untuk dicapai, namun Utopia Konfusian ini tetap menjadi pegangan bagi masyarakat Cina. Usaha berterusan untuk merealisasikan matlamat ini memaparkan ciri- ciri keyakinan diri, nilai-mlai murni serta ketabahan hati yang mendorong mereka agar menghala ke Jalan Agung yang dicita-citakan itu.

17.2.6 Falsafah dan Agama Cina

Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan (state) yang merangkumi aspek- aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius (551SM-479SM). Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius. Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (/;) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia (junzi). Mencius (372SM-289SM), salah seorang pujangga agung Konfusianisme telah menegaskan sifat semula jadi manusia yang baik ketika dilahirkan. Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat


yang baik, iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li) dan keanfan (zhi).

Buddhisme diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (kk 563SM- 483SM) di India pada kurun ke-6SM dan kemudiannya disebar ke negara China pada kurun Masihi yang pertama. Bagaimanapun, selepas disebarkan Buddhisme ke negara China, agama ini telah mengalami pelbagai pengubahsuaian dan sehingga menjadi suatu sistem keagamaan yang menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga ia dikenali sebagai Buddhisme Cina. Namun begitu, asas pengajarannya tetap berkekalan iaitu penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Hawa nafsu bagaimanapun, dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way) yang mengelakkan din daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan menurut ajaran Gautama Sidhartha Buddha. Jalan Lapan Lapis Mulia yang mengandungi lapan aspek penting dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama, panna (kebijaksanaan) yang meliputi pemahaman yang betui {Right Understanding) dan pemikiran yang betui (Right Thought); kedua, samadhi (penumpuan) yang meliputi pengucapan yang betui (Right Speech), tindakan yang betui (RightAction) dan cara hidup yang betui (Right Livelihood); dan ketiga, sila (moral) yang meliputi usaha yang betui (Right Efford), pertimbangan yang betui (Right Mindfulness), dan tumpuan yang betui (Right Concentration).

Daoisme pula diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina iaitu Lao Zi yang dilahirkan pada tahun 604SM dan Zhuang Zi (kk 369SM-2865SM) yang berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Daoisme terbahagi kepada dua cabang yang utama iaitu pertama, pemikiran falsafah Dao (daojia) dan aliran keagamaan Dao (daojiao). Kitab Daoisme iaitu Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakan ayatnya yang nngkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao. Dao iaitu jalan (the way} yang mempunyai pengertian bahawa punca segala penjelasan yang tidak dilahirkan (unproduced) dan tidak dapat diperikan (inexpressible). Tahap pencapaian pengamalan Dao yang tertinggi ialah kembali semula dan bersatu dengannya.

Moisme diasaskan oleh Mo Zi (kk 479SM-381SM). Antara konsep penting dalam pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian'ai), mengecam sikap suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Disebabkan penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran Konfusianisme. Aliran Moisme menitikberatkan konsep nama dan penganalisisan mengenainya dan ini bermakna, aliran ini telah mempelopori analisis logik di negara China.


Legalisme pula diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Chin. Legalisme mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan seperti yang disarankan oleh Konfusius. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.

17.2.7 Institusi Politik dan Sistem Pemerintahan

Pemikiran politik tradisional Cina asasnya telah terbentuk sejak tempoh sebelum dinasti Qin (221SM-209SM). Antara aliran pemikiran politik yang terutama ialah Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme. Pusat pemikiran politik Konfusianisme berasaskan perhubungan sesama manusia (renlun) yang berperikemanusiaan dan bermoral.

Pemikiran politik aliran Daoisme pula cenderung kepada fahaman anarki dalam erti kata moden pada masa kini. Pengikut pemikiran Daoisme menafikan bulat-bulat peranan institusi politik, sistem moral dan tatasusila yang begitu dititikberatkan oleh Konfusianisme. Sebaliknya Daoisme mencadangkan gaya pemerintahan tanpa menguatkuasakan sebarang usaha yang keras (wuwel) dan juga kehidupan secara primitifyang mengharmonikan diri dengan alam semesta. Pemikiran ini cuma menjadi penawar hati kepada mereka yang gagal dalam kerjaya sebagai pegawai kerajaan dan orang yang tidak berpuas hati dengan kenyataan hidup, tetapi tidak mendatangkan impak yang besar kepada sistem politik negara China.

Aliran pemikiran yang memberi kesan sebenar kepada tempoh sebelum dinasti Qin yang huru-hara dan mengalami perubahan besar dari segi masyarakat dan politik China ialah Legalisme. Kedua-dua teori dan perlaksanaan Legalisme berjaya membawa pembaharuan yang menggantikan sistem pemerintahan feudal bercirikan pelbagai negeri atau jajahan (multistate) kepada sistem pentadbiran commanderies dan counties (junxian zhi) iaitu kerajaan birokratik terpusat (centralized bureaucractic government memperoleh kuasanya. Sistem birokrasi ini telah menyumbang kepada pengekalan pentadbiran dan kestabilan politik di sepanjang sejarah ketamadunan China.

Aliran pemikiran politik Moisme pula menegaskan penyelarasan peraturan dan pembentukan kekuasaan pusat (shangtong) itu, walaupun selari dengan kehendak lapisan pemerintah, namun pengajarannya yang menggalakkan berjimat-cermat (jieyong) dan melantik sesiapa yang berkelayakan dan berkemampuan (xuan xian yu neng) ke jawatan kerajaan, kadang-kadang sukar hendak dipatuhi sepenuhnya. Oleh sebab itu, pemikiran politik aliran Moisme kemudiannya diketepikan oleh pihak pemerintah.

Bagaimanapun, selepas dinasti Qin (221SM-206SM) dan Han (206SM-220 TM), keempat-empat aliran pemikiran politik telah bersepadu. Namun, golongan pemerintah China biasanya menonjolkan pemikiran Konfusianisme sedangkan menguatkuasakan pentadbiran negara menerusi pemikiran Legalisme. Pemikiran politik aliran Moisme dan Daoisme mungkin memainkan peranan yang membawa kepada ideologi pembaharuan atau menjadi batu api kepada permulaan satu-satu revolusi termasuk mewujudkan pemberontakan terhadap pemerintah. Namun begitu, selepas pihak pemberontak berjaya menguasai dan memimpin negara, ideologi yang merupakan cantuman Konfusianisme dan Legalisme itu tetap berkesinambungan dan memainkan peranan yang terpenting dalam sistem pentadbiran negara.

17.2.8 Keluarga dan Masyarakat Cina

Walaupun sistem kekeluargaan masyarakat Cina tradisional dan organisasinya pernah mengalami pelbagai perubahan namun asas sistem keluarga yang memusatkan kuasa bapa (patriachy) dan nisab bapa (patrilineat) tetap berkekalan dan berlanjutan selama beberapa ribu tahun. Sistem kekeluargaan tradisional Cina berasaskan kuasa bapa ini telah terserap masuk ke dalam pelbagai aspek kehidupan sosial dan mendatangkan impak yang mendalam terhadap arah perkembangan kebudayaan Cina dan pembawaan (temperament) bangsa Cina.

Antara ciri-ciri masyarakat yang memperlihatkan pengaruh sistem kekeluargaan Cina termasuk waris sebelah bapa dan pemerintah yang memusatkan kuasa bapa, kuasa suami yang tertinggi dan perhubungan suami isteri yang berjauhan, mementingkan anak lelaki berbanding anak perempuan, mementingkan pertalian darah dan kaum kerabat keluarga, penguasaan masyarakat berdasarkan pendidikan yang membezakan nama (mingfen) dan kedudukan sosial, dan kecenderungan nilai yang memuja autokrasi dan mengagung-agungkan zaman silam.

17.2.9 Orientasi Sistem Nilai dalam Tamadun Cina

Terdapat persetujuan agak ramai di kalangan cendekiawan bahawa tamadun Cina berorientasikan humanisme, iaitu manusia dianggap mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta. Banyak sifat khas tamadun Cina dan nilai-nilainya, yang akan dinyatakan di bawah adalah hasil daripada humanisme antaranya transendensi dalaman, sifat sekular, moralisme sebagai ideologi, personalisme, hubungan manusia dengan alam semesta, institusi keluarga dan pendidikan diberi keutamaan, serta keharmonian merupakan nilai utama. Tamadun Cina amat berbeza daripada tamadun- tamadun lain yang berorientasikan teisme atau kepercayaan kepada satu Tuhan semesta sebagai pencipta dan pemerintah alam. Sungguhpun tamadun-tamadun berbeza dari segi orientasi pada peringkat nilai, manusia dapat berinteraksi dan bekerjasama atas nilai-nilai yang berbentuk sejagat. Walaupun orang Cina menganggap bahawa prmsip-prinsip moral serta nilai-nilai murni (Dao) berasal daripada Maha Agung (Tian), tetapi manusia sendiri mampu menjangkau segala kekangan duniawi lalu mencapai kebijaksanaan dan kesucian iaitu transendensi bergantung kepada ikhtiar orang perseorangan - transendensi dalaman. Hal ini dapat dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain yang berdasarkan teisme dan mementingkan transendensi luaran.

Humanisme menyebabkan cara hidup orang Cina bersifat sekular iaitu memisahkan urusan duniawi dengan urusan keagamaan. Teokrasi tidak pernah dijadikan agenda atau pernah muncul sepanjang sejarah China, sebaliknya sisrem politik dan pemerintahan, sistem pendidikan dan institusi-institusi yang lain dipisahkan daripada agama. Namun begitu, ini tidak bererti orang Cina tidak ada rasa takut kepada Maha Agung atau Tian.

Masyarakat dan negara harus diperintah secara beretika. Keabsahan kuasa dan kewibawaan maharaja, menteri, pemimpin, guru dan ketua keluarga berasaskan moral yang tinggi sebagai ideologi. Kerajaan dan sistem politik berpadu dengan akhlak. Berkhidmat dalam kerajaan bermakna dipertanggungjawabkan mendukung akhlak dan menjadi pegawai kerajaan berakhlak tinggi. Kepentingan moral begitu dipentingkan sehingga timbul tanggapan menuntut ilmu yang mendalam tidak bermakna sekiranya tidak berakhlak.

Berdasarkan transendensi dalaman, orang perseorangan harus berusaha sendiri untuk mempertingkatkan darjahnya dari segi kesarjanaan, kebijaksanaan dan akhlak. Dalam proses pembinaan diri ini antara aspek yang perlu diberi penekanan ialah disiplin diri, pengorbanan diri dan harga diri. Orang perseorangan mestilah mempunyai batin atau dalaman yang murni dan niat yang ikhlas. Adalah nyata bahawa yang mencirikan minda orang Cina ialah personalisme (penyendirian) dan bukannya egoisme atau individualisme yang agresif.

Manusia dianggap berkedudukan tinggi iaitu di antara Tian dengan Di (langit dan bumi). Manusia dapat menyertai dan membantu proses perubahan dalam alam semesta. Manusia harus sentiasa menjalin hubungan yang harmoni dengan alam semesta supaya tercapai kesatuan antara kedua-duanya.

Sistem etika Konfusianisme berasaskan pada keluarga yang merupakan institusi sosial yang terulung dalam tamadun Cina. Negara merupakan lanjutan daripada keluarga. Hubungan luar keluarga dianggap selaras dengan hubungan dalam keluarga.

Oleh sebab pegangan yang kuat dan teguh kepada humanisme, personalisme dan moralisme maka pendidikan yang beitradisi panjang diberi penghargaan yang tinggi. Golongan birokrat dan cendekiawan merupakan kelas sosial yang tertinggi kedudukannya, dan masyarakat menjunjung tinggi golongan guru dan pekerjaannya. Ibu bapa sedaya-upaya berusaha untuk membiayai anak- anak kerana pelajaran merupakan satu-satunya saluran mobiliti sosial dalam masyarakat Cina tradisional.


Keharmonian dititikberatkan dalam sebarang bentuk hubungan sama ada hubungan antara individu dengan individu, antara individu dengan kelompok, keluarga, komumti atau institusi, antara kelompok dan juga antara manusia dengan alam semesta. Keharmonian dianggap sebagai suatu nilai yang bersesuaian dengan humanisme dan moralisme.

No comments: