Keadaan Kemajuan Islam -

Islam agama dari Allah SWT (sub ha na hu wa ta ‘a la / maha suci tuhan yang maha tinggi). Manjamin kemajuan dunia dan akhirat. Orang yang mengikut Islam mereka akan bertamadun. Mereka yang meninggalkan Islam mereka akan mundur. Sesiapa yang bertamadun mereka akan mendapat banyak kebaikan. Jika bertamadun di dunia mereka akan selamat di dunia. Jika mereka mencari tamadun akhirat mereka akan berjaya di akhirat. Jika mereka mencari kedua-duanya mereka akan mendapat kedua-duanya.

Orang yang bertamadun Islam mestilah merujuk kepada al Quran. Orang yang meninggalkan al Quran dalam hidup akan tersesat jalan. Orang kafir yang memusuhi al Quran mereka tersesat jalan. Orang Islam yang meninggalkan al Quran akan juga tersesat jalan. Tamadun Islam hanya dicapai oleh orang yang mengamalkan isi kandungan al Quran

Rasulullah SAW (sal lal la hu ‘a lai hi wa sal lam / sejahtera ke atas nabi Muhammad) adalah contoh tamadun Islam. Apabila baginda menerima wahyu berkenaan tauhid terus menjadi manusia bertamadun. Orang yang mantauhidkan / mengesakan Allah itulah bertamadun. Orang yang mencari tuhan lain daripada Allah SWT mereka tidak bertamadun. Mereka sesat. Mereka mundur. Mereka dimurkai. Mereka tidak bersyukur kepada Pencipta alam.

Sarjana Islam telah mengkaji ajaran Islam. Islam yang berpandukan kepada al Quran dan al Sunnah. Kedua-duanya dihurai dan diamalkan dalam kehidupan hinggalah menjadi manusia maju. Sejak abad ke8M hingga ke abad21 ini Islam menyinari alam. Seluruh umat manusia melihat Islam. Orang yang memusuhi Islam amat dengki kepada Islam dan umat Islam. Iblis dan syaitan adalah musuh Islam yang nyata. Manusia syaitan sentiasa mencari jalan meruntuhkan Islam. Usaha itu telah dilakukan ribuan tahun yang lalu tetapi mereka tidak berjaya.

Terdapat juga orang Islam sendiri menjadi musuh Islam. Kejahilan mereka menjadikan mereka sombong dan mempermainkan ajaran Islam. Jahil itu bukan ertinya bodoh tetapi sombong buat-buat tak faham pada hal mereka faham. Mereka jahil kerana dijahilkan oleh musuh Islam. Musuh Islam kini ialah Yahudi dan Nasrani.

Zaman moden ini banyak penemuan baru dalam teknologi. Itu semua adalah untuk keperuluan manusia. Umat Islam tidak boleh menolak penemuan baru itu. Orang Islam patut menyesuaikan diri dengan penemuan baru supaya selaras dengan Islam. Orang yang menolak penemuan baru, manusia itu adalah sombong. Kesemua itu adalah pemberian Allah SWT. Umat Islam patut bersyukur hidup di zaman moden lengkap dengan kemudahan. Contohnya mengapa mereka perlu menaiki unta untuk mengerjakan haji pada hal sudah ada bas atau kapalterbang. Contohnya tidak perlu memacu kuda membawa surat tetapi cukup dengan sms sahaja. Namun begitu hendaklah disesuaikan dengan syariat Islam supaya menghindarkan dosa.

Penemuan moden seperti kereta dan telefon adalah untuk kemudahan sahaja bukan menjadi tujuan atau matlamat hidup. Tujuan hidup manusia sebenar adalah menghambakan diri kepada Allah SWT seperti di dalam al Quran surah al Zariah ayat 56 yang mengatakan manusia dan jin dijadikan hanya untuk menghambakan diri kepada Allah SWT.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: http://abdazizharjin.blogspot.com