Akidah Mencetuskan Tamadun -

Terdapat dua perbezaan antara Andalus dengan Baghdad dari segi kejatuhannya iaitu ketika Baghdad diserang oleh bangsa Tatar pada 1258M kita lihat Baghdad hancur kemudian muncul kembali setelah diserang berkali-kali oleh musuh mereka dapat membangun kembali berbeza dengan Andalus yang apabila diserang dan hancurkan oleh musuh menyebabkan umat Islam yang berada di sana tidak bangun-bangun lagi buat selama-lamanya ini adalah berpunca daripada akidah di hati yang tidak kuat.

Negara kita walaupun masih ramai yang beragama Islam namun apa yang kita bimbangkan ialah tahap akidah yang merosot melalui ideologi-ideologi yang bercanggah dengan ajaran Islam lama kelamaan hati menjadi kosong dengan keimanan maka selepas itu apabila ada serangan daripada musuh maka dengan mudah negara akan jadi hancur kerana hati masyarakat sudah merasa takut kepada sesama manusia mereka tidak takut kepada Allah s.w.t. dengan rasa tidak ada takut dan tidak ada keimanan maka mudah negara dirobek-robek oleh musuh oleh itu apa yang patut dilakukan oleh umat Islam ialah mempelajari kembali akidah Islam dan mengamalkan dengan sungguh-sungguh hingga jauh daripada syirik maka umat Islam akan dapat mempertahankan dirinya, maruah dan negara daripaada penjajahan.

Terjadinya Tamadun Islam dalam negara Islam adalah disebabkan kecintaan mereka kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Dengan hati yang waja mereka berusaha dengan sungguh-sungguh akhirnya mereka berjaya melepasi halangan. Kejayaan akan datang setelah berusaha dengan sungguh-sungguh. Tanpa kesungguhan tidak akan ada kejayaan. Kesungguhan di hati adalah berpunca daripada keimanan dan keyakinan di hati kepada Allah s.w.t. Kesemuanya dikira sebagai ibadah kepada Allah s.w.t.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: http://abdazizharjin.blogspot.com