Wednesday, April 23, 2008

Pengenalan Tamadun Islam


2.1 KONSEP TAMADUN ISLAM

2.1.1 Pengertian Tamadun dan Tamadun Islam

Secara umumnya pengertian tamadun dan tamadun Islam mempunyai perkaitan daripada aspek bahasa dan istilah. Pengertian tamadun atau peradaban secara keseluruhannya dapat dilihat melalui sudut bahasa Arab, sudut epistemologi bahasa Inggeris dan Latin. Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun. Antara istilah-istilah tersebut ialah madaniah, tamadun, dan hadarah. Ibn Khaldun, seorang sarjana Islam yang unggul dalam bidang ilmu kemasyarakatan Islam dalam karyanya Muqaddimmah telah menggunakan istilah urnran, Umran digunakan dalam kajian tentang bandar- bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju. Selain itu, Ibn Khaldun juga menggunakan istilah hadarah sebagai berlawanan dengan istilah badi atau badiah. Hadarah ialah suatu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang riinsahakan. Dalam penggunaan bahasa Arab moden masa kini, perkataan tamadun bererti memiliki ciri-ciri hidup bandar, dan kota-kota dipanggil mudu.n yang memiliki ciri-ciri tamadun. Dari sudut epistemologi, istilah civilization dalam bahasa Inggeris berhubung kait dengan kemajuan dalam kehidupan manusia yang membentuk peradaban dan tamadun. Ini menunjukkan, bahawa istilah civilization yang dimaksudkan sebagai tamadun manusiawi lebih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya di peringkat negara.

Selain daripada definisi di atas, terdapat di kalangan sarjana Islam yang memberikan definisi berhubung dengan tamadun Islam. Di antara sarjana tersebut ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Beliau telah memberikan takrif tamadun Islam sebagai "keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya" . Ibn Khaldun, sebelum ini menghuraikan maksud tamadun Islam atau peradaban sebagai "pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai sent." Tamadun Islam bersumberkan wahyu iaitu al-Quran dan al-Hadis (al- Sunnah) dan tamadun ini didirikan oleh masyarakat yang digelar dan menggelarkan diri mereka sebagai Muslim. Ini bermakna, tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau bersifat kebangsaan semata-mata. Tamadun Islam didirikan dan didukung sama ada oleh bangsa Arab, Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan sebagainya yang dianggap saling melengkapi atau dikenali sebagai kesatuan ummah dan berpegang kepada unsur penyatuan iaitu konsep tauhid (meng-Esakan Allah s.w.t.). Manakala golongan minoriti bukan beragama Islam yang bernaung di bawah pemenntahan Islam dianggap sebagai penyumbang kepada pencapaian tamadun Islam. Antara sumbangan golongan minoriti bukan Islam ialah menterjemahkan buku-buku daripada tamadun-tamadun sebelum Islam ke dalam bahasa Arab dan sumbangan dalam bidang pengkhususan tertentu yang dianggap tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam.

2.1.2 Hubungan Tamadun dengan Kebudayaan

Selain beberapa istilah yang telah digunakan untuk merujuk kepada tamadun atau peradaban, istilah tamadun dapat dihubungkan dengan istilah kebudayaan. Namun begitu, antara tamadun dengan budaya wujud jurang pengertian yang berbeza terutamanya dari segi jangka hayat, iaitu tamadun mempunyai jangka hayat yang panjang dan berkekalan manakala budaya mempunyai jangka hayat yang pendek dan sentiasa mengalami perubahan dan pembaharuan. Unsur-


unsur kebudayaan yang berkekalan hayatnya akan dianggap sebagai unsur-unsur tamadun. Kebudayaan mengandungi beberapa unsur yang bersifat sejagat atau universal, iaitu yang terkandung dalam semua kebudayaan di dunia ini. Antara unsur-unsur bersifat sejagat ini ialah pertama, peralatan dan kelengkapan keperluan kehidupan manusia termasuklah pakaian, perlindungan (rumah), peralatan senjata, alat-alat pengeluaran dan sebagainya. Kedua, sistem perekonomian dan mata pencarian kehidupan. Ketiga, sistem kemasyarakatan, sistem keluarga, organisasi politik dan sebagainya. Keempat, bahasa sebagai alat komumkasi sama ada bahasa secara lisan ataupun melalui sistem tulisan; dan kelima, sistem ilmu pengetahuan.

Dalam konteks ini, terdapat sekumpulan sarjana sains kemasyarakatan, antaranya pengikut aliran Max Weber, yang membahagikan kebudayaan kepada dua kategon iaitu pertama, kebudayaan berbentuk kerohaman dan kedua, kebudayaan berbentuk kebendaan. Kategori kedua, kebudayaan berbentuk kebendaan inilah yang dinamakan civilization yang bermakna tamadun atau peradaban.

Berdasarkan ketamadunan Islam, kebudayaan Islam diertikan sebagai suatu cara kehidupan, cara berfikir dan cara berasa ketakwaan dalam seluruh bidang kehidupan sekelompok manusia yang membentuk kesatuan sosial dalam satu ruang dan waktu. Dalam konteks ini, kebudayaan tertakluk kepada prinsip dan merupakan lanjutan dari agama dan membentuk integrasi yang lengkap dengan agama. Pembentukan kebudayaan atau kebudayaan Islam ini tunduk kepada peraturan yang telah ditentukan melalui sumber-sumber asas perundangan Islam, iaitu al-Quran dan al-Hadis. Sekiranya berlaku sebarang pertentangan antara kebudayaan dengan Islam, maka ia dianggap sebagai kebudayaan bukan Islam.

2.2 MATLAMAT TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam dipelajari dan diperkenalkan secara sistematik kepada semua pengkaji dan pelajar kerana mempunyai dua matlamat yang utama iaitu matlamat umum dan khusus. Secara umumnya matlamat utama tamadun Islam ialah untuk mengangkat Islam sebagai al-Deen iaitu satu cara hidup yang lengkap dan komprehensif. Memandangkan Islam mempunyai satu cara hidup yang lengkap kepada manusia, maka melalui ilmu tamadun Islam ini kesemua sistem hidup tersebut akan dihuraikan secara ilmiah.

Matlamat tamadun Islam secara umumnya juga akan memaparkan keadilan sistem pemerintahan Islam yang pernah ditegakkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., khulafa' al-Rashidin dan pada zaman pemerintahan Islam yang seterusnya. Keadilan sistem pemerintahan Islam pada zaman awal kebangkitan Islam dapat dibuktikan melalui fakta-fakta sejarah yang telah


disepakati oleh sejarawan. Ciri-ciri ketamadunan Islam yang telah dipaparkan melalui sistem pemerintahan Islam daripada pelbagai zaman sewajarnya difahami dan dihayati oleh semua generasi umat Islam dan bukan Islam.

Matlamat khusus tamadun Islam adalah untuk menjalinkan hubungan manusia dengan Allah Pencipta Alam. Di samping itu, tamadun Islam juga mempunyai matlamat khusus untuk mewujudkan hubungan manusia dengan sesama manusia serta mewujudkan hubungan manusia dengan alam sejagat. Dalam usaha untuk mencapai matlamat tamadun Islam, terdapat beberapa ciri yang dianggap sebagai bersifat alat bantu yang diperlukan dan dilaksanakan seperti pengenalan dan penggunaan sistem tulisan. Tulisan merupakan salah satu ciri penting tamadun Islam kerana ia berperanan mempercepat proses penyebaran kebudayaan Islam dan seterusnya meningkatkan perkembangan ilmu yang member! kesan penting terhadap perubahan dan pembaharuan dalam semua aspek kehidupan umat Islam. Kedua, kemunculan kota dan bandar yang berkemampuan untuk menampung peningkatan jumlah penduduk yang sedia ada di samping yang datang berhijrah atau bermigrasi. Ketiga, wujudnya ketidakseragaman jenis bangsa yang memeluk Islam dan membentuk suatu masyarakat Islam yang mengandungi pelbagai bangsa dengan pelbagai peranan. Perbezaan peranan ini pula melahirkan pembahagian pengkhususan kerja dan seterusnya terbentuklah suatu ekonomi bandar. Dan keempat, kewujudan bangunan-bangunan atau monumen bersejarah yang menjadi lambang keagungan dan kebanggaan generasi kemudiannya, seperti istana, masjid dan sebagainya.

Ciri-ciri yang bersifat alat bantu yang diperlukan dan dilaksanakan akan dapat melahirkan matlamat tamadun Islam dalam aspek-aspek berikut iaitu, pertama, hubungan manusia dengan Allah Pencipta Alam; kedua, hubungan manusia dengan sesama manusia; dan ketiga, hubungan manusia dengan alam sejagat.

2.2.1 Hubungan Manusia dengan Allah Pencipta Alam

Islam tidak menentukan bahawa pemikiran manusia hanya terhad sekadar untuk memikirkan tentang alam ini semata-mata. la menyuruh manusia berfikir lebih jauh daripada itu, dengan menumpukan pemikiran kepada Allah Pencipta Alam ini dan segala yang terkandung dalam alam ini. Islam menyeru penganutnya agar menghidupkan rasa perhubungan dengan pencipta-Nya kerana Dialah (Allah s.w.t.) yang memudahkan dan mengurniakan kepada ahli-ahli fikir untuk mencipta pelbagai ciptaan dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan dan manfaat manusia sejagat. Ini bermakna, tumpuan tidak hanya sekadar pada bidang pembangunan dengan menggunakan atau mengeksploitasi sepenuhnya segala sumber dalam alam ini.

Hubungan manusia dengan pencipta-Nya, Allah s.w.t. merupakan matlamat yang terpenting dan terakhir untuk dituju dalam kehidupan. Inilah hubungan yang paling tinggi berbanding dengan hubungan-hubungan lain; seperti hubungan dengan keluarga, kaum dan bangsa, jenis manusia, kebendaan dan sebagainya. Hubungan-hubungan lain ini merupakan makhluk Allah yang lain daripada perhubungan manusia dengan-Nya. Hakikatnya, hubungan mulia manusia dengan manusia dan alam lainnya akan kembali kepada perhubungan yang kudus dengan Pencipta Alam itu sendiri. Maka itu, hubungan dengan Allah s.w.t. adalah perhubungan yang tertinggi, unggul, kudus, bahagia dan suci murni. Perhubungan dengan Allah s.w.t. adalah setinggi-tinggi martabat perhubungan, yang melahirkan suatu kenikmatan tidak terhingga kepada jiwa yang bersih dan suci.

Dalam konteks ini, Pencipta Alam inilah yang memerintah dan menguasainya tanpa membatalkannya. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

Katakanlah; Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara- saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugian, dan rumah-rumah kediaman yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul- Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampal Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak member! petunjuk kepada orang- orang fasik. (Surah At-Taubah: Ayat 24)

Oleh sebab itu, hubungan manusia dengan pencipta-Nya, Allah s.w.t. adalah suatu bentuk hubungan yang unik, berkekalan dan mutlak serta tidak menyamai atau dapat dibandmgkan dengan sebarang bentuk hubungan lain. Bentuk hubungan lain tidaklah sebegitu serta tidak dapat menyamai atau dibuat perbandingan. Umpamanya, hubungan dengan para rasul merupakan hubungan untuk mengambil petunjuk dan teladan daripada tingkah laku dan aktiviti mereka (sunnah), serta mematuhi ajaran yang dianjurkan oleh mereka, di samping mencintai sifat-sifat peribadi mereka yang begitu unggul, tetapi bukanlah hubungan perhambaan, kerana para rasul itu sendiri ialah hamba-hamba Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Isa itu tidak lain hanyalah seoranghamha yangKami kumiakan kepadanya nikmat (kenabian)dan Kamijadikan dia sebagai taw/a bukti (kekuasaan Allah) untuk Bani Israel (Surah Az Zukhruf: Ayat 59).

Hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t telah melahirkan beberapa implikasi dan tanggapan yang tersendiri. Pertama, pengiktirafan manusia yang dicipta terhadap Penciptanya, Pencipta Manusia dan Alam Semesta. Pencipta ke atas segala-galanya termasuk undang-undang dan peraturan-peraturan yar.g manusia dan alam tunduk di bawahnya, yang dikenali dengan nama 'undang-


undang sebab-musabab'. Dalam pengiktirafan ini, manusia di dalam genggaman Allah s.w.t dan di bawah tadbiran-Nya, dan tidak dapat terpesong daripada- Nya. Segala kejadian yang berlaku mendorong timbulnya perasaan manusia, bahawa ia adalah suatu makhluk yang dimiliki Allah s.w.t., dan daripadanya terbit perasaan bertawakal ketika ia melaksanakan undang-undang sebab- musabab itu. Maka itu, terbentuklah pergantungan hati terhadap Penciptanya dan permohonan pertolongan adalah semata-mata kepada Allah s.w.t.

Kedua, pengiktirafan manusia yang dicipta terhadap keagungan pemerintahan-Nya dan kebesaran kekuasaan-Nya. Pengiktirafan ini termasuklah sikap mengagungkan dan membesarkan Allah s.w.t. serta mentakdiskan-Nya, di samping tunduk dan khusyuk kepada-Nya, serta patuh kepada suruhan dan larangan-Nya, reda dan menyerah diri kepada segala hukuman-Nya, setelah manusia itu sendiri menghabiskan daya usahanya dalam setiap kegiatan wajib yang berhubung dengan duniawi dan akhirat.

Ketiga, pengiktirafan manusia yang dicipta terhadap nikmat-nikmat Allah s.w.t. Pengiktirafan ini merupakan suatu kewajipan manusia yang berbudi tinggi dan mengenang jasa, kerana nikmat-nikmat Allah s.w.t. kepada manusia tidak ternilai dan tidak terhingga. Maka itu, sebagai makhluk yang dicipta, manusia membalasnya dengan mengucap kata puji-pujian dan kesyukuran yang layak bagi sifat-sifat ketinggian-Nya dengan membuktikan melalui amal yang ikhlas, lahir dari batin semata-mata untuk-Nya.

Keempat, manusia yang dicipta sentiasa menyedari dan mengharapkan rahmat dari Penciptanya. Penganugerahan Allah s.w.t. adalah meliputi dirinya dengan apa yang diusahakan melalui jalan-jalan yang mendampingkan dirinya dengan Allah s.w.t. dan rahmat-Nya.

Kelima, manusia yang dicipta mempunyai perasaan bertanggungjawab. Melalui satu hubungan yang murni, hendaklah wujud perasaan bertanggungjawab kepada Allah s.w.t. sebagai Penciptanya yang memegang teraju kehidupannya, penguasa ke atas dirinya dan untung nasibnya.

Keenam, penumpuan hanya kepada Allah s.w.t. melalui permohonan dan doa. Permohonan dan permintaan hanyalah kepada Penciptanya sahaja kerana selain-Nya, semuanya adalah makhluk yangjuga dicipta-Nya, yang lemah dan tidak berdaya. Oleh itu permohonan kepada yang lain, adalah merendahkan ketinggian dan kemurahan Allah s.w.t. yang tiada tolok bandingnya itu, dan ini merupakan suatu kepercayaan yang menyeleweng dan sesat.

Dan ketujuh, bagi manusia yang dicipta, cinta dan rindukan Allah s.w.t. adalah sebagai matlamat kehidupan. Cinta dan rindukan Allah s.w.t. sebagai sumber bagi segala yang maivjud (wujud) dan sumber bagi segala kenikmatan dan rahmat umum di alam ini, di samping mencari keredaan-Nya yang sejati, agar dapat menikmati kebahagian di dunia dan akhirat.


2.2.2 Hubungan Manusia Sesama Manusia

Masyarakat Islam merupakan suatu masyarakat yang berbentuk sejagat, yakni tidak bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan dan tidak terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan politik, lebih berbentuk kesatuan ummah. Hubungan dengan masyarakat bukan Islam tidak dibataskan sama ada kerana perbezaan jenis, warna kulit, bahasa dan bangsa, malah tidak juga memandang keyakinan dan kepercayaan individu tetapi sebaliknya mementingkan hubungan baik, saling menghormati, bertoleransi dan berdisiplin. Bagi masyarakat Islam, hanya terdapat satu ukuran untuk mendapat tempat utama di sisi Khaliq, iaitu ketakwaan dan ketaatan kepada-Nya, di samping berbuat baik kepada hamba- hamba-Nya. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan semang iwanita, lalu Kamijadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling berkenal-kenalan. Sesungguhnyayangpaling mulia di sisiAllah ialahyangpaling takwa di antara kamu (Surah Al-Hujuraat: Ayat 13). Dalam konteks ini, Rasulullah s.a.w. juga telah memberikan penegasan tentang umat dan berkait pula dengan masyarakat Islam, dalam sebuah hadis Baginda yang bermaksud: Tidak ada kelebihan seorangArah dengan seorang 'Ajam, kecuali kerana takwanya (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Ini menunjukkan bahawa idea diskriminasi ras atau perkauman sudah dihapuskan dalam masyarakat Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi, dan sebaliknya, membuka pintunya kepada seluruh umat manusia di atas muka bumi ini atas dasar persamaan yang sempurna, dan di atas landasan perikemanusiaan yang murni. Atas dasar ini, maka semua manusia berhak untuk berhimpun dalam pangkuan Islam dan di bawah perlindungan sistem sosialnya. Namun begitu, dalam Islam wujud peranan dan tanggungjawab yang berbeza antara orang Islam (Muslim) dengan orang Islam yang lain, dan antara orang Islam dengan bukan Islam di dalam sesuatu masyarakat. Dengan itu, Islam mewajibkan kepada pemerintah-pemerintah Islam supaya menjaga kepentingan bukan Islam dengan seadil-adilnya, di samping terhadap orang Islam sendiri. Kezaliman, kekerasan dan penganiayaan sesama manusia tanpa mengira orang Islam atau bukan Islam ditolak dengan keras menurut ajaran Islam.

Kepentingan hubungan antara manusia dengan sesama manusia ditonjolkan dalam ajaran Islam. Ini termasuklah sebagaimana dinyatakan dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w. antaranya yang bermaksud; OrangMukmin itu dengan mukminyanglainadalahlaksariasatu bangunan, bahaffanyangsatu mengwttkan bahagian yang lain (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim). Menurut sabda Rasulullah s.a.w. lagi, yang bermaksud: Bandingan orang-orangmukmin mengenai kasih sayang mereka, belas kasihan mereka dan timbang rasa mereka adalah laksana sebatang tuhuh,jika satu anggota mendapat sakit, maka seluruh anggota yang lain turut merasai sakit tanpa tidurdan merasa demam (panas) (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).


Berdasarkan hubungan manusia sesama manusia, hubungan yang begitu erat dan kasih sayang yang kukuh, merupakan satu bentuk keharmonian dan disiplin yang tinggi. Ini merupakan gambaran yang jelas bahawa tamadun Islam begitu mementingkan hubungan sesama manusia.

2.2.3 Hubungan Manusia dengan Alam Sejagat

Tidak dapat diragukan lagi, bahawa manusia itu merupakan sebahagian daripada alam sejagat, tetapi berada di kedudukan yang istimewa dan berbeza antara bahagian-bahagian lain. Berbanding makhluk lain di alam ini, manusia dikurnia atau dianugerahkan dengan pancaindera yang berkembang dan subur, di sampmg akal fikiran yang dapat mengumpulkan segala hasil yang dicapai oleh pancaindera sambil menyelaraskan hasil yang dicapai oleh pancaindera itu hmgga dapat menjelaskan tentang hakikat alam itu sendiri. Manusia dikurniai roh yang mempunyai keupayaan untuk subur dan membesar serta meningkat ke arah ketinggian.

Maka itu, hubungan manusia dengan alam sebagaimana yang dibentangkan dalam al-Quran ialah pertama, hubungan dalam bidang pengambilan kepentingan dan penundukan segala yang terdapat padanya untuk faedah, maslahat dan kepentingannya. Dalam al-Quran, ternyata banyak ayat yang menyentuh mengenai kemanfaatan yang diperolehi manusia. Antaranya, mengenai hubungan manusia dengan binatang. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Dan Kami tundukkan binatang-hinatang itu untuk mereka, maka seixihagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka makan (Surah Yaa Slin: Ayat 72). Manfaat hubungan manusia dengan laut, sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud,

Dan Dialah Allah yang memudahkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan) dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai, dan kamu melihat bahtera belayar di dalamnya, dan supaya kamu mencari keuntungan dari kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur. (Surah An Nahl: Ayat 14)

Manfaat hubungan manusia dengan air dan tumbuh-tumbuhan, menurut firman Allah s.w.t. yang bermaksud, Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya menyuburkan tumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembala ternak. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan, tanam- tanaman, zaitun, kurma, anggur, dan bermacam- macam buah-buahan, sesungguhnya padahal demikian itu tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikiran. (Surah An Nahl: Ayat 10-11;

Berdasarkan ayat-ayat tersebut, Allah s.w.t. sebagai Pencipta manusia dan alam ini memerintahkan hamba-Nya, manusia mengambil daya usaha untuk memanfaatkan segala ciptaan. Pemanfaatan terhadap ciptaan Allah s.w.t. ini, hendaklah dipergunakan dengan sepenuh tanggungjawab untuk kemaslahatan dan kepentingan manusia.

Keduanya, dalam hubungan manusia dengan alam sejagat ini, alam sejagat merupakan pentas yang dijadikan renungan dan kajian serta mendalamkan pemikiran terhadapnya termasuk isi kandungannya. Tentang alam sejagat ini, al-Quran telah mengulang-ulangkan beberapaperkataan mengenai pmglihatan,pemanclangan,pendengamn, selain yang menunjukkan pemikiran iaitu mereka memahami, mereka berfikir, mereka mengetahuinya dan sebagainya. Melalui perkataan-perkataan ini, manusia hendaklah membuka mata terhadap alam sekitarnya, memerhatikan dan mendalami renungan terhadapnya dengan menggunakan akal yang sempurna. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan apakah mereka tidak, memerhatikan bahawasanya Kami menghalau (awan yang mengandungi, air) kebumiyangtandus,lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanam-tanaman (Surah As-Sajdah: Ayat 27).

Sebagai kesimpulan, manusia dengan fitrah dan tabii yang semula jadi akan tunduk akur kepada Allah Yang Maha Bijaksana sebagai Pencipta Sekalian Alam, termasuk manusia. Maka itu hubungan manusia dengan Penciptanya, hubungan manusia dengan sesama manusia, dan hubungan manusia dengan alam sejagat akan melahirkan kekukuhan iman di dalam jiwa serta ketakwaan yang padu daripada aspek rohani dan jasmani, dan akhirnya akan tunduk dan patuh hanya kepada Penciptanya, Allah Yang Maha Perkasa.

2.3 DASAR TAMADUN ISLAM

Dasar utama tamadun Islam ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia yang telah dianugerahkan Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya di dunia ini, termasuk lain-lain makhluk ciptaan-Nya. Dasar utama tamadun Islam ini ditentukan, didorong dan didukung oleh beberapa aspek penting iaitu memelihara jiwa atau nyawa atau hak-hak hidup; memelihara


akal fikiran; memelihara kehormatan dan keturunan; memelihara harta benda; dan memelihara hak dan kebebasan.

2.3.1 Hak-hak Hidup

Allah s.w.t., Pencipta Yang Maha Berkuasa terhadap sekalian alam telah mengurniakan kepada setiap makhluk termasuk manusia tentang kehidupan. Oleh kerana kehidupan adalah hak masyarakat, tanpa kebenaran-Nya tidak ada sesiapa berhak untuk mencabar hak ini. Tentang kehidupan ini, Allah s.w.t. telah menegaskannya dalam firman-Nya, yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kamilahyangmenghidupkandan mematikan, dan Kamillah yangmenjadi 'waris (Surah Al-Hijr: Ayat 23).

Dalam hal ini, seseorang yang menceroboh kehidupan seseorang yang lain bermakna menceroboh masyarakatnya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, Siapayangmembunuh orangtanpakesalahanatau berbuatkerosakan di bumi, maka seolah-olah ia membunuh manusia semuanya (Surah Al-Maaidah: Ayat 32).

Manakala seseorang yang membunuh dirinya atau orang lain dianggap melakukan jenayah sosial yang besar iaitu melawan qadak Allah s.w.t. dan kekuasaan-Nya. Maka itu ia berhak untuk menerima azab di akhirat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Siapa yang melakukan yang demikian secara ceroboh dan zaiim, maka Kami akan membakamya dengan api (Surah An-Nisaa': Ayat 30).

Berdasarkan pernyataan di atas, dapat disimpulkan pertamanya, setiap perkara yang berhubung dengan kehidupan dan kawalannya adalah wajib seperti memelihara kesihatan, melawan penyakit dan melawan wabak untuk mengawal hidup. Kedua, setiap perkara yang boleh memudaratkan atau merosakkantubuh badan manusia atau mengancam nyawa kehidupan atau melemahkannya adalah haram seperti mabuk (meminum minuman keras, menghisap dadah), memakan benda yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan dan yang membawa kepada lemah anggota untuk melakukan ibadat kepada Allah s.w.t. Sabda Rasulullahs.a.w. yang bermaksud: Sesungguhnya terhadap dirikamu, kamu ada mempunyai hak, dan terhadap tuhuh kamu, kakamu mempunyai hak. (Diriwayatkan oleh Bukhari). Ketiga, setiap perkara yang bermatlamat untuk kehidupan seperti makan dan minum, pakaian dan sebagainya, sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Makan dan minumlah kamu, tetapijangan melampaui batas (Surah Al-A'raaf: Ayat 31). Dan keempat, setiap perkara yang boleh mengelakkan daripada kematian adalah wajib dilakukan seperti seseorang yang terlampau lapar atau dahaga yang dikhuatiri akan membawa maut, maka wajiblah ia minum atau makan yang asalnya dilarang atau diharamkan (babi, anjing), kiranya dengan perbuatan itu dapat menghindarkan diri daripada kematian.


2.3.2 Memelihara Akal Fikiran

Dalam konteks ini, Islam sangat mengambil berat tentang pemeliharaan akal fikiran. Pemeliharaan akal fikiran wajib ke atas manusia kerana membawa kesempurnaan akal, dan ini menunjukkan kesempurnaan makhluk manusia daripada makhluk-makhluk lain. Oleh itu, Islam telah menggariskan beberapa panduan agar akal fikiran manusia berfikiran baik dan terkawal. Dalam Islam, diwajibkan ke atas setiap penganutnya supaya menuntut ilmu pengetahuan sebanyak mungkin tanpa dibatasi oleh had masa, tempat atau bangsa. Ini ditegaskan oleh sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad (Diriwayatkan oleh Muslim). Bersesuaian dengan kewajipan menuntut ilmu, tidak terdapat tempat dalam Islam kepada orang-orang yang jahil, seperti yang ditegaskan dalam hadis Rasulullah s.w.t. yang bermaksud: Manusia itu ada dua golongan; orangpandai danpelajar, tidak ada kebajikan selain daripada kedua-duanya (Diriwayatkan oleh Muslim). Mengenai pemeliharaan akal fikiran manusia, dilarang penganutnya untuk minum dan makan makanan yang dilarang atau member! kesan negatif. Ini akan mempengaruhi kesiuman atau tahap kesedaran seseorang manusia sebagai lambang manusia untuk bertakwa dan berbakti kepada Allah s.w.t. Maka itu, Islam melarang umatnya meminum minuman yang memabukkan, dan kemabukan boleh menghilangkan sifat-sifat kemanusiaan serta melahirkan sifat-sifat kebinatangan.

Islam menggalakkan pemikiran yang berbentuk takwa, ketauhidan kepada Allah s.w.t., fikiran yang terbuka dan lapang serta bersih daripada segala unsur keburukan, kepalsuan, khayalan, keraguan dan waswas. Fikiran-fikiran negatif ini memungkinkan pelaksanaan tingkah laku negatif dalam kehidupan manusia yang tidak selaras dengan ajaran Islam. Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya, yang bermaksud: Perumpamaan-perumpamaan itu Kami adakan untuk manusia, tetapi tidak difahaminya, keamli orang-orangyangpandai (Surah Al- 'Ankabuut: Ayat 43).

2.3.3 Memelihara Kehormatan dan Keturunan

Allah s.w.t., Pencipta Yang Maha Berkuasa telah mencipta manusia sebaik-baik makhluk-Nya di dunia, dan kehormatannya telah tetap dengan sifat insan Bani Adam tanpa diambil kira agama, asal keturunan, bahasa dan keadaannya. Kehormatan bagi setiap manusia itu menentukan tiap-tiap seseorang mendapat hak yang sama terhadap kehormatan diri, kedudukan maruah, habuan dan sebagainya.

Maka itu, diturunkan segala peraturan dan hukum yang menyentuh semua manusia tanpa pengecualiannya. Mereka sama-sama dihukum dan sama- sama diberi pengajaran. Allah s.w.t. telah menjelaskan dengan terang fungsi manusia itu dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan dapat, melainkan menumt apa yang telah diusahakannya (Surah An-Najm:


Ayat 39). Rasulullah s.w.t. juga menerangkan bahawa seluruh umat manusia adalah berasal daripada satu bapa dan satu ibu. Sabda baginda yang bermaksud: Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu satu (tunggal)dan kamu sekalian berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah (DiriwayatkanolehBukharidan Muslim).

Dengan undang-undang dan peraturan-peraturan ini, manusia dapat menjalinkan roh kerjasama di antara seluruh anggota masyarakat. Setiap orang mempunyai kewajipan masing-masing untuk membina masyarakat dan mempunyai kehormatan sebagai manusia tanpa pengecualian. Jaminan tegas mempertahankan kehormatan ini jelas terkandung di dalam pidato terakhir Rasulullah s.a.w. di Padang Arafah. Sabda baginda bermaksud: Sesungguhnya, nyawa, harta dan kehormatan kamu adalah suci, seperti kesuciannya hari haji ini (Diriwayatkan oleh Bukhari).

Dalam Islam juga, ditekankan tentang pemeliharaan keturunan. Untuk itu, terdapat undang-undang dan peraturan-peraturan dalam urusan nikah perkahwinan dengan lengkap, semata-mata untuk menjamin keturunan manusia yang sejati dan benar. Segala larangan terhadap perkara-perkara negatif seperti perzinaan, seks bebas, hubungan di luar tabii (liwat) dan sebagainya adalah untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia daripada sifat-sifat kebinatangan.

2.3.4 Memelihara Harta Benda

Dalam konteks ini, Islam telah menetapkan dan memberikan garis panduan mengenai hak untuk memiliki harta benda dan kewajipan untuk mempertahankan haknya. Di samping itu, Islam melalui kaedah ilmufaraid telah menggariskan cara untuk menafkahkan harta tersebut secara halal mengikul fitrah manusia sendiri.

Dalam usaha memenuhi kehidupan dari aspek pemilikan harta benda, semua orang dituntut mencan haluan hidup dan pencanan rezeki kehidupan adalah terbuka kepada semua orang. Kekayaan di dunia ini tidak ditentukan kepada sesuatu golongan sahaja, malah tiap-tiap orang hendaklah berusaha menurut tenaga kemampuan dan kebolehan masing-masing. Allah s.w.t. meluaskan bidang memiliki harta benda seluas-luasnya kepada makhluk-Nya di dunia tanpa sekatan yang di luar tabii manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: A llah yang telah memudahkan bagi kamu akan lautan, supaya kamu holeh berjalanpadanya dengan kapal-kapal dengan izin-Nya, dan supaya kamu holeh mencan daripada kekayaannya, dan supaya kamu berterima kasih, dan la telah memudahkan kamu apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di humi semuanya (Surah Al-Jaatsiyah: Ayat 12-13).

Apabila seseorang dikurniakan kekayaan melalui titik peluhnya, maka kekayaan itu tidak harus dilucutkan daripadanya dengan paksa atau dirampas.


Islam mengurniakan pahala yang besar di akhirat kepada pemilik harta untuk mempertahankan hartanya walaupun ke titisan darah terakhir. Ini jelas danpada sebuah hadis Rsulullah saw yang bermaksud: Abdullah bin Omar berkata, Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Siapa yang terbnnuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid (Diriwayatkan oleh Bukhari). Manakala, sesiapa yang bertujuan untuk melucutkan harta tanpa kebenaran seperti pencun, penyamun dan penipu akan dikenakan seksaan yang berat.

2.3.5 Memelihara Hak dan Kebebasan

Islam telah menetapkan hak dan kebebasan seseorang individu sejak ia dilahirkan. Kata-kata Saidina Umar al-Khattab berbunyi, Bagaimanakah kamu memperhambakan manusia, sedangkan ia diperanakkan dengan bebas. Hak dan kebebasan manusia tidak boleh dilucutkan dalam keadaan tertentu, kecuali ketika seperti mempertahankan diri (kemerdekaan) dan untuk keselamatan ummah. Kekalahan umat Islam bermakna musuh-musuh telah melucutkan hak kebebasan manusia.

Maksud kebebasan manusia ialah tiada pengabdian seseorang ke atas seseorang atau sesuatu benda di dunia ini melainkan kepada Allah s.w.t., Pencipta Yang Maha Berkuasa. Maka itu, syiar Islam iaitu tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t. dan lambang ketaatan ialah, Kepada-Mulah kami sembah dan kepada Mulah kami memohon pertolongan (Surah Al-Faatihah) yang diulang- ulang sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam di dalam solat lima waktu.

Oleh yang demikian, setiap orang Islam hendaklah bebas daripada segala unsur kezaliman yang merupakan kongkongan kebendaan dan nafsu yangjahat. Sejahat-jahat pengabdian manusia ialah perhambaan kepada hawa nafsu yang ganas. Allah s.w.t. dengan tegas mengingatkan mereka yang berbuat demikian melalui firman-Nya, yang bermaksud: Tidakkah engkaufikirkan (bagaimana peliknya) orangyang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya (Surah Al-Furqaan: Ayat 43). Teras bagi segala kebebasan ialah kebebasan fikiran yang tiangnya kemerdekaan beragama. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Tiadapaksaan dalam beragama (Surah Al-Baqarah: Ayat 256).

Mengenai kebebasan seseorang individu dalam tanah airnya, Islam telah menjelaskan kedudukan tersebut sebagai waris. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan Kami hendak memberi kumia kepada orang-orangyang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang- orangyang mewarisi (humi) (Surah Al-Qashash: Ayat 5).

Mengenai kebebasan setiap penduduk untuk memberi pendapat, pandangan dan kritikan terhadap masyarakat, pentadbiran dan pemerintahnya, Islam telah membuka ruang ini kepada mereka yang berkemampuan berbuat demikian. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Mereka yang sekiranya Kami berikkan kedudukan yang baik di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakatdan menyuruh mamisia herbuat kebaikan dan melarang mereka daripada melakukan mungkar (Surah Al-Hajj: Ayat 41).

Panduan dan bimbingan ini juga ditujukan kepada pemerintah agar mereka dapat memenuhi dua aspek penting, iaitu pertama, melaksanakan kebajikan dan kedua, melarang kemungkaran demi kestabilan masyarakat dan negara, serta mereka sentiasa mendapat sokongan dari rakyat. Segala kebebasan ini terikat kepada hak-hak tabii manusia dan maslahat umum. Maka itu, Islam telah meletakkan kebebasan di bawah kepentingan umum.

2.4 SIFAT.SIFAT TAMADUN ISLAM DAN CIRI-CIRI UTAMA ISLAM

2.4.1 Sifat-sifat Tamadun Islam

Tamadun Islam, dalam proses kelahiran dan perkembangannya mengandungi beberapa bahagian atau sifat-sifat yang dianggap unik berbanding tamadun- tamadun dunia lain. Pertama, sifat tamadun Islam ialah sejagat. Kesejagatan tamadun Islam bermakna ia tidak terikat kepada bangsa tertentu atau disandarkan kepada tempat tertentu, sebaliknya seluruh umat manusia yang berpegang kepada al-Din. Tamadun Islam dapat dilihat di mana-mana kawasan di seluruh dunia ini tanpa dibatasi sama ada oleh batasan politik, budaya, bangsa ataupun sempadan geografi moden.

Kedua, sifat tamadun Islam itu ialah terbuka dan tidak bersifat tertutup. Dalam konteks ini, keterbukaan bermakna tamadun Islam yang dilahirkan dan dicipta itu tidak dibatasi oleh had-had tertentu tetapi ia masih diletakkan di atas garis panduan syariat Islam yang tetap dan berkembang selaras dengan perubahan masa. Tamadun Islam terbuka kepada semua tamadun yang tidak bercanggah dengan syariat Islam terutamanya dalam dialog antara tamadun atau interaksi antara tamadun. Ini bermakna, keterbukaan ini menunjukkan wujudnya sifat toleransi iaitu unsur-unsur tamadun selain Islam boleh diamalkan dan dikembangkan selagi tidak melanggar garis panduan syariat. Sebaliknya, Islam membenarkan dan menggalakkan penerusan sesuatu unsur tamadun yang membawa kebaikan selagi tidak menjejaskan hak orang lain dalam tamadun tersebut.

Ketiga, tamadun Islam juga bersifat sepanjang zaman iaitu berkesinambungan dan mengalami proses kesinambungan sehingga masa kini. Perkembangannya bermula dengan turunnya wahyu pertama, Surah Al-'Alaq dan tidak pernah berhenti, kerana ia tidak dibatasi oleh ruang sempadan atau ruang waktu sehingga hari kiamat.

Keempat, sifat tamadun Islam ialah toleransi terhadap sistem agama atau kepercayaan atau kebudayaan yang lain. Tamadun Islam pernah berkembang dalam dunia yang tidak dikenali, tetapi tetap mempertahankan toleransi. Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam tidak dilarang untuk mengamalkan agama dan kepercayaan mereka, sebagai usaha untuk mengekalkan hubungan balk dalam masyarakat dan kepentingan kestabilan.

Dan kelima, tamadun Islam mempunyai ciri kesatuan dalam kepelbagaian. Sebarang bentuk kemajuan dan pencapaian dalam tamadun Islam, dan dalam pelbagai bidang semuanya di bawah kesatuan akidah Islam yang menjurus ke arah meng-Esakan Tuhan, Allah Pencipta Sekalian Alam. Penemuan dan hasil ciptaan baru yang dicapai dalam tamadun manusia semuanya dikembalikan kepada kebesaran dan keagungan Tuhan Pencipta Seluruh Alam.

2.4.2 Ciri-ciri Utama Islam

Setelah mengetahui sifat-sifat tamadun Islam secara menyeluruh di dalam topik di atas, maka amat wajar untuk kita mengetahui pula ciri-ciri utama Islam yang mendasari kehidupan umat Islam dalam membina sebuah ketamadunan yang suci. Ciri-ciri utama Islam ini juga disebut oleh Dr. Karim Zaidan dalam bukunya Usul al-Dakwah sebagai ciri-ciri khusus Islam.

Di antara ciri-ciri utama Islam ialah menyeluruh (sempurna). Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah undang-undang (syariah), akidah, akhlak, hubungan dengan Allah s.w.t. dan hubungan sesama manusia. la juga menekankan dan menyeru keadilan untuk semua insan, sama ada Islam atau bukan Islam, kawan atau lawan dan sama ada mempunyai hubungan keluarga atau sebaliknya. Dalam bidang kehakiman, tamadun Islam telah terbukti dapat mengembalikan hak kepada yang berhak, sebagaimana dalam sejarah. la juga meliputi sudut kenegaraan yang meliputi hubungan di peringkat antarabangsa, ilmu pengetahuan dan peribadatan.

Ciri utama yang kedua bagi agama Islam ialah umum. Tamadun Islam bersesuaian dengan semua orang setiap masa dan setiap tempat kerana ciri umumnya yang bersifat sejagat dan terbuka. Setiap manusia di seluruh pelosok dunia dapat menyesuaikan dirinya dengan ciri tersebut. Dengan ciri yang umum ini juga, terbukalah ruang kepada manusia untuk membina tamadun yang sejagat. Agama Islam juga mempunyai ciri yang bersifat tetap dan anjal. Ini bermakna Islam merupakan suatu yang tetap dan tidak berubah dari segi tujuan dan matlamat pembinaan tamadun manusia, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaannya. Islam memberikan kebebasan kepada umatnya dari sudut untuk merealisasikan tamadun dengan mengambil kira matlamat yang harus dicapai, bukan kemajuan kebendaan semata-mata dengan mengetepikan unsur kerohanian (spiritual). Ciri utama Islam yang berikutnya adalah ideal dan realistik. Islam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai, dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah s.w.t. Tunjangnya lalah kesederhanaan dan kesempurnaan. la realistik dan segi mengambil kira realiti alam sejagat atas dasar bahawa alam sejagat merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata yang menunjukkan kewujudan Allah s.w.t

No comments: