Wednesday, April 23, 2008

Pengenalan Ilmu Ketamadunan


1.1 TAKRIF TAMADUN DAN CIRI-CIRI PENTINGNYA
Perkataan 'tamadun' sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan (material) sesebuah masyarakat. Dari perspektif semasa pula, perkataan 'tamadun' selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T) selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat pada zaman ini. Sebenarnya perkataan 'tamadun' dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddarm dalam bahasa Arab. Maddana yang merupakan kata kerja yang meruJuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan maddana ini diterbitkan perkataan madani yang merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama. Pengertian tamadun berdasarkan etimologi seperti yang dikemukakan, secara tidak langsung menekankan dua perkara yang penting dalam memberi takrifan yang lengkap terhadap tamadun. Pentakrifan tamadun yang lengkap harus menggabungkan kedua-dua perkara tersebut yang berkaitan dengan kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan. Secara lebih sempurna, tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan (seperti S&T, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain) yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.

Perkataan bahasa Arab lain yang turut digunakan untuk mentakrifkan tamadun lalah hadarah yang berasal danpada perkataan hadara yang merujuk kepada perbuatan duduk di bandar dan penlaku kehidupan yang tinggi. Tamadun )uga senng disamakan pengertiannya dengan peradaban yang membawa maksud keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalam sesebuah bangsa dan masyarakat. Selam danpada itu, perkataan yang senng digunakan dalam bahasa Inggeris untuk memberi maksud tamadun ialah civilization. Perkataan ini berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin yang bermaksud bandar atau kou. Seperti hadarah dan peradaban, civilization juga membawa maksud yang menekankan penggabungan antara ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan.

Berdasarkan pengertian-pengertian yang dikemukakan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari perspektif yang meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna. Bagaimanapun, konsep ketamadunan yang sering difahami oleh masyarakat manusia hari ini lebih menjurus kepada perkara yang berkaitan dengan kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata. Lebih buruk danpada itu, tasawur terhadap kemajuan penempatan dan kemudahan disempitkan lagi kepada persoalan kebendaan yang menjadi simbol kemewahan. Kemuncak kewujudan sesebuah tamadun bukanlah digambarkan oleh limpahan kemewahan tetapi suasana kemakmuran sebagaimana ungkapan umra.n yang digunakan oleh Ibn Khaldun.

1.1.1 Hubungan Tamadun dengan Agama

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini kehidupan yang berbudi pekerti mulia dan bermoral tinggi merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan bertamadun. Pembinaan sifat yang seperti ini pada diri seseorang begitu berkait rapat dengan kepercayaan yang diterima, manakala kepercayaan seseorang pula merujuk kepada kehidupannya sebagai manusia beragama. Peranan agama dalam membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta penlaku tindakan mereka dalam kehidupan sememangnya begitu penting. Di sini dapat diperlihatkan bagaimana agama mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan tamadun sebagaimana yang digambarkan oleh tamadun-tamadun silam.


kemuculan tamadun-tamadun silam sebelum ini merupakan manifestasi kepada kehidupan beragama yang berperanan membentuk pandangan semesta dan nilai kehidupan yang terpuji dalam masyarakat ketika itu. Perkara ini dapat dilihat sendiri kepada peninggalan bangunan dan barangan tamadun-tamadun silam yang dapat menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama. Namun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi dengan kuat oleh agama sebagaimana tamadun Barat kontemporari yang lebih cenderung memencilkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan masyarakatnya. Selam daripada itu, terdapat beberapa tamadun yang turut mengumpulkan pelbagai agama yang berbeza sebagai pegangan masyarakat. Fenomena ini dapat dilihat dalam zaman tamadun Islam yang lalu, apabila tidak semua yang bernaung di bawah tamadun itu terdiri dari kalangan masyarakat Islam.

1.1.2 Hubungan Tamadun dengan Budaya
Tamadun dan budaya mempunyai perhubungan yang rapat kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun. Budaya kehidupan sesebuah mesyarakat merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaran mereka (termasuk persekitaran sosial) dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Masyarakat yang berbudaya tinggi sudah pasti mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri- cin kehidupan bertamadun. Bagaimanapun tamadun berbeza daripada budaya sekiranya dilihat dari dua keadaan berikut:

a. Pengaruh dari natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh dari natijah budaya. Dengan pengertian lain sesuatu natijah budaya yang kekal lama dalam sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun. Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu natijah tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka telah jauh berbeza daripada keadaan silam. Manakala cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan pula merupakan natijah budaya kerana telah mengalami banyak perubahan dalam tempoh seratus tahun ini.

b. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di rantau Melayu berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab sungguhpun mereka berada di bawah naungan ketamadunan Islam.


1.1.3 Hubungan Tamadun dengan Bangsa
Hubungan antara tamadun dengan bangsa tidaklah begitu ketara sekalipun terdapat beberapa tamadun yang sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa seperti tamadun Cina dan tamadun India. Lazimnya sesebuah bangsa mempunyai pertalian yang rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu. Sebaliknya sifat tamadun melintasi sempadan geografi yang secara langsung melampaui batasan kebangsaan. Terdapat beberapa tamadun yang mengandungi lebih daripada satu bangsa seperti tamadun Barat yang mengandungi beberapa bangsa Eropah dan Amerika Utara. Tamadun dan bangsa sebenarnya tidaklah mempunyai kaitan yang jelas kerana selalunya tamadun melampaui batasan kebangsaan.

1.1.4 Ciri-ciri Asas Tamadun

Sepanjang sejarah telah muncul tamadun-tamadun yang besar dan masyhur seperti tamadun Mesir, tamadun India, tamadun Cina, tamadun Yunani, tamadun Islam dan tain-lain. Setiap tamadun dilihat mempunyai penonjolan yang tersendiri seperti tamadun Yunani yang masyhur dengan falsafah dan keseniannya, manakala tamadun Islam pula masyhur dengan perspektif kehidupan yang menyeluruh di samping perkembangan sains dan teknologi. Meskipun terdapat keistimewaan tertentu pada tamadun-tamadun yang berbeza, kesemua tamadun yang telah muncul mempunyai cin-cin dasar yang sejagat seperti benkut:

a. Kewujudan penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan atau beberapa kawasan yang disatukan membentuk kota, bandar, kepolisan atau madinah.
b. Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna berbanding sebelumnya seterusnya terhasil peningkatan jangka hayat penghidupan yang lebih stabil dan panjang.
c. Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan teratur.
d. Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri bagi menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewansan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu.
e. Kewu)udan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral yang berwibawa yang dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan kehidupan.


f. Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan bagi menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan.
g. Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri.

1.2 KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Sorotan terhadap kemunculan tamadun-tamadun di dunia sebelum ini sememangnya begitu menarik. Tidak dapat dinafikan bahawa bukan mudah untuk menggambarkan secara lengkap bagaimana boleh berlakunya perubahan pada sesebuah masyarakat daripada kehidupan mereka yang tidak bertamadun kepada kehidupan bertamadun. Perubahan tersebut boleh jadi berlaku secara beransur-ansur atau secara drastik. Setiap tamadun yang muncul kadangkala didorong oleh faktor-faktor yang tertentu baginya. Bagaimanapun secara lebih menyeluruh faktor-faktor yang dilihat mendorong kepada kemunculan tamadun- tamadun dunia sebelum ini adalah seperti berikut:
a. Kelahiran sesebuah tamadun banyak didorong oleh kedudukannya yang strategik yang memungkinkan penempatan masyarakat memperoleh sumber-sumber semula jadi untuk kelangsungan kehidupan. Faktor lokasi seperti ini yang merujuk kepada kesesuaian faktor-faktor geografi telah dilihat menggalakkan kemunculan tamadun Cina di lembah Huang-He dan Yong Tse, tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, tamadun Mesopotamia di Lembah Tigris dan Euphrates, tamadun Mesir di Lembah Nil, dan juga tamadun Melaka di pinggiran Selat Melaka.
b. Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani sebenarnya mendorong manusia supaya menghayati nilai- nilai kehidupan yang tulus dan suci yang mendorong kepada kehidupan bertamadun. Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha untuk membangunkan kehidupan mereka menuju kepada kesempurnaan kemanusiaan dan seterusnya melahirkan ketinggian budaya. Daripada pembangunan kehidupan seperti ini bermulalah bibit-bibit kehidupan bertamadun. Kemunculan tamadun Islam misalnya begitu dipengaruhi oleh rangsangan nilai daripada penghayatan cara hidup Islam yang kamil berserta dorongan langsung daripada risalah wahyu.


c. Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai yang terpuji. Nilai-nilai murni yang wujud pada masyarakat sudah pasti menggalakkan kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai murni yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin dan sebagainya. Nilai-nilai murni yang wujud pada pemimpin sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemat, bertanggungjawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya barganding bahu untuk membangunkan negara. Penghayatan nilai-nilai murni telah dilihat wujud pada hampir kesemua tokoh tamadun silam seperti Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani, Lao Tze dan Kung Fu-Tze dalam tamadun Cina, Kautilya dan Samkara dalam tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazah dan Ibn Khaldun dalam tamadun Islam.

d. Kemunculan sesebuah tamadun dikaitkan juga dengan kesengsaraan hidup. Situasi kehidupan yang sengsara dan menderita boleh mendorong masyarakat untuk bekerjasama menggemblengkan tenaga untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Kesengsaraan dan pendentaan menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan mereka. Hakikat ini bersesuaian dengan pepatah Inggeris yang menyatakan 'keperluan kehidupan merupakan ibu segala reka cipta' (necessity is mother of invention). Dalam konteks zaman moden, kemunculan negara Jepun seringkali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang Dunia Kedua.

e. Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh toleransi yang tinggi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain. Semangat untuk mewujudkan interaksi antara tamadun merupakan satu rangsangan kepada pemupukan kehidupan bertamadun. Toleransi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima sumber-sumber yang baik daripada tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kemunculan tamadun baru. Sikap tokoh-tokoh penting dalam tamadun-tamadun sebelum ini jelas menampakkan toleransi dan saling hubungan antara tamadun. Tamadun Islam contohnya merupakan tamadun yang telah bersikap terbuka untuk menerima sumber-sumber ilmu daripada tamadun Yunani, tamadun Parsi, tamadun India dan tamadun Cina. Seterusnya natijah kemunculan sesebuah tamadun dapat digambarkan oleh perilaku dan budaya masyarakat yang tinggi dalam kegiatan kehidupan mereka. Tatacara yang tersusun dalam pentadbiran dan perekonomian memakmurkan kehidupan masyarakat yang seterusnya mendorong ke kemuncak kegemilangan. Pada zaman kegemilangan sesebuah tamadun dapat diperhatikan pencapaian-pencapaian yang luar biasa dalam pelbagai bidang termasuklah kesenian, kesusasteraan, pemikiran dan falsafah. Kegemilangan sesebuah tamadun juga dapat dilihat dari segi penciptaan teknologi yang seterusnya berkembang dalam tamadun-tamadun selepas itu. Hakikat ini menerangkan bahawa kegemilangan dan kecemerlangan bukanlah monopoli sesebuah tamadun tertentu. Bagaimanapun, setiap tamadun dalam sejarah mengalami zaman kemerosotan masing-masing. Tidak dapat dinafikan bahawa dalam sejarah terdapat beberapa tamadun berlangsung untuk satu tempoh masa yang begitu panjang. Sebagai contoh tamadun Romawi berlangsung dari zaman Augustas sehingga ke zaman Aurelius (30SM -180 M). Begitu juga dengan tamadun Islam Uthmaniyyah dari tahun masehi 1299 sehingga 1922, lebih daripada enam kurun. Benarkah kemerosotan sesebuah tamadun itu disebabkan hukum sejarah yang pasti berputar setiap masa? Menurut Ibn Khaldun kemerosotan sesebuah tamadun itu adalah putaran sejarah. Pada penngkat permulaan la berjaya kerana nilai- nilai baik, tetapi selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan.

Sebaliknya para sarjana yang lain berpendapat sesebuah tamadun itu merosot bukanlah disebabkan hukum sejarah. Kemerosotan sesebuah tamadun itu boleh dielakkan sekiranya mereka belajar dari sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai yang baik. Berdasarkan sejarah, sesebuah tamadun itu boleh merosot kerana faktor-faktor berikut:

a. Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara antara golongan kaya dengan miskin. Sebagai contoh, situasi seperti ini dapat diperhatikan di penghujung tamadun Romawi pada kurun ketiga dan keempat Masehi.

b. Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga persoalan hak- hak kemanusiaan diketepikan sama sekali. Kehidupan bertamadun sudah tidak bermakna lagi apabila sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati malah dicabuli dengan sewenang- wenangnya. Sebagai contoh, wilayah-wilayah kolonial yang merupakan sebahagian daripada tamadun Barat telah tumbang disebabkan penindasan dan kezaliman yang dilakukan.'

c. Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama di kalangan pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang murni dan mulia. Berdasarkan sejarah kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan tamadun Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai terutama di kalangan pemimpin. Seorang penyair Arab, Ahmad Shauqi Bek pernah menukilkan: "Sesungguhnya tertegaknya sesebuah umat itu adalah disebabkan ketinggian moralnya. Sekiranya moral mereka hilang maka umat tersebut akan lenyap".

d. Wujud sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi perubahan teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial. Sikap tertutup seperti ini sudah tentu merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang beku atau jumud berpanjangan. Seorang tokoh pemikir masa kini, Edward de Bono menyatakan bahawa sikap tertutup merupakan halangan yang paling besar terhadap penganjakan paradigma (paradigm shift). Dalam sejarah dapat dilihat bagaimana tamadun Islam Uthmaniyyah mengalami keruntuhan dari dalam disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan sosial.

e. Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran. Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan sesebuah tamadun. Bagaimanapun, faktor ini di luar kawalan manusia untuk menghalangnya daripada berlaku.

1.3 INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Walaupun setiap tamadun mempunyai keistimewaaan tersendiri, sifat sebenar sesebuah tamadun tidak tertutup. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi antara tamadun sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, mstitusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Saling hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif meskipun terdapat juga kesan- kesan negatif. Kewujudan interaksi antara tamadun lahir disebabkan oleh semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan sesebuah tamadun yang lain. Keterbukaan seperti ini memungkinkan berlakunya percambahan pemikiran dan budaya lalu mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang boleh menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun.

Sebagai contoh, interaksi antara tamadun Hinduisme dan tamadun Buddhisme pada zaman silam pada keseluruhannya membuahkan kesan positif. Buddhisme sebagai sebuah agama yang lahir dalam masyarakat Hindu, memiliki ciri-ciri tertentu dari falsafah Hinduisme, termasuklah Karma (Rebirth), Dhamma (Righteousness) dunMokhsa (Liberation). Selepas Buddha dan misinya, reformasi Hinduisme dipengaruhi pula oleh pemikiran-pemikiran tertentu dari Buddhisme termasuklah kritikannya terhadap sistem kasta, pemusatan kuasa rohaniah dengan golongan Brahmin, penafian hak-hak tertentu kaum wanita dan lain-lain. Situasi seperti ini menunjukkan kedua-dua pihak memperoleh manfaat daripada kewujudan interaksi antara tamadun. Demikian juga interaksi antara Islam dengan Yahudi dan Islam dengan Kristian pada saat kelahiran Islam di Semenanjung Arab turut memperlihatkan beberapa kesan yangpositif. Hak masyarakat Yahudi, Kristian dan kelompok- kelompok kaum yang lain diberi jaminan perlindungan dalam Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Tempat-tempat peribadatan kedua-dua kaum ini diberi perlindungan, malah penganut agama Yahudi dan Kristian bebas mengamalkan agama mereka tanpa sebarang ketakutan. Pengiktirafan hak agama-agama bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka selagi mereka tidak mengganggu atau menceroboh Islam atau masyarakat Muslim merupakan salah satu prinsip yang penting dalam sistem keadilan Islam. Sepanjang sejarah ketamadunan Islam dari zaman pemerintahan Umayyah sehingga zaman pemerintahan Uthmaniyyah, masyarakat Yahudi dan Kristian hidup harmoni dan damai di tengah-tengah masyarakat Muslim yang merupakan majoriti. Selain bebas mengamalkan agama masing-masing, beberapa individu Yahudi dan Kristian diberi kepercayaan menduduki tempat-tempat tinggi dalam pentadbiran kerajaan Islam, terutamanya di bumi Andalusia (Sepanyol). Penulis dan sarjana dan kalangan masyarakat Yahudi dan Kristian terus memberi sumbangan kepada perkembangan tamadun Islam.

Interaksi antara masyarakat Muslim dan Buddhisme di Asia Tenggara juga bersifat positif. Dalam konteks hubungan sosial, masyarakat Muslim bermteraksi dengan masyarakat Buddha di Thailand, Kembo^a, Indonesia (Jawa) dan Malaysia sebelum zaman kolonial lagi. Meskipun agama mereka begitu berbeza dari segi metafizik dan teologi, hak-hak masyarakat Buddha untuk mengamalkan agama mereka begitu dihormati di negara-negara yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada penganut-penganut Islam. Kewujudan kuil-kuil seperti Borobudur di PulauJawa yang majoriti penduduknya penganut-penganut Islam merupakan lambang kepada sikap toleransi seperti ini. Saling hubungan masyarakat Muslim dan Hindu di India sebelum zaman kolonial juga memberi manfaat kepada kedua-dua pihak meskipun hubungan ini tidak bebas daripada cabaran-cabaran tenentu. Sebagai contoh, budaya dalam berpakaian, pemakanan dan sent bina masyarakat di India Utara mengalami beberapa perubahan positif akibat daripada pertemuan dengan tamadun Islam. Manakala masyarakat Muslim di India pula menerima unsur-unsur tertentu termasuk sent bina, muzik, pemakanan dan gaya hidup masyarakat India. Lahirnya bahasa Urdu merupakan hasil daripada interaksi bahasa Parsi (Islam) dan bahasa Hindi (Hindu). Kelahiran bahasa Urdu ini merupakan contoh yang paling bermakna berhubung dengan interaksi antara dua tamadun ini. Saling hubungan dan interaksi antara Islam dan Konfusianisme pula bermula dan kurun Masehi ketujuh lagi. Pada peringkat awal, interaksi ini berlaku dalam bentuk perdagangan, iaitu antara saudagar-saudagar Arab dan Parsi dengan saudagar-saudagar Cina. Terdapat saudagar-saudagar Arab dan Pars! yang bermastautin di China, dan melalui proses interaksi termasuklah perkahwinan, mereka menjadi sebahagian daripada masyarakat tempatan. Dalam Dinasti Tang, Dinasti Sung, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming, beberapa tokoh-tokoh Islam muncul memberikan sumbangan yang penting kepada perkembangan tamadun Cina. Terdapat di kalangan mereka yang dipertanggungjawabkan menjadi gabenor wilayah dan terdapat pula di kalangan mereka yang ditugaskan menjadi panglima tentera laut seperti Zheng He.

Beberapa tokoh Islam yang lain turut memberi sumbangan kepada pemikiran Konfusianisme seperti Liu Zhi dan Ma Zhu di samping sumbangan kepada bidang astronomi, sent bina dan juga penghasilan peralatan ketenteraan. Yang lebih menarik lagi, sarjana-sarjana Cina yang beragama Islam mendapati bahawa dalam bidang etika, terdapat banyak kesejajaran antara pengajaran Islam dan pengajaran Konfusianisme. Disebabkan hal tersebut, beberapa sarjana Islam berbangsa Cina mempelajari Konfusianisme seperti juga terdapat sarjana-sarjana Konfusianisme menunjukkan minat yang sama terhadap Islam. Kesemuanya ini dapat menggambarkan kesan yang positif daripada interaksi antara tamadun. Bagaimanapun, tidaklah tepat sekiranya kita memberi gambaran bahawa pertembungan antara tamadun semuanya membawa kesan positif. Hubungan antara Kristian dan Yahudi kurang memuaskan sejak dari permulaan lagi. Berlaku di Eropah antara kurun Masehi kesembilan dan kelapan belas, beberapa pembunuhan Yahudi secara beramai-ramai. Faktor-faktor yang berkaitan dengan teologi, ekonomi dan sosial bertanggungjawab terhadap keadaan seperti ini.

Demikian juga, terdapat putera-putera Kristian Eropah di zaman pertengahan melancarkan beberapa sin Perang Salib (Crusades) terhadap masyarakat Islam Timur Tengah sehingga begitu ramai orang Islam dan Yahudi dibunuh. Sekali lagi, faktor-faktor yang berkaitan dengan teologi, ekonomi dan sosial bertanggungjawab selain daripada faktor politik.

Dalam sejarah terdapat beberapa kes di India, panglima dan tentera Islam bertindak menghancurkan kuil-kuil Hindu sungguhpun perkara sebegini dilarang oleh hukum Islam sendiri. Keadaan yang sama turut berlaku apabila raja-raja Hindu bertindak membunuh rakyatnya yang beragama Islam. Sebelum kedatangan Islam ke India, terdapat kejadian golongan Buddha memusnahkan kuil-kuil Hindu, seperti juga golongan Hindu melakukan tindakan yang sama menghancurkan kuil-kuil Buddha. Kesemua ini merupakan contoh-contoh kesan negatifyang timbul hasil daripada pertembungan tamadun. Namun begitu secara keseluruhannya, situasi di benua Asia sebelum zaman penjajahan Barat tanpa mengambil kira hubungan Kristian dan Yahudi, penganut-penganut Islam, Hindu, Buddha, Konfusianisme, Taoisme dan termasuklah penganut Kristian sendiri berjaya hidup harmoni dan damai. Faktor- faktor yang dilihat dapat membawa kesan yang positif hasil pertembungan antara tamadun lalah:


a. Sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi, memerintah negara dengan penuh keadilan dan kesaksamaan.

b. Sikap golongan beragama seperti sami dan paderi yang sentiasa cuba mewujudkan suasana harmoni, memberi tafsiran yang sejagat dan cenderung kepada semangat keinsanan.

1.4 PERSAMAANDANPERBEZAANANTARATAMADUN

Disebabkan tamadun-tamadun yang pernah lahir di dunia mempunyai latar belakang yang tersendiri, maka terdapat begitu banyak perbezaan antara satu tamadun dengan satu tamadun yang lain. Namun begitu, tidak dapat dinafikan terdapat juga banyak persamaan yang dikongsi antara beberapa tamadun tersebut. Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat terutamanya dalam konteks teologi dan etika. Sebagai contoh, persoalan teologi berhubung dengan konsep monoteisme Islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta (Creator God). Hinduisme pula sebaliknya, menerima konsep Tuhan walaupun mamfestasi monoteismenya berbeza daripada Islam, Kristian dan Yahudi. Islam, Kristian dan Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama monoteistik, tetapi kepercayaan monoteisme mereka berbeza antara satu sama lain.

Persoalan-persoalan teologi, sering dilihat menimbulkan percanggahan pendapat. Percanggahan pendapat yang dimaksudkan tidak semestinya berlaku antara satu tamadun dengan satu tamadun yang lain, tetapi boleh juga berlaku dalam sesebuah tamadun, malah dalam sesebuah agama itu sendiri. Sekiranya dibandingkan dengan persoalan teologi, persoalan etika sebenarnya kurang menimbulkan kontroversi. Hakikat ini dapat menjelaskan bahawa dialog tamadun atau peradaban boleh berlangsung dalam keharmonian sekiranya fokus lebih ditumpukan kepada persoalan etika. Dalam konteks melihat perbezaan dan persamaan antara tamadun, tujuh persoalan etika berikut dikemukakan:

1.4.1 Alam sekitar

Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh kesemua agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai anugerah Tuhan. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai khalifah (Custodian atau Steward) yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam, Buddhisme dan beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi dalam beberapa tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diben pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah dan dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan ini, tamadun-tamadun tradisional secara umumnya tidak memusnahkan alam sekitar. Sesetengah pihak mempunyai tanggapan bahawa keadaan ini mungkin disebabkan tahap teknologi yang masih rendah pada zaman itu. Bagaimanapun, haruslah disedari bahawa penciptaan teknologi dan penggunaannya sangat dipengaruhi oleh pandangan semesta sesuatu tamadun atau pengamalan budaya.

1.4.2 Keluarga

Prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat begitu dihayati oleh tamadun-tamadun tradisional. Keluarga yang dimaksudkan pada lazimnya adalah keluarga extended. Dalam sesebuah keluarga wujud hierarki kuasa yang menentukan kedudukan kaum lelaki dan kedudukan kaum perempuan. Pengamalan seperti ini telah menjadi warisan turun-temurun dalam sesebuah keluarga tradisional. Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang paling penting. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan seperti ini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. Konsep kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula begitu mementingkan kasih sayang dan hormat-menghormati. Berdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan kedudukan kaum lelaki dan kaum perempuan dalam sesebuah keluarga itu yang menjadi persoalan utama, tetapi setlap mereka harus menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat-menghormati.

1.4.3 Komuniti

Komuniti merupakan satu persoalan yang begitu penting dalam setiap tamadun tradisional. Tidak boleh dinafikan bahawa komuniti sangat berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia. Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal kepada anggota-anggotanya. Dikotomi perseorangan (individu) dan komuniti jarang wujud dalam masyarakat tradisional. Kedua- dua pihak berpegang pada nilai-nilai moral tertentu yang lazimnya bersumberkan agama atau kuasa transenden. Bagaimanapun, fenomena seperti ini bukanlah bermakna seseorang itu tidak mempunyai identiti tersendiri dalam komuniti tradisional. Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhisme.

1.4.4 Kerajaan

Falsafah tamadun-tamadun tradisional begitu menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun-tamadun silam. Dalam tamadun Cina, tulisan Moh-Tze, Lao-Tze, Kung Fu-Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh-tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga dalam tamadun India, Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil, seperti juga al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam lamadun Islam yang turut menumpukan perhatian kepada persoalan yang sama. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-tamadun tradisional. Namun demikian, kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorang raja melanggar lunas-lunas keadilan, maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk membetulkannya.

1.4.5 Kegiatan Ekonomi

Dalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks 'Moral Semesta' (Moral Universe). Dengan sebab itu wujud konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam salah satu daripada eight fold path. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep 'wang', 'laba', 'ganjaran', 'pasaran' dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbangan- pertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti yang berlaku dalam kegiatan ekonomi moden. Perkara yang membezakan ekonomi tamadun tradisional dan ekonomi zaman moden adalah kayu pengukumya.

1.4.6 Pendidikan

Matlamat paling utama pendidikan dalam tamadun-tamadun tradisional adalah pembmaan sifat-sifat seseorang (character-building). Proses pengajaran ilmu mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan matlamat murni ini. Dengan menyedari perkara tersebut, dimensi Inner-Being begitu penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama-agama yang lain. Manusia tidak digalakkan menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam tanpa perubahan dalaman yang dapat dilakukan melalui pengetahuan tentang dirinya sendiri. Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa aliran ajaran Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.


1.4.7 Kesihatan

Seperti bidang pendidikan, ekonomi, pemerintahan kerajaan dan bidang-bidang masyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam tamadun-tamadun tradisional tidak boleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat penting konsep kesihatan tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik di sini bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas dan lebih menyeluruh. Konsep holistik berdasarkan idea bahawa segala-galanya yang -wujud adalah saling berhubungan. Kesan besar daripada konsep holistik bagi rawatan penyakit begitu mendalam. Mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya.

Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas bahawa teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamadun-tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi wujud beberapa perbezaan yang harus kita fahami. Memahami persamaan dan perbezaan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.

No comments: