Mengapa Perlu Mempelajari Tamadun Islam -

Pelajaran Tamadun Islam mula diperkenalkan oleh Ibn Khaldun pada abad ke 15M yang lalu di dalam Kitab al Ibar iaitu bahagian pendahuluan (mukaddimah). Dalam buku berkenaan dijelaskan tentang tamadun dengan menggunakan perkataan 'umran.

Kita mempelajari Tamadun Islam ini adalah untuk menjadi iktibar kepada kita tentang gemilangnya masyarakat Islam dahulu dalam semua aspek kehidupan sama ada aspek kehidupan duniawi maupun ukhrawi.

Nabi Muhammad s.a.w. membawa Islam kepada masyarakat Arab jahiliah dan mentamadunkan mereka menjadi bangsa yang mulia dan disegani dunia hinggalah kejatuhan kerajaan Osmaniah pada tahun 1924M. Selepas itu umat Islam mundur hinggalah ke hari ini.

Kemunduran umat Islam bukan kerana ajaran Islam tetapi sikap umat Islam yang kurang memberi perhatian kepada ilmu-ilmu Islam. Mereka lebih suka memepelajari ilmu yang tidak ada nas dalam al Quran dan al Hadith. Lihatlah begitu ramai pakar ekonomi tetapi mengapa negara-negara Islam jadi miskin ?.

Dengan mempelajari sejarah Tamadun Islam akan menjadikan umat Islam memahami kehendak Islam yang sebanar seterusnya membuka hati umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam seterusnya mengembalikan maruah umat Islam.

Umat Islam akan kembali bertamadun mengikut acuan ajaran Islam sendiri jika mereka mahu kembali kepada ajaran Islam dengan mempelajari dan mengamalkannya dalam kehidupan harian.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: http://abdazizharjin.blogspot.com