Kelahiran Kemajuan Islam -

Jahiliah dan Pengertiannya

Jahiliah berasal daripada akar kata jahala dan kata terbitan jahalun atau jahalatun yang bererti bodoh dan sesat. Pengertian ini selaras dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lehih baik daripada (hukum) Allah hagi orang yang yakin (Surah Ali Imran: Ayat 154) dan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dialah yang mengutus kepada kamu yang buta huruf '(Arab Jahiliah) seorang rasul antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, membersihkan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata (Surah Al-Jumu'ah: Ayat 2).

Melalui penelitian terhadap ayat-ayat dalam al-Quran, ciri-ciri masyarakat Jahiliah meliputi antaranya pertama, zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk kehidupan. Kedua, zaman yang tidak mempunyai tamadun atau peradaban. Ketiga, zaman masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak. Dan keempat, zaman yang masyarakatnya jahil kerana tidak boieh membaca dan menulis. Ciri-ciri masyarakat Jahiliah ini sememangnya terdapat dalam masyarakat Arab sebelum turunnya kitab suci al-Quran al-Kanm atau sebelum zaman pra-Islam. Sesuatu masyarakat atau zaman itu boleh dianggap sebagai Jahiliah sekiranya memiliki salah satu daripada ciri-ciri tersebut.

Dalam al-Quran, zaman Jahiliah tidak dibataskan menurut masa dan dinyatakan secara umum, begitu juga dengan kamus-kamus Arab yang hanya menyatakan Jahiliah itu zaman sebelum Islam. Dalam konteks Semenanjung Tanah Arab, tempoh masa Jahiliah ialah berlangsung selama kira-kira tiga kurun. Bermula selepas keruntuhan kerajaan Saba' di penngkat ketiga atau di penngkat akhir kerajaan Himyar (Tubba) sekitar tahun 300SM sehmgga turun al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.pada tahun 610 Masihi. Pada zaman itu, tiada nabi diutuskan dan tidak ada kitab suci diturunkan sebagai petunjuk kepada masyarakat. Ciri-ciri pembangunan dan ketamadunan hampir lenyap benkutan runtuhnya empangan Ma'arib. Masyarakat ketika itu kehilangan pedoman kerana dilanda kejahilan iaitu tidak mewarisi ilmu pengetahuan sebelumnya, dan seterusnya berlaku krisis akhlak atau moral sehinggalah diturunkan kitab suci al-Quran al-Karim. Dengan sebab itulah, masyarakat Arab sebelum Islam dianggap sebagai masyarakat Jahiliah.

Menurut seorang tokoh orientalis, iaitu P. K. Hitti beliau menyatakan Jahiliah bukan membawa pengertian jahil dari segi ilmu pengetahuan, tetapi sebenarnya jahil dalam aspek keagamaan sahaja. Beliau berpendapat, pada zaman masyarakat Jahiliah tersebut tidak terdapat nabi atau kitab sebagai sumber petunjuk. Namun begitu, orang Arab di kawasan selatan Semenanjung Tanah Arab tidak boleh dianggap jahil atau bodoh kerana mereka telah pun mempunyai tamadun yang tinggi. Pendapat beliau berhubung dengan makna Jahiliah ini hampir-hampir diterima oleh penulis-penulis moden, terutamanya di kalangan penulis berbangsa Arab antaranya Ahmad Syalabi dan Hasan Ibrahim Hasan. Di dalam dunia Islam, orang Arab dan bangsa-bangsa tertentu sememangnya suka dipuji dan disanjung, dan kadangkala mereka sebenarnya terperangkap dengan puji-pujian dan sanjungan ini. Dalam rangka gerakan golongan orientalisme pihak orientalis sentiasa berusaha memperkukuh semangat nasionalisme di kalangan orang Islam dan cara paling mudah dengan membangkitkan zaman tradisi mereka. Dengan harapan agar sejarah bangsa Arab zaman Jahiliah dapat membayangi sejarah mereka selepas Islam dan inilah usaha yang hendak dilaksanakan oleh golongan orientalis termasuk P. K. Hitti.


Adakah pernyataan P. K. Hitti ini tepat? Pendapat P. K. Hitti tidak tepat jika dilihat dari segi kronologi sejarah. Tidak dapat dinafikan dari segi sejarah, bahawa kawasan selatan Semenanjung Tanah Arab terutamanya pada zaman kegemilangan kerajaan Saba' telah mencapai kemajuan, tetapi pada waktu itu telah terdapat seorang nabi iaitu Nabi Sulaiman a.s. Kerajaan Saba' telah menerima ajaran Nabi Sulaiman a.s. dan dengan itu, Allah s.w.t. mengurniakan kerajaan tersebut sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Negeri yang makmur dan mendapatpengampunan Tuhan (Surah Saba': Ayat 15), Begitu juga kerajaan Himyar, di peringkat awal menerima nikmat dan pengampunan dari Allah s.w.t. Setelah kedua-dua kerajaan ini ingkar terhadap Allah s.w.t, maka diturunkan bala dan sejak itu tamadun Arab yang dibina di kawasan selatan Semenan)ung Tanah Arab mengalami keruntuhan.

Sepanjang zaman Jahiliah, masyarakat Arab berada dalam keadaan kekufuran, kemaksiatan, keangkuhan, dan kebodohan dalam ilmu pengetahuan sebagaimana ditegaskan dalam al-Quran. Selain mengalami keruntuhan dan segi nilai agama dan akhlak, mereka juga mengalami keruntuhan dari aspek politik dan pemerintahan, ekonomi dan sosiobudaya.

3.1.2 Sistem Kepercayaan dan Agama

Pada zaman Jahiliah, kesesatan dalam sistem kepercayaan dan agama memiliki pertalian dengan ciri-ciri zaman tersebut dan masyarakat Arab ketika itu sedang menempuhi zaman kegelapan. Pengaruh asing merupakan faktor penting yang membawa tersebarnya pelbagai agama di Semenanjung Tanah Arab. Semenanjung Tanah Arab sentiasa terdedah atau menjalinkan hubungan luar terutama dalam urusan perdagangan, hubungan diplomatik atau kegiatan- kegiatan keagamaan. Kawasan di persisiran pantai dan bandar-bandar strategik iaitu Makkah, Hirah, Yaman, Oman dan Bahrain telah memainkan peranan penting dalam penyebaran pelbagai agama kerana merupakan pusat tumpuan perdagangan dan kebudayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Makkah, misalnya merupakan pusat kegiatan agama dan penyembahan berhala.

Dalam konteks ini, golongan beragama di Semenanjung Tanah Arab dikategorikan kepada lima iaitu pertama, penyembah berhala (agama Wathani); kedua, penyembah apt (Majusi); ketiga, Yahudi; keempat, Nasrani (Kristian); dan kelima, Hanif (Samawi). Agama menyembah berhala mepJpakan agama paling penting dan berpengaruh di kalangan orang Arab. Menurut Ibn Kaibi, agama menyembah berhala bermula bila Umar bin Luai yang melawat ke Syam (Syria) untuk mendapatkan ubatan, dan ketika itu beliau melihat kaum Balqa' menyembah berhala. Beliau membawa agama ini kembali ke Makkah. Pendapat lain pula menyatakan, selepas mengerjakan haji mereka mengutip batu-batu di Kaabah dan sekitarnya, dibawa ke tempat masing-masing untuk disembah sebagai mengagungkan Kaabah. Satu lagi pendapat iaitu, kepercayaan sesetengah orang Arab terhadap Hajar as-Aswad yang berada di Kaabah dikatakan berpunca dari langit, maka disembah sebagaimana mereka menyembah bintang-bintang di langit. Berhala-berhala yang disembah diperbuat daripada emas atau perak yang berbentuk asli atau replika. Antara berhala-berhala yang masyhur disebut dalam al-Quran ialah berhala al-Lat (Taif), al-Uzza (Nakhlah), al-Manar (antara Makkah dengan Madinah) dan Hubal (kota Makkah). Makkah merupakan pusat agama berhala dan di sekeliling kaabah, dianggarkan terdapat sejumlah 360 buah berhala yang disembah.

Agama menyembah api atau Majusi berasal dari Parsi. Kaum Majusi tidak mempunyai kitab suci dan tidak mengakui nabi yang diutuskan oleh Allah s.w.t. tetapi mereka mengikut nabi-nabi palsu. Agama ini terbahagi kepada tiga aliran iaitu Kayumarthiah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah. Penganut agama Majusi menetap di Yaman, Oman, dan Bahrain kerana semua kawasan ini terletak di bawah pengaruh Parsi.

Agama Yahudi ialah agama yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. dan baginda diutuskan membawa kitab suci Taurat. Penganut asal agama ini ialah dari kalangan bani Israel di utara Semenanjung Tanah Arab. Namun begitu, golongan agama bani Israel telah mengubahsuai kandungan kitab suci Taurat dan ini dilaknat oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bermaksud: Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lain dikatakannya: 'Ini dari Allah', (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu (Surah Al Baqarah: Ayat 79). Antara yang menganut agama Yahudi ini ialah YusufDhu Nawas, pemerintah terakhir kerajaan Himyar.

Nasrani merupakan agama yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. yang diturunkan Allah s.w.t kepadanya bersama-sama kitab suci Injil dan penganut asalnya, juga dari kalangan bani Israel. Mereka juga mengingkari ayat-ayat Allah s.w.t. dengan mengubahsuai kitab injil menurut keperluan dan kepentingan mereka. Agama Nasrani berkembang ke utara Semenanjung Tanah Arab menerusi peranan penduduk Ghassan dan Hirah dan di sebelah selatan melalui peranan penduduk Habsyah pada kurun ke-6 Masihi. Terdapat beberapa suku Arab yang menerima agama ini iaitu suku Ghassan, Judham, Salih, Lakhm (di timur), Tayy dan Tha'labah (di tengah). Pusat agama Nasrani yang terkenal ialah di Najran, kawasan barat daya Semenanjung Tanah Arab. Di kota Makkah sendiri, terdapat beberapa orang tokoh yang menganut agama ini antaranya Waraqah bin Naufal.

Agama Hanif atau digelar Hunafa' dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s dan dianuti segelintir orang Arab. Al-Quran menyatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. adalah hanifQamak: hunafa'} yang mentauhidkan Allah s.w.t. Baginda seorang hanif dan Muslim, bukan Yahudi atau Nasrani. Antara yang menganut agama ini ialah Nabi Muhammad s.a.w. dan Zaid Ibn Amru bin Naufal. Penganut agama ini tidak menyembah berhala, berjudi, minum arak, melakukan maksiat dan tidak melakukan perbuatan keji dan dikutuk oleh Allah s.w.t.


Namun begitu, sebahagian masyarakat Arab tidak beragama dan sebahagian pula mengamalkan kepercayaan animisme seperti menyembah roh, penunggu atau kuasa ghaib; dan corak penyembahan dan pemujaan yang dilakukan bergantung kepada suasana tempat tinggal dan pekerjaan mereka. Antaranya masyarakat Petra dan Palmyra menyembah matahari, sementara bulan dipuja oleh masyarakat Ma'in. Matahari dan bulan disembah kerana kedua-duanya dianggap menghidupkantanaman mereka.

Selain itu, masyarakat Arab juga mempunyai kepercayaan terhadap adat (sunnah) yang dianggap sebagai unsur-unsur karut dan tahyul. Antara yang diamalkan ialah menilik nasib bagi melihat masa depan mereka sama ada baik atau buruk. Mereka juga mempercayai kekuasaan ahli sihir dan kuasa azimat.

Kepercayaan dan agama masyarakat Arab im dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertama, kepercayaan beragama dan kedua, kepercayaan animisme. Secara umumnya, sejumlah besar masyarakat Arab Jahiliah berada dalam kehidupan yang penuh dengan kesesatan dan terpesong dari akidah yang sebenar. Maka itu, kedatangan Islam pada tahun 610 Masihi menerusi Nabi Muhammad s.a.w. telah mengubah masyarakat Arab khasnya dan dunia amnya, tidak setakat pada akidah tetapi juga aspek-aspek ketamadunan manusia.

3.1.3 Sistem Politik dan Pentadbiran

Pada zaman Jahiliah, tidak terdapat sebuah kerajaan yang mempunyai struktur pemerintahan yang teratur dan berkuasa penuh kerana negara-negara tersebut telah tergugat akibat penjajahan. Sejumlah besar kawasan penting di Semenanjung Tanah Arab diletakkan di bawah kuasa-kuasa penjajah asing terutama empayar Rom (Barat dan Utara) dan Parsi (Timur). Empayar Rom (Kristian) dan Parsi (Majusi) menguasai sebelah utara manakala di selatan dikuasai oleh Habsyah-Rom (Kristian) dan Parsi. Kawasan tengah iaitu Makkah tidak dijajah tetapi menerima kesan buruk daripada penjajahan asing ini. Makkah menerima kesan buruk berikutan pendudukan tentera Habsyah-Rom di Yaman yang secara tidak langsung telah menggugat ketenteraman dan keamanan. Dalam waktu ini, Makkah pernah diserang oleh tentera Yaman pada tahun Gajah tetapi ia mengalami kegagalan. Ini menunjukkan, kestabilan politik Makkah tergugat dengan kehadiran kuasa-kuasa penjajah asing di Semenanjung Tanah Arab.

Di kawasan yang ditakluki kuasa-kuasa asing, suasana dan keadaan adalah lebih teruk seperti Ghassan, Hirah dan Yaman yang serba mengalami kesusahan dan kepayahan. Kesan penjajahan menyebabkan mereka hidup secara berpuak-puak atau berkabilah, sering berperang sesama mereka untuk mendapatkan pengiktirafan dan perlindungan daripada kerajaan-kerajaan yang memerintah atau yang menjajah kawasan itu. Keadaan ini tidak jauh berbeza dengan masyarakat di luar bandar, iaitu kaum Badwi.


Walaupun kawasan-kawasan tersebut telah memiliki pemerintahan atau pentadbiran tersendiri tetapi masih tidak boleh dianggap sebagai pemerintahan yang maju atau bertamadun kerana masing-masing dijajah dan tidak merdeka. Ternyata, bentuk politik yang terdapat dalam masyarakat Arab Jahiliah jauh bertentangan atau berbeza dengan keadaan politik pada zaman Islam yang bebas daripada cengkaman penjajahan, dan berstatus merdeka.

3.1.4 Sistem Perekonomian

Kehidupan masyarakat Arab di beberapa kawasan di Semenanjung Tanah Arab antaranya di Yaman, Makkah dan di beberapa kawasan di utara agak mewah, terutama dalam bidang perdagangan dan pertanian. Kemewahan ini tidak berkekalan apabila ekonomi mengalami kemerosotan berikutan keruntuhan empangan Ma'arib dan kejatuhan beberapa kawasan yang kaya ekonominya di tangan penjajahan kuasa-kuasa asing terutama Rom dan Parsi. Ini menunjukkan ketidakstabilan politik menjejaskan sistem perekonomian dan sebaliknya. Di kawasan selatan, selepas keruntuhan empangan Ma'arib, pengeluaran pertanian mengalami kemerosotan teruk kerana tiada sistem pengairan yang baik dan ini mendorong sejumlah masyarakatnya berpindah ke kawasan utara untuk mencari sumber-sumber ekonomi baru. Di bahagian utaranya, kawasan ini hanya sesuai untuk kegiatan perdagangan kerana dilitupi oleh kawasan padang pasir. Ramai pedagang dan selatan berdagang di kota Makkah, Hirah dan Ghassan namun perdagangan tidak menguntungkan kerana terdapat beberapa halangan. Antaranya ialah kesan penjajahan kuasa asing dan berlakunya pertelagahan sesama kabilah Arab, yang membantutkan perkembangan ekonomi.

Berikutan pecahnya empangan Ma'arib, kerajaan Himyar yang mengalami keadaan ekonomi merosot telah mencari sumber kekayaan ekonomi lain iaitu melaksanakan dasar perluasan kuasa. Melalui dasar perluasan kuasa, Himyar berjaya mengumpulkan sejumlah harta yang banyak tetapi kemudiannya kerajaan ini terus mengalami kemelesetan ekonomi yang semakin teruk sehingga membawa kejatuhannya pada tahun 534 di tangan tentera Habsyah. Sejak itu pertumbuhan ekonomi bangsa Arab semakin lemah kerana ketidakstabilan politik di Semenanjung Tanah Arab.

Dalam urusan perdagangan, percubaan tentera Habsyah di Yaman untuk menakluki kota Makkah telah menjejaskan hubungan perdagangan antara kedua- dua kawasan ini. Manakala hubungan perdagangan Yaman dengan Hirah juga terjejas kerana Yaman dikuasai kerajaan Habsyah yang bernaung di bawah pemerintahan Rom sedangkan Hirah di bawah kekuasaan Parsi. Apabila Yaman jatuh ke tangan Parsi, hubungannya dengan Syam menjadi runcing kerana Syam dikuasai oleh Rom. Maka itu, kedudukan kota Makkah yang terletak di tengah- tengah jalan perdagangan tersepit di antara kedua-dua kuasa besar ini, sehingga menyekat perkembangan perdagangannya. Tekanan dan desakan ini menyebabkan orang Quraisy Makkah mengeksploitasi perdagangan satu hala


dengan kaum Badwi di kawasan padang pasir; dan sebagai tindak balas kaum Badwi melancarkan rompakan terhadap kafilah-kafilah dagang Quraisy. Manakala di kota Makkah sendiri, wujud persaingan kuasa dan ekonomi antara plongan yang kaya dengan golongan miskin, dan ini menjejaskan lagi kegiatan ekonomi masyarakatJahiliah.

Manakala masyarakat Arab di kawasan padang pasir iaitu kaum Badwi nidup secara nomad dengan menternak binatang seperti unta, kambing dan bin- biri. Mereka hidup berpindah-randah mencari kawasan air dan bekalan rumput untuk keperluan mereka dan binatang ternakan. Unta merupakan binatang yang penting, iaitu selain sebagai pengangkutan ia juga membekalkan susu, bulu dan belulang. Kaum Badwi menetap di khemah-khemah yang diperbuat daripada kulit kambing dan unta. Corak ekonomi mereka melambangkan kehidupan vang primitif berbanding dengan masyarakat Quraisy iaitu masyarakat bandar yang hidup dalam keadaan yang lebih selesa.

3.1.5 Sistem Sosial dan Kebudayaan

Pada zamanJahiliah, tidak banyak terdapat perbezaan struktur masyarakat Arab sama ada yang tinggal di bandar (Arab Hadari) atau di padang pasir (Arab Badwi). Mereka tertakluk kepada sistem kabilah kerana kabilah merupakan satu unit sosial yang mengawal sistem pentadbiran masyarakat. Penyatuan masyarakat berkabilah adalah berlandaskan pertalian darah dan keturunan yang berdasarkan semangat asabiyah, memandang mulia kabilahnya dan memandang hina kabilah- kabilah lain. Penyatuan ini diperkukuh dengan jalinan kekeluargaan di peringkat yang lebih kecil kepada peringkat lebih besar; mereka mempunyai nama dan kemegahan masing-masing.

Semangat asabiyah dan perasaan setiakawan setiap golongan terjalin rapat dan ini menyebabkan sering berlaku persengketaan dan semakin kecil kelompok keluarga itu, semakin kuat pula semangat asabiyahnya. Suasana kejahilan ini digambarkan melalui peperangan sesama mereka dengan tujuan untuk mendapat nama, kuasa, pengaruh dan harta benda sebagai lambang kemegahan kabilah mereka walaupun punca kepada persengketaan itu amat kecil. Seandainya sesuatu kabilah itu kalah dalam peperangan, maka dia akan dijadikan hamba abdi sekiranya tidak ada sesiapayang ingm menebus atau mehndungi mereka. Mengenai kedudukan wanita pada zamanJahiliah, mereka tidak mendapat tempat yang sewajarnya sama ada di dalam keluarga atau masyarakat. Wanita tidak dianggap sebagai maruah keluarga yang tertinggi dan kerana itu mereka dibawa bersama-sama berperang untuk member! perangsang kepada kaum lelaki. Terdapat kepercayaan tradisi dan tanggapan bahawa anak perempuan akan menimbulkan masalah sosial dan ekonomi termasuk nasib sial, dan kesannya terdapat di kalangan mereka yang sanggup menanam hidup-hidup anak perempuan dan lebih suka mempunyai ramai anak lelaki. Tradisi ini dilakukan


oleh kabilah Bani Tamin dan Asad, dan mereka juga melangsungkan perkahwinan tanpa had dan batasan.

Golongan hamba merupakan kedudukan yang paling rendah dalam struktur sosial masyarakat Arab. Mereka dipandang hina dan rendah serta diberikan tugasan yang berat. Pemilik-pemilik atau tuan-tuan hamba ini, selalunya melakukan perkara-perkara di luar batas perikemanusiaan terhadap hamba-hambanya itu.

Keadaan keruntuhan masyarakat serta sosialnya yang kucar-kacir berlaku kerana akhlaknya telah runtuh dan sering melakukan kemaksiatan; dan kehidupan mereka mengamalkan unsur-unsur yang ternyata bertentangan dengan kehidupan manusia bertamadun.

3.1.6 Ilmu Pengetahuan dan Keintelektualan

Dari segi ilmu pengetahuan dan keintelektualan, orang Arab zaman sebelum Islam mempunyai sedikit ilmu pengetahuan dalam bidang seperti politik dan ekonomi. Walaupun mereka mempunyai pengetahuan dalam bidang perniagaan, namun kepandaian dan kebolehan yang dimiliki itu tidak mencukupi untuk meletakkan mereka sebagai bangsa bertamadun. Masyarakat Arab Jahiliah bukanlah masyarakat bertamadun dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Sejak sebelum zaman Jahiliah, ilmu pengetahuan telah tersebar meluas di kawasan-kawasan pinggir, sama ada di bahagian selatan atau barat laut Semenanjung Tanah Arab, kerana hubungan antara masyarakat tempatan dengan antarabangsa. Namun begitu, penyebaran ilmu pengetahuan agak terbatas kerana para pedagang lebih berminat dalam ilmu pelayaran berbanding ilmu pengetahuan. Pada zaman Jahiliah, tradisi menuntut ilmu hampir dilupakan. Kegagalan untuk mewarisi ilmu pengetahuan menyebabkan mereka gagal untuk membina semula empangan Ma'arib dan ditambah dengan masalah politik yang semakin runcing.

Tradisi ilmu pengetahuan hampir tiada kerana kebanyakan orang Arab buta huruf. Menurut al-Baladhuri, kaum Quraisy yang dikatakan paling maju, hanya terdapat 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Mereka ini antaranya Umar al-Khattab, Alt bin Abi Talib, Uthman Ibn Affan, Abu 'Ubaidah bin al-Jarrah dan lain-lain. Berbanding dengan jumlah penduduk Semenanjung Tanah Arab, jumlah mereka yang celik huruf ini adalah sangat kecil. Maka secara umumnya, masyarakat ini merupakan masyarakat buta huruf selaras dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Sungguh Allah telah memberi kumia kepada orang-orangyang beriman ketikaA llah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ay'at-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan AlHikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah henar-benar dalam kesesatan yang nyata (Surah Ali 'Imran: Ayat 164).

Dalam masyarakat yang buta huruf ini, perkembangan ilmu hanyalah dalam bentuk lisan (ingatan dan hafalan) dan ini membolehkan ilmu itu luput.


Maka itu, tidak terjumpa inskripsi atau bahan-bahan yang bertulis pada zaman tersebut. Terdapat hanya dua inskripsi Arab tertua yang diternui di pinggir barat laut Semenanjung Tanah Arab, pertama bertarikh tahun 56 Masihi dan kedua bertarikh tahun 328 Masihi. Itu pun jika berdasarkan tarikh-tarikh tersebut, maka kedua-duanya bukan dihasilkan pada zaman Jahiliah. Maka itu adalah sukar untuk menyatakan masyarakat Arab berjaya dalam bidang intelektual, termasuk kegagalan untuk membina semula empangan Ma'anb dan mengekalkan ketamadunan sebelum ini. Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan ilmu pengetahuan sukar untuk berkembang.

Dalam bidang kesusasteraan, sebilangan masyarakat Arab tahu bersyair, bersajak dan berpidato atau berkhutbah. Antaranya Imru al-Qais, Tarafah, Zuhair, Labib, 'Antarah, Amr bin Kulthum dan Harith bin Hilliza. Mereka dikatakan menghasilkan karya-karya bermutu yang disebut al-Mu'allaqatal-Sab' yang pernah digantung di Kaabah dan syair-syair ini diperdengarkan dalam temasya tahunan seperti di pasar-pasar, antaranya Pasar Ukaz. Akan tetapi, karya-karya Jahiliah ini sama adabentukg/?az^/ (sajak cinta), ritha' (sajak ratapan), madh (sajak pu)ian) atau haja' (sajak sindir-cerca) hanyalah bertupan untuk berhibur dan berseronok semata-mata. Dalam sajak-sajak ini, terdapat kata- kata kurang sopan, termasuklah mengenai perempuan, judi dan arak. Kesemua karya ini lahir daripada kreativiti dan bakat semula jadi yang dimiliki oleh seseorang penyair atau penyajak, dan karya yang dihasilkan berbentuk kreatif.

Karya-karya yang berbentuk kreatif biasanya dihasilkan secara bersahaja, menerusi pengalaman dan khayalan penults. Sementara karya berbentuk ilmiah adalah berdasarkan kajian yang mendalam tentang sesuatu perkara sehingga berupaya menghasilkan satu karya yang kritis yang diistilahkan sebagai kritikan sastera (al-Naqd al-Adabi). Namun begitu, kajian serupa ini jarang dilakukan oleh sasterawan-sasterawan zaman Jahiliah. Mereka ini hanyalah menghafaz atau mencipta syair dan sajak yang didasarkan kepada pengalaman pada masa- masa lampau yang terkandung dalam cerita-cerita seharian. Syair dan pidato yang dihasilkan oleh pujangga-pujangga Arab juga dianggap tidak berkualiti dan lemah.

Kekufuran dan kejahilan dalam bidang ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat Arab pada zaman Jahiliah berakhir apabila Allah s.w.t. menurunkan kitab suci al-Quran al-Karim kepada Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan ke atas muka bumi ini sebagai seorang rasul (utusan) untuk menyampaikan ajaran Islam kepada bangsa Arab dan sekalian manusia di atas muka bumi ini, dan seterusnya menjadi pedoman dan petunjuk kepada mereka. Kitab suci al-Quran yang diturunkan, sesungguhnya bukan hanya mengandungi ajaran mengenai bentuk akidah dan akhlak semata-mata, tetapi juga menyentuh mengenai bidang-bidang berkaitan kehidupan duniawi antaranya politik dan pentadbiran, ekonomi, sosial, perundangan, perubatan, sains dan teknologi, dan cabang-cabang pendidikan lain. Kitab suci al-Quran merupakan sumber tamadun Islam yang syumul (lengkap). Dalam al-Quran, ayat pertama yang diturunkan berhubung kait dengan bidang pengajaran dan pembelajaran, termasuk membaca dan menulis, dan bidang akidah dan tauhid, iaitu Surah Al 'Alaq, ayat 1-4, yang bermaksud: Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang mendptakan. Dia yang telah mendptakan manusia daripada segumpaldarah. Bacalah, dan Tuhan mulah yang paling pemurah yang mengajarkan kepada manusia dengan pena,. Dialah yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Daripada ayat tersebut, jelas bahawa bidang akidah dan ilmu pengetahuan amat penting, dan tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan manusia. Pembacaan dan penulisan merupakan faktor untuk membina kemajuan dan tamadun serta mengenali dan mengingati Allah s.w.t. Ayat-ayat yang diturunkan mempunyai sebab-sebab tertentu (ashab al-nuzu!) dan diturunkan sesuai dengan masyarakat Jahiliah yang hidup dalam kekufuran dan kejahilan.

Perkembangan ilmu pengetahuan dan tamadun umat Islam khasnya dan tamadun dunia umumnya, merupakan kesan dan pengaruh pendidikan Islam yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Beberapa sar)ana Barat telah mengakui kemajuan umat Islam, dan antaranya menurut Roger Bacon, The greater part of Aristotle's philosophy failed to have any effect (in the west)... until afrer the time of Mohamet when Advicenna and Averros and the rest brought back A ristotle's philosophy into the light of comprehensive exposition. Manakala menurut Stanwood Cobb, Islam, impinging culturally upon adjacent Christian countries, was the virtual countries, was the virtual creator of the Renaissance in Europe,

Maka itu, sekiranya dibuat perbandingan antara sumbangan tamadun Islam dengan masyarakat Jahiliah dari aspek ilmu pengetahuan ke atas tamadun dunia, ternyata wujud jurang perbezaan yang luas. Masyarakat Arab Jahiliah tidak membenkan sumbangan dan aspek ilmu pengetahuan, sebagaimana menurut Robert L. Gullick, The andent Arabs, during the many centuries preceding the appearance of Muhammad, did not, so far as we know, contribute anything of significance to the body of scientific knowledge to scientific method. Begitulah tanggapan Barat mengenai ilmu pengetahuan, dengan masyarakat Arab Jahiliah dianggap tidak memberikan sumbangan bermakna kepada perkembangan ilmu pengetahuan ketika itu.

3.2 KELAHIRAN MASYARAKAT ISLAM DAN KEISTIMEWAANNYA

3.2.1 Nabi Muhammad s.a.w. dan Khulafa Ar-Rasyidin: Pembentukan Tamadun Islam

Nabi Muhammad s.a.w. diputerakan pada 12 Rabi'l al-Awwal tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi, daripada keturunan Quraisy yang merupakan suku Arab yang paling mulia ketika itu. Baginda merupakan seorang yatim sejak kecil lagi dan setelah ayahanda dan bondanya meninggal dunia, dipelihara


oleh datuk dan bapa saudaranya. Bersesuaian dengan latar belakang kehidupannya, baginda sejak kecil lagi telah hidup secara berdikari, terdidik dengan sifat sabar dan lasak, sesuai dengan perjuangan hidupnya di penngkat dewasa yang penuh dengan perjuangan dan nntangan. Di kalangan masyarakatnya, Nabi Muhammad s.a.w. sangat dihormati sehingga digelarkan sebngai al-Amin (yang jujur).

Setelah meningkat dewasa baginda selalu mengasingkan din (berkhalwat) dari masyarakat yang dikasihinya. Ketika itu, masyarakatnya digelar Jahiliah kerana kerosakan akhlak, di samping kejahilan dari segi kepercayaan dan agama. Semasa pengasingan diri di Gua Hira', berlakulah peristiwa turunnya wahyu pertama dari Allah s.w.t. kepada baginda iaitu Surah Al 'Alaq. Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan (6 Ogos 610 M) dan merupakan tarikh kelahiran tamadun Islam dan tamatnya zaman Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab. Dengan turunnya wahyu pertama, Muhammad s.a.w. dilantik sebagai Nabi dan kemudiannya, apabila turun wahyu yang kedua baginda dilantik sebagai rasul oleh Allah s.w.t., melalui perantaraan malaikatJibril.

Dalam proses perkembangan dakwah Islam di peringkat awal, selama kira-kira tiga tahun Rasulullah s.a.w. menyebarkan syiar Islam secara rahsia (bersembunyi-sembunyi) terutama di kalangan kaum keluarganya dan para sahabat handainya di kota Makkah. Dengan penerimaan wahyu Allah s.w.t. yang memenntahkan baginda berdakwah secara terbuka, maka dakwah disampaikan secara terang-terangan di kalangan kaum kerabatnya, masyarakat Makkah dan kabilah-kabilah Arab yang datang menunaikan Haji di Makkah. Detik dakwah secara terbuka ini yang kemudian menyerlahkan segala nntangan dan halangan terutama dan kaum keluarganya sendiri dalam perjuangan baginda untuk menegakkan syiar Islam di kota Makkah. Dakwah yang disampaikan di kota Makkah lebih bertemakan atau ditumpukan kepada Tauhid iaitu meng- Esakan Allah s.w.t. dan menentang sebarang perbuatan syirik iaitu menyekutukan Allah s.w.t., kepercayaan tahyul dan khurafat. Inilah yang menyebabkan akidah masyarakat ketika itu bersifat Jahiliah. Maka itu tauhid dalam Islam merupakan satu perkara utama, dan asas utama dalam kelahiran dan perkembangan tamadun Islam.

Dakwah yang disampaikan secara terbuka, mendapat perhatian dari orang ramai. Ini membangkitkan penentangan yang hebat daripada kaumnya sendiri, terutama orang Quraisy. Penentangan, penindasan dan halangan dilakukan terhadap orang Islam sama ada melalui tindakan berbentuk tekanan kejiwaan atau berbentuk fizikal. Kemuncak penentangan ini, iaitu setelah 13 tahun berdakwah di kota Makkah, orang Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. telah diperintahkan berhijrah ke kota Yathrib. Peristiwa Hijrah ini berlaku pada tahun 622 Masihi yang disertai beratus-ratus orang Islam dari kota Makkah ke Yathrib. Masyarakat Yathrib terutama bangsa Arab suku Aus dan Khazraj menyambut baik kedatangan orang Islam malahan sesetengah daripada mereka telah pun

menganut agama Islam. Menerusi perjanjian Aqabah I dan Aqabah II yang dimeterai secara rahsia, jaminan diberi kepada orang Islam untuk berhijrah ke Yathrib dan kemudiannya bandar ini dikenali sebagai Madinat al-Nahiy (Bandar Nabi). Selain bangsa Arab Madinah, bandar ini juga dihuni oleh sejumlah besar orang Yahudi. Madinah merupakan bandar pertapakan kegiatan syiar dan syariat Islam yang tunggal di Semenanjung Tanah Arab. Di Madinah, Rasulullah s.a.w. melaksanakan beberapa langkah yang bermatlamat pertamanya, membentuk sebuah masyarakat dan negara Islam dan keduanya, untuk memelihara dan mempertahankan masyarakat dan negara Islam ini. Madinah merupakan negara Islam pertama dan merupakan pusat tamadun Islam, sehingga kemunculannya memberikan saingan kepada negara-negara kota di Semenanjung Tanah Arab terutama kota Makkah dan kuasa-kuasa penjajah, empayar Rom dan Parsi. Kegagalan masyarakat musyrikin Makkah mematuhi Perjanjian Hudaibiyah yang dimeterai dengan negara Islam Madinah telah membuka ruang kepada orang Islam untuk memasuki kota Makkah pada tahun 630 Masihi bersamaan tahun 8 Hijrah. Melalui peristiwa penguasaan terhadap kota Makkah ini, ia merupakan detik yang membawa pengislaman secara beramai-rarnai di Semenanjung Tanah Arab, terutama di kalangan kabilah-kabilah Arab. Dengan penguasaan dan pengislaman ini, kota Makkah muncul sebagai salah satu pusat tamadun Islam yang terpenting selain Madinah; dan seterusnya merupakan pusat kegiatan peribadatan Islam terpenting terutama haji dan umrah.

Akhirnya, sebagaimana insan biasayang mempunyai hayat kehidupan, Nabi Muhammad s.a.w. sebagai insan yang kamil telah wafat pada tahun 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Dengan kewafatan baginda, maka tiada lagilah nabi atau rasul selepasnya dan agama Islam merupakan ad-din, yang lengkap dan serba sempurna bersumberkan kitab suci al-Quran dan al-Hadis, yang merupakan sumber kepada tamadun Islam.

Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w., negara Islam dan masyarakat Islam dipimpin oleh Khalifah, iaitu jawatan bagi menggantikan Rasulullah s.a.w. untuk mentadbir dan memastikan perlaksanaan syiar dan syariat Islam. Dalam sistem khalifah, empat khalifah yang mentadbir negara Islam selepas Rasulullah s.a.w. dikenali sebagai Khulafa' al-Rasyidin (Yang Bijaksana). Khalifah pertama yang dilantik ialah Saidina Abu Bakar al-Siddiq pada tahun 11H (632M) yang memerintah antara tahun 11H-13H (632-634M); khalifah kedua ialah Saidina Umar al-Khattab antara tahun 13H-23H (634-644M); khalifah ketiga ialah Saidina Uthman b. 'Affan antara tahun 23H-35H (644-655M); dan khalifah terakhir, Saidina Alt b. Abi Talib antara tahun 35H-40H (655-661M). Zaman Rhalifah Umar al-Khattab merupakan zaman kegemilangan tamadun Islam kerana pencapaian dan kemajuan penting terutama dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran; dan dasar penyebaran syiar dan syariat Islam di seluruh Semenanjung Tanah Arab selain dapat menyaingi kuasa Rom dan Parsi.


Khalifah Saidina All b. Abi Talib akhirnya digantikan dengan pelantikan Mu'awiyyah b. Abi Sufyan, dan dengan pelantikan ini maka berakhirnya sistem khalifah, Khulafa' al-Rasyidin. Mengapakah berlaku sedemikian? Ini kerana Mu'awiyyah b. Abi Sufyan, telah memperkenalkan dan menghidupkan semula sistem monarki melalui pelantikan anaknya sebagai putera mahkota untuk menggantikan beliau serta membentuk kerajaan Bani Umaiyyah. Walaupun gelaran Khalifah dikekalkan penggunaannya, tetapi sistem monarki merupakan institusi yang dikekalkan antaranya oleh kerajaan-kerajaan terkemudiannya, kerajaan Bani Abbasiyah dan akhirnya tamat dengan kejatuhan empayar Uthmaniyyah pada tahun 1924 yang berpusat di Turki. Ketika itu, di Turki dan negara-negara orang Islam fahaman sekular begitu cepat berkembang terutama di kalangan masyarakat tempatan yang menerima sistem pendidikan Barat. Fahaman sekular ini merupakan salah satu cabaran terhadap keutuhan pendukung tamadun Islam. Ini adalah natijah daripada kolonialisme Barat.

3.2.2 Penyusunan Masyarakat dan Negara Islam Madinah

Rasulullah s.a.w. telah mengambil peluang untuk berdakwah dan menyampaikan Islam secara terbuka kepada mereka yang datang mengerjakan Haji di Makkah. Ini menunjukkan asas-asas kepada pembentukan sebuah masyarakat Islam dan sebuah pusat pertapakan Islam (negara Islam) telah bermula sejak baginda berdakwah di Makkah lagi. Kegagalan untuk menjadikan Ta'if sebagai pusat pertapakan Islam ternyata tidak melemahkan semangat perjuangan baginda. Di antara golongan yang datang mengeqakan Haji ini, sesetengah danpadanya menunjukkan minat dan tertarik dengan dakwah Rasulullah s.a.w. Antaranya orang Arab Madinah dari suku Aus dan suku Khazraj. Melalui hubungan di Makkah lagi, maka termeterai dua perjanjian antara Rasulullah s.a.w. dengan orang Madinah iaitu Perjanjian Aqabah I dan Perjanjian Aqabah II.

Dalam Perjanjian Aqabah I pada tahun 621 Masihi, orang Madinah telah berikrar untuk tidak mensyirikkan Allah, mencuri, berzina, membunuh anak, mengumpat, memfitnah dan menolak perbuatan yang baik. Dalam Perjanjian Aqabah II pada tahun 622 Masihi, Rasulullah s.a.w. sebagai mewakili orang Islam Makkah dan orang Islam Madinah berikrar untuk bersatu sehidup semati. Kedua-dua perjanjian ini begitu penting kepada perjuangan untuk menyebarkan syiar dan syariat Islam. Dengan meneliti isi kandungan perjanjian ini, ternyata ia berunsurkan akidah, syariah, akhlak dan kesatuan Islam. Ternyata, ini merupakan langkah awal serta persiapan untuk menyusun sebuah masyarakat Islam dan negara Islam yang akan dibentuk, dan tumbuhnya pusat tamadun Islam di Semenanjung Tanah Arab ketika itu.

Rasulullah s.a.w. akhirnya berhijrah ke Madinah secara rahsia dan perjalanan yang penuh dengan cabaran dan dugaan, setelah diperintahkan Allah s.w.t. menerusi wahyu yang diturunkan. Di Yathrib (Madinah kemudiannya), Rasulullah s.a.w. telah mula menyusun sebuah masyarakat Islam dan negara


Islam. Di peringkat ini, wahyu-wahyu yang diturunkan lebih menekankan kepada aspek-aspek kenegaraan, hukum dan perundangan, kemasyarakatan, pertahanan dan seumpamanya yang sesuai ketika itu. Dengan itu segala langkah dan tindakan yang dilaksanakan Rasulullah s.a.w. sentiasa tepat, walaupun baginda sebenarnya seorang yang buta huruf sebelum menjadi rasul dan tidak pernah mempelajari mana-mana aspek tersebut. Hakikatnya, penyusunan masyarakat Islam dan pembentukan negara Islam di Madinah sebagai pusat tamadun Islam dibentuk dan dipimpin melalui sumber wahyu, iaitu kitab suci al-Quran.

Di peringkat awal penyusunan masyarakat Islam dan ke arah pembentukan negara Islam, Rasulullah s.a.w. telah memperkenalkan beberapa perubahan dan pembaharuan. Terdapat dua langkah terpentmg dalam memperkenalkan perubahan dan pembaharuan ini iaitu pertama, institusi mas)id dan kedua, mempersaudarakan golongan Muhajirin (penghijrah dari Makkah) dan golongan Ansar (masyarakat tempatan Islam Madinah). Langkah terawal baginda apabila memasuki Yathnb lalah dengan membina Masjid Nabi. Melalui masjid, baginda mengatur strategi dan langkah-langkah ke arah penyusunan masyarakat dan negara Islam. Masjid merupakan institusi terpenting terutama kepada masyarakat dan sebagai pusat ummah Islam, dan tidak sekadar berfungsi sebagai tempat peribadatan yang biasa semata-mata, sebagaimana difahami oleh orang Islam berfahaman sekular masa kini. Rasulullah s.a.w. telah bertindak mempersaudarakan antara golongan Muhajinn dengan golongan Ansar termasuk melalui perkahwinan. Rasulullah s.a.w. sendiri bersaudara dengan All b. Abi Talib; Abu Bakar dengan Kharija b. Zaid; Ja'far b. Abi Talib dengan Mu'az bin Jabal; Umar al-Khattab dengan Itban b. Malik al-Khazraji; dan Hamzah dengan Zaid b. Hanthah. Persaudaraan ini dihukumkan sebagai persaudaraan kandung dan imlah merupakan titik penting di peringkat keluarga kepada pembentukan perpaduan ummah. Perpaduan ummah merupakan asas penting sebagai pendukung kepada kebangkitan dan keutuhan tamadun Islam.

Madinah merupakan pusat tamadun Islam yang dapat dibentuk oleh Rasulullah s.a.w. dan negara Islam pertama. Masyarakat Madinah terbahagi kepada dua iaitu bangsa Arab dan bukan bangsa Arab terutama orang Yahudi, dan di kalangan mereka ini mengamalkan sistem suku dan kabilah; selain dari golongan penghijrah dari Makkah (Muhajirin). Perbezaan suku dan bangsa membawa kepada jurang pemisah perpaduan terutamanya fahaman asabiyah begitu kukuh mencengkam. Namun begitu, dengan penerimaan Islam masyarakat Madinah dapat dipersaudarakan dan disatukan. Konsep takwa iaitu kedudukan seseorang di sisi Allah s.w.t. tidak ditentukan oleh kedudukan atau keturunan dan konsep tauhid sebagai unsur penyatuan ummah iaitu meng- Esakan Allah s.w.t telah menggantikan sistem suku dan kabilah. Perpaduan ummah dan sumber kekuataan dalaman imlah yang membawa kepada kebangkitan tamadun Islam dan menyumbang kepada proses perkembangan peradaban duma berbentuk universal.

3.2.3 Piagam Madinah

Berasaskan kepada sumber wahyu, al-Quran, Rasulullah s.a.w. telah menggubal dan membentuk Piagam Madinah (Sahifah al-Madinah) sebagai asas pembentukan negara Islam pertama, Madinah. Bersesuaian dengan masyarakat Madinah, piagam ini dibahagikan kepada dua bahagian penting iaitu bahagian pertama mengenai umat Islam, terutama golongan Muhajirin dan golongan Ansar; dan bahagian kedua, mengenai orang Islam dan orang Yahudi. Menurut sesetengah pendapat, piagam ini mengandungi 47 Fasal iaitu 23 Fasal dalam bahagian pertama dan 24 Fasal dalam bahagian kedua.

Piagam Madinah sebagai sebuah perlembagaan telah menggariskan peranan dan tanggungjawab pemerintah terhadap yang diperintah; dan tanggungjawab yang diperintah sebagai warganegara kepada pemerintah (negara Islam). Antara mtipati piagam ini lalah bahawa sumber perundangan negara Islam lalah al-Quran dan al-Hadis. Sebagai ketua negara Islam, Rasulullah s.a.w. berperanan sebagai ketua hakim dengan bertindak mentafsirkan, menunjukkan dan melaksanakan syariat Islam. Kesatuan ummah dan negara, memperlihatkan bagaimana orang Yahudi dianggap sebagai 'ummah' bersama dengan masyarakat Islam; dengan digariskan peranan, hak dan tanggungjawab kepada negara iaitu menerima sistem Islam dan tidak menggugat kedaulatan negara. Di sini, perbezaan agama tidak bermakna menolak kewarganegaraan seseorang dan sama ada warganegara beragama Islam atau tidak, tetapi kedua-duanya lengkap- melengkapi dengan mempertahankan kedaulatan negara. Wujudnya kebebasan untuk bergerak dan menetap di Madinah. Setiap warganegara bebas untuk bergiat, memiliki harta, menuntut ilmu dan lain-lain selagi tidak mengancam kepentingan negara dan mereka diberikan kebebasan untuk menetap di mana-mana kawasan. Hak dan tanggungjawab dalam pertahanan negara juga ditegaskan. Ancaman musuh atau negara asing hendaklah ditangani secara bersama oleh warganegara beragama Islam atau tidak. Mereka mesti bantu-membantu dan tidak dibenarkan bersekutu dengan musuh. Kos pertahanan adalah dikongsi bersama. Hubungan kebajikan di antara warganegara dengan setiap anggota masyarakat berasaskan semangat bantu-membantu antara satu sama lain terutama jiran; kerjasama dibentuk untuk kebajikan.

Tanggungjawab menegakkan keadilan sosial merupakan peranan pemerintah dan yang diperintah. Setiap golongan yang melakukan kesalahan akan menerima hukuman dan masyarakat hendaklah memupuk nilai-mlai murni yang balk bagi mencegah berlakunya kemungkaran ini. Manakala setiap orang yang dizalimi berhak untuk mendapat pembelaan dan penzalim boleh dibicarakan dan dihukum tanpa mengira kedudukan dalam struktur sosial masyarakat. Undang-undang untuk keselamatan warganegara dan ummah dilaksanakan seperti


hukuman qisas ke atas pembunuh. Kebebasan beragama menunjukkan warganegara Islam atau bukan Islam berhak untuk mengamalkan ajaran agama, selain tiada gangguan atau paksaan kepada orang lain untuk menganut agama mereka. Terdapat tanggungjawab negara terhadap warganegara bukan Islam, iaitu orang kafir zimmi wajib dilayan oleh pemerintah Islam selagi mereka menunjukkan taat setia kepada negara Islam ini. Semua pihak berkewajipan untuk melaksanakan perdamaian, kerana sebelum ini masyarakat Arab terikat dengan sistem kabilah yang mementingkan semangat asabiyah dan kesukuan; dan sentiasa bermusuhan terutama dengan orang Yahudi. Perdamaian yang dipupuk akan melahirkan sikap toleransi dalam masyarakat dan memelihara keamanan dan kestabilan negara. Sekiranya pihak musuh meminta perdamaian, ia merupakan sesuatu yang tidak boleh ditolak dan hendaklah bersama-sama menyertai perdamaian ini. Berdasarkan kepada intipati Piagam Madinah, negara Islam ketika itu telah memperlihatkan sikap toleransi, mementingkan peranan dan tanggungjawab, dan nilai-nilai murni dalam perpaduan ummah dalam proses perkembangan tamadun Islam.

Dalam konteks umum, piagam ini menunjukkan konsep kesatuan atau persekutuan yang diperkenalkan dan diamalkan di waktu itu. Kesatuan ini meliputipertama, kesatuan perlembagaan atau undang-undang yang dilandaskan kepada sumber asas Islam iaitu al-Quran, dan ditunjukkan melalui al-Hadith (al-Sunnah) dalam bentuk perlaksanaan; kedua, kesatuan kepimpinan iaitu Rasulullah s.a.w. sebagai ketua negara; ketiga, kesatuan negara, iaitu Madinah yang mengandungi masyarakat Islam dan bukan Islam yang dianggap sebagai ummah; keempat, kesatuan dalam sikap dan suara, misalnya terhadap keadilan, perang dan perdamaian; kelima, kesatuan matlamat, iaitu masyarakat yang toleransi dan berharmoni, bersatu dan teguh tanpa mengira anutan agama; dan keenam, hak dan tanggungjawab sama ada pemerintah terhadap yang diperintah atau sebaliknya, yang diperintah terhadap yang memerintah. Berdasarkan konsep kesatuan ini, maka ia menandakan kewujudan sesebuah kerajaan yang berkesan, tersusun dan bertamadun tinggi.

Piagam Madinah merupakan model sebuah perlembagaan negara Islam. la dibincangkan, dibahaskan dan dimuzakarahkan sehingga masa kini, kerana kepentingannya kepada perkembangan negara Islam dan tamadun Islam. Dalam konteks ini, sistem zimmah (golongan bukan Islam) dalam pemerintahan negara Islam lalah memberikan keadilan dan hak sama rata. Mereka menjadi tanggungjawab pemerintah selagi patuh kepada negara, dan akan dikenakan hukuman selaras dengan kesalahan yang dilakukan tanpa pengecualian.

3.2.4 Dasar Utama Pentadbiran Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin

Ketua Negara: Ketua negara merupakan jawatan tertinggi dalam negara Islam Madinah. Di zaman Rasulullah s.a.w., baginda sendiri merupakan ketua negara dan pada zaman Khulafa' al-Rasyidin, jawatan ini disandang dengan gelaran


Khalifah. Peranan dan tanggungjawab hakiki ketua negara ialah untuk melaksanakan tuntutan agama Islam (keagamaan) dan mentadbir berlandaskan syariat Islam (kenegaraan). Dalam konteks ini, Rasulullah s.a.w. dan Khulafa' al-Rasyidin memainkan dua peranan penting iaitu sebagai ketua hal-hal biasa agama Islam dan ketua pentadbiran dalam negara Islam. Sebagai ketua urusan biasa agama Islam, mereka menunjukkan teladan di peringkat paling asas iaitu menjadi imam dalam sembahyang; dan untuk memastikan syariat Islam dilaksanakan tanpa halangan di kalangan rakyat. Manakala sebagai ketua pentadbiran, mereka melaksanakan urusan kenegaraan berlandaskan tuntutan syariat Islam.

Pelantikan khalifah pertama dalam negara Islam, iaitu Khalifah Saidina Abu Bakar al-Siddiq menank perhatian umat Islam terutama melalui ucapan sulungnya apabila memegang jawatan tersebut. Ucapan beliau yang cukup menarik mengenai kepimpinan dalam Islam ialah:

"Aku telah dilantik sebagai pemerintah kamu, dan aku bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sekiranya aku melakukan kebaikan maka bantulah aku. Sekiranya aku melakukan kesalahan, maka betulkan aku. Kebenaran adalah suatu amanah dan pendustaan adalah pengkhianatan. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku memberikan hak kepadanya dengan izin Allah (dengan cara yang diizinkan Allah). Orang yang terkuat antara kamu adalah lemah di sisiku sehingga aku mengambil hak daripadanya dengan izin Allah. Patuhilah aku selagi aku mematuhi Allah dan Rasul-Nya, sekiranya aku menderhakai Allah dan Rasul-Nya, makajangan kamu mematuhiku."

Berdasarkan intipati ucapan beliau, kepimpinan merupakan suatu amanah yang dilaksanakan berlandaskan syariat agama Islam. Pemimpin dan yang dipimpin merupakan bahagian masyarakat yang saling lengkap-melengkapi. Dalam konteks ini, pemimpin berhak untuk diberikan teguran, nasihat dan pandangan, kerana kepimpinan yang berteraskan kepada syariat Islam merupakan pemimpin yang taat kepada perintah Allah s.w.t. dan Rasul-Nya. Maka pemimpin yang mentaati perintah Allah s.w.t. dan Rasul-Nya wajib ditaati dan tidak wajib dipatuhi apabila pemimpin tersebut ingkar terhadap perintah Allah s.w.t. dan Rasul-Nya.

Majlis Syura: Ketua negara memiliki badan penasihat yang berperanan dan bertanggungjawab untuk memberikan pandangan, pendapat, memutuskan sesuatu dasar dan membuat keputusan dalam sesuatu mesyuarat atau muzakarah.


Pada zaman Rasulullah s.a.w. secara tidak rasminya, baginda telah membentuk majlis ini yang dianggotai oleh kalangan para sahabat.

Dasar pemerintahan dan pentadbiran berbentuk permesyuaratan ini seterusnya dilaksanakan pada zaman Khulafa' al-Rasyidin, tetapi lebih berbentuk rasmi apabila ditubuhkan Majlis Syura (Dewan Senat). Khalifah menerima nasihat, pandangan, pendapat atau memutuskan sesuatu dasar berasaskan peranan Majlis Syura ini. Majlis Syura dianggotai oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. terutama yang terdekat, ketua-ketua kabilah dan suku-suku, dan tokoh- tokoh penring daripada pelbagai kota dan bandar. Antara para sahabat Rasulullah s.a.w. yang dilantik menganggotai Majlis Syura pada zaman Khalifah Umar al- Khattab lalah Saidina Alt b. Abi Talib (ketua suku Bani Hashim); Saidina Uthman b. Affan (ketua suku Bani Umayyah); Talhah b. Ubaidillah (ketua suku Bani Tamim); al-Zubair b. Awam (ketua suku Bani Asad); Saad b. Abi Waqqas dan Abd Rahman b. Auf (ketua suku Bani Zahrah).

Kementerian dan Jabatan: Secara rasminya, jawatan wazir (menteri) dan sistem wi-zarah (kementerian) belum wujud dalam kerajaan-kerajaan Islam sebelum zaman Abbasiyah. Namun begitu, dengan merujuk kepada pemerintahan zaman Rasulullah s.a.w., telah dibentuk apa yang dmamakan pembahagian tugas, walaupun belum terdapat kementerian dan jabatan secara rasmi, Rasulullah s.a.w. telah membentuk pembahagian tugas dengan melantik pengurus zakat, jurutulis, penjaga cop mohor dan lain-lain. Di peringkat awal Islam ini, Rasulullah s.a.w. dibantu oleh para sahabat dalam bidang pentadbiran dan antara sahabat yang paling banyak memberi bantuan ialah Saidina Abu Bakar al-Siddiq, sehingga beliau digelar 'menteri nabi', selain gelaran yang diberikan Saidina Umar al-Khattab.

Semasa pemerintahan Khulafa' al-Rasyidin, khalifah mempunyai pembantu-pembantu terutama dan kalangan para sahabat yang terdekat, selain terdapat Majlis Syura. Semasa Saidina Abu Bakar al-Siddiq memerintah negara Islam, Saidina Umar Al-Khattab merupakan 'menteri' kepada kerajaan dan berperanan sebagai pembahagi zakat, dan di samping sebagai hakim. Saidina All Abi Talib (setiausaha-jurutulis) dan Uthman Affan (penasihat mengenai kabilah) merupakan menteri kepada Saidina Umar al-Khattab.

Pembentukan pentadbiran di peringkat Jabatan (Diwan) secara rasminya dilaksanakan oleh Khalifah Saidina Umar al-Khattab. Beliau membentuk Jabatan Cukai (DiwanJibayah) dan Jabatan Ketenteraan. Jabatan Cukai merupakan perbendaharaan negara yang bertanggungjawab terhadap pengurusan harta negara termasuk mencetak wang, menguruskan kemasukan dan pengeluaran wang dan sebagamya. Manakala Jabatan Ketenteraan menguruskan ketenteraan termasuk dari segi pakaian dan pengangkutan; dan membuat bayaran gaji serta elaun kepada tentera dan orang di bawah tanggungan mereka. Dengan perkembangan tamadun Islam, beberapa jabatan penting dibentuk untuk memenuhi keperluan dan perubahan masa.

Pentadbiran Kawasan dan Wilayah: Pada zaman Rasulullah s.a.w., baginda telah rnenjadikan Madinah sebagai pusat pentadbiran seluruh negara Islam dan dibahagikan kepada dua puluh jajahan. Setiap jajahan ini diketuai Naqib (ketua), dibantu beberapa Arif (timbalan ketua) dan memiliki pusat pertemuan atau balai (saqifah). Naqib berperanan dan bertanggungjawab terhadap keamanan dan ketenteraman dalam jajahannya dan beliaulah yang akan menyelesaikan perselisihan di kalangan kumpulannya sebelum dirujuk kepada Rasulullah s.a.w. Dengan perluasan negara Islam, ianya dibahagikan kepada beberapa buah wilayah iaitu Yaman, Umman, Najran, Bahrayn dan Hadralmaut. Di peringkat wilayah, dilantik seorang Gabenor (Wall) sebagai wakil ketua negara dan mengetuai urusan pentadbiran. Sebagaimana tugas Rasulullah s.a.w. di peringkat pusat, gabenor merupakan imam dalam sembahyang, ketua angkatan tentera, ketua eksekutif pentadbiran, dan sebagainya di wilayah pentadbirannya. Sesetengah gabenor dilantik menjadi hakim dan kadang-kadang diberikan kebenaran untuk melantik hakim-hakim di wilayahnya. Dalam urusan kutipan zakat, Rasulullah s.a.w. telah melantik amil-amil untuk membantu gabenor.

Pada zaman pemenntahan Khalifah Saidina Umar al-Khattab, perkembangan kawasan negara Islam telah menyebabkan ia dibahagikan kepada lapan wilayah iaitu Madinah, Makkah, Syria, Jazirah (Mesopotamia), Basrah, Kufah, Mesir dan Palestin. Walaupun kota Makkah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan dan pusat keagamaan Islam tetapi peranan ibu negara sebagai pusat pentadbiran tetap dikekalkan di kota Madinah. Ketua pentadbir wilayah iaitu Gabenor dibantu oleh ketua polls, panglima tentera, ketua cukai (amil), setiausaha negara (katib) dan hakim, yang merupakan jawatan tertinggi di peringkat wilayah.

Institusi Kehakiman: Mengenai institusi kehakiman, pada zaman Rasulullah s.a.w, baginda merupakan hakim tertinggi negara Islam Madinah dan tidak semua perkara yang berlaku perlu diselesaikan oleh baginda. Perselisihan di peringkat suku akan diselesaikan oleh Naqib, ketua suku di Madinah dan kegagalan menyelesaikan pertikaian ini hendaklah dirujuk kepada Rasulullah s.a.w. Manakala perselisihan antara suku akan dirujuk terns kepada baginda. Semuanya ini bersesuaian dengan kedudukannya sebagai nabi dan rasul yang ditugaskan untuk menunjukkan bagaimana perlaksanaan undang-undang Islam.

Manakala di peringkat wilayah, Rasulullah s.a.w. akan melantik salah seorang sahabatnya untuk menggantikan baginda terutama dalam menyelesaikan sesuatu perselisihan. Rasulullah s.a.w. misalnya, melantik Saidina All b. Abi Talib sebagai Hakim di Yaman. Dengan perlantikan ini, Rasulullah s.a.w. telah berpesan menurut sabdanya yang bermaksud: Sekiranya dua orangyang bermusuhan berada di hadapan rnu maka janganlah kamu putuskan sesuatu hukuman melainkan setelah kamu mendengar dan orang yang kedua seperti kamu dengar dari orang pertama,


kerana itu lebih menolong engkau mendapatkan hukuman yang hetul. Mengenai pelantikau seseorang untuk memegang jawatan Hakim, Rasulullah s.a.w. tidak akan melantik seseorang yang menuntut jawatan itu, lebih-lebih lagi sekiranya seseorang itu lemah dan tidak berkemampuan untuk menegakkan kebenaran. Penolakan pelantikan seperti ini pernah berlaku ke atas seorang yang menuntut jawatan ini, Abu Zar. Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar yang bermaksud: Wahai Ahu Zar! Engkau seorang yang lemah. Tugas tersebut adalah suatu amanah. Pada hari Qiamat kelak ia mempakanpenghinaan dan penyesalan kecuali mereka yang menjawatnya dengan benar dan menunaikan tanggungawah yang ada padanya. Pada zaman Rasulullah s.a.w. dan Khalifah Saidina Abu Bakar al-Siddiq, seseorang pesalah akan ditahan di masjid dengan dikawal oleh orang yang mendakwanya atau wakilnya. Tujuan Rasulullah s.a.w. adalah untuk menghalang pesalah daripada bercampur dengan orang lain.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar al-Khattab, beliau telah memisahkan jawatan pentadbiran dengan kehakiman. Langkah sedemikian dilaksanakan kerana beban tugas seseorang gabenor semakin berat berikutan perkembangan atau perluasan daerah-daerah atau wilayah-wilayah yang menerima agama Islam. Beliau melantik beberapa orang hakim di daerah-daerah tertentu antaranya Syuraih (Rufah), Uthman b. Qais b. Al-As (Mesir) dan Abu Musa al-Ashari (Basrah). Saidina Umar al-Khattab sering memberikan arahan dan peringatan kepada hakim-hakim dengan menggariskan kepentingan pengadilan dan keadilan dalam Islam. Beliau juga mengarahkan supaya tidak menangguhkan hukuman sebagai mengikut jejak Rasulullah s.a.w. Namun begitu, hakim mempunyai kuasa autonomi sendiri iaitu bebas untuk membuat dan menjatuhkan keputusan pengadilan tanpa campur tangan dari khalifah, dan mereka begitu dihormati kerana keadilan dan kebijaksanaannya. Beliau juga memperkenalkan tempat tahanan khas atau penjara terhadap pesalah-pesalah.

Dengan berakhirnya pemerintahan Khulafa' al-Rasyidin, seseorang hakim atau kadi tidak lagi bebas sepenuhnya sebaliknya wujud campur tangan menurut kepentingan politik tertentu.

Institusi Masjid: Rasulullah s.a.w. telah membina masjid pertama di Madinah yang dikenali sebagai Masjid Nabi. Masjid Nabi berperanan sebagai ibu pejabat pemerintahan dan pusat pentadbiran negara Islam Madinah, dan tempat berkumpul para sahabat untuk mentadbir negara, Melalui peranan masjid ini, Rasulullah s.a.w. menulis surat dan melantik pendakwah untuk dikirim ke kerajaan-kerajaan asing; menyambut wakil-wakil ketua kabilah dan kerajaan- kerajaan asing; mengeluarkan arahan kepada gabenor dan pegawai-pegawai kerajaan; menerima pengaduan daripada rakyat dan mengadakan perbicaraan; di samping peranan hakikinya sebagai pusat hal-hal biasa keagamaan. Di peringkat wilayah, masjid memainkan peranan serupa sebagaimanadi peringkat pusat. Ini menunjukkan di zaman baginda Rasulullah s.a.w. masjid merupakan institusi penting terhadap perkembangan tamadun Islam.

Pada zaman pemerintahan Khulafa' al-Rasyidin, institusi masjid kekal memainkan peranan penting dalam semua aspek pemerintahan negara Islam di peringkat pusat dan wilayah. Namun begitu, selepas pemerintahan Khulafa' al- Rasyidin, bermula semasa pemerintahan Bani Umaiyyah, institusi masjid telah dipersempitkan peranan dan tanggungjawab kepada hanya sebagai pusat peribadatan agama; dan digantikan melalui peranan istana-istana raja dan pembesarnya.