Wednesday, April 23, 2008

Tokoh-Tokoh Islam Dan Sumbangannya Dalam Pembinaan Tamadun Manusia


6.1 IBN SINA

Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di kalangan masyarakat Barat merupakan ahli falsafah dan doktor perubatan yang berpengaruh dalam kebudayaan Eropah. Hasil karya beliau berjudul al-Qanunfial-Tibb (Peraturan Perubatan) merupakan suatu himpunan perbendaharaan mengenai ilmu perubatan yang mengandungi 14 jilid. Dari segi penggunaan ubat, diagnosis dan pembedahan dalam ilmu perubatan moden banyak diambil danpada Ibn Sina.

Pada kurun ke-12 Masihi, Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo (Sepanyol) telah menterjemahkan hasil karya Ibn Sina ini ke dalam bahasa Latin. Hasil karya Ibn Sina ini menjadi rujukan utama dalam bidang perubatan di universiti-universiti Eropah sehingga kurun ke-17. Karyanya ini telah disalin (dicetak) 16 kali, iaitu 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Menjelang kurun ke-16, hasil karya ini dicetak sebanyak 21 kali. Penulis-penulis Barat menganggap Ibn Sina sebagai "Bapa Doktor" kerana beliau telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen, dan pengalaman daripada ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri. Dalam perkara Tauhid (ketuhanan), Ibn Sina telah terpengaruh dengan falsafah Plato dan Aristotle, sebagaimana dihuraikan oleh Imam al-Ghazali dalam karyanya berjudul Tahafut al-Falasifah (Ketidaksinambungan Dalam Pemikiran Falasauf), Sumbangan umat Islam yang


ketara dalam ilmu perubatan adalah dari segi pengalaman dan kebolehan mereka untuk mengubat.

Dalam konteks ini, Ibn Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatiks (psychosomatic medicine). Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis') untuk mengenal pasti (dalam masa beberapa detik sahaja) ketidakseimbangan yang berkenaan. Diagnosis melalui denyut jantung ini masih dipraktikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika Syarikat (1981) melaporkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sangat berkebolehan dalam penentuan penyakit melalui 'denyutan jantung'. Kaedahnya bukan sahaja mengira berapa denyut jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai merangkumi sama ada kuat atau tidak denyutan, masa antara denyutan, kandungan kelembapan di paras kulit dekat denyutan itu dan sebagainya. Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihadapi di dalam tubuh si pesakit.

Ibn Sina juga menyedari pentingnya emosi dalam pemulihan seseorang pesakit. Apabila seseorang pesakit mengalami sakit jiwa kerana dipisahkan dengan kekasihnya, maka beliau boleh mendapatkan nama dan alamat kekasihnya itu. Menurut beliau, Caranya adalah untuk menyebut banyak nama-nama dan mengulangnya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan nodi (pulse) apahila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir terhenti, seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara sedemikian, nama jalan, rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu, jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya melainkan dengan menemukan si pesakit dengan kekasihnya, menurut peraturan syariah maka buatlah, (terjemahan). Ibn Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (pulmonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh berjangkit (contagious). Beliau memberikan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan kesan atau masalah yang timbul daripadanya. Beliau sangat bermmat dalam bidang berkenaan kesan minda atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.

Sepanjang riwayat hidupnya, Ibn Sina telah menghasilkan 250 buah karya yang kekal sehingga masa kini termasuk 116 buah karyanya dalam bidang ilmu perubatan. Banyak karyanya yang ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa karya dalam bahasa Parsi. Karya beliau iaitu al-Qanunfi al-Tibh merupakan karya terkenal di Eropah dan dicetak berulang kali pada zaman Renaissance. Karya beliau ini mempunyai pengaruh asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan merupakan buku rujukan yang utama di universiti- universiti sehingga kurun ke-17.


6.2 IBN KHALDUN

Nama lengkap Ibn Khaldun ialah Abdurrahman Abu Zaid Waliuddin Bin Khaldun. Beliau dilahirkan di Tunis pada tahun 732H (1331M) dan meninggal dunia pada tahun 808H (1406 M). Keluarganya berasal dari Hadramaut yang kemudiannya berpindah ke Seville (Sepanyol) dan akhirnya ke Tunis tempat beliau dilahirkan. Ibn Khaldun merupakan seorang sarjana Islam yang terkenal dalam bidang sejarah dan sosiologi, selain sebagai tokoh agama dan politik yang terkenal pada kurun ke-8 Hijrah (kurun 14 Masihi).

Ibn Khaldun telah menuntut ilmu-ilmu agama dalam bidang fikah, tafsir, hadis dan ilmu-ilmu berbentuk akii seperti ilmu logik, falsafah dan matematik serta ilmu bahasa Arab daripada beberapa sarjana yang terkenal ketika itu. Beliau kemudiannya mengajar dan memegangjawatan-jawatan penting di Tunis, Algeria, Maghribi dan Mesir. Antaranya beliau pernah dilantik menjadi Ahli Persuratan di Istana Fas, hajib (menyamai taraf PerdanaMenteri) di Bougie, bertugas menjadi seorang kadi dan khatib. Sewaktu di Mesir beliau telah dilantik memegang jawatan Hakim Mahkamah Raja.

Pada tahun 789 H (1387 M), sekembalinya dari menunaikan ibadat haji beliau menumpukan pula perhatian kepada bidang penulisan. Minat beliau terhadap penulisan adalah cetusan daripada pembelajaran dan pengalaman yang kaya dalam disiplin ilmu-ilmu tradisional dan ilmu pengetahuan semasa, terutamanya dalam bidang politik. Gabungan ilmu dengan pengalaman mi menyebabkan beliau peka dengan makna dan pengertian sejarah. Ketika itu umat Islam sedang menempuhi zaman kemerosotan kuasa politik dan peradaban Islam semakin tergugat benkutan ancaman dari kemunculan dunia Barat. Ini membangkitkan semangat beliau untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Islam tentang erti dan maksud tamadun yang sebenar berdasarkan perubahan- perubahan yang berlaku dalam sejarah ketamadunan manusia.

Ketokohan Ibn Khaldun turut diperakui oleh ramai sarjana Barat yang menyifatkannya sebagai tokoh dan ahli fikir yang tidak ada taranya. Arnold Toynbee berpendapat bahawa falsafah sejarah yang dihasilkan oleh Ibn Khaldun merupakan sumbangan yang terbesar pernah dilahirkan oleh manusia di atas muka bumi ini. R. Flint pula berpendapat bahawa Ibn Khaldun merupakan ahli falsafah Islam yang tiada bandingannya. Menurut G. Sarton, Ibn Khaldun merupakan ahli sejarah dan falsafah agung bukan sahaja pada kurun-kurun pertengahan malah sepanjang zaman, bermula dari zaman ahh-ahli sejarah klasik sehinggalah ke zaman Machiavelli, Bodin dan Vico. R. Nicholson berpendapat bahawa tidak ada seorang Muslim yang cuba mengesan secara mendalam akan sebab-sebab peristiwa yang berlaku bagi mendedahkan kuasa-kuasa moral dan spiritual yang mendasari permukaannya, atau untuk mentakdiskan (menyucikan) undang-undang mengenai jatuh bangunnya sesuatu bangsa kecuali Ibn Khaldun. Kebolehan Ibn Khaldun telah melewati usianya, dan rakan-rakan senegara dengannya hanya berasa takjub tetapi tidak mengikuti jejaknya. Manakala


menurut P. K. Hitti, Ibn Khaldun merupakan ahli falsafah Islam, sejarawan Islam yang agung dan seorang daripada sarjana teragung sepanjang zaman.

6.2.1 Ibn Khaldun dan Karya Agungnya Muqadimah

Dalam bidang penulisan, satu-satunya karya teragung beliau dalam bidang persejarahan ialah Muqadimah iaitu pendahuluan kepada karyanya yang kedua al- 'Ibar wa Diwan al-Mubtada' wo al-Khabarfi Ayyam al- 'A rah wa al- 'Ajam wa al- Barbar. Menurut B. Lewis, Muqadimah karya Ibn Khaldun merupakan sebuah ensiklopedia sintesis metodologi sains kebudayaan yang sangat penting dan boleh membantu ahli sejarah untuk menghasilkan kajian-kajian yang tepat dan ilmiah.

Muqadimah telah membincangkan secara terperinci mengenai sejarah dan persejarahan. Ibn Khaldun membahagikan karyanya ini kepada enam bab iaitu bab pertama, mengenai risalah umum tentang masyarakat manusia. Bab kedua, mengenai masyarakat Badwi atau masyarakat yang dianggap primitif. Bab ketiga, mengenai pemerintahan khalifah-khalifah dan raja-raja. Bab keempat, mengenai masyarakat bandar atau masyarakat yang dianggap sudah maju. Bab kelima, mengenai pekerjaan dan kehidupan manusia seharian serta hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi secara umum. Dan bab keenam, mengenai ilmu pengetahuan dan pendidikan. Setiap bab dalam karya ini didahului dengan bahagian pendahuluan dan diikuti oleh tajuk-tajuk kecil yang dipanggil fasal.

Kandungan Muqadimah terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang asasi dan tidak asasi. Bahagian yang asasi ialah mengenai disiplin sejarah atau falsafah sejarah dan disiplin sosiologi atau falsafah sains sosial. Bahagian yang tidak asasi pula merangkumi pelbagai aspek termasuk geografi, kebudayaan, ilmu pengetahuan, perusahaan, peradaban dan lain-lain yang berkaitan dengan politik, agama dan falsafah. Bahagian kedua yang tidak asasi mi hanya merupakan gagasan-gagasan umum, nukilan atau ringkasan daripada berbagai-bagai sumber yang diambil oleh Ibn Khaldun bagi menyuarakan pandangan dan pendapatnya mengenai perkara-perkara yang berkenaan. Akan tetapi yang lebih penting dalam Muqadimah ialah mengenai ilmu sejarah dan sosiologi. Dalam konteks ini, ketokohan dan kesarjanaan Ibn Khaldun hendaklah dilihat dari kedua-dua aspek ini.

6.2.2 Ibn Khaldun Sebagai Ahli Sejarah dan Sosiologi

Berdasarkan latarbelakang dan karyanya Muqadimah ini, ketokohan dan kesarjanaannya dilihat dari aspek ilmu sejarah dan sosiologi. Muqadimah dianggap sebagai suatu sumbangan agung dalam bidang ilmu sejarah atau persejarahan kerana ia merupakan percubaan terawal yang pernah dilakukan oleh ahli sejarah bagi memahami pola perubahan yang berlaku pada organisasi politik dan sosial manusia. Dalam karyanya ini dijelaskan bagaimana sesuatu peristiwa sejarah itu harus dikaji, diteliti dan difahami. Pendekatannya yang rasional, kaedah dan perbahasan yang analitikal serta terperinci menyebabkan karya ini menjadi suatu bahan kajian penting lagi menarik. la telah mengambil pendiriannya sendiri dengan mengetepikan persejarahan tradisional dan sikap konservatif golongan ahli-ahli sejarah tradisi. la berusaha mencari suatu penyelesaian yang baru dan dengan itu mewujudkan suatu falsafah sejarah yang baru.

Kaedah penyelidikan yang digunakan oleh Ibn Khaldun lebih mirip kaedah sosiologi. Beliau menekankan dua aspek penting iaitu pertama, mengenai sifat-sifat semula jadi dan kedua, mengenai sebab-sebab peristiwa sejarah berlaku. Persoalan penting di sini ialah sejauh manakah seorang ahli sejarah itu dapat memahami kedua-dua aspek tersebut? Jika dia hanya mengkaji sesuatu peristiwa yang berlaku tanpa memahami sifat-sifat semula Jadi atau latar belakang bagi sesuatu peristiwa itu maka sejarah yang ditulisnya itu hanya boleh dianggap sebagai sejarah yang umum sahaja. Tetapi jika sebaliknya, dia mengkaji dan memahami secara mendalam akan sifat-sifat semula jadi dan tindak-tanduk masyarakat yang melakukan sesuatu peristiwa tersebut maka sejarah yang ditulisnya boleh dianggap sebagai sejarah khas. Sejarah khas mempunyai dua kualiti iaitu zahir dan batin. Pada zahirnya, sejarah itu tidak lebih daripada benta-benta perang, peristiwa yang telah lalu, maju atau mundurnya sesuatu masyarakat. Tetapi pada batinnya ialah tinjauan dan penyelidikan serta keterangan-keterangan yang nyata mengenai kehidupan manusia dan pengetahuan yang mendalam mengenai sesuatu peristiwa dan sebab-sebabnya.

Menurut Ibn Khaldun, manusia ialah makhluk sosial yang mempunyai roh, akal dan tubuh badan serta masing-masing mempunyai tugas dan keperluannya. Kesemua unsur ini seharusnya bekerjasama untuk memenuhl kebahagian dan kepuasan kehidupan. Menerusi perkembangan roh, akal dan tubuh badan manusia inilah yang akan melahirkan peradaban dan peradaban ini jugalah yang melahirkan sejarah sains. Sejarah mempunyai hubungan sangat rapat dengan latar belakang sesuatu masyarakat, maka itu Ibn Khaldun sangat menekankan aspek dalaman sesuatu peristiwa.

Ahli sejarah Islam sebelum Ibn Khaldun dianggap kurang mengetahui sosiologi masyarakat. Mereka ini hanya menulis berdasarkan maklumat- maklumat yang disalurkan kepada mereka tanpa mengkaji asal usul, sifat semula jadi atau sebab-sebab sesuatu peristiwa itu berlaku. Inilah yang dikatakan penulis- penulis sejarah am, termasuk al-Mas'udi.

6.3 IMAMAL-GHA2ALI

Al-Ghazali dilahirkan di Thos pada tahun 450 Hijrah. Beliau berketurunan Parsi dan hidup di sekitar berlakunya Perang Salib. Beliau sangat terkenal dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan terutamanya dalam falsafah akhlak. Pengertian akhlak bagi al-Ghazali bersesuaian dengan yang ditetapkan oleh


syariat Islam. Maka itu pelbagai nama yang digunakan untuk akhlak antaranya sifat-sifat hati, rahsia-rahsia amal ibadat, agama dan budi pekerti yang baik.

Menurut al-Ghazali, dasar budi pekerti manusia dibahagikan kepada tiga sebab asas iaitu akal, hawa nafsu dan marah. Memperbaiki budi pekerti ialah dengan cara memperseimbangkan ketiga-tiga sifat dasar itu. Untuk membentuk peribadi yang baik, kadangkala terpaksa mengorbankan perkara yang baik pada pandangan manusia, sesuai dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal perkara itu adalah baik untukmu, begitu juga boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal perkara itu tidak baik untukmu (Surah Al-Baqarah: Ayat 216). Ukuran untuk menilai sesuatu itu sama ada baik atau buruk adalah berpandukan syariat sebagai ukuran yang tetap dan tidak berubah-ubah. Ini berbeza daripada apa yang berlaku di dunia Barat kerana yang menjadi ukuran ialah pendapat umum.

Dalam bidang pendidikan kanak-kanak pula, al-Ghazali memberikan peringatan bahawa hendaklah membentuk kanak-kanak ke arah suatu matlamat, bukan membiarkan kanak-kanak memilih sendiri bidang yang disukainya. Walaupun terdapat kecenderungan pendapat daripada ahli-ahli pendidik sekarang bahawa mereka lebih suka membiarkan kanak-kanak memilih sendiri bidang yang hendak diceburinya. Menurut beliau, sekiranya dibiarkan kanak-kanak memilih sendiri bidang yang hendak diceburinya, berkemungkinan berlakunya pemilihan yang tidak tepat dan membawa kepada perkara yang negatif. Dengan sebab itu beliau menekankan bimbingan ke arah pemilihan itu sangat penting lantaran kanak-kanak sangat terhad pemikiran mereka.

6.4 AL-BIRUNI

Nama penuh al-Biruni ialah Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni daripada keluarga Tajik. Beliau dilahirkan pada 3 Zulhijah tahun 362 H (4 September 973M) di negeri Parsi. Bagaimanakah timbulnya gelaran al-Biruni ini? Menurut kitab al-Ansab yang ditulis oleh Sam'ani dan kitab Mu'jam al- Buldan yang ditulis oleh Yaqut al-Hamawi, penduduk Khawarizm memanggil orang asing sebagai Biruni (dalam bahasa Parsi). Maka atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali sebagai al-Biruni kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk Khawarizm. Beberapa sarjana lain pula menyatakan al-Biruni bukan dilahirkan di Khawarizm tetapi di Birun iaitu sebuah bandar di luar Kath. Bandar Khawarizm terletak kira-kira 20 farsakh (60 km) dari Kath yang menjadi ibu kota kerajaan pemerintahan putera-putera Ma'muniyah. Oleh itu ada kemungkinan apabila Khawarizm menjadi ibu kota Ma'muniyah, maka penduduk Kath yang berhijrah ke bandar itu digelar Biruni. Oleh kerana Abu Rayhan orang yang lebih terkenal di kalangan mereka, maka gelaran ini diberikan kepadanya. Beliau turut digelar 'Khawarizmi' kerana nama kawasan itu juga dipanggil Khawarizm.


Al-Biruni banyak mendapat ilmu pengetahuan daripada seorang putera Raja Parsi iaitu Abu Nasr Mansur bin AliJilani, seorang pakar ilmu matematik. keluarga Abu Nasr begitu mengambil berat mengenai al-Biruni. Al-Biruni merupakan sarjana agung pada akhir kurun ke-4 Hijrah (kurun ke-10 Masihi) dan merupakan pakar dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa serta hidup sezarnan dengan sarjana Islam, Ibn Sina. Antara karya beliau yang dianggap teragung ialah Rasa 'il al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik. Serdasarkan latar belakangnya, sebagai seorang yang dahagakan ilmu pengetahuan beliau tidak suka membuang masa. Sepanjang hayat kehidupannya ditumpukan kepada bidang penyelidikan dan penulisan. Dengan itu, beliau dapat menguasai dua buah tamadun besar pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan tamadun Yunani. Beliau mempunyai hubungan erat dengan para sarjana Islam dan Kristian. Salah seorang daripadanya ialah ahli fizik Kristian iaitu Abu Sahl. Beliau juga berhubung rapat dengan para saudagar Kristian Syria yang bertujuan untuk mempelajari nama-nama orang Yunani serta sebutan dan ejaan istilah perubatan yang betul.

Akhirnya, al-Biruni meninggal dunia pada tahun 440 Hijrah (11 September 1048M), ketika pemerintahan Mawdud iaitu selepas beliau hidup pada zaman Dinasti Yamini selama 31 tahun. Meskipun beliau uzur kerana usianya yang lanjut, namun beliau masih sempat menyiapkan sebuah karyanya berjudul Kitahal-Saydanah.

6.4.1 Al-Biruni Sebagai Ahli Astronomi

Bidang kajian, minat dan aktiviti al-Biruni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori abstrak tentang falsafah sehingga kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan astronomi. Bidang pengajiannya yang utama ialah astronomi berdasarkan pengakuannya sendiri iaitu

"Oleh kerana bidang saya ialah bidang astronomi, dan sejak awal wujud di dunia mi lagi saya terkenal kerana ilmu itu dan saya tidak berniat untuk keluar dari disiplin ilmu itu, maka saya mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Mas'ud) yang dikenali sebagai nikmat, dengan menulis kanun (undang-undang) Sina'at al-Tanjim (seni astronomi)."

Al-Biruni mengemukakan contoh tentang kegunaan harian pengetahuan matematik dan astronomi. Contoh ini menunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan pasang surut air laut. Ilmu pengetahuan tentang bmtang-bintang dan kedudukannya sangat penting bagi menentukan arah pengembaraan dan perjalanan. la juga sangat berguna ketika menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan garisan lintang atau bujur sesuatu bandar.


Maka beliau telah menunjukkan bahawa astronomi sangat berguna dan sesuai menurut Islam. Teori-teori astronominya yang penting antaranya ialah teori alam semesta, kosmogeni, teori geosentrik, kalendar dan kronologi, matahari dan sebagainya.

Dalam teori alam semesta, al-Biruni beranggapan bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Pada masa yang sama, beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai kuasa sebenar yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman. Beliau menyatakan bahawa,

"Apabila sesuatu bahagian anggota jisim tegar bergerak secara garis lurus dari bahagian ke satu bahagian yang lain, sebaliknya jasad itu mengelilingi jasad lain dalam gerakan bulatan yang menggambarkan gerakan mengelilingi satu titik tetap seperti pusat bumi ketika jasad lain itu tegar. Walau bagaimanapun, kawasan persekitaran matahari menyebabkan planet bergerak dalam bentuk elips."

Mengenai kosmogeni, walaupun Qanunal-Mas'udi tidak membincangkan asal- usul alam semesta tetapi al-Biruni membincangkannya secara terperinci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau menolak pandangan yang menyatakan bahawa dunia ini kekal. Beliau mengumpul pelbagai arus pertukaran bumi di zamannya dan melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib al-Bustri yang mempunyai muka surat.

Mengenai teori geosentrik, al-Biruni dan cendekiawan sezaman dengannya sering memikirkan tentang kontroversi geosentrik dan heliosentrik. Beliau menyatakan bahawa sebarang teori baru tidak dapat diterima tanpa bukti sains yang kukuh. Selagi sesuatu teori alternatifyang sebenar belum ditemui maka wajarlah seseorang itu mempercayai serta menerima teori dan penerangan yang terdahulu. Al-Biruni menulis mengenai pergerakan matahari dalam sebuah karyanya yang berjudul Kitab al- Tatbiqfi Tahqiq Harakat al-Syams yang berkaitan dengan teori ini.

Mengenai kalendar dan kronologi, al-Biruni telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam yang juga dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub. Beliau telah mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hari serta menulis buku mengenainya yang berjudul Ta'hiral-Mizanwa Ta'bir al-Azman. Karyanya yang berjudul Tanqihal- Tawarikh membincangkan tarikh. Manakala buku TasawwurAmral-Fajr wa al- Shafiq fiJihat al-Gharb wa al-Sharq pula membincangkan terbitnya fajar. Qanun al-Mas'udi merupakan karya terakhirnya yang membincangkan perkara di atas dengan lebih terperinci. la membincangkan siang dan malam, bulan dan tahun, bulan dan matahari, penerangan terperinci mengenai perbezaan takwim, maklumat tambahan mengenai kalendar orang India, mengubah takwim Sakkala kepada takwim Hijrah dan sebagainya.

Mengenai matahari, al-Biruni membuat kajian tentangnya dan perkara- perkara yang berkaitan. Antaranya ialah mengenai sifat fizikal matahari. Al- Biruni cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala memberikan sumbangan asli. Misalnya, beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal waktu matahari. Menurutnya, matahari ialah jasad yang panas bagi letusan solar yang boleh diperhatikan apabila gerhana penuh, samajuga seperti nyalaan yang muncul di sekeliling jasad yang membakar. Al-Biruni mempercayai teori geosentrik dan menganggap matahari bergerak mengelilmgi bumi. Beliau berfikir bahawa gerakan matahari yang perlahan dan cepat menggambarkan sesuatu orbit. Semasa mengkaji panjang tahun solar (tropika), al-Biruni memerhatikan perubahan dan perbezaan pendapat mengenai zaman lepas. Beliau melaporkan terdapat empat rumusan yang berbeza iaitu 365.2426, 365.2421, 365.2398 dan 365.248 hari. Al-Biruni membuat pengiraan bahawa terdapat 365 han, 5 jam dan 46 minit. Kalendar Jalali juga mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni mi tidak jauh perbezaannya dengan kiraan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 47 saat. Ketika menulis Qanun, beliau mengira titik yang tertmggi di antara matahari dengan bumi bergerak satu darjah dalam masa 1/3 tahun dan 0, 0, 7, 44, 54 dalam satu hari. Perkiraan yang telah dibuat oleh al- Biruni mi hampir sama dengan angka moden iaitu 52.2 setlap tahun dan satu darjah dalam masa 72 tahun.

6.4.2 Al-Biruni Sebagai Ahli Sains

Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dinnya dalam bidang astronomi namun beliau juga berkemahiran dalam ilmu matematik. Al-Biruni dapat menguasai geometn, antmetik dan menggunakan algebra dengan mahir. Beliau Juga berminat dalam bidang fizik namun tidak meminati bidang muzik.

Al-Biruni, sebagai seorang sarjana dalam bidang sains telah menghasilkan beberapa aspek mengenainya antaranya trigonometri sfera, aritmetik orang India, cahaya dan bunyi, graviti, ketumpatan, mekanik, berat dan ukuran, geografi, geodesi dan stratografi dan sebagainya.

Al-Biruni menghasilkan sebuah karya berjudul Maqalid 7lm al-Haiahfi Basit al-Kurah sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang balk serta mudah difahami. Ketika ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Salah satu daripadanya diberi judul Jami’al al Tarq al Sa’irah fi Ma’rafah Awtar al Da’irah yang membincangkan kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan. Al-Biruni patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri sebagai bidang yang terpisah dengan astronomi serta mengembangkannya dengan cara yang sistematik. Beliau tidak membataskan dirinya setakat huraian yang ringkas tetapi membandingkannya dengan bahan


dan keterangan lain yang berkaitan, menilai, mengkritik dan memben pengolahan yang balk.

Karangan Qanun. al-Mas'udi yang berkaitan dengan trigonometri mengandungi 10 bab. Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi- sisi daripada pelbagai gambar rajah seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Dalam bab seterusnya membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda.

Di samping trigonometri sfera ini, al-Biruni turut menguasai aritmetik orang India. Beliau telah menghasilkan beberapa buah karya berhubung dengan subjek itu antaranya ialah Rashikat al-Hind Zodiak di India, kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant, kaedah-kaedah orang India (Rusum al- Hind) dalam pengajaran aritmetik, dan Mansuhat al-Darah yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza.

Mengenai cahaya dan bunyi, al-Biruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi. Menurut beliau sinaran membawa haba dari matahari dan ia dapat menembusi air serta udara. Beliau juga mendapati bahawa senjakala bermula atau berakhir apabila matahari berada di bawah kaki langit. Penemuan al-Biruni ini sama dengan penemuan dalam penyelidikan moden.

Mengenai graviti, beliau membenkan sumbangan yang pentmg dalam aspek ini. Beliau menolak pendapat Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa graviti. Beliau menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas muka bumi kerana tidak ada tempat asal bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan sampai ke pusatnya.

Mengenai ketumpatan, al-Biruni dapat menyukat dengan betui ketumpatan bahan-bahan. Al-Biruni menggunakan suatu alat yang berfungsi sebagai dosimeter untuk menyukat ketumpatan. Beliau dapat menyukat air dengan begitu tepat sehinggakan hasil percubaannya itu selaras dengan nilai moden. Beliau turut memberikan sumbangan yang tulen dalam bidang hidrostatik. Beliau menerangkan fenomena tentang banjir, mata air dan prinsip- prinsip yang berkaitan. Al-Biruni menggunakan emas, raksa, zamrud dan kuartza untuk menentukan ketumpatan. Dalam bidang mekanik, beliau telah mengukur ketumpatan relatif beberapa logam dan bahan bukan logam dengan kejituan yang tinggi. Beberapa keputusan dicatatkan seperti berikut:

Bahan

Ukuran dengan emas

Ukuran dengan raksa

Moden

Emas

19.26

19.05

19.26

Raksa

13.74

13.59

13.59

TembagaLoyangBesi

8.928.677.82

8.838.587.74

8.858.407.79

Plumbum

11.40

11.29

11.35





Jadual di atas merupakan penemuan al-Biruni yang kiraannya hampir sama dengan kiraan moden. Sumbangan beliau dalam menyukat ketumpatan sangat bermanfaat kerana beliau berjaya membuat ukuran tepat.

Al-Biruni juga memberikan sumbangan yang banyak dalam bidang mekanik dan beliau mahir dalam bidang pengetahuan tentang peralatan. Beliau telah mencipta dua alat yang istimewa dan salah satu daripadanya ialah pengimbang hidrostatik. Melalui alat ini, beliau dapat mencari ketumpatan 18 bahan. Satu lagi alat ialah sejenis balai cerap yang baru. la dinamakan al- Ustawani yang digunakan untuk mengukur bmtang-bintang, ketinggian menara dan bukit, dan ke dalam telaga atau sungai.

Minatnya yang mendalam dalam matematik menyebabkan al-Biruni mempelajari berat dan ukuran. Ini berkait rapat dengan bidang kajian astronomi dan fizik. Ketumpatan sebenar 18 bahan yang diukur oleh beliau menunjukkan kepakarannya dalam menyediakan berat dan ukuran yang paling tepat. Al-Biruni juga telah memberikan sumbangan yang sangat penting dalam bidang geografi. Antaranya ialah beliau telah membezakan antara kuala dan teluk. Beliau menganggap semua kelompok Eurasia dan Afrika sebagai satu benua yang didapati terletak di Barat dan Timur. Ahli geografi agung ini tahu tentang banjaran gunung di India yang dikenali sebagai Himalaya. Dalam karyanya berjudul India, beliau membincangkan peranan kawasan pergunungan dalam menyumbang hu)an lebat dan melindungi bahagian daerah Kashmir. Pengetahuan al-Biruni mengenai Asia sangat luas dan beliau dapat mempenhalkan dengan terperinci negara Turki, yang berkaitan dengan Sungai Augarer dan kawasan Tasik Baikal. Namun sumbangan utama beliau ialah tentang India dan memberikan maklumat tentang kawasan barat laut India. Al- Biruni telah mengarang beberapa karya geografi, antaranya Tahdidi Nihayatal- Amakin (Penentuan Batas Daerah). Beliau telah menghasilkan kaedah baru untuk mengukur latitud (darjah lintang), longitud (darjah bujur) dan membuat pengukuran sendiri untuk menetapkan antupoda dan kebulatan bumi juga ketinggian dan sifat-sifat geografi bandar-bandar. Beliau telah membuat ukuran bagi mentafsirkan lilitan bumi dan mendapat anggarannya 25,000 batu. Melalui al- Biruni, dapat diketahui saudagar-saudagar Muslim telah sampai ke pulau-pulau Lautan India berhampiran dengan Pulau Jawa pada kurun ke-11.

6.5 AL-KHAWARIZMI Mohammad bin Musa Al-Khawarizmi, dikenali juga dengan panggilan Abu Abdullah, seorang ahli matematik, astronomi dan sejarah. Beliau dilahirkan pada 780 M di daerah Hawarizmi yang sekarang ini dikenali dengan nama Khiwa (satu daerah ke selatan Laut Arab). Beliau telah dilantik oleh Khalifah Al- Ma'mun sebagai penasihat astronomi dan pengawas Khalifah di Baghdad. Pada


tahun 830M Al-Ma'mun telah membina sebuah Marsod (bilik memerhati bintang) berhubungan dengan Khizanatul-hik'mahnya (perbendaharaan hikmah atau perpustakaan).

Selain daripada mengumpul serta menterjemahkan kerja-kerja Sarjana Greek, beliau sendiri telah menulis beberapa buah buku. Ada di antaranya yang telah diterjemahkan kepada bahasa Latin, contohnya Hisah al-Jabr isa. al-Muqabalah buku yang memperkenalkan al-jabar dan menjadi buku teks matematik yang utama di universiti-universiti Eropah semenjak diterjemahkan pada abad ke-12 M hingga abadke-16M.

Al-Khawarizmi juga bertanggungjawab memperkenalkan sistem angka kita sekarang ini kepada kebudayaan Barat. Dengan sistem angka yang salah satu daripadanya adalah sifar (angka kosong) telah membuka jalan bagi kefahaman kepada konsep nombor positif dan negatif, memudahkan wakilan bagi nombor-nombor besar serta memudahkan perhitungan dilakukan ke atas nombor-nombor tersebut. Hanya apabila sistem ini telah digunakan di Barat barulah mereka dapat mengembangkan ilmu matematik dengan pesatnya.

Hasil kerja Al-Khawarizmi juga terdapat di dalam bidang astronomi, trigonometri, geometri dan kaedah berangka. Oleh sebab sumbangannya yang begitu besar kepada matematik dan selalu disebut oleh penulis-penulis Barat, sehingga namanya ditulis dengan beberapa variasi ejaan, contohnya al-Karismi, al-Chowarizmi, al-Goritmi, al-Chwarizmi dan sebagainya. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 850 M.

6.5.1 Sumbangan Al-Khawarizmi

Nombor: Setlap tamadun yang terdahulu mempunyai sistem nombor atau angka masing-masing. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa satu sistem nombor yang baik adalah suatu perkara yang penting bagi perkembangan sesuatu tamadun.

Setiap Muslim itu perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan satu, dua, banyak dan sangat banyak, sekurang-kurangnya dalam bahasa masing- masing kerana dengan adanya konsep bilangan inilah, seseorang itu mampu memahami apa yang diserukan oleh setiap Rasul yang diutuskan ke dunia ini, iaitu supaya manusia ini mengesakan Allah s.w.t. dan jangan menduakan-Nya dengan yang lain.

Untuk menyempurnakan amalan-amalan agama, manusia Muslim itu perlu tahu tentang bilangan waktu sembahyang dan rakaatnya. Begitu juga dengan amalan puasa (hari), zakat (berat / jumlah harta) dan haji, yang seseorang itu perlu tahu membilangnya. Bukan sahaja nombor paling diperlukan bahkan juga nombor pecahan, supaya pembahagian zakat dapat dikeluarkan dengan lebih tepat.

Sistem angka yang dipakai sekarang ini adalah lebih layak dipanggil sistem angka Islam dan bukan sistem angka Hindu, apatah lagi sistem angka


Inggeris kerana yang memperkenalkan sistem ini ialah orang-orang Islam. Kenyataan ini tidak boleh diragui lagi kerana didapti buku pertama di Arab yang menggunakan angka Islam ini ditulis pada tahun 873 M. Sedangkan buku pertama di India yang menggunakan sistem angka ini diterbitkan dua tahun kemudiannya.

Sebelum angka Islam ini digunakan, operasi-operasi aritmetik ke atas nombor-nombor adalah begitu terhad sekali. Dengan sistem angka Islam ini bukan sahaja operasi tambah, tolak, darab dan bahagi dapat dilaksanakan dengan mudah, bahkan dalam berpuluh-puluh operasi yang lain contohnya kuasa, log, kosinus dan sebagainya. Sebelum diperkenalkan sistem angka Islam ini, perkembangan ilmu sains dan teknologi agak lembab sedikit, tetapi apabila orang Barat mula menerimanya perubahan yang pesat berlaku dalam bidang tersebut.

Penulis-penulis sejarah matematik termasuk penults Barat mengakui bahawa tanpa sistem angka Islam ini, kebanyakan daripada kesenian yang ada sekarang tidak mungkin diimpikan, malah matematik sendiri mungkin masih di dalam buaiannya. Dengan sistem ini manusia telah dilengkapi dengan kuasa yang menakjubkan seperti meramal gerhana, menentukan planet-planet atau komet-komet yang baru, menghantar roket menjelajah ruang angkas berjuta batu jauhnya, menganggar umur duma dan sebagainya,

Orang yang memperkenalkan sistem ini ialah sarjana matematik Muslim yang teragung "Al-Khawanzmi". Dialah yang telah menerangkan penggunaan sistem angka ini dalam salah sebuah bukunya (hanya naskhah Latin sahaja yang dijumpai—De Numero Indorum—iaitu berkaitan aritmetik), setelah mengkaji sistem angka Hindu yang telah menank perhatiannya sebelum itu. Beliau juga telah menerangkan angka sifar di dalam bukunya itu.

Aljabar: Kemajuan aritmetik membawa kemajuan kepada aljabar, iaitu satu bidang matematik yang menggunakan tanda-tanda dan huruf-hurf untuk mewakili nombor, nilai atau pembolehubah atau nngkasnya ilmu persamaan. Bagi masyarakat umum, aljabar membicarakan kaedah memanipulasikan simbol- simbol dengan hukum-hukum atau petua-petua tertentu, iaitu suatu penjurusan kepada aritmetik.

Pada abad ke-9 M, Al-Rhawarizmi telah menulis tentang aljabar bertajuk Al-fahar wa al-Muqabalah, Di sini "al-Jabar" bermaksud mengubahkan satu kuantiti dari sebelah persamaan ke sebelah yang satu lagi, dan "al-Muqabalah" bermaksud memudahkan atau menngkaskan ungkapan yang terhasil (dengan menghapuskan sebutan yang sama di kedua-dua belah persamaan).

Al-Khawanzmi orang yang pertama sekali mengajar aljabar dalam bentuk yang mudah dan menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam di dalam kehidupan harian, seperti masalah perwarisan, pembahagian hana dan perniagaan. Walaupun kebanyakan masalah tersebut mudah diselesaikan mengikut ketetapan al-Quran dan al-Hadis, kerapkali juga masalah-masalah yang timbul memerlukan perhatian yang lebih teliti.

Ketika bertugas mengawasi astronomi di Baghdad dan Istanbul, Al- Khawarizmi telah menulis sebuah lagi bukunya al-Kitabal-Mukhtasarfi Hisahal- Jabr wa al-Muqabalah yang bertujuan khusus untuk mencari penyelesaian kepada masalah praktikal di dalam kehidupan orang-orang Islam ketika itu.

Peranan Al-Khawarizmi sebagai ahli matematik agung yang memperkenalkan aljabar kepada tamadun dunia, jelas kelihatan daripada perkataan yang digunakan dalam bidang ini seperti algebra daripada namanya iaitu Al-Kawarizmi, roots (punca) daripada perkataan Latin radix yang diterjemahkan oleh Al-Khawarizmi. Dalam hal ini beliau telah dikenali sebagai bapa aljabar.

Geometri: Geometri merupaka satu bidang matematik tentang ciri dan hubungan antara titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal di dalam ruang. Ilmu ini adalah berkenaan dengan masalah magnitud dan ciri-ciri ruang.

Al-Khawarizmi juga telah memberi satu teorem tentang segi tiga sudut tegak sama kaki serta menghitung luas segi tiga, segi empat selari dan bulatan. Di dalam satu bab daripada buku aljabarnya tentang sukatan, Al-Khawarizmi menumpukan perhatiannya khusus kepada geometri sahaja. Bab itu bertajuk "Bab al-Misaha" (bab sukatan luas). Kerjanya dalam geometri tidak mempunyai pengaruh Euklid (sarjana geometri Greek yang terkenal) kerana tidak kedapatan unsur Euklid dm segi kandungan atau istilah-istilah yang digunakan.

Tigonometri (dan Astronomi): Trigonometri merupakan satu bidang matematik mengenai segi tiga, sukatan sisi dan sudutnya. Ilmu yang berkaitan dengan aljabar ini pada asalnya (ketika tamadun Greek) hanya dilihat sebagai perkembangan daripada geometri. Perkembangan trigonometri berikutnya (pada abad ke-12 M) didorong oleh keperluan penyelesaian berangka berhubung dengan astronomi yang dipelopori oleh sarjana-sarjana Muslim. Maka bolehlah dikatakan bahawa trigonometri adalah sebagai suatu ilmu yang memenuhi keperluan praktikal bagi kedua-dua bidang astronomi dan geometri.

Dengan itu, bukan sahaja trigonometri bergantung kepada aljabar bahkan juga dengan alat-alat pelayaran seperti Kuadran (alat untuk menyukat sudut dan altitud) dan Astrolab (satu alat untuk menentukan altitud bintang, matahari dan planet). Astrolab juga boleh digunakan untuk mengukur waktu, ketinggian gunung serta dalamnya perigi.

Al-Khawarizmi merupakan salah seorang yang pertama menghitung jadual astronomi dan sifar trigonometri, yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Inggeris oleh Adelard. Antara kandungan kerja Al-Khawarizmi di dalam bidang trigonometri ialah 100 sifir sinus dan kotangen. Al-Biruni salah seorang


sarjana matematik pada abad ke-11 M telah menulis sebuah buku berkenaan dengan jadual astronomi yang dihasilkan oleh sarjana Muslim Al-Khawanzmi.

Walaupun trigonometri dan astronomi mula berkembang pesat pada penghujung abad ke-9M dengan Al-Battani memainkan peranan terpenting, sumbangan Al-Khawarizmi sebagai seorang yangterawal mengkaji dan menulis dalam bidang ini tidak boleh diperkecilkan, lebih-lebih lagi apabila karyanya diterjemahkan dan diperkatakan oleh ahli-ahli matematik kemudiannya.

Kaedah Berangka: Dalam matematik, penyelesaian kepada masalah-masalah boleh dilakukan secara kualitatif atau kuantitatif. Cara kualitatif baru menampakkan kesannya pada abad ke-10 M ini dengan kejayaan yang besar dalam sesetengah bidang matematik.

Cara kualitatif terbahagi kepada dua. Satu melibatkan analisis umum yang memberi penyelesaian tepat tetapi tidak menggunakan angka. Satu lagi ialah yang disebut sebagai kaedah berangka yang boleh menghasilkan penyelesaian dalam bentuk angka walaupun mungkin tidak tepat tetapi untuk praktikalnya mencukupi kerana penyelesaian itu memenuhi kejituan yang ditetapkan.

Dengan kemajuan teknologi komputer sekarang ini, bidang kaedah berangka ini telah mencapai kemajuan yang mengagumkan. Ini tidaklah menghairankan kalau dilihat kepada peranan yang dimainkan oleh komputer sebagai pembantu, malah boleh dikatakan sebagai pendorong para penyelidik dalam bidang ini.

Kesan daripada kemajuan dalam kaedah berangka ini adalah menyeluruh dalam kehidupan masyarakat sama ada disedari ataupun tidak. Keadaan ini jelas apabila kaedah-kaedah ini digunakan dalam pelbagai ilmu, antaranya dalam bidang fizik, statistik, kejuruteraan, ekonomi, pengurusan dan lain-lain lagi.

Sebagai sarjana terawal dalam bidang ini dan pemikirannya yang begitu jauh ke hadapan, memang sudah sewajarnya Al-Khawarizmi digelar "Bapa Kaedah Berangka". Ini secara tidak langsung diakui apabila namanya tertera pada setiap penulisan tentang kaedah atau analisis berangka dalam bahasa Inggens, atau nama "algorithm" yang bermaksud suatu susunan langkah-langkah aturcara bagi menyelesaikan sesuatu masalah secara berangka.

Malangnya asal-usul istilah ini tidak diketahui oleh kebanyakan ahli matematik sendin. Ini Jelas kehhatan apabila istilah tersebut diterjemahkan sebagai "algontma" dalam bahasa Malaysia yang tidak langsung menggambarkan pengaruh Arab atau perkataan asalnya sendiri "Al-Khawarizmi".

1 comment:

Nur Athirah said...

assalamualaikum . saya ade sedikit persoalan . hrap dapat membantu .
siapakah tokoh-2 islam yang menyumbang ke arah pembangunan ?
terima kasih ..