Wednesday, April 23, 2008

Masyarakat India -


15.1 MASYARAKAT DAN BUDAYA

Pada amnya, masyarakat India boleh dibahagikan kepada dua golongan besar berdasarkan kepada keluarga bahasa, iaitu pertama, orang Indo Arya dan kedua, orang Dravidia. Dari segi demografi, orang Indo Arya menetap di kawasan utara India manakala orang Dravidia menetap di kawasan selatan India.

Orang Indo Arya dan orang Dravidia memiliki tradisi kebudayaan masing- masing. Pertembungan antara kedua-dua golongan budaya yang berbeza sejak beberapa kurun sebelum masihi lagi telah melahirkan suatu budaya yang dikongsi bersama, dan budaya serta tamadun itulah dianggap sebagai tamadun India.


15.2 SISTEM KELUARGA

Keluarga merupakan unit asas dan terkecil dalam struktur masyarakat India. Tujuan mendirikan keluarga adalah untuk mendapatkan teman sokongan dari segi fizikal dan rohani serta untuk mendapatkan atau melahirkan anak sebagai penyambung zuriat (keturunan).

Dalam masyarakat India, sistem keluarga yang biasa diamalkan ialah keluarga bersama (joint-family). Keluarga bersama dibentuk oleh keanggotaan semua anggota lelaki yang seketurunan, isteri-isteri serta anak-anak mercka yang masih belum berkahwin. Anak perempuan yang sudah berkahwin akan menjadi anggota keluarga suaminya dan bilangan anggota keluarga bersama adalah tidak terhad.

Sistem keluarga ini disokong oleh semangat kepentingan bersama dan harta benda keluarga merupakan milik bersama. Perpaduan keluarga dipelihara dengan nilai kasih sayang yang murni dan kepentingan setiap anggota keluarga dijaga. Ini termasuklah anggota keluarga yang tidak berkeupayaan untuk bekerja kerana usia tua, menghidap penyakit, kecacatan anggota dan sebagainya. Dengan ini nilai keprihatinan dapat disemaikan dalam sesuatu keluarga bersama.

Secara amnya, sesuatu perkahwinan diatur oleh ibu bapa, juga jodoh bagi anggota keluarga dipilih oleh mereka. Namun begitu, masih terdapat perkahwinan berdasarkan percintaan yang direstui oleh keluarga. Dalam perkahwinan ini, khidmat nasihat daripada orang tua dapat dimanfaatkan terutama sekiranya berlaku perselisihan faham antara ahli keluarga.

Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diturunkan kepada generasi muda kerana hubungan datuk nenek dengan cucu mereka adalah erat. Sistem keluarga bersama juga turut mengalami kemerosotan kerana tidak dapat bertahan dengan cabaran-cabaran permodenan. Kewujudan sistem undang- undang moden, institusi-institusi moden, pendidikan barat, sistem pemerintahan baru dan sebagainya menonjolkan konsep individu dan sekali gus membawa kemerosotan kepada sistem keluarga bersama.

Sistem keluarga dipelihara oleh dua aspek hidup iaitu pertama, ashrama dharma yang menjelaskan tentang empat tahap yang harus dilalui oleh setiap manusia dan kedua, purusartha iaitu tentang empat objektif mulia hidup yang utama.

15.2.1 Ashrama Dharma

Tahap pertama, Brahmacharya iaitu seseorang dikatakan masuk ke tahap ini secara formal pada usia 12 tahun dan berterusan sehingga usia 24 tahun; dan ini merupakan zaman bujang. Dua belas tahun pertama menandakan tahap pembelajaran yang biasa (informal) dan dua belas tahun kedua menandakan tahap pembelajaran yang serius (formal).


Tahap kedua, Grihasta iaitu apabila tamatnya tahap pembelajaran, seseorang itu akan memulakan kehidupan berumah tangga. Dalam konteks perkahwinan ini, tamadun India mengesyorkan usia 21 hingga 30 tahun sebagai usia perkahwinan bagi kaum leVaki manakala usia 18 hingga 25 ta\iun sebagai usia perkahwinan kaum wanita. Seseorang itu diharapkan dapat menghasilkan ataupun mencari kekayaan yang secukupnya sebelum mendirikan rumah tangga. Mereka yang berumahtangga berhak untuk menikmati nikmat perkelaminan dan ia dilarang sama sekali untuk mencari keseronokan di luar rumah. Memelihara keharmonian keluarga merupakan tanggungjawab utama dalam tahap ini. Orang berumahtangga dianggap sebagai teras masyarakat, kerana golongan inilah yang akan bertanggungjawab melindungi serta menyara golongan manusia yang lain seperti hrahmachariya, vanaprastha golongan wargatua) dan sonny asa (golongan alim) yang tersebut dalam sistem ashrama dharma.

Tahap ketiga, Vanapmstya iaitu golongan berumah tangga yang berusia antara 48 hingga 72 tahun. Pada tahap ini, seseorang itu telah mencapai kearifan dan berkeupayaan untuk menasihati orang lain. Dalam lingkungan usia sebegini, seseorang itu hendaklah menyelesaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan menggiatkan usaha-usaha untuk mendalami ajaran-ajaran agama serta menolak perkara-perkara duniawi.

Tahap keempat, Sannyasa iaitu seseorang akan memasuki tahap ini apabila berusia kira-kira 72 tahun. Pada tahap ini seseorang hendaklah sama sekali dapat mengatasi nafsu dan keinginan terutama perkara-perkara duniawi.

Golongan warga tua yang penuh dengan ilmu ini dan golongan alim disyaratkan menjalankan kerja-kerja amal terutamanya dalam usaha untuk menyebarkan ajaran-ajaran agama. Bagi mencapai tujuan tersebut, golongan ini selalu mengembara dari suatu tempat ke tempat yang lain.

15.2.2 Purusartha

Purusartha bermaksud empat objektif mulia yang harus diamalkan oleh umat manusia. Objektif pertama mulia, Aram/dharma iaitu diperoleh melalui pendidikan yang bersifat kerohanian. Aram hendak ditanam pada hati seseorang sejak tahap brahmacharya. Dharma merupakan suatu peraturan moral dan etika yang bersifat kerohanian, contohnya melanggar etika kerja dianggap sebagai pelanggaran atau ingkar. Menyedari serta memiliki sifat-sifat dharma merupakan objektif pertama kehidupan ini.

Objektif kedua mulia, Porul/artha iaitu kekayaan. Seseorang yang sudah memperolehi ilmu atau kemahiran yang mencukupi hendaklah mencari pekerjaan dan mengumpulkan harta. Namun begitu, objektif pertama mulia iaitu aram yang sudah ada pada diri hendaklah menjadi asas dalam pengumpulan kekayaan dan hendaklah diperolehi melalui cara yang halal.

Objektif ketiga mulia, Inbam/kama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara halal berhak untuk menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan lunas-lunas dharma. Isteri, anak, saudara mara, wargatua, orang alim dan sebagainya hendak dipelihara dengan kekayaan yang dimiliki. Perbelanjaan yang melebihi pendapatan pula dianggap sebagai perbuatan yang melanggar dharma. Sebahagian daripada kekayaan yang dikumpul hendaklah digunakan untuk menjalankan atau pun menyokong kerja-kerja amal.

Objektif keempat mulia, Vidu/moksha bermaksud pencapaian kebebasan kerohanian, iaitu mencapai kesempurnaan kesedaran kerohanian dan terlepas daripada lingkaran kelahiran serta kematian. Kegembiraan kerohanian dianggap sesuatu yang berkekalan lagi maha besar. Ini dapat dicapai pada tahap sannyasa mahupun sebelum itu.

Sekiranya seseorang itu melaksanakan tanggungjawabnya menurut ashrama dharma serta mengecapi aram/dharma, porul/artha dan inban/kama maka moksha/vidu akan dapat dicapai. Pelaksanaan tanggungjawab tanpa mementingkan diri akan membawa kepada moksha. Sembahyang, khidmat bakti serta keimanan yang kuat akan turut membawa moksha. Pertapakan yang diseitai dengan ilmu yang suci iaitu ilmu kerohanian juga dapat membawa moksha. Moksha merupakan pencapaian yang amat dicita-citakan oleh orang beragama Hindu.

Sebagai kesimpulannya, ashrama dharma dan pumshrtha menjadi teras keluarga dalam masyarakat India.

15.3 KEDUDUKAN KAUM WANITA.

15.3.1 Dalam Masyarakat Indo-Arya

Pada zaman Veda Awal (1500SM-1000SM), kaum wanita dihormati dan diberikan kebebasan serta kesaksamaan seperti kaum lelaki. Terdapat bukti- bukti yang menunjukkan kaum wanita menjadi orang pertapa dan mereka dapat membawa mazmur-mazmur suci serta kitab-kitab suci. Mereka juga diberikan peluang untuk mendapat pendidikan yang sama.

Namun begitu, pada Zaman Veda Kemudian (1000SM-500SM) dan selepasnya didapati kedudukan kaum wanita merosot dan banyak sekatan dikenakan ke atas mereka. Peranan dan tanggungjawab mereka dihadkan dalam lingkungan urusan rumah tangga semata-mata. Malah mereka tidak lagi dibenarkan untuk membaca kitab-kitab suci ataupun menjalankan upacara- upacara keagamaan. Dari segi pendidikan, dirasakan pendidikan asas memadai untuk kaum wanita dan ini kemudiannya seolah-olah menjadi undang-undang tidak bertulis.

Selepas kehadiran dan pengukuhan kuasa British di India, pergerakan- pergerakan reformasi Hinduisme telah membawa mengenai masalah kedudukan wanita kepada pihak British supaya ianya dapat dihalang atau diketepikan dengan meluluskan undang-undang. Dengan kerjasama pergerakan-pergerakan


reformasi seperti Brahmo Samaj, Prarthana Samaj dan sebagainya, kedudukan kaum wanita dapat dipulihkan pada kurun ke-19 dan kurun ke-20.

15.3.2 Dalam Masyarakat Dravida

Pada Zaman Sangam (kurun ke-3SM- kurun ke-3 TM), kaum wanita telah diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat India Selatan. Sifat keibuan yang ada pada mereka dihormati, disanjung dan dianggap sebagai suatu nilai yang mulia. Anak perempuan yang kecil dipanggil sebagai 'amma' bererti emak kerana anak perempuan itu bakal menjadi ibu apabila berkahwin. Dalam konteks ini, peranan kaum ibu amat penting dan mereka mempunyai segala kebebasan termasuk untuk mendapatkan pendidikan yang setinggi mungkin. Antara pujangga-pujangga Tamil yang terkemuka pada zaman Sangam termasuklah beberapa pujangga wanita. Pujangga-pujangga wanita ini didapati berupaya membuktikan kebolehan mereka dengan mencipta puisi-puisi yang dianggap setanding malah adakalanya lebih baik berbanding dengan kaum lelaki. Di samping itu, terdapat juga kaum wanita yang pernah menjadi pertapa-pertapa yang disegani lagi dihormati dalam masyarakat tersebut.

Akhirnya, kedudukan kaum wanita mulai mengalami kemerosotan selepas Zaman Sangam. Masalah kemerosotan ini dapat diatasi atau dipulihkan semula selepas kedatangan dan pertapakan kuasa penjajah khasnya kuasa British di India. Di India Selatan juga pergerakan-pergerakan reformasi menjadi asas kepada pihak British untuk meluluskan undang-undang bagi melindungi serta menegakkan hak kaum wanita.

15.4 SISTEMKASTA

Sistem kasta merupakan satu institusi sosial yang unik bagi masyarakat India dan ia juga dikenali sebagai sistem jati. Selalunya sistem jati dianggap sebagai salah satu aspek dalam ajaran agama Hindu tetapi tafsiran seperti ini adalah salah dan usaha untuk menghubungkaitkan konsep karma dengan sistem jati merupakan interpretasi yang salah.

Konsep karma merupakan salah satu ajaran agama Hindu yang menyatakan bahawa segala perbuatan (fizikal), fikiran (minda) dan percakapan (kata-kata) tetap membawa kepada tindak balas (pembalasan). Bermakna, yang baik membawa kepada tindak balas yang baik dan begitu sebaliknya.

Konsep seumpama ini mudah disalah tafsir demi untuk kepentingan golongan-golongan tertentu. Golongan kasta atasan seperti Brahmin menyatakan bahawa orang yang banyak dosanya dilahirkan dalam jati/kasta. bawahan dan sebaliknya. Peristiwa-peristiwa yang dapat menyokong pandangan mi diselitkan dalam beberapa karya yang bersifat agama kemudiannya.


15.4.1 Sistem Varna

Terdapat perbezaan yang nyata antara sistem vama dengan sistem jati dan kedua- duanya, tidak boleh dicampuradukkan. Sistem varna merupakan pembahagian kelas sosial yang tetap hierarkinya dan tidak boleh diubah iaitu sistem ini mengehadkan mobiliti sosial. Kelas sosial dibahagikan kepada lima kategori iaitu pertama, Brahmin iaitu golongan guru-guru agama, pedanda, pengendali upacara di kuil, golongan terpelajar dan lain-lain; kedua, Kshatriya iaitu kelas pemerintah dan pasukan keselamatan negara; ketiga, Vaishya iaitu kelas perekonomian; keempat, Shudra yang berkhidmat kepada tiga-tiga golongan di atas; dan kelima, Panchama/Chandala iaitu golongan murtad dan dibuang varna.

Sistem varna yang tersebut di atas hanya diamalkan di India Utara dengan begitu berkesan serta sistem ini dipelihara oleh pemerintah. Amalan sistem ini didapati sudah wujud sekurang-kurangnya sejak Zaman Veda Awal (1500SM- 1000SM). Kehadiran kumpulan orang Arya ke benua kecil India, terutamanya di India Utara telah mencetuskan pertembungan dan pertentangan dengan kebudayaan tempatan. Orang tempatan merupakan masyarakat tani, berkulit gelap, berambut kerinting, tidak mengenah ajaran-ajaran Veda dan bahasa serta budaya orang Arya. Orang Arya merupakan masyarakat yang sentiasa berperang yang tidak mengenali sistem pertanian setempat, berkulit cerah dan hidup secara berpindah-randah. Apabila mereka sampai ke kawasan barat laut India dan membuka petempatan, budaya kebendaan mereka masih tidak maju. Interaksi, pertembungan dan pertentangan budaya ini telah menjadi asas bagi permusuhan antara penduduk tempatan dan kumpulan pendatang, orang Arya. Namun begitu, sifat orang Arya membolehkan mereka dapat mengatasi orang tempatan dan mereka beranggapan kaum mereka lebih bermartabat berbanding orang tempatan. Maka itu orang tempatan dipanggil sebagai dasha ataupun dasyu bererti hamba abdi.

Pada awalnya kegiatan pertanian turut dianggap sebagai sektor pekerjaan yang tidak bermartabat kerana ianya diceburi oleh orang tempatan. Di samping itu, kejahilan orang Arya mengenai bidang pertanian menyebabkan mereka memandang hina kegiatan ini. Tetapi selepas beberapa lama kemudian orang Arya mula menyedari akan kepentingan bidang pertanian dan mulai menunjukkan rasa hormat terhadap bidang tersebut kerana mereka sudah mula mempelajari cara-cara pertanian daripada orang tempatan.

Pertentangan budaya yang berlaku menyebabkan orang tempatan tidak dimasukkan dalam sistem varna di peringkat awal. Orang Arya telah meletakkan dan menyusun kedudukan mereka dalam tiga varna. Ini termasuklah varna. Brahmin, Kshatriya dan Vaisya yang dikenali sebagai Trivama dan kemudiannya, orang tempatan dimasukkan ke dalam sistem vama dengan diletakkan sebagai varna keempat, Shudra. Dengan ini, konsep Caturvama iaitu empat varna diterima oleh masyarakat Arya.


15.4.2 Sistem Jati

Pada akhir Zaman Veda Kemudian (1000SM-500SM), terdapat pelbagai suku kaum yang berperang antara satu sama lain. Pemerintahan pusat yang lemah tidak lagi dapat menjamin keselamatan rakyat dan kesannya, rakyat terpaksa menjaga kebajikan masing-masing. Desakan dan tekanan ini menyebabkan orang Indo-Arya meletakkan dan menyusun masyarakat mereka kepada unit-unit pentadbiran kecil berasaskan pengkhususan pekerjaan. Dengan ini sistem varna menjadi lumpuh dan ini merintis jalan bagi kewujudan unit-unit kecil yang dikenali sebagai jati yang pada asasnya adalah bersifat kesatuan pekerja. Bezanya keahlian dalam jati ditentukan menurut kelahiran dan pada peringkat awalnya, sistem jati tidak bersifat hierarki.

Jati merupakan kumpulan yang berfungsi berdasarkan pekerjaan yang mempunyai identiti sosial dan kepentingan ekonomi. Sistem ini bermula di India Utara dan kemudiannya tersebar meluas ke seluruh benua kecil India, dan tiada sesiapa pun yang terkecuali dalam sistem ini. Sistem jati memiliki sistem pentadbiran, peraturan-peraturan serta sistem keadilan yang tersendiri. Sistem keadilan bagi jati dikendalikan oleh jawatankuasa lima orang iaitu Panchayat. Pemerintahan pusat tidak dipedulikan oleh ahli-ahli jati kerana segala isu mereka dikendalikan oleh jati mereka, dan ini bermaknajati berperanan sebagai unit politik terkecil. Wakil jati akan memastikan kebajikan masing-masing dipelihara.

Semangat jatisme semakin bertambah kuat sehinggakan dapat mengatasi semangat kebangsaan (nasionalisme). Selepas beberapa kurun kemudiannya muncul pula pemeringkatan taraf dalam sistem jati dan ianya begitu dititikberatkan. Pengasingan sosial (makan-minum, perkahwinan, dan sebagainya) digunakan sebagai alat yang berkesan untuk menjaga identiti jati masing-masing. Perkahwinan endogami amat dipentingkan supaya martabat jati tidak dicemari.

Sistem jati bukan sahaja wujud di kalangan orang beragama Hindu, sebaliknya terdapat juga di kalangan penganut agama-agama lain sepeiti Kristian, Islam, Bahai dan sebagainya di India yang turut mengamalkan jati masing-masing.

Pengasingan sosial yang diamalkan kemudiannya menjadi sebegitu kejam sehinggakan terdapat jati-jati yang dianggap 'tidak boleh disentuh' (untouchables) iaitu Harijan, dan mereka ini juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan kediaman jati-jati atasan tanpa urusan kerja. Manusia dalam golongan jati seumpama ini sekarang dikenali sebagai 'Harijan' (anak-anak Tuhan) ata.uDalit.

15.5 BAHASADANKESUSASTERAAN

15.5.1 Kumpulan Bahasa dan Skrip Bahasa

Di negara India, terdapat lebih kurang 325 bahasa dan 750 loghat tetapi hanya 14 bahasa utama diperakui menurut perlembagaan. Lebih kurang 87 peratus daripada rakyat India menggunakan 14 bahasa utama ini. Bahasa-bahasa tersebut dan peratus penggunaannya ialah bahasa Hindi (30%), Telugu (9%), Bengali (8%), Marathi (8%), Tamil (7%), Urdu (5%), Gujarati (5%), Kannada (4%), Malayalam (4%), Punjabi (3%), Assam (2%), Oriya (1%), Kashmiri (1%) dan lain-lain (13%). Bahasa-bahasa di India dibahagikan kepada dua rumpun keluarga bahasa iaitu bahasa-bahasa Indo Arya dan bahasa-bahasa Dravida.

Mengenai bahasa Indo-Arya, bentuk asli bahasa ini terdapat dalam bahasa Sanskrit. Apabila orang-orang Indo-Arya meluaskan kawasan sehingga ke Lembah Ganges dan ke timur, perbezaan loghat tempatan (bersifat daerah) membawa perubahan dalam bahasa Sanskrit. Pada tahun 800SM, bahasa Sanskrit mengalami perubahan fonologi dan morfologi sehingga wujudnya loghat- loghat baru zaman pertengahan seperti Prakrit, Pali, Shauraseni, Magadhi dan lain-lain. Pada zaman Buddha (500SM), loghat-loghat ini dianggap sebagai bahasa-bahasa tempatan yang dihubungkan dengan kawasan geografi masing- masing. Bahasa-bahasa ini menjadi awalan (precursors) kepada bahasa-bahasa tempatan yang digunakan sekarang. Bahasa-bahasa dalam kumpulan ini termasuklah Assamese, Bengali, Gujarati, Hindi, Kashmiri, Marathi, Oriya, Punjabi, Sanskrit, Urdu, Rajastam dan Sindhi.

Mengenai bahasa Dravida, bahasa Dravida kuno digunakan oleh beberapa puak seperti Toda. Bahasa-bahasa Dravida termasuklah Tamil, Malayalam, Kannada, Telegu dan juga Gondi (Madhya Pradesh), Brahui (Baluchistan), Kaudh atau Kui (Orissa) dan di kalangan puak-puak Toda dan Kota.

Selain daripada kumpulan bahasa Indo-Arya dan bahasa Dravida terdapat juga kumpulan bahasa Munda yang digunakan terutama di kawasan pergunungan di Bengal dan Bihar (Kherwari), Orissa Quang) dan Madhya Pradesh (Kurku). Contoh kumpulan bahasa Tibet-Burma ialah Ladakhi di Kashmir dan Garo, Tripura Naga dan Kuku Chin di Assam. Bahasa-bahasa yang belum diklasifikasikan termasuklah Burushaski di Kashmir Utara dan Andamanese di kepulauan Andaman.

Dokumen bertulis yang tertua sekali ialah inskrispsi-inskripsi Zaman Asoka (kurun ke-3 S.M.) yang menggunakan skrip Kharosthi. Skrip ini juga digunakan di Parsi dan di barat laut India, dan kemudiannya tidak digunakan selepas kurun ke-3. Skrip Parsi-Arab yang diperkenalkan oleh orang-orang Muslim dari Arab dan Parsi masih digunakan dalam bahasa Urdu moden. Bentuk arah tulisannya ialah dari kanan ke kiri dan ia menggunakan beberapa vokal sahaja. Tetapi kebanyakan skrip-skrip India mempunyai asal-usul dalam skrip Brahmi kerana adaptasinya kepada pelbagai bunyi bahasa-bahasa India. Selain daripada bentuk lama Brahmi terdapat juga skrip India Utara, iaitu skrip Devanagari yang menggunakan garis di atas perkataan untuk menyambung huruf-huruf. Sanskrit, Prakrit, Hindi, Marathi dan variasi-variasi tempatan seperti Punjabi, Oriya, Gujarati dan Bengali menggunakan skrip ini. Skrip yang digunakan di India Selatan mengambil bentuk yang berlainan, iaitu huruf-


hurufnya mempunyai perhiasan bulat. Orang-orang Tamil mengembangkan huruf-huruf mereka tersendiri.

15.5.2 Kesusasteraan

Bersesuaian dengan dua kumpulan keluarga besar India, bahasa-bahasa Indo- Arya dan Dravida, kesusasteraan India turut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kesusasteraan Indo-Arya dan kesusasteraan Dravida.

(i) Kesusasteraan Indo-Arya

Kesusasteraan Indo-Arya lebih menonjol sebagai kesusasteraan yang tertua dan terkemuka di India. Hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta dan dihasilkan dalam bahasa Sanskrit menjadi karya sastera yang paling berjaya lagi menonjol pada zaman klasik. Lebih-lebih lagi bahasa Sanskrit merupakan bahasa utama dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-Arya. Oleh itu tumpuan diberikan kepada kesusasteraan Sanskrit.

Kesusasteraan Vedik

Kesusasteraan Vedik berlangsung antara tahun 1500SM sehingga 500SM. Perkataan Veda berasal dari kata dasar Vid, ertinya melihat dan mengetahui. Kitab-kitab suci zaman Veda boleh digolongkan kepada dua bahagian iaitu pertama, Shruti merupakan ajaran-ajaran yang diwahyukan ataupun ajaran-ajaran yang didengarkan oleh Tuhan kepada para maharesi (sages) dari semasa ke semasa menurut kehendak zaman; dan kedua,SMriti merupakan ulasan-ulasan dan tafsiran-tafsiran yang diturunkan oleh generasi manusia kepada generasi manusia secara turun-temurun. Dari segi perbandingan, isi kandungan Shruti tidak pernah diubah ataupun tidak boleh diubah; manakalaSMriti boleh diubahsuai dari semasa ke semasa.

Empat kitab suci veda tersebut ialah Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. Antaranya, Rig Veda merupakan kitab suci yang tertua, bukan sahaja di India malah seluruh dunia. Tiga kitab suci yang pertama dianggap tercipta sebelum tahun 1000SM. Dalam konteks ini, Vedanga bererti anggota kitab-kitab Veda dan terdapat enam bidang pengajian. Karya-karya Vedanga bukan bersifat tafsiran ajaran-ajaran Veda. Sebaliknya merupakan enam bidang yang dipelajari supaya dapat membantu dalam memahami kitab-kitab Veda dengan tepat. Zamannya berlangsung antara tahun 600SM sehingga 200SM. Enam bidang pengajian tersebut ialah pertama, Siksa-tonetik, yang menekankan sebutan yang tepat; kedua, ChancU-prosodi/pola. irama puisi; ketiga, Nirukta-et[mo\ogi, tafsiran istilah-istilah tertentu; keempat, Kalpa - tatacara pengendalian upacara pengorbanan; dan kelima, Vyakarana iaitu nahu; dan keennm, fyotisa iaitu astronomi, ilmu falak.


Kesusasteraan Epik

Kebanyakan teks-teks dharma (ajaran-ajaran mengenai keadilan dan kebaikan yang patut menjadi amalan setiap insan) adalah bersifat arahan-arahan langsung tanpa ulasan tambahan; dan bukan semua lapisan masyarakat dapat memahami. Oleh itu wujud karya-karya kesusasteraan bersifat epik yang menyampaikan ajaran-ajaran dharma yang serius lag! tegas dalam bentuk cerita dengan memuatkan watak-watak yang cukup mantap. Cerita epik ini mudah difahami dan diingati oleh rakyat biasa, terutama melalui cerita lisan. Oleh itu cerita- cerita seperti ini digunakan untuk menyebarkan ajaran-ajaran dharma.

Epik Mahabharata

Epik Mahabharata dicipta dan dihasilkan oleh Vyasa antara tahun 400SM dan 400 Masihi. Karya ini mengandungi lebih kurang 100 000 seloka (puisi) dan merupakan karya puisi yang terbesar di dunia.

Epik ini berkisar kepada kisah pemerintahan kerajaan Kurukshetra di India Utara. Tema utama Mahabharata adalah berkaitan dengan peperangan besar di antara Pandava dengan Kaurava tetapi epik ini sengaja diperluaskan dengan pelbagai jenis cerita sisipan. Cerita-cerita sisipan ini berperanan sebagai didaktik, memberi ajaran-ajaran agama dan moral. Secara ringkas Mahabharata boleh dianggap sebagai sejarah bheda (konflik), rajyavinasa (kehilangan negara) dsmjaya (kekayaan). Mahabharata mengandungi pelbagai perkara yang menarik perhatian sarjana-sarjana dalam pelbagai bidang seperti agama, falsafah, etika, masyarakat dan kesusasteraan. Sebab itulah Mahabharata dianggap sebagai itihasa (yang membincangkan sembilan jenis emosi dan matlamat kehidupan); purana (cerita-cerita tentang dewa-dewi); akhyana (yang mengandungi lagenda- lagenda dan mitos); dharmasastra (yang mengajar tentang pelbagai jenis dharma); arthasastra (karya-karya yang menyentuh perkara-perkara kerajaan dan pemerintahan); kamasastra (yang membincangkan percintaan); nitisastra (yang menekankan idea-idea etika); dan moksasastra (membincangkan cara-cara membebaskan diri daripada kelahiran semula).

Dari sudut pandangan biasa Mahabharata merupakan peristiwa benar tentang satu peperangan antara dua pihak yang menuntut takhta kerajaan. Sekiranya dilihat dari segi etika peperangan ia mewakili konflik prinsip dharma dan adharma, iaitu antara kebaikan dengan kejahatan ataupun keadilan dengan ketidakadilan tetapi pada akhirnya kejayaan adalah kepada pihak yang mendukung dharma.

Bhagavadgita (BG)

Antara ajaran agama yang terdapat dalam Mahabharata, perbincangan mengenai falsafah yang terkandung dalam Bhagavadgita menduduki tempat yang penting dalam koleksi pemikiran falsafah India. Sebelum tercetusnya peperangan antara Pandawa dengan Kaurava, Arjuna (kumpulan Pandava) menghadapi konflik jiwa kerana beliau terpaksa membunuh sanak saudara dan ahli-ahli keluarganya. Sri Krishna yang berperanan sebagai penasihat Arjuna memahami perasaan tersebut lalu mengajar intipati kebenaran suci untuk mencapal tarafhidup yang kekal abadi. Krishna menggalakkan beliau supaya bertindak tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan; dan menjelaskan bahawa medan peperangan merupakan badan manusia di mana segala peristiwa berlangsung. Duryodhana (kumpulan Kaurava) merupakan kuasa jahat yang ada dalam badan kita; Arjuna merupakan kuasa mulia (diwakili oleh hati suci, tidak gentar, tanpa egoisme); dan Krishna merupakan jiwa yang bersemayam dalam hati setiap manusia. Dengan ini, Krishna mengajar kepada Arjuna agar melawan kuasa-kuasa jahat ini.

Bhagavadgita mengajar manusia tentang svadharma atau kewajipan hidup seseorang untuk mencapai kebenaran, di samping mengesyorkan rajayoga (disiplin badan dan minda); karma-yoga (jalan tmdakan);jnanayoga (melalui pengetahuan benar) dan hhakti yoga (melalui kebaktian kepada Tuhan) sebagai jalan untuk mengenali jiwa atau Tuhan. Walau apa pun jalan yang ditempuhi, kewajipan tidak seharusnya dilaksanakan sebagai suatu dosa. Apa sahaja yang dilaksanakan hendaklah disertakan dengan kebaktian dan ianya harus ditujukan kepada Tuhan.

Epik Ramayana

Epik Ramayana dicipta dan dihasilkan oleh Valmiki, seorang pertapa di antara tahun 200SM hingga tahun 200 Masihi. Epik ini mengandungi 24 000 seloka (puisi) dan ceritanya berpusat di Ayodhya, iaitu ibu negeri kerajaan Kosala yang terletak di timur Kuruksetra. Valmiki mencipta epik Ramayana ini bertujuan untuk menggambarkan kehidupan seorang manusia yang sempurna, iaitu gambaran perwatakan yang ideal. Dalam epik ini, Rama merupakan pendukung watak yang harus diteladani oleh setiap manusia kerana beliau merupakan pendukung kewajipan, ideal pengorbanan diri, manusia yang penuh dengan kasih sayang serta pelindung kepada sesiapa sahaja yang cinta akan dharma. Rama digambarkan sebagai anak yang setia, suami yang bertanggungjawab, abang yang dihormati, rakan yang setia, penegak keadilan dan sebagainya.

Epik Ramayana, selain sebagai karya teks seni sastera dan sejarah, ia juga merupakan dharmasastra atau teks suci yang mengajar perihal keadilan. la menerangkan prinsip-prinsip abadi (sanatoria dharma) dan menjelaskan sifat-sifat ideal yang merupakan asas kepada dharma.

Drama

Dalam arena drama, ciptaan berjudul Natya Sastra dijadikan sebagai buku teks drama, muzik dan tarian yang menyumbangkan kepada perkembangan drama- drama. Buku ini membincangkan mengenai seni bina teater, konvensi-konvensi pentas, teknik-teknik produksi, persembahan dan artis-artis. Misalnya teknik koreografi dan pergerakan pentas dapat dilihat dalam sistem-sistem pelbagai pergerakan fizikal. Natya Sastra menyatakan terdapat 13 gerakan untuk kepala, 36 gerakan untuk mata, 10 gerakan untuk badan dan lain-lain.

Drama Sanskrit dicipta untuk menghiburkan para hadirin (finanda) dengan menyampaikan rasa melalui lapan emosi (sthayihhava). Contoh drama-drama sebegini ialah seperti drama Sakuntala (yang menggambarkan cinta dan belas kasihan), Mudraraksasa (menggambarkan heroisme) dan Mrcchakatika (menggambarkan kama). Oleh kerana terdapat bahan-bahan falsafah dan dramatik yang dimasukkan, sesuatu drama yang dipersembahkan kadangkala akan mengambil masa selama tiga hmgga 15 hari.

Karya Linguistik

Karya linguistik [mtuAstadhyayi ciptaan Panini telah disusun pada kurun ke-4SM. Karya nahu ini menandakan pencapaian terkemuka dan terulung dalam bidang linguistik. Menurut Profesor A.L. Basham, ketepatan prinsip-prinsip linguistik yang terdapat dalam karya ini tidak pernah dicapai oleh tamadun- tamadun lain di seluruh dunia sehingga kurun ke-19 Masihi. Karya ini mendukung lebih kurang 4,000 peraturan tatabahasa yang teliti dan saintifik.

Sastera Cerita

Permulaan sastera cerita terdapat dalam kesusasteraan Vedik dan kemudian dalam cerita-cerita dongengJataka. Cerita-ceritaJataka yang bersifat pendidikan moral dimasukkan ke dalam ajaran Buddhisme pada kurun pertama sebelum masihi. Sastera cerita sebenarnya tidak mengambil bentuk ajaran agama, ia kekal sebagai sastera sekular.

Antara sastera cerita yang penting ialah cerita dongeng seperti Pancatantra; cerita Brhatkatha yang mempunyai satu rangka cerita dengan banyak episod; dan novel klasik seperti Dasakumaracarita oleh Dandin dan Kadambari oleh Bana.

(ii) Kesusflsteraan Dravida

Dalam keluarga bahasa Dravida, terdapat empat bahasa utama iaitu bahasa Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada yang memiliki tradisi kesusasteraan yang kaya. Bahasa Tamil memiliki sejarah kesusasteraan terawal dalam keluarga bahasa Dravida. Bahasa Tamil dikatakan sebagai bahasa teras bagi keluarga bahasa Dravida dan oleh sebab itu, bahagian kesusasteraan Dravida, kesusasteraan Tamil diberikan tumpuan penting.

Tolkappiyam

Karya nahu berjudul Tolkappiyam yang bertarikh tahun 300SM merupakan bahan bertulis yang tertua ditemui dalam bahasa Tamil. Maklumat mengenai pencipta karya ini tidak diketahui, kecuali nama beliau diterbitkan daripada karyanya, menjadi Tolkappiyar. Karya ini mengandungi tiga bahagian iaitu


fonologi, morfologi dan sintaksis dan konvensi-konvensi puisi. Buku ini masih menjadi rujukan penting dalam bidang nahu serta konvensi Tamil. Terdapat rujukan mengenai karya-karya yang lebih awal seperti Aindiram dan Agattiyam, tetapi hanya beberapa puisi daripada karya-karya tersebut dapat diperoleh sebagai rujukan dalam karya-karya lain.

Kesusasteraan Sangam

Perkataan Sangam merujuk kepada akademi penyair-penyair agung. Penyair- penyair ini menghasilkan karya berbentuk puisi Zaman Sangam yang meliputi tempoh masa dari kurun ke-3SM sehingga kurun ke-2 Masihi. Puisi-puisi Sangam disusun kepada dua koleksi iaitu Pattuppattu (sepuluh puisi iaitu setiap puisi merupakan gambaran ringkas tentang sesuatu perkara) dan Ettuttokai (lapan antologi puisi).

Tema puisi-puisi Sangam boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu aham danpuram. Aham berertibahagiandalamanataupunperasaan dalam hati. Dalam konteks puisi zaman Sangam, cinta yang terkandung dalam hati dikenali sebagai aham. Puram bererti bahagian luaran. Puram dalam konteks puisi-puisi Sangam menandakan sifat-sifat mulia seperti semangat keperwiraan, keadilan, berani, murah hati dan sebagainya.

Puisi Aham

Cinta dalam puisi aham dibahagikan kepada dua jenis iaitu cinta yang sepadan dan cinta yang tidak sepadan. Cinta yang sepadan bermaksud dua orang bercinta antara satu sama lain dan mereka mempunyai beberapa persamaan dari segi pendidikan, umur yang bersesuaian (lelaki sepatutnya lebih tua daripada perempuan) dan sebagainya. Cinta yang sepadan akan melalui dua tahap masa iaitu pertama, kalavu merupakan cinta sebelum perkahwinan dan kedua, karpu merupakan cinta selepas perkahwinan. Manakala cinta yang tidak sepadan dianggap berdasarkan nafsu sahaja. Misalnya perempuan yang lebih tua bercinta dengan lelaki yang jauh lebih muda usianya, cinta terhadap anak gadis sunti, cinta yang tidak berbalas dan sebagainya.

Bagi aham terdapat lima uripporul (tema khusus), iaitu pertemuan, penantian, kecurangan suami/isteri merajuk, penantian cemas dan perpisahan bagi sementara waktu. Kelima-lima tema ini dikenali sebagai disiplin aintinai. Aintinai bererti lima jenis bentuk muka bumi.

Sifat istimewa puisi-puisi ini terlihat pada kebolehan penyair-penyair menggunakan unsur-unsur alam semula jadi untuk menandakan dan menggambarkan perasaan dalaman.

Puisi Puram

Puram merangkumi segala-galanya kecuali aham (cinta). Oleh itu ia meliputi masyarakat, raja, negara, kumpulan-kumpulan pekerja, kekayaan, kemiskinan,


pendidikan dan berbagai-bagai cita-cita yang ideal (sempurna) yang berkaitan dengan kehidupan. Bahagian puram mengandungi sebilangan besar sajak-sajak berkenaan. peperangan kerana peperangan merupakan sesuatu yang dapat menguji keperwiraan seseorang raja serta kemuliaannya. Ini kerana masyarakat memberikan keutamaan kepada sifat keperwiraan, walaupun peperangan membawa kemusnahan serta pengorbanan nyawa dan harta benda.

Perasaan yang diluahkan atau digambarkan dalam puisi-puisi puram adalah perasaan diri sendiri atau individu bukan sepeiti aham yang melibatkan hubungan dengan orang lain. Fikiran dan perasaan yang digambarkan itu adalah berdasarkan kenyataan hidup, nilai-nilai masa dan alam, keperwiraan serta nilai- nilai sosial yang lain.

Tirukkural

Terdapat 18 buah karya etika dalam bahasa Tamil yang dikenali sebagai Patienenkiilkanakku ataupun Niitinuulkal. Tirukkural merupakan satu-satunya karya etika yang disanjung tinggi kerana kewibawaan ajarannya yang bersifat universal di kalangan masyarakat Tamil. Nilai-nilai yang diperkatakan dalam karya ini bersifat sejagat (universal) dan karya berbahasa Tamil ini dicipta oleh Tiruvalluvar (Valluvar). lanya mengandungi tiga bahagian utama dengan 1330 kuplat dalam 133 bab iaitu Aram (etika/kebenaran) yang mengandungi 38 bab, Porul (kebendaan/politik) yang mengandungi 70 bab dan Inbam (cinta) yang dibincangkan dalam 25 bab. Kandungan Kural adalah tersusun rapi dan setiap sajak adalah sangat penting dalam struktur keseluruhannya. Setiap sajak mempunyai dua bentuk maksud, iaitu jika diasingkan dari struktur ia kehilangan maksud di dalam strukturnya dan Rural hanya merupakan satu kata-kata hikmat. Dalam Tirukkural, setiap sajak merupakan unit yang berasingan dan berfungsi. Ini menjadikan Tirukkural sebagai satu karya agung ciptaan seorang pertapa yang merupakan pemberian peraturan hidup kepada orang-orang Tamil.

Kesusasteraan Bhakti

Menjelang kurun ke-2 Masihi, pengaruh agama Buddha dan Jaina mulai dirasai di kawasan India Selatan, dan kedua-dua agama ini hampir mengetepikan atau menyingkirkan agama Hindu. Keadaan ini berterusan sehinggalah kemunculan angkatan Bhakti yang memulihkan semula agama Hindu dengan menamatkan pengaruh agama Buddha dan Jaina. Angkatan Bhakti disertai oleh wali-wali Hindu yang dikategorikan kepada dua iaitu pertama nayanmar yang mempelopori aliran mazhab Saivisme; dan alvar yang menyumbangkan kepada perkembangan aliran mazhab Vaisnavisme.

Nayanmar dan alvar menggunakan bahasa Tamil yang mudah untuk menyebarkan ajaran mazhab-mazhab mereka. Lagu-lagu suci yang dapat dinyanyikan dengan iringan muzik dicipta oleh mereka ini. Menerusi lagu-lagu


suci yang agak mudah bentuknya mereka berjaya mengembalikan penduduk India Selatan kepada agama asal mereka iaitu agama Hindu. Koleksi lagu-lagu suci ciptaan mereka turut dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tirumurai bagi mazhab Saivisme dan Nalayirat Tivya Pirapantam bagi mazhab Vaishnavisme. Koleksi lagu-lagu suci ini bertarikh antara kurun ke-6 Masihi sehingga kurun ke-11 Masihi.

Karya-karya Bahasa

Tatabahasa, gaya bahasa {rhetoric) dan perkamusan (lexicography) sentiasa diberi perhatian oleh para pengarang India sejak bermulanya kesusasteraan bertulis. Perkembangan yang besar dalam bidang ini berlaku pada zaman Chola.

Yapparungalam dan Yapparungalakkaarigai merupakan karya-karya tentang Prosodi yang disusun oleh Amitasagara, seorang pertapa Jaina pada akhir kurun ke -10. Virasoliyam pula ialah sebuah karya yang amat berguna untuk mengetahui sejarah teori tatabahasa dalam bahasa Tamil.

15.6 AGAMA DAN FALSAFAH

15.6.1 Hinduisme

Sejarah awal kemunculan agama Hindu sukar untuk ditentukan kerana agama ini dianggap bersifat agama semulajadi. Hinduisme tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi agama yang bersifat pusat untuk mengetuai segala pengikut agama ini di seluruh dunia. Kepercayaan dan ajaran Hindu diwarisi secara turun-temurun. Nama asal agama Hindu ialah Sanata Dharma bererti prinsip ataupun peraturan kerohanian yang kekal abadi seperti juga sifat Tuhan yang kekal abadi.

Bukti terawal mengenai agama Hindu ditemui dalam tamadun Lembah Sungai Indus yang berusia lebih kurang 4 000 tahun. Penemuan bukti-bukti arkeologi di Lembah Sungai Indus seperti patung-patung (yang menandakan konsep Dewi ibu), sebuah mohor (yang menandakan penyembahan Dewa Shiva yang awal), objek-objek yang berbentuk seolah-olah seperti Shiva-Linga dan kolam permandian yang digunakan untuk tujuan kerohanian. Ini membuktikan pandangan bahawa agama Hindu merupakan agama tertua di dunia yang masih ada dalam amalan kebanyakan orang di India dan di luar benua kecil India.

(i) Tahap-tahap Perkembangan Kerohanian

Dalam perkembangan pemikiran orang-orang Indo-Arya terdapat empat peringkat yang nyata iaitu Politeisme, Henoteisme, Monoteisme dan Monisme.

Peringkat Politeisme memperlihatkan orang Indo-Arya memuja unsur- unsur alam semulajadi seperti api, angin, pokok, sungai dan sebagainya. Mereka berfikiran bahawa semua kuasa ini patut digembirakan, lalu dipuja dengan


pengorbanan dan penyembahan. Biasanya upacara-upacara ini diiringi dengan pembacaan mazmur-mazmur daripada kitab-kitab suci Veda. Proses mempersonifikasikan unsur-unsur alam ini berlaku dan kuasa-kuasa ini dianggap sebagai dewa atau dewi serta memiliki nama-nama seperti Agni, Usas, Indra, Rudra, Vayu dan sebagainya.

Peringkat Henoteisme memperlihatkan kepercayaan politeisme semula jadi mengalami proses perubahan dan wujudlah fikiran bahawa pelbagai dewa- dewi memiliki beberapa sifat yang sama. Ini menjadi sumber (dasar) bagi orang Indo-Arya untuk memperkenalkan dewa Visvakarman (dewa pencipta) dan Prajapati atau dewa yang menjadi ketua bagi semua makhluk di dunia. Mereka mengetahui bahawa walaupun terdapat beberapa dewa-dewi yang dipuja dan disembah, semua ini merupakan beberapa aspek kepada satu kuasa yang tunggal. Apabila seseorang memuja sesuatu dewa-dewi lain dianggap sebagai manifestasi dewa atau dewi yang sedang dipuja olehnya. Kepercayaan seperti ini disifatkan sebagai henoteisme.

Peringkat Monoteisme merupakan kepercayaan bahawa terdapat satu kuasa agung yang bertanggungjawab menggerakkan duniawi. Konsep ini mulai muncul dalam pemikiran agama orang Indo-Arya dan kuasa ini diberi sifat-sifat penciptaan, pemeliharaan, dan pemusnahan, dan dianggap sebagai Tuhan. Untuk mewakili ketiga-tiga sifat Tuhan ini, mereka mencipta dewa Brahma (Dewa Pencipta), dewa Vishnu (Dewa Pelindung/Pemelihara) dan dewa Shiva (Dewa Pemusnah). Pemikiran monoteisme ini menjadi semakin penting dalam kepercayaan agama orang Indo-Arya.

Peringkat Monisme merupakan pemikiran agama orang India tidak terhenti di peringkat monoteisme. Mereka maju selangkah lagi dengan memperkenalkan monisme. Monisme menyatakan bahawa segala sesuatu di dunia ini berasal dari satu sumber yang kewujudannya boleh dirasai di mana-mana sahaja. Sumber itu tidak bersifat pusat sebaliknya tersebar ke seluruh dunia.

(ii) Upacara Pengorbanan Upacara pengorbanan sebagai amalan agama mempunyai kedudukan utama dalam kultus Indo-Arya. Pengorbanan atau yajna dianggap sebagai amalan agama yang terbaik kerana manusia dapat menggembirakan dewa-dewi. Biasanya pengorbanan ditujukan kepada dewa-dewi ataupun pada anasir-anasir jahat seperti asura atau raksasa dengan tujuan yang tertentu, seperti untuk mendapatkan faedah duniawi.

Ada dua jenis pengorbanan yang diamalkan oleh orang-orang Indo-Arya iaitu grhya karmani bermakna upacara pengorbanan di rumah dan mahakratu dan srauta bermakna upacara pengorbanan umum. Grhya karmani dijalankan oleh ketua keluarga (grhapati) dengan bantuan isterinya. Upacara ini menandakan setiap peringkat dalam kehidupan atau samskara seperti garbhadana


(apabila seseorang wanita hamil), pumsavana (pada bulan ketiga kehamilan, bagi mendapat anak lelaki) dan sebagainya.

Manakala pengorbanan umum atau mahakratu dijalankan pada waktu- waktu tertentu olehyajamana raja-raja seperti orang-orang kaya dan ketua-ketua yang menanggung segalaperbelanjaan. Yajamana memerlukan perkhidmatan beberapa ratus orang pedanda untuk menjalankan upacara seperti ini. Lazimnya upacara pengorbanan seperti ini diadakan untuk kepentingan diri sendiri dan bukannya untuk kebaikan negara walaupun raja yang menjalankannya. Jenis upacara-upacara pengorbanan yang dianggap sebagai mahakratu termasuklah vajapeya (bertujuan untuk kembali muda), rajasuya (untuk menerima sifat-sifat kedewaan), asvamedha (pengorbanan kuda untuk mengagungkan kuasa seseorang raja) dan sebagainya.

(iii) Falsafah Agama Vedik

Falsafah Vedik mementingkan lima konsep yang saling berkaitan antara satu sama lain, iaitu Brahman, Atman, karma, samsara dan moksha. Brahman menandakan Tuhan yang dibincangkan sebagai satu prinsip yang menyelubungi segala-galanya (roh duniawi). Atman ialah roh individu dalam badan manusia yang bertujuan untuk diserap ke dalam roh duniawP/ Brahman. Karma merupakan perbuatan, pemikiran dan pertuturan yang dilakukan oleh individu dalam sesuatu kehidupan dan akibat yang akan dialami dalam kehidupan akan datang. Samsara ialah lingkaran kelahiran dan kematian yang dilalui oleh Atman. Akhir sekali, moksha ialah pelepasan daripada kehidupan duniawi dan penyatuan dengan Brahman. Jadi tujuan setiap Atman adalah untuk membebaskan diri daripada karma dan mencapai moksha.

Pada asasnya Brahman dan Atman adalah sama seperti yang dilihat dari namsiParatman bagi Brahman danfivatman bagi roh individu. Tetapi karma menjauhkan Atman dari Brahman, jadi Atman mestilah menghapuskan semua karma untuk mendekati Brahman. Terdapat duajenis karma inhupunya karma (perbuatan baik) danpava karma (yang tidak baik). Keinginan dan nafsu manusia melahirkan tindakan sama ada tindakan ini boleh jadi baik atau buruk, dan dari segi pembalasannya perbuatan baik dibalas pahala dan perbuatan buruk dibalas dengan dosa. Segala dosa dan pahala hendaklah diselesaikan oleh roh untuk bersatu dengan Tuhan.

Menurut karya Upanishad Brahman dalam Upanishad mempunyai dua aspek, iaitu saguna (personal) dan nirguna (impersonal). Saguna Brahman bererti Tuhan yang dikenali manusia dengan pelbagai sifatnya dan ini termasuklah sifat- sifat seperti maha penyayang, maha adil serta pelbagai nama seperti Brahma, Shiva, Vishnu dan sebagainya. Nirguna Brahman bererti konsep Tuhan yang abstrak tiada sifat (attributes) dan diterangkan dalam bentuk penyangkalan seperti tidak panjang, tidak pendek, tidak berbayang atau gelap, tiada rasa atau berbau dan sebagainya.


15.6.2 Agama-agama Heterodoks

Agama-agama seperti Buddha dan Jaina disebut sebab tidak menerima kewibawaan kitab Veda dan tidak mengakui kewujudan Tuhan. Tetapi ajaran- ajaran agama tadi menunjukkan terdapat banyak persamaan dengan idea-idea yang terkandung dalam karya-karya Upanishad. Kedua-dua agama ini muncul pada akhir Zaman Vedik di India.

(i) Buddhisme

Pengasas doktrin Buddhisme ini ialah Siddhartha Gautama Buddha. Siddhartha ialah nama yang berikan oleh ibu bapanya manakala Gautama pula ialah nama keluarga (gotra). Buddha pula menandakan seseorang manusia itu telah mencapai taraf kesedaran kerohanian yang sempurna.

Ajaran Agama Buddha

Buddha tidak mengajar mengenai hal-hal ketuhanan, metafizika atau suatu falsafah kerana beliau sendiri tidak menggalakkan falsafah. Sebaliknya, ajaran Buddha merupakan ajaran-ajaran psikologi dan etika yang berhubung kait dengan kehidupan. Ajaran-ajaran metafizika dalam Buddhisme adalah tambahan (Ahhidhamma) kemudian kepada ajaran asal Buddha (Dhamma).

Ajaran Buddha Tentang Dhamma

Intisari ajaran Dhamma dirangkumkan dalam Empat Kebenaran YangMulia iaitu Dukka (penderitaan), Samudaya (punca. atau sebab membawa penderitaan), Nirodha dan Marga. Apt keinginan, cinta, nafsu, gila kekayaan dan sebagainya merupakan Samudaya yang membawa kepada penderitaan. Akhirnya, marga iaitu jalan ataupun cara untuk memadamkan api keinginan.

Ajaran Buddha mengesyorkan lapan cara atau jalan iaitu pertama, kepercayaan yang betui (benar); kedua, tujuan atau cita-cita yang betui; ketiga, pertuturan yang baik; keempat, perbuatan yang betui; kelima, hidup yang betui; keenam, usaha yang benar; ketujuh, fikiran yang betui; dan kelapan, renungan yang baik. Kelapan-lapan jalan hidup ini boleh dirangkumkan dalam tiga prinsip utama, iaitu pertama, kepercayaan (pada Buddha sebagai guru, yakin pada Buddha Dhamma bagi mencapai nirwana); kedua, berkelakuan seperti yang ditentukan oleh Sangha; dan ketiga, melakukan renungan yang baik menurut Dhamma bagi mencapai nirwana.

Konsep Ahimsa

Ahimsa bererti menolak penyeksaan (himsa) serta pembunuhan, walaupun untuk mengisi perut, seorang itu tidak boleh membunuh binatang. Ini menjadi suatu


konsep yang penting dalam ajaran agama Buddha. Boleh dikatakan konsep ini merupakan sumbangan Buddha kepada dunia kerohanian.

Istilah nirwana (nibbana dalam bahasa Pali) boleh dikatakan sebagai suatu keadaan apabila sesuatu makhluk itu melepaskan segala ikatan duniawi, mengetahui kebenaran serta memperolehi kesedaran secara keseluruhan. la merupakan keadaan apabila apt keinginan dipadamkan sama sekali. Orang yang mencapai keadaan nirwana dikatakan akan berada dalam keadaan bahagia, gembira dan ketenangan yang berkekalan.

(ii) Jainisme

Agama Jaina diperkenalkan oleh Mahavira (Vardhamana) yang mempunyai banyak persamaan dengan ajaran-ajaran Upanishad dan Buddhisme. Agama ini mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai menentukan kelahiran semula roh-roh individu. Ini menunjukkan konsep karma dan samsara yangterdapat dalam Upanishad amat penting kepada agama Jaina.

Ajaran Mahavira ini mengandungi sembilan prinsip atau nava-tattva, iaitu pertumn, jiva (roh terdapat dalam semua benda, yang bergerak dan bernyawa termasuk tumbuhan dan ia adalah kekal abadi); kedua, Ajiva (benda-benda yang tidak bernyawa); ketiga, asmva (daya penarik); keempat, papa karma (dosa, hasil perbuatan yang jahat); kelima, punya karma (pahala, hasil perbuatan baik); keenam, bandha (ikatan roh dengan keinginan dan kejahilan); ketujuh, samvara (menahan pengaliran karma); kelapan, nirjara (penghapusan karma); dan kesembilan, siddhi (pelepasan dari kelahiran semula). Papa karma dan punya karma akan menentukan kelahiran semula roh. Perbuatan baik, disiplin mental dan moral, meditasi dan kelakuan baik membantu manusia mencapai samvara. Seseorang yang dapat samvara dan mencapai siddhi dianggap sebagai wira yang menang dalam perjuangannya dan manusia ini disebutjina (perwira).

15.6.3 Sistem Falsafah India

Sistem falsafah India boleh dibahagikan kepada enam aliran (sekolah) falsafah iaitu Nyaya, Vaisheshika, Sankhya, Yoga, Mimamsa dan Vedanta. Sekolah-sekolah falsafah ini menerima bulat-bulat ajaran daripada kitab-kitab Veda. Oleh yang demikian, aliran-aliran falsafah ini juga dikenali sebagai astika darshana.

Nyaya

Ciri-ciri sekolah falsafah ini dikesan dalam kitab-kitab Veda dan Upanishad. Pendukung falsafah Nyaya ialah Gautama dan karya beliau berjudul Nyaya Sutra yang bertarikh kurun ke-2SM menjadi teks asas aliran falsafah ini. Nyaya bermaksud pertimbangan logik dan menurut falsafah ini terdapat empat sumber ilmu pengetahuan iaitu Persepsi (pratyaksha), Inferens (anumana), analogi/perbandingan (upamana) dan testimoni/pembuktian (shabda). Nyaya menekankan empat faktor dalam mendapatkan ilmu pengetahuan iaitu Subjek yang diketahui (pramata), Objek pengetahuan (prameya), Cara memperolehi pengetahuan yang sah (pramana) dan Pengetahuan yang sah (prama).

Oleh itu falsafah Nyaya mengutamakan doktrin teori pengetahuan serta menerima akan kewujudan Tuhan. Dunia ialah sesuatu entiti benar, bukan rekaan ataupun imaginasi minda. Hidup ini pula bertujuan untuk membawa pengetahuan/kesedaran kepada jiwa. Tuhan dikatakan sebagai bersifat tunggal dan mutlak serta kekal abadi, menjalankan fungsi penciptaan, pemeliharaan dan pembinasaan disertai penjanaan semula tenaga.

Vaisheshika

Sekolah falsafah ini dikenali sebagai Vaisheshika darshana^ Pengasas sistem falsafah ini ialah Kanada (kurun ke-3SM) dan karyanya berjudul Vaisheshika Sutra menjadi sumber asas falsafah ini. Vaisheshika dan Nyaya merupakan dua sistem falsafah yang saling berkaitan dan kedua-duanya berkongsi pandangan bahawa kejahilan merupakan sumber bagi segala penderitaan. Kebebasan hanya dapat dicapai menerusi pengetahuan yang betui terhadap kebenaran dan kedua- dua sistem falsafah ini turut menekankan pentingnya pembebasan dalam seseorang individu.

Vaisheshika lebih menonjolkan minat dalam bidang kosmologi. Semua benda dikatakan diperbuat daripada empat jenis paramanu (atom) iaitu atom- atom kepunyaan bumi, air, api dan udara. Gabungan empat jenis atom tadi dalam ukuran yang berbeza membentuk pelbagai benda dan bahan. Sebaliknya, terdapat lima unsur yang terlibat dalam pembentukan dunia iaitu dik (ruang), kala (masa), akasha (eter), manas (minda) dan atma (jiwa).

Vaisheshika mengakui konsep ketuhanan dan Tuhan dikatakan mencipta dunia daripada sembilan unsur yang tersebut di atas dan kesemuanya wujud sebelum dunia diciptalagi. Tuhan membentuk serta menyusun dunia ini. Dalam konteks ini, apa yang penting ialah Tuhan tidak menjadi sebahagian dari sembilan unsur yang diperjelaskan di atas.

Oleh itu falsafah Vaisheshika walaupun bukan ateis {atheistic) tetapi menampakkan perbezaan dengan konsep kepercayaan yang ternyata berlainan dengan aliran sekolah-sekolah falsafah Hinduisme tradisional.

Sankhya

Sankhya dipercayai merupakan sistem falsafah terawal dalam tamadun India. Sejarah kelahirannya melampaui zaman Buddha. Falsafah ini didukung dan dipelopori oleh Kapila dan beliau dipercayai hidup pada kurun ke-7SM. Oleh itu sejarah permulaan falsafah Sankhya turut digariskan sejak kurun ke-7SM. Kapila menghasilkan karya yang merupakan teks asas sekolah falsafah ini iaitu Sankhya Sutra. Pengaruh falsafah ini dapat dikesan dalam kebanyakan sekolah


falsafah di India. Sankhya-Karika ciptaan Isvarakrisna merupakan sebuah lagi teks berwibawa bagi sistem falsafah Sankhya.

Sankhya bererti bilangan iaitu falsafah ini menghuraikan mengenai realiti dalam bilangan yang terhad dan Sankhya juga bererti pengetahuan yang sempurna. Oleh itu, pengetahuan sempurna tentang realiti diutamakan dalam sistem ini. Falsafah ini menyatakan tentang dua realiti mutlak dalam alam semesta iaitu pertama, purusha iaitu jiwa yang bilangannya tidak terkira; dan kedua, prakriti iaitu jirim yang sedia wujud sejak dari awal lagi. Prakriti dikatakan bahan asas bagi perkembangan dunia dan perkembangan ini menjadi kerana adanya purusha. Oleh itu sejarah dunia merupakan sejarah perkembangan yang diakibatkan oleh prakriti dan purusha. Kitaran kematian dan kelahiran akan terhapus jika pengetahuan mengenai perbezaan antara prakriti dan purusha dicapai. Untuk ini inteiek (buddhi) diperlukan dan kebebasan kerohanian pula dicapai menerusi pengetahuan.

Falsafah Sankhya percaya akan konsep sebab dan akibat. Misalnya, dikatakan pokok wujud dalam benih, meja wujud dalam kayu dan sebagainya. Maksudnya sebelum sesuatu benda itu mendapat bentuk, ianya sudah wujud, kerana tiada apa boleh wujud dalam kekosongan. Maka sesuatu yang sedia wujud itu terlebih dahulu dalam penyebab (material) apabila efek (kesan) dihasilkan sebagai penyebab material.

Satu lagi sumbangan penting sistem falsafah Sankhya ialah konsep triguna (tiga sifat) alam semesta. Triguna mengandungi tiga sifat, pertama Sattva iaitu kecerdasan merupakan sesuatu yang membawa kepada keharmonian, kemahiran, ketelitian, kesucian dan keterangan; kedua, Rajas iaitu tenaga merupakan sesuatu yang mengakibatkan aktiviti, gerakan dan keghairahan; dan ketiga, Jamas iaitu kegelapan merupakan sesuatu yang membawa kejahilan, kekasaran, ketidakseimbangan, kemalasan dan ketidakaktifan.

Ketiga-tiga sifat tersebut memainkan peranan tertentu dan berlainan dalam perkembangan prakriti. Sattva pada awalnya bertanggungjawab bagi manifestasi prakriti serta memelihara perkembangannya. Rajas pula mengakibatkan segala macam aktiviti. Tamas pula membawa segala halangan dan keghairahan.

Yoga

Sistem Yoga mempunyai idea falsafah yang sama dengan sistem Sankhya dalam teori pengetahuan dan metafizika, kecuali sistem Yoga memperkenalkan konsep Tuhan mutlak dalam sistem falsafahnya. Sistem Sankhya tidak membicarakan mengenai hal-ehwal konsep Tuhan, tetapi sistem Yoga memperjelaskan realiti Tuhan.

Sistem Yoga dikatakan memiliki sejarah yang panjang tetapi pembentukan sistem mi sebagai satu aliran falsafah hanya dapat dilihat pada permulaan kurun masihi. Pendukung ataupun eksponen terawal bagi sistem ini ialah Patanjali


yang mencipta teks Yoga Sutra (Kurun ke-2SM). Teks ini merupakan sebuah karya agung yang berwibawa dalam aliran falsafah Yoga.

Penyatuan roh individu dengan roh duniawi (cosmic soul) menjadi usaha atau pun tujuan kehidupan ini. Dalam amalan, disiplin sistem Yoga mengandungi latihan minda dan badan fizikal. Ini termasuklah latihan mengawal serta mematikan fungsi anggota badan, pancaindera, minda, inteiek dan ego tanpa menghilangkan kesedaran diri iaitu pengalaman jiwa. Pencapaian ini akan membuktikan bahawajiwa adalah lebih unggul daripada anggota badan, minda yang kompleks serta deria inteiek. Ini membawa kepada pencsipaimprajna iaitu pengetahuan bahawa jiwa itu berbeza daripada minda dan badan fizikal.

Sistem Yoga menolak dakwaan bahawa moksha (kesempurnaan kerohanian) hanya dapat dicapai melalui pengetahuan. Sebaliknya sistem ini percaya bahawa disiplin minda dan badan fizikal dapat membantu dalam proses pencapaian moksha. Oleh itu sistem ini mencadangkan meditasi (renungan mendalam) sebagai salah satu praktikal untuk menyucikan minda dan mencapai moksha.

Mimamsa

Mimamsa bererti siasatan dan objektif utama sistem ini ialah menegakkan kewibawaan kitab-kitab Veda serta aspek ritualnya. Sejarah falsafah ini berusia sejak tahun 1500SM, iaitu bermula sejak Zaman Veda Awal. Tetapi teks yang mendukung falsafah Mimamsa secara sistematik hanya dicipta pada tahun 400SM berjudul Purva-mimamsa Sutra, ciptaanJaimini. Aliran ini tidak bersifat spekulatif, tetapi lebih bercorak praktikal. Kepentingan sistem falsafah ini terletak pada sistem tafsiran kitab-kitab Veda.

Vedanta

Sistem falsafah Vedanta merupakan aliran falsafah yang paling berpengaruh dan pengaruhnya masih berterusan dalam kehidupan dan amalan orang Hindu. la turut dikenali sebagai Uttara Mimamsa kerana falsafahnya dibentuk berteraskan karya-karya Upanishad. Doktrin Brahman (Tuhan) menjadi pokok persoalan utama dalam sistem falsafah ini. Pelopor falsafah ini ialah Badarayana yang mencipta karya berjudul Brahma Sutra (tahun 400SM) dan teks ini turut dikenali sebagai Vedanta Sutra. Selain karya-karya Upanishad dan Brahma Sutra, karya Bhagavad Gita turut menjadi teks asas sistem falsafah ini.

Pendukung falsafah Vedanta yang terkenal ialah Sankara (kurun ke-8 Masihi), orang India Selatan. Terdapat dua aliran utama dalam sistem Vedanta iaitu, Advaita (non-dualistic) dan dvaita (dualistic). Sankara mendukung aliran advaita, yang menyatakan atman (jiwa) dan Brahman (Tuhan) bukanlah dua entiti yang berbeza. Sankara menyatakan bahawa dunia ini bukanlah ilusi semata-mata, sebaliknya ialah manifestasi Brahman itu sendiri. Hanya mereka


yang bijaksana dapat melihat kebenaran ini dan sebaliknya, Brahman tidak bergantung kepada rupa dunia luaran.

Jiwa ataupun roh (atman) peribadi merupakan manifestasi Brahman dan Avidya (kejahilan) membawa perasaan ego pada jiwa. Akhiran bagi atman ialah kebebasan dan penyatuan dengan roh duniawi (Brahman). la hanya dapat dicapai melalui kesedaran kerohanian. Kesedaran bahawa atman dan Brahman adalah sama dan satu akan membawa moksha (kebebasan kerohanian).

Ahli-ahli falsafah Vedanta kemudian seperti Ramanuja (tahun 1017-113) dan Madhva (tahun 1199-1278) pula membawa tafsiran yang berbeza dengan Sankara dalam hal Brahman dan Atman. Ramanuja menyatakan bahawa dunia, Atman dan Brahman adalah berlainan tetapi tidak terpisah. Jiwa dan dunia adalah umpama badan Tuhan (Brahman). Maka itu, segala-galanya terdapat pada Brahman, tetapi jiwa individu adalah berbeza daripada Brahman. Aliran Ramanuja pula disebut Visistadvaita-Vedanta.

Madhva percaya akan Dvaita (dualisme), Brahman dan Atman, dan beliau sebenarnya turut menerima kewujudan dunia. Brahman/Tuhan (Vishnu) adalah kuasa tertinggi dan sempurna. Terdapat jiwa individu yang tidak terkira dan jiwa bergantung pada Brahman. Tuhan hanya dapat disedari melalui kitab-kitab Veda. Persepsi, inferens dan testimoni lisan adalah tiga cara untuk mengetahui kebenaran. Aliran Madhva pula dikenali sebagai Dvaita- Vedanta.

15.7 SENI HALUS

Kehidupan orang India lebih terikat pada alam semula jadi dan kesenian. Dalam bidang seni halus, India telah mencapai kecemerlangan pada awal tahun-tahun masihilagi. Bidang muzik,tarian dan drama berkembangmaju. Asimilasi budaya Hindu dan Muslim memberikan sumbangan yang tidak ternilai dalam bidang sent bina, seni ukir dan lukisan di benua kecil India.

15.7.1 Seni Muzik

Dalam seni muzik India, tala atau corak, metrik menjadi asas teori irama. Raga atau corak melodi pula menjadi asas teori melodi. Pemain dram biasanya menjelaskan rangka tala dengan menggunakan pelbagai paluan dengan tangan dan jari di bahagian-bahagian gendang untuk memperbaiki irama yang kompleks. Dalam muzik India, walaupun teori harmoni tidak begitu meluas, mereka mempunyai raga yang lebih kompleks daripada corak melodi Barat. Pada zaman pertengahan, raga telah mempunyai skala komplementari yang disebut ragini. Raga dan ragini digunakan untuk menggambarkan waktu (kala) atau sesuatu musim, perayaan dan emosi. Alat-alat muzik India terbahagi kepada empat kategori iaitu pertama, tata (tali); kedua, avanaddha (dram); ketiga, ghana (solid atau ideophone); dan keempat, susira (angin). Alat muzik India Utara adalah berbeza dengan alat muzik India Selatan. Di India Utara, sitar, sahnai, dan tabala merupakan alat muzik utama. Vinai, natasvaram dan mrdanga, menjadi alat muzik yang penting di India Selatan. Muzik India Utara (Hindustani) dan muzik India Selatan (Karnataka) mempunyai asal-usul dalam teks asas Natya-Sastra dan Sangita Ratnakara.

15.7.2 Seni Tarian

Tradisi kesenian India juga menunjukkan bahawa seni tarian dan sent muzik mempunyai hubungan yang erat. Misalnya tarian Kathak dan muzik Hindustani (India Utara), dan Bharata Natyam dan muzik Karnataka (India Selatan). Manakala taridra pula biasanya dimainkan berdasarkan tradisi-tradisi sastera, misalnya taridra Katakkali yang berdasarkan bahan-bahan epik Purana dan taridra Manipuri pula berdasarkan tema-tema dari Bhagavata Purana dan Gita Govinda.

Natya Sastra merupakan teks tarian India dan dicipta oleh Bharata antara kurun kedua dan keenam Masihi. lanya membincangkan secara keseluruhan tentang drama, cara dan teknik mengatur pentas, bahasa persajakan, emosi dramatik (dari mana munculnya aliran-aliran estetik seperti ala.mka.ra dan rasa). Sanggita Ratnakara, karya ciptaan Sangadeva pada kurun ke-13, walaupun mementingkan muzik, mempunyai satu bab tentang tarian.

Jenis-jenis tarian yang menjadi popular di sesuatu kawasan akhirnya telah diakui oleh keseluruhan masyarakat India dan menjadi warisan bersama. Antara tarian-tarian utama ialah seperti Manipuri iaitu dipersembahkan oleh artis-artis wanita sebagai taridra. Berasal dari Manipur di sempadan India-Burma pada akhir kurun ke-18 dan disebarkan ke seluruh India oleh Rabindranath Tagore padatahun-tahun 1920-an. Bharata Natyam iaitu satu jenis tarian tulen disifatkan sebagai penuh dengan gerakan kompleks, gaya tangan, pernyataan perasaan pada muka, gerakan kaki dan tangan. Bentuk yang terdapat sekarang berasal dari kurun ke-17. lanya dipersembahkan oleh penari-penari istana (rajasadasi) dan penari-penari di kuil (deva dasi). Katakkali iaitu dipersembahkan oleh artis- artis lelaki berasal dari Kerala pada kurun ke-16 dan taridra ini dilambangkan dengan pakaian berwarna-warni. Kathak yang dipersembahkan oleh artis lelaki atau wanita secara solo dan kadang-kadang dipersembahkan oleh dua atau tiga orang penari. la berasal dari India Utara pada kurun ke-14. Tarian-tarian lain seperti Orissi, Mokiniyattam, Bhagavata Mela Nataka, Kutiyattam dan Yaksagana dianggap sebagai tarian-tarian minor.

15.7.3 Seni Drama

Dalam arena drama, ciptaan karya berjudul Natya Sastra merupakan teks drama, muzik dan tarian yang menyumbangkan kepada perkembangan bidang drama. Ciri awal seni drama India berbentuk taridra. Teks ini membincangkan seni


bina teater, konvensi-konvensi pentas, teknik-teknik produksi, persembahan dan artis-artis. Misalnya, teknik koreografi dan pergerakan pentas dapat dilihat dalam sistem-sistem pelbagai pergerakan fizikal dan menyebutkan 13 gerakan untuk kepala, 36 untuk mata, 10 untuk badan dan lain-lain.

Tujuan drama Sanskrit adalah untuk menghiburkan para hadirin (ananda) dengan menyampaikan rasa melalui lapan emosi (Sthay ibhava). Contoh drama- drama seperti ini ialah drama Sakuntala (menggambarkan cinta dan belas kasihan), dan Mudraraksasa (menggambarkan kama). Unsur-unsur falsafah dan dramatik yang dimuatkan menyebabkan sesuatu drama yang dipersembahkan itu mengambil masa tiga hingga lapan belas hari. Misalnya Mattavilasa, drama babak solo kurun ke-7 Masihi dipersembahkan selama lapan belas hari.

15.7.4 Seni Bina dan Seni Ukir

Pada zaman Maurya, bidang seni bina dan seni ukir India berkembang maju. Tiang Asoka merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina dan seni ukir India. Pada zaman Gupta, senibina dan seni ukir mencapai kegemilangannya. Di India Utara, Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva adalah antara lambang kemegahan seni bina India. Ukiran Gua Ajanta dan Ellora serta duit syiling India zaman Gupta membuktikan seni ukir India yang tinggi nilainya. Di India Selatan, kuil batu Mamallapuram yang dibina oleh raja Pallava menunjukkan corak seni bina dan seni ukir kompleks yang mengagumkan. Pada zaman Chola, kuil Brigathiswarar yang dibina di Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina bangunan kuil ini, dan masih menjadi misteri dalam seni bina India.

Dalam bidang seni ukir, India maju dalam seni ukir logam. Pada zaman Muslim (Islam) di India, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang dalam bidang seni bina dan seni ukir. Pembinaan dasar menampakkan sepenuhnya ciri-ciri seni bina Islam tetapi kerja-kerja pengindahan sesuatu bangunan banyak melibatkan ciri-ciri Hindu. Bangunan kuil dewa Govinda; istana Fathpur (dibina pada zaman Akhbar); Taj Mahal danJami Masjid (1644- 58) yang dibina semasa ShahJahan merupakan contoh terbaik yang menunjukkan gaya seni bina dan seni ukir Indo-Parsi.

15.7.5 Seni Lukis

Kesusasteraan India awal menunjukkan bahawa bidang seni lukis India mencapai kemajuan pada zaman tersebut. Dinding Istana dan ruang dalaman rumah golongan berada dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menarik. Kebanyakan kuil gua (cave temples) India dihiasi dengan lukisan bersifat agama. Para pelukis mendapat ilham daripada epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabharata. Gua Ellora, Badami dan Bagh adalah di antara contoh bagi lukisan bersifat agama. Walaupun tujuan utama lukisan Gua Ajanta adalah agama tetapi ianya turut memuatkan unsur-unsur lukisan bersifat sekular.


Dalam zaman Islam pemulihan seni lukisan berlaku di India dan asimilasi seni lukisan menghasilkan gaya lukisan Indo-Sino-Parsi. Akbar telah menubuhkan institusi lukisan untuk menggabungkan gaya lukisan Islam dengan Hindu.

15.8 BIDANG SAINS

Kematangan dan kesempurnaan yang dicapai dalam bidang kerohanian telah merintis jalan bagi orang India memiliki beberapa keistimewaan lain. Ini dapat dilihat dari penemuan-penemuan awal yang telah dilakukan dalam bidang sains. Pengetahuan orang India dalam bidang matematik, astronomi, fizik, kimia, perubatan dan bidang logam merupakan sumbangan yang tidak ternilai kepada perkembangan tamadun dunia.

15.8.1 Ilmu Matematik

Dalam bidang ilmu matematik, pengetahuan mengenai konsep geometri telah berkembang sejak zaman sebelum masihi lagi. Sejak zaman Gupta (319 TM), India telah maju dalam bidang ilmu matematik. Kemajuan ini dapat dicapai oleh orang India hasil pengetahuan yang dimiliki oleh mereka dalam konsep nombor abstrak. Mereka berupaya membezakan nombor abstrak dan nombor kuantiti objek-objek ataupun keluasan ruang. Berbandmg dengan matematik Greek (Yunani) yang lebih bersifat mengukur panjang, lebar dan geometri, India sudah melepasi tahap ini lebih awal lagi. Orang India menggunakan nombor- nombor asas dengan simbol 0 hingga 9 untuk mencipta cara kiraan Algebra asas dan ini membolehkan tamadun India menceburi bidang ilmu matematik yang lebih rumit.

Dalam batu-batu bersurat/inskripsi awal India, tarikhnya tidak ditulis dengan menggunakan simbol-simbol Yunani-Romawi dan Hebrew tetapi telah digunakan sembilan notasi (notation) bagi 9 angka pertama diikuti dengan angka '0' dan '0' menjadi asas bagi menulis 10, 100 dan sebagainya. Inskripsi seumpama ini bertarikh 595 Masihi telah ditemui di Gujarat, India. Pada kurun ke-6, konsep ini sudah pun sampai ke Syria dan juga telah tersebar sehingga ke Indo-China.

Terdapat beberapa karya matematik awal India yang turut menggunakan nombor dalam cara 10 angka. A.ntursLnya.ManuskripBakshali bertarikh kurun ke-4 dan tidak diketahui siapa pengarangnya. Seterusnya karya berjudul Aryabhatiya, ciptaan Aryabhata yang bertarikh tahun 449 Masihi ialah karya matematik yang kedua yang pernah dicipta di India.

Ada sarjana yang beranggapan bahawa sistem perpuluhan yang digunakan dalam matematik adalah ciptaan awal orang Arab. Tetapi anggapan ini salah kerana orang Arab menamakan bidang matematik sebagai Hindisat, ertinya seni India dan ini membuktikan bahawa sistem perpuluhan adalah ciptaan orang India. Sebenarnya orang Arab telah mempelajari seni matematik dari orang India. Ini berkemungkinan besar berlaku menerusi hubungan perdagangan yang kukuh di antara India dan Timur Tengah sejak kurun sebelum masihi lagi. Terdapat juga kemungkinan orang Arab mempelajarinya setelah mereka menakluk Sind, India pada tahun 712 Masihi.

Beberapa penemuan baru yang dilakukan pada zaman pertengahan oleh pakar-pakar matematik seperti Brahmagupta (kurun ke-7), Mahavira (kurun ke-9) dan Bhaskara (kurun ke-12) tidak pernah diketahui di Eropah sehinggakan berlakunya zaman Renaissance (Pemulihan Budaya). Orang India telah mengenali nombor-nombor positif dan negatif, kubus serta kuasa 3. Mereka juga dapat menyelesaikan persamaan kuadratik dan beberapa persamaan. Orang India juga telah memahami trigonometri, geometn bulatan, kalkulus dan sebagainya. Angka 0 (sunya) dan infiniti telah diketahui lebih awal di India berbanding dengan tamadun-tamadun lain.

15.8.2 Ilmu Astronomi dan Kalendar

Jyotisa adalah salah satu bahagian utama Veda. la merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada zaman awal untuk menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan. Berdasarkan perkiraan astronomi muncul kalendar matahari. Pada zaman awal, orang India berjaya menemui 7 planet tanpabantuanteknologiperalatan. Planet-planet tersebut ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Zuhal dan kemudian dua lagi planet ditambah, iaitu Rahu dan Kethu (pusat tenaga) yang berada pada arah bertentangan 180 . 27bintang (nakshatra) turut dikenali dan mempercayai 27 bintang dan 9 planet ini mempengaruhi kehidupan manusia. Kepercayaan inilah yang menjadi asas bagi kemunculan ilmu menilik (astrologi). Bermula pada zaman Gupta, ilmu astrologi berkembang, diterima dan akhirnya, dipercayai oleh semua orang India.

Para sarjana mengatakan terdapat pengaruh seni astronomi orang Mesapotamia (Sumeria) dalam astronomi India. Bagaimanapun, tidak terdapat bukti dan penjelasan yang konkrit untuk memperkukuhkan kenyataan ini. Pakar astronomi Syria, Severus Sebokht (kurun ke-7) telah mengetahui keunggulan astronomi dan matematik India. Beliau berpendapat perkiraan astronomi India adalah sesuai untuk tujuan praktikal dan lebih tepat daripada astronomi Greek- Romawi.

15.8.3 Ilmu Fizik dan Kimia

Pengetahuan mengenai ilmu fizik dan kimia orang India adalah berkaitan dengan agama dan teologi. Konsep jirim muncul berdasarkan intuisi dan logika, dan bukannya eksperimen. Dipercayai bahawa alam semesta terdiri dari gabungan


lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Pengikut Buddha dan Ajivika menolak angkasa. Hampirsemuaaliranagamadi India percaya bahawa unsur-unadr alam kecuali angkasa adalah bercirikan atom. Ilmu atom India adalah lebih tulen dan berdikari dengan sumbangan pakar atom seperti Pakudha Katyayana (sezaman dengan Buddha).

Menurut Jaina, corak percantuman atom yang berbeza menghasilkan elemen-elemen dengan pelbagai sifat. Orang Buddha melihat atom sebagai "occupying minutest space in the minutest time". Mengikut falsafah Vaisesika pula atom-atom membuat satu percantuman diacldsin triad yang primari sebelum bercantum untuk membentuk sesuatu objek bahan. Orang India percaya bahawa elemen-elemen tanah dan air adalah jenis jatuh, api jenis menaik, padu [solid) dan bendalir jenis mengembang dalam panas. Tetapi usaha eksperimen yang sebenar dan saintifik tidak dilakukan dalam bidang ini.

Konsep bunyi ditentukan berdasarkan eksperimen. Latihan bagi meningkatkan kebolehan mendengar dibuat untuk memahami intonasi sebutan mazmur-mazmur Veda dengan lebih tepat. Sejak awal lagi oktaf (octave) dibahagikan kepada 22 sruti (microtone).

Bidang kimia di India lebih tertumpu pada pembuatan ubat. Pengetahuan kimia tidak digunakan untuk mengubah dan menjadikan logam besi kepada emas, seperti yang dilakukan di Eropah. Orang India membuat ubat bagi hidup lama, racun dan antidotnya. Melalui kimia perubatan juga beberapa bahan alkali utama, asid dan garam logam dicipta dengan proses yang mudah seperti pembakaran dan penyulingan. Mereka juga dikatakan sudah mencipta ubat bedil.

15.3.4 Bidang Logam

Dalam bidang pertukangan besi, kemahiran orang India jelas nampak pada Iron Pillar (Tiang Besi) di Delhi yang dibuat pada kurun ke-5. la merupakan sebatang besi 7 meter tinggi dan begitu tulen sehingga tidak berkarat. Mereka berkemahiran dalam bidang ilmu kaji logam dan barangan logam buatan mereka begitu dihargai di zaman Empayar Romawi dan di Asia Barat.

15.8.5 Bidang Perubatan

Pengetahuan perubatan orang India bermula pada zaman Vedik sebagai sent ilmu sihir. Unsur-unsur bidang perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan binatang wujud sebelum tahun-tahun masihi. Teks-teks perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2) dan Susruta (kurun ke-4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen dalam beberapa segi dan lebih maju pada keseluruhannya.

12 comments:

zarif said...

salam..informasi yang sangat baik.saya ingin memohon kebenaran untuk mengambil maklumat di atas untuk salah satu sumber rujukan kertas kerja saya.terima kasih..

Cik bAhagia... said...

saya mohon share admin..untuk buat assignment...mohon admin dianugerahkan rahmat Allah..

Nurul Izzaty Mohd Walid said...

salam admin, mohon share...nk buat assignment...

نور الييانا said...

Assalam...
boleh saya tahu, daripada mana saya boleh mendapat rujukan mengenai entry di atas??

AB said...

mohon share untuk buat assignment...

Appi said...

Salam, terima kasih atas maklumat yang baik;) saya ingin memohon kebenaran untuk mengunakan maklumat di atas sebagai rujukan assignment saya. Terima Kasih

Sahabat Merah said...

salam..mohon share ut bahan assignment..terima kasih

tyha dezz said...

mohon share ye untuk assigment..smoga ilmu yang dikongsi ini mendapat keberkatan ilahi

inori sakura said...

as salam..mohon kebenaran utk ambi maklumat utk rujukan assignment..tQ..

Ains Racd said...

salam...mohon share utk assignment :)

Niroshini Manickumar said...

This is very informative and I would like to humbly request to use this as a part of my assignment, thank you! :)

Datinierahazirah said...

terima kasih...informasi yang lebih jelas...saya ingin meminta izin untuk dijadikan info ini sebagai sumber maklumat.