Wednesday, April 23, 2008

Penilaian Terhadap Tamadun -


Pendedahan kepada pelbagai tamadun sewajarnya telah memberikan pengalaman yang istimewa kepada kita semua. Sebagai ahli masyarakat yang telah sekian lama hidup dalam suasana kepelbagaian tamadun secara turun-temurun, pendedahan ilmiah sebegini sangat perlu demi meyakinkan kita bahawa kehidupan antara tamadun ini perlu terus diperkukuhkan. Pendedahan ilmiah sebegini sepatutnya telah memperkaya pemikiran, sikap dan tingkah laku kita dalam melihat kewujudan tamadun kita sendiri di tengah-tengah pelbagai tamadun lain. Keinsafan dan kesedaran bahawa kita perlu hidup dalam kepelbagaian tamadun akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi realiti atau hakikat ini dengan lebih realistik dan penuh perasaan muhibbah.

Pendedahan ilmiah yang dialami setakat ini juga seharusnya memungkinkan kita untuk membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tabiat tamadun- tamadun ini. Penilaian yang tepat bermaksud kita harus boleh meneruska

perasaan muhibah antara tamadun sekalipun kita masing-masing mengakui wujud perbezaan ketara antara tamadun-tamadun ini. Dengan mengakui perbezaan antara tamadun tidak bermakna kita tidak boleh berdialog atau berbincang mengenai perkara-perkara yang boleh disepakati bersama. Tamadun dan peradaban seperti yang diterangkan oleh pelbagai tamadun yang telah kita pelajan banyak menyentuh persamaan dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia dan kehidupan kemanusiaan. Begitu juga halnya dengan soal alam tabii dan keperluan untuk hidup berharmoni dengan alam tabii.

Perkara-perkara sebegini, walaupun kelihatan kecil dan sedikit tetapi sangat luas dan besar potensinya untuk diperkembang ke arah convivencia sej agat melalui usaha-usaha dialog peradaban atau dialog antara tamadun. Permuafakatan dan persepakatan dalam hal-hal akhlak kemanusiaan dan alam tabii ini pun sudah cukup penting bagi menghasilkan satu bentuk kehidupan yang lebih bermakna pada abad yang mendatang. Sesungguhnya kesemua tamadun yang telah dikaji mengajar kita pelbagai pengajaran yang amat penting bagi umat manusia dewasa ini yang kebanyakannya telah hilang pertimbangan terhadap soal akhlak, moral dan kemanusiaan di samping hilang juga kesedaran tentang keperluan memelihara alam tabu dari bencana yang ditimpakan oleh perbuatan kerakusan manusia itu sendiri.

Sesungguhnya manusia moden seperti kita ini telah banyak melupai hikmah daripada khazanah peninggalan tamadun kita sendiri sehinggakan kehidupan yang kita )alani menjadi begitu keliru dan hilang arah tujuannya. Oleh sebab itu, usaha- usaha mengembalikan hikmah dan khazanah tamadun ini perlulah dipergiatkan oleh generasi hari ini demi menjamin kesinambungan hidup masyarakat manusia di muka bumi ini. Perkara inilah sebenarnya nilai-nilai yang tidak ternilai yang boleh kita peroleh dari pengkajian dan pendedahan mengenai tamadun-tamadun milik masyarakat kita sendiri. Penilaian terbaik yang boleh dibuat oleh kita ialah dengan merasai bahawa kita sendiri adalah sebahagian dari mata rantai tamadun- tamadun tersebut yang perlu kekal dalam rantaian yang telah sedia terbina itu. Penilaian yang kita lakukan mestilah akhirnya akan membawa kita ke satu tahap kehidupan yang lebih beradab dan bertamadun, sesuai dengan semangat dan sikap yang telah dilahirkan oleh tamadun-tamadun yang telah kita pelajari.

21.2 INTERAKSI ASAS TAMADUN ISLAM, TAMADUN ASIA DAN BARAT

Setelah kita menilai tamadun-tamadun yang dikaji serta memahami nilai-nilai terpenting yang perlu kita ambil dan hayati, maka kini perlu pula kita melihat perhubungan tamadun-tamadun sebelah sini dengan tamadun Barat yang dominan hari ini. Tamadun-tamadun sebelah sini sebenarnya telah wujud bersama untuk satu jangka masa yang lama dan kadangkala agak tidak wajar untuk kita membicarakan keperluan mereka untuk berinteraksi. Keadaan ini seolah-olah menggambarkan bahawa sebelum ini seperti tidak wujud interaksi antara tamadun Islam misalnya dengan tamadun Cina dan tamadun India dan begitu juga sebaliknya. Bukti-bukti sejarah telah banyak menjelaskan interaksi antara tamadun- tamadun ini memang telah sedia wujud dari dahulu kala lagi. Malah yang lebih penting ialah bukti kehidupan yang masih hidup, subur dan segar antara masyarakat dan tamadun yang pelbagai inilah yang lebih penting. Masyarakat negara kita yang berbilang tamadun ini telah pun hidup sejak dahulu lagi sehingga ke hari ini dengan penuh interaksi dan perasaan muhibah.

Justeru kita boleh menyatakan bahawa interaksi antara pelbagai tamadun yang kita lalui ini ialah suatu yang realiti dan benar-benar hidup. Oleh sebab itu, hakikat ini perlulah difahami dengan baik supaya kita tahu di mana kita berada dan apakah sebenarnya yang perlu kita lakukan. Dialog peradaban ini atau interaksi antara tamadun ini, jika ia diilhamkan ataupun dipelopori oleh tamadun Barat maka orientasi dan hala tujunya sudah pasti berbeza dengan kita. Tamadun Barat sebenarnya sangat miskin dalam soal pengalaman hidup antara tamadun. Dalam sepanjang sejarah tamadun Barat mereka sangat kurang berpeluang untuk hidup bersama dengan tamadun lain seperti yang dialami oleh tamadun-tamadun sebelah sini. Justeru itu jika mereka berbicara mengenai dialog peradaban sifatnya sangatlah teoritikal dan konjektural. Hakikat ini disebabkan mereka sendiri tidak pernah merasai secara realiti dan praktikal pengalaman hidup dalam pelbagai tamadun.

Hakikat sebegini sebenarnya merupakan satu kekuatan yang tidak wajar kita perkecilkan kerana ia tidak dimiliki oleh tamadun Barat. Menyedari perkara tersebut, orientasi dan hala tuju dialog peradaban kita tidaklah sewajarnya bersifat teoritikal dan konjektural apatah lagi bersifat polemikal seperti yang lazimnya wujud dalam tradisi dialog di Barat. Kita mestilah mengungkapkan aspirasi dialog peradaban kita dengan lebih yakin bila berhadapan dengan tamadun Barat kerana kita lebih ariftentang soal ini. Kita memiliki pengalaman beratus tahun co-exist dengan tamadun-tamadun lain yang tidak pernah dialami oleh tamadun Barat. Justeru tidak wajar bagi tamadun Barat untuk mengajar kita bagaimana mahu berdialog atau bertoleransi sesama kita. Merekalah yang sebenarnya yang perlu diajar oleh tamadun sebelah sini tentang cara-cara berdialog antara tamadun. Kita bukan sahaja perlu menunjuk mereka cara bertoleransi, malah yang lebih penting ialah cara bermuhibah atau berkasih-sayang sesama manusia dari tamadun- tamadun yang pelbagai ini. Sikap seperti inilah sebenarnya yang perlu kita kemukakan terhadap tamadun Barat. Peranan ini juga merupakan sumbangan paling besar yang boleh diberikan oleh tamadun sebelah sini kepada tamadun Barat khususnya dan tamadun manusia umumnya di tengah-tengah kemelut kehidupan yang tidak putus-putus hari ini. Interaksi sebenar antara tamadun dapat dilihat dari perspektif ini.

21.3 DAMPAK BARAT

Sama ada disedari atau tidak realiti yang paling penting pada masa kini, yang mencabar tamadun Islam dan tamadun Asia ialah dunia Barat atau tamadun Barat. Tanpa menyedari kesan dan dampak dunia Barat ke atas kita dengan sepenuhnya, kita tidak akan dapat merancang masa depan kita dengan sebaik- baiknya. Kesan dan dampak dunia Barat ke atas masyarakat Islam dan Asia sangat mendalam sehingga hampir menghilangkan sama sekali ciri-cin pengenalan din (identiti) bagi seseorang Islam atau seseorang Asia. Keseluruhan dunia pada hari ini kelihatan seolah-olah 'sebuah dunia Barat yang besar' (the great western world) yang tidak langsung memperlihatkan identiti selain daripada identiti tamadun Barat.

Pengaruh dunia Barat ke atas seluruh bangsa manusia berpunca daripada sejarah penjajahan yang panjang. Penjajahan Barat mempunyai kesan yang meluas dan mendalam ke atas masyarakat Islam dan Asia sehingga merubah struktur ekonomi, institusi politik dan nilai budayanya. Disebabkan kuasa penjajahan Barat begitu kuat dominasi pengaruhnya, maka masyarakat yang di bawah penjajahan telah mengalami perasaan rendah diri ketara, malah meninggalkan sejarah dan warisan bangsa mereka sendiri. Mereka telah meletakkan tamadun Barat sebagai kemuncak pencapaian ketamadunan manusia. Tamadun Barat merupakan piawai atau kayu pengukur untuk menilai pencapaian masyarakat mereka sendiri. Penjajahan pemikiran seperti inilah sebenarnya kemuncak penjajahan Barat dalam memperkukuhkan dominasinya ke atas bangsa manusia yang lain sehingga hari mi.

Meskipun kini kebanyakan negara atau masyarakat Islam dan Asia telah mencapal kemerdekaan, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara. Bentuk dominasi baru telah muncul sehinggakan dimanipulasi oleh penjajahan yang lampau. Masyarakat Islam dan Asia sukar dikenali dengan ciri- cin kebangsaan yang tersendiri dalam semua lapangan kehidupan sama ada yang berkaitan dengan gaya hidup seseorang sehingga kepada kedaulatan negara dalam membuat keputusan. Kebebasan yang sepatutnya wujud pada sesebuah masyarakat atau negara dalam menentukan haluan kehidupan dan masa depan mereka sendiri telah dikongkong oleh pelbagai bentuk dominasi yang baru.

21.3.1 Dominasi Terhadap Politik

Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang besar selain daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan. Masyarakat yang dikatakan merdeka dalam banyak keadaan yang berkaitan dengan kebebasan membuat keputusan politik terutama di peringkat antarabangsa, masih tertakluk kepada telunjuk kuasa Barat. Sukar untuk dinafikan bahawa politik antarabangsa hari ini didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (superpower) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat. Negara Amerika Syarikat adalah negara terkuat di kalangannya yang mendominasikan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom, Perancis dan China.

Majlis Keselamatan PBB dari satu segi merupakan sebuah badan politik dunia yang terpenting. Bagaimanapun keputusan-keputusan yang dibuat hanyalah sekadar mengesahkan keputusan negara-negara kuasa besar terutama Amerika Syarikat yang mempunyai kepentingan tertentu. Ketika sesuai dengan kepentingannya, Amerika Syarikat akan menggunakan Majlis Keselamatan PBB untuk mencapai objektif-objektif tertentu yang berkaitan dengan polisinya. Pada masa-masa yang lain mereka akan bertindak secara bersendirian membelakangkan Majlis Keselamatan PBB seperti dalam persitiwa pengeboman Sudan dan Afghanistan pada tahun 1998, dengan helah untuk memusnahkan tempat-tempat yang dikatakan sebagai sarang-sarang pengganas.

Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sama ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Khasmir dan lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri mereka sebagai 'polls dunia'. Situasi ini mencerminkan kuasa politik yang mendominasi global. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa politik global disebabkan terutamanya oleh kekuatan ketenteraan atau militari. Setelah perang dingin berakhir dan perpecahan Soviet Union, maka Amerika Syarikat telah muncul sebagai satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi. Negara tersebut memiliki senjata-senjata nuklear yang besar dan senjata-senjata yang tercanggih. Paling menggerunkan senjata-senjata ini dipunyai oleh sebuah negara yang masih mengekalkan semangat jingoisme ke atas masyarakat bangsa- bangsa manusia yang lain.

21.3.2 Dominasi Terhadap Ekonomi

Sekiranya semasa zaman penjajahan sebelum ini penjajah Barat mendominasikan sumber-sumber semula jadi wilayah yang dijajah, maka hari ini keadaan yang hampir sama berlaku. Syarikat-syarikat multinasional dari Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain termasuk juga Jepun telah menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa. Syarikat-syarikat berkenaan telah mendominasikan penggunaan sumber-sumber semula jadi, pengeluaran hasil-hasil perindustrian dan perkembangan Sains dan Teknologi (S&T) sesebuah negara. Tidak cukup sekadar itu, sistem kewangan antarabangsa pula dikawal oleh sejumlah kecil Syarikat-syarikat kewangan gergasi, sekumpulan bank, pedagang-pedagang mata wang dan juga pengurus-pengurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa, yang secara tidak langsung meneruskan dominasi dunia Barat ke atas bangsa-bangsa manusia yang lain.

Pola dominasi ekonomi yang sedemikian disokong oleh institusi-institusi global seperti International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia serta World Trade Organisation (WTO) bersama-sama dengan kumpulan G8. Mereka telah bertindak mencorakkan bentuk ekonomi global sebegitu rupa sehingga segala kepentingan negara-negara perindustrian yang kuat di hemisfera utara mendapat keutamaan mengatasi persoalan kebajikan negara-negara miskin di hemisfera selatan. Masyarakat manusia di negara-negara membangun dan mundur tidak lebih sekadar memenuhi keperluan sumber tenaga manusia untuk mencapai kepentingan mercka dan masa yang sama sumber-sumber semula jadi di negara-negara tersebut dimonopoli secara tidak disedari. Fenomena seperti ini merupakan satu bentuk penjajahan baru yang terselindung di sebalik gagasan perdagangan tanpa sempadan.

21.3.3 Dominasi Terhadap Media

Dunia Barat melalui potensi yang ada dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat telah mendominasikan penyebaran berita antarabangsa. Tidak cukup dalam bidang politik dan ekonomi, dominasi Barat khususnya Amerika Syarikat turut mencakupi media massa. Satu situasi yang begitu ketara mutakhir ini, media cetak dan elektronik yang semakin berpengaruh dikuasai oleh sekumpulan syarikat- syarikat gergasi yang berpusat di dunia Barat. Agensi berita antarabangsa terutama dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang penstiwa-peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Malah sesuatu peristiwa yang berlaku dalam negara di luar dunia Barat senng dicampur dan ditafsirkan untuk penerimaan negara-negara jirannya oleh agensi berita Barat bagi memperolehi kepentingan-kepentingan tertentu. Tegasnya, masyarakat di luar dunia Barat melihat jiran-jiran mercka bahkan mercka sendiri sendiri menurut kaca mata Barat.

21.3.4 Dominasi Terhadap Budaya

Dominasi dunia Barat juga dikaitkan dengan dominasi budaya. Dalam tiga dekad kebelakangan ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeskportan budayanya. Dalam konteks budaya ini, pengaruh yang paling berkesan atau signifikan ialah hiburan. Pada hari ini filem, muzik, nyanyian, kartun dan komik dari Amerika Syarikat telah tersebar dengan meluasnya di seluruh dunia sehingga mempengaruhi cara hidup remaja di seluruh dunia. Selain daripada itu, budaya hidup Barat yang ditonjolkan melalui jenama- janama seperti Cocacola, Me Donalds, Levi's dan lain-lain telah menjadi sebahagian daripada budaya global. Masyarakat manusia di merata tempat telah menyedut dan mengasimilasikan jenis-jenis makanan, pakaian dan hiburan ala- Amerika dalam jumlah yang besar dan belum pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini. Namun bukan sahaja Amerika Syarikat yang telah mengeksport budaya mereka tetapi juga syarikat-syarikat dari Eropah dan Jepun turut mengeksport kartun dan muzik ciptaan Amerika Syarikat.

Berdasarkan kepada keterangan tentang dominasi kuasa Barat dalam bidang- bidang tersebut, dapat diperhatikan penguasaan kuasa Barat yang begitu mencengkam ke atas bangsa-bangsa manusia yang lain termasuklah masyarakat Islam dan Asia. Gergasi media Barat khususnya dari Amerika Syarikat seperti CNN, telah menyesuaikan diri dengan tuntutan dan suasana dalam masyarakat Islam dan Asia di mana mereka beroperasi. Syarikat-syarikat multinasional yang sedang beribu pejabat di Amerika Syarikat telah menjadi global dan segi pengeluaran, pemasaran dan penyelidikan. Pedagang-pedagang mata wang yang terdiri dari pelbagai bangsa dan warna kulit, pada akhirnya tidak mempunyai ketaatan pada mana-mana negara.

Tegasnya, kemelut yang berkaitan dengan dominasi Barat telah menjadi begitu global atau sejagat, sehingga pada hari ini dominasi tersebut tidak lagi mengenali sempadan penempatan geografi atau budayatertentu. Dominasi Barat daripada cara hidup seseorang sehingga kedaulatan politik wujud di mana-mana. Cara hidup Barat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Keputusan- keputusan mereka dalam politik dan ekonomi secara mudah memberi kesan yang besar kepada politik dan ekonomi kita. Mercka telah memakaikan kaca mata mereka kepada kita sehingga kita melihat sesuatu menurut perspektif mereka. Dengan menjadi sebegitu global dunia Barat telah menjadikan diri mereka biasa {neutral) dan mudah diterima di mana-mana sahaja. Menyedari tentang hakikat tersebut, penilaian terhadap kesan dan dampak dunia Barat ke atas tamadun Islam dan Asia bukanlah mudah.

Tidak dapat dinafikan, dari sudut yang positif manfaat S&T yang dikembangkan oleh tamadun Barat begitu ketara kepada kita. Bidang S&T ini telah membantu mengurangkan kemiskinan, meningkatkan taraf hidup dan membawa keselesaan material kepada sebahagian daripada masyarakat manusia. Pertumbuhan dan pekembangan ekonomi pasaran juga telah menambahkan kemewahan golongan menengah di kebanyakan negara-negara di dunia sehingga kepada kadar tertentu. Sebagai kesan daripada pengaruh tamadun Barat juga, idea dan institusi yang berkaitan dengan demokrasi seperti kebebasan individu, hak menyuarakan bangkangan, akauntabiliti awam, perwakilan parlimen yang dipilih rakyat dan kehakiman yang bebas telah mempengaruhi kebenaran di peringkat global. Duma Barat Juga bertanggungjawab menimbulkan kesedaran yang bertambah-tambah berhubung persoalan-persoalan ini dalam tamadun Islam dan Asia.

Namun dalam konteks tersebut juga terdapat kesan-kesan yang negatif. Kemunculan sistem ekonomi pasaran global yang mengutamakan negara-negara perindustrian kuat yang kebanyakannya terletak di dunia Barat, sebahagiannya bertanggungjawab terhadap kemiskinan yang berterusan terhadap golongan tertentu manusia. Jurang pemisahan antara golongan yang berada dan tidak berada semakin melebar. Pada tahun 1960 nisbah pendapatan antara 20 peratus yang golongan teratas dan 20 peratus yang golongan terbawah dalam dunia ialah 1:30. Kemudian pada tahun 1994 nisbah ini semakin melebar kepada 1:78.

Bukan sekadar permasalahan kemiskinan dan jurangperbezaan kaya-miskin. tetapi juga pemusatan kuasa di Barat terutama di Amerika Syarikat telah mencipta satu cengkaman ekonomi global yang menjadikan perdagangan senjata dan dadah lebih menguntungkan daripada perdagangan komoditi dan perkhidmatan yang member! manfaat kepada manusia. Malah lebih parah lagi apabila dalam ekonomi global han ini, spekulasi mata wang dan kewujudan suasana perjudian telah berleluasa di seluruh dunia yang secara tepat dinamakan sebagai 'kapitalisme kasino'. Melihat kepada situasi tersebut, bagaimana boleh wujud kesaksamaan dalam konteks ekonomi di dunia hari ini.

Sesungguhnya ekonomi global yang dipupuk dan ditaja oleh dunia Barat tidak mungkin dilestarikan. Banyak tempat di merata pelosok dunia ini telah mengalami kepupusan sumber semula jadi dan pencemaran persekitaran yang teruk. Demikian juga keadaannya bila sesebuah masyarakat begitu didesak oleh tekanan pertumbuhan ekonomi yang menggila, tekanan sosial dan psikologi turut bertambah-tambah justeru memberi kesan yang buruk kepada institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan. Sama ada disedari atau tidak keadaan yang seperti ini sudah pun berlaku dalam masyarakat Islam dan Asia di tempat-tempat tertentu.

Sekiranya kita melihat kesan pengaruh Barat ke atas sistem pemerintahan dan politik, meskipun semangat demokrasi tersebar, sistem politik global di dominasikan oleh Barat. Pada hari ini kuasa Baratlah sebenarnya yang tidak demokratik dengan membelakangkan kehendak masyarakat dunia melalui kuasa veto yang diberikan pada lima negara kuasa besar. Kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat boleh mencabuli undang-undang antarabangsa tanpa sebarang pembalasan (impunity). Contoh yang begitu ketara ialah siri-siri pengeboman ke atas Iraq. Majoriti manusia tiada lagi suara untuk menentukan nasib masa depan merekasendiri.

Dari satu sudut budaya dan tamadun bukan Barat bahkan bukan Amerika Syarikat, sebenarnya tidak banyak peranan besar pada tahap global. Budaya dan tamadun lain sememangnya begitu takut kepada kuasa penyamarataan (homogenising) yang dimiliki oleh budaya Amerika Syarikat yang sangat dominan. Oleh sebab itu, perjuangan untuk menjaga dan meneruskan kepelbagaian budaya dan tamadun merupakan satu terna perjuangan yang harmoni dengan agama Islam dan agama- agama Asia yang lain. Tema ini akan menjadi cabaran yang terpenting pada masyarakat Islam dan Asia dalam abad ke-21 akan datang.

21.4 CABARAN PERADABAN ABAD KE-21

Dominasi dan cengkaman segelintir manusia, selalunya ke atas yang golongan lebih ramai dalam semua bentuk manifestasi budaya, pemikiran, maklumat, ekonomi, kewangan, teknologi, ketenteraan dan politik akan menjadi cabaran terpenting yang bakal dihadapi oleh manusia dalam abad ke-21 nanti. Bagi memahami sifat dominasi ini dan akibatnya ke atas tamadun manusia merupakan satu masalah yang besar kerana dominasi sedemikian telah dianggap sebagai biasa atau normal. Disebabkan hakikat tersebut, sepanjang perjuangan menentang dominasi ini, kita terpaksa menekankan persoalan keadilan kerana dominasi yang meletakkan kuasa di tangan minoriti merupakan ketidakadilan yang sangat nyata. Ketidakadilan seperti ini merupakan pengabaian hak dan kesejahteraan manusia di mana-mana.

Kesejahteraan masyarakat manusia seluruhnya dan bukannya kepentingan sesuatu tamadun seharusnya menjadi tema perjuangan masa dalam menghadapi dominasi kumpulan teratas (elit). Kesan buruk segala bentuk dominasi akan dirasai sehingga ke peringkat global. Dengan pembesaran jumlah dan jenis persenjataan oleh sesebuah kumpulan elit dalam sesebuah negara, telah mendorong mereka menyalahgunakan sumber kekayaan sesebuah negara. Sumber kekayaan tersebut sepatutnya digunakan untuk perancangan yang mementingkan rakyat seperti pendidikan, kesihatan, kebajikan masyarakat dan kemudahan asas awam. Situasi ini benar-benar telah berlaku sama ada di India mahupun di kalangan kuasa- kuasa besar dunia seperti Amenka Syarikat.

Seperti juga manipulasi pasaran kewangan oleh para spekulator mata wang akan merosakkan ekonomi negara maju seperti Jerman, samalah juga dengan negara membangun di Asia seperti Thailand dan Malaysia. Penghomogenan (homogenesation) budaya Amerika Syarikat merupakan satu ancaman sama ada kepada budaya Perancis yang menjadi ciri penting tamadun Eropah ataupun tamadun Turki yang menjadi ciri penting tamadun Islam. Keadaan ini menunjukkan bahawa cabaran yang berpunca daripada kesan dominasi akan menjejaskan manusia di mana-mana sahaja. Oleh sebab itu, seluruh masyarakat manusia mesti menentang dominasi tersebut. Mereka mesti membina kesedaran dan bergerak secara berkumpulan untuk menentang dominasi oleh segelintir manusia tertentu.

21.4.1 Kepentingan Dialog Peradaban

Satu syarat yang cukup penting ke arah membina kesedaran ialah melalui sesi- sesi dialog di semua tempat. Dalam sesi dialog tersebut, manusia mesti sedar bahawa setiap agama, budaya dan tamadun masing-masing mengandungi nilai dan pandangan semesta yang menekankan kesatuan, kejujuran, maruah dan kebebasan manusia. Kesemua nilai dan pandangan semesta tersebut begitu bertentangan dengan tindakan dominasi. Melalui sesi dialog di kalangan manusia di mana-mana sahaja, masyarakat Islam, masyarakat Asia dan lain-lain dapat membina satu bansan bersama untuk menentang dominasi oleh sekumpulan kecil manusia terutama kuasa Barat dan bonekanya.

Sesi dialog antara manusia dalam pelbagai budaya dan tamadun juga banyak membawa manfaat yang lain. Han mi seluruh manusia menghadapi pelbagai masalah yang besar seperti pencemaran alam sekitar, pemupusan sumber alam. keretakan perhubungan dan perpaduan dalam masyarakat, perpecahan hubungan keluarga, penyalahgunaan kuasa dan rasuah, penyalahgunaan dadah dan kedurjanaan penyakit AIDS. Kesemua kemelut ini memerlukan penyelesaian daripada manusia. Kemelut ini telah melanda seluruh dunia tidak terkecuali kepada masyarakat yang berada di dunia Islam dan Asia.

Sesungguhnya kebanjiran masalah yang dihadapi oleh manusia masa kini merupakan kesan daripada krisis nilai. Hidup secara harmoni dengan alam sekitar semula jadi yang tidak lagi diutamakan telah membawa kepada krisis alam sekitar. Kasih sayang dan hormat-menghormati yang sudah hilang kekuatan moralnya dan sentiasa tercabar dalam rumah tangga moden telah melunturkan ketahanan hubungan kekeluargaan. Nilai etika yang telah diketepikan dalam ekonomi hari ini telah melahirkan 'kapitalisme kasino' yang merebak secara global. Bila persoalan memberi perkhidmatan tidak lagi menjadi tanggungjawab utama politik, maka kesempatan berkuasa dilihat sebagai satu peluang terbuka untuk memperolehi kekayaan dan kepentingan diri. Disebabkan perasaan rendah diri dan pengorbanan telah dipencilkan dalam kehidupan peribadi dan masyarakat, maka sifat tamak dan takbur (ego) menjadi semakin dominan dalam masyarakat.

Tamadun Islam dan tamadun Asia sentiasa menekankan penolakan terhadap sifat tamak dan kepentingan diri. Dalam sistem falsafah tamadun-tamadun ini, nilai-nilai sejagat, kerohanian dan moral sentiasa diutamakan. Persoalan etika tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan. Setiap bidang dalam masyarakat menurut pendinan Islam dan tamadun-tamadun berasaskan agama yang lain mesti diasaskan di atas nilai-nilai moral. Ke arah melahirkan nilai moral dalam masyarakat kita yang berbilang agama, etnik dan kebudayaan mesti diadakan sesi dialog yang berterusan di kalangan kita semua. Tanpanya kita tidak mungkin dapat membentuk benteng moral yang kukuh. Bila manusia menyedari nilai-nilai yang mereka kongsi bersama dalam pemermtahan dan politik, ekonomi dan pengurusan sumber, keluarga dan masyarakat, kesihatan dan pendidikan, sains dan teknologi, maka ikatan dan perasaan saling hormat-menghormati, mempercayai dan perpaduan akan tumbuh dan membesar dalam masyarakat yang pelbagai etnik, budaya dan agama.

21.4.2 Ke Arah Memperkembangkan Dialog Peradaban

Demi untuk membina dan mengukuhkan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama dalam tamadun Islam dan tamadun Asia hendaklah diadakan sesi dialog dalam semua penngkat masyarakat. Umversiti atau Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah- sekolah boleh memainkan peranan yang penting. Pengajian mengenai tamadun Islam dan tamadun Asia mesti dimasukkan dalam kurikulum di peringkat sekolah lagi. Pertubuhan agama dan budaya hendaklah menjadikan sesi dialog sebagai agenda utama dalam kegiatan-kegiatan mereka. Sesi dialog juga mesti menjadi perkara utama dalam pertubuhan-pertubuhan belia. Akhbar dan majalah popular pula mesti memperkenalkan ruang-ruang yang ditumpukan kepada dialog peradaban. Program di radio dan televisyen yang membicarakan tema itu sudah pasti akan meningkatkan lagi usaha ini.

Namun begitu, sesi-sesi dialog demikian melalui media massa dan sistem pendidikan tidak akan berjaya tanpa disertai oleh dialog tentang kehidupan sebenar. Manusia yang hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama mesti digalakkan untuk bergaul, berkenalan dan memahami serta berkongsi kegembiraan dan kedukaan, harapan dan kebimbangan antara satu sama lain. Menghidupkan situasi seperti inilah sebenar-benarnya dialog, iaitu dialog dalam kehidupan. Tanpa dialog seumpama ini, usaha dialog peradaban pada tahap akal dan minda sahaja, tidak membawa sebarang kesan bermakna.

Seharusnya diakui dialog peradaban pada tahap mana sekalipun akan menempuhi halangan yang kuat. Dalam sebarang masyarakat tentunya terdapat elemen yang menganggap dialog peradaban sebagai ancaman terhadap kepentingan mereka. Golongan ini terdiri dari kalangan mereka yang berpandangan sempit, penuh kebencian dan permusuhan terhadap budaya dan agama lain serta menebal kejahilannya terhadap manusia selain daripada mereka. Golongan seperti ini tidak akan menerima dengan senang hati terhadap dialog peradaban. Terdapat juga golongan yang melihat dialog peradaban sebagai kegiatan terawang (esoterik) semata-mata. Bagi mereka ada lagi kegiatan penting dan pragmatik yang perlu untuk diberi keutamaan.

Biar apapun bangkangan terhadap dialog peradaban, namun seharusnya disedari bahawa tidak akan wujud satu masa yang paling baik dalam sejarah untuk memperkenalkan dialog peradaban. Pada hari ini, kebangkitan gerakan agama mula bertapak di dunia Islam dan juga beberapa tempat di Asia yang lain. Dengan lain pengertian, kebangkitan gerakan keagamaan menjadi satu fenomena global. Lambang dan simbol agama, upacara dan peristiwa serta nilai dan prinsip yang ditunjangi oleh agama semakin diterima oleh masyarakat yang beberapa dekad terdahulu tidak menerimanya. Kebangkitan agama member! peluang kepada kita untuk memulakan dan mengembangkan dialog peradaban. Hujahnya sangat jelas, berdasarkan sejarah tamadun-tamadun tradisional, tamadun Islam dan tamadun Asia yang lain begitu berkait rapat dengan agama masing-masing.

Pelbagai agama dan tamadun tidak boleh tidak mesti menjalankan dialog apatah lagi dalam zaman teknologi komunikasi yang telah berupaya untuk mendekatkan manusia daripada merata pelosok dunia, iaitu satu keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum daripada ini. Kini penghuni dunia pada penghujung abad ke-20 ini lebih sedar akan kewujudan penghuni yang lain, iaitu masyarakat manusia daripada pelbagai agama dan tamadun berbanding dengan masyarakat manusia sebelum mi. Sekiranya kita tidak berusaha berdialog dan mengenali antara satu sama lain dalam suasana kita disemukakan sebegini, maka kejahilan kita bersama akan berubah kepada saling membenci antara satu sama lain. Fenomena ini boleh membawa kepada ketegangan dan konflik yang besar.

Melihat kepada perkara-perkara diterangkan atas, kita mesti membuat pendinan untuk berdialog antara satu sama lain. Pilihan yang diberikan begitu mudah, sama ada kita memilih untuk berdialog dan seterusnya hidup bersama.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my

W: http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments: