Pengaruh Tamadun Islam Ke Eropah

PENGARUH TAMADUN ISLAM KEATAS MASYARAKAT EROPAH

Pendahuluan
Menurut Abu Bakar Hamzah (1987:10) perkataan Tamadun berasal dari perkataan arab seperti Hadharah iaitu peradaban, Umran merujuk kepada kemajuan dan Thaqafah iaitu kebudayaan.Menurutnya lagi tamadun lahir seiring, sejalan dan serentak dengan perkembangan kehidupan manusia semasa dalam bentuk pemikiran atau kebendaan.Tamadun Islam merupakan Tamadun yang didirikan oleh masyarakat Muslim bermula dari abad ke 7M hingga kini.Ia juga merupakan tamadun yang sepadu.Mengapa dikatakan sepadu?Ini adalah kerana ia menitikberatkan penekanan kemajuan dari aspek kerohanian dan juga kemajuan dari aspek kebendaan.Dalam tempoh tersebut pelbagai bangsa seperti Arab, Parsi, Turki, India dan lain-lain telah sama-sama bergabung di bawah naungan Islam kearah membina sebuah tamadun yang agung hingga munculnya Bandar-bandar dan kota-kota terkemuka suatu ketika dulu seperti Madinah, Baghdad, Cordova, Iskandariah dan lain-lain.Dimana bandar –bandar ini telah menjadi pusat tumpuan dunia dalam hal-hal keilmuan, pendidikan, perubatan, kesusasteraan dan sebagainya

Bukan itu sahaja malah tamadun Islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilaidari segi kemanusiaan terutamanya.Tamadun Islamlah yang telah berjaya meletakkan manusia sesuai dengan martabatnya.

Mengeluarkan manusia dari kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam yang terang benderang bukanlah sesuatu yang mudah, dimana sinarannya bukan sahaja menerangi Tanah Arab tetapi juga seluruh Eropah dan seluruh pelusuk Adam.Insyaallah…
Ciri-ciri Tamadun Islam
Dalam usaha untuk mencapai matlamat Tamadun Islam terdapat beberapa ciri diantaranya;
1. PENGAJARAN DALAM AL-QUR’AN
-Seperti yang kita sedia maklum Al-Qur’an merupakan Perlembagaan bagi seluruh ummah dan Islam sebagai ad-din yang memainkan peranan besar dalam kecemerlangan Tamadun Islam.Ianya jelas dibentuk oleh ajaran Al-Qur’an itu sendiri melalui akidah, syariah dan akhlak.Semua ajaran di dalamnya sebagai panduan yang lengkap dan sempurna ;tidak dapat dibantah walaupun satu ayat.Ia juga merupakan petunjuk yang konkrit sepanjang zaman serta sesuai dengan sesiapa saahja kerana al-Qur’an itu sebagai manual kepada manusia, dimana pendidikan Islam memainkan peranan yang terpenting sebagai panduan untuk mencapai kecemerlangan tamadun Islam.

2. MEMPERTINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN DAN PENGGUNAAN TULISAN
-Islam amat menggalakkan umatnya menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin sepanjang hayatnya;sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud “Dari Rasulullah saw bersabda “tuntutlah ilmu sejak dari dalam buaian sehingga ke liang lahad”.Tujuan menuntut ilmu pengetahuan ialah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya, di samping memakmurkan alam dalam semua aspek.Negara yang bertamadun adalah mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan ilmu pengetahuan.Sebagai contoh:kebangkitan kecemerlangan tamadun Islam negara Sepanyol pada abad yang ke 8 kerana pemimpin Islam pada ketika itu cinta kepada ilmu pengetahuan ;walaupun keseluruhan negara Barat lain masih dalam ‘dark ages’ atau zaman kegelapan.


3. KEMUNCULAN BANDAR-BANDAR BARU
-Pada peringkat permulaan Islam hanya bandar Mekah dan Madinah sahaja yang ditadbir dan dibangunkan.Berkat keredhaan Allah SWT yang dikurniakanNya kepada pentadbir-pentadbir pada ketika itu, hanya selang beberapa tahun kemudian, Islam telah mengembangkan sayapnya secara meluas ke negara-negara lain seperti Afrika Utara, Afrika Tengah, di barat iaitu Sepanyol dan Pulau Sicily.Sebahagian besar penduduk-peduduk di negara tersebut telah memeluk Islam dan saling bekerjasama dalam pembangunan tamadun Islam.Akhirnya muncullah bandar-bandar baru yang membangun di sana-sini yang amat mengkagumkan dunia;tanpa mengabaikan ciri-ciri keislaman seperti bangunan Masjid, Perpustakaan dan Istana

4. KESEPADUAN UMMAH
–Walaupun masyarakat dalam pelbagai negara yang berada di bawah naungan Islam merupakan masyarakat majmuk yang berlainan bangsa dan budaya, tetapi mereka saling membantu bekerjasama untuk menaikkan taraf kehidupan bertamadun ke peringkat yang lebih dinamik dalam semua aspek ;baik dari segi rohani mahupun jasmani.Kesepaduan demikian akhirnya membawa kecemerlangan tamadun Islam secara keseluruhannya.Sebagaimana pepatah melayu berkata: “Bersatu teguh bercerai roboh”, dimana akhirnya turut sama-sama membentuk sebuah masyarakat Islam yang aktif dan maju.Perbezaan peranan yang dimainkan melahirkan pembahagian kerja seterusnya wujudlah suatu bentuk ekonomi bandar.

5. MEMPUNYAI SENIBINA TERSENDIRI
-Senibina dalam tamadun Islam mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan bandar-bandar.Menurut Prof..Dr J. A. Toyndee mengatakan bahawa tamadun Islam adalah tamadun bandar. Ianya sebagai senibina yang terbaik dan sempurna, kerana lahirnya di bandar-bandar

yang di bina oleh Islam.Walaupun demikian, senibina Islam ini tidak pula mengabaikan aspek ketuhanan.Dalam kategori ini termasuk juga kesenian halus seperti seni Khat dan seni awan larat.Kedua-dua jenis ini di gunakan untuk menghiasi kulit kitab, bangunan-bangunan, dewan-dewan dan seumpamanya, dimana ianya menjadi keagungan generasi berikutnya.

6. KEWUJUDAN NEGARA ISLAM
-Menurut sebahagian penulis-penulis antarabangsa, Islam adalah satu ciri tamadun Islam yang tidak boleh dipertikaikan kerana sebarang aktiviti orang Islam hanya boleh dilakukan dengan bebas di dalam negara Islam.

Islam di Sepanyol
Sepanyol adalah sebahagian dari Eropah. Daerah pertama kali dipanggil Iberia.Kemudian namanya dikenal pula dengan Asbania iaitu sewaktu bangsa Rumawi menduduki daerah itu pada abad kedua Masihi.sesudah itu sewaktu bangsa Vandal menduduki bahagian selatan daerah itu, ia dinamakan pula dengan Vandalisia dan apabila kaum Muslimin menduduki daerah itu mereka menyebutnya dengan Andalus.
Sepanyol pernah berada di bawah pemerintahan umat Islam selama kira-kira hampir lapan abad iaitu dari penaklukan yang di mulai pada tahun 92 Hijrah bersamaan dengan tahun 711 Masihi sehingga jatuhnya kota Granada pada tahun 897 Hijrah bersamaan dengan tahun 1492 Masihi.
Pada masa pemerintahan umat Islam di daerah itu banyaklah pembaharuan-pmbaharuan dan pembangunan yang dilakukan oleh mereka dalam segala aspek kehidupan.Hasil dari pembangunan tersebut Sepanyol telah menjadi suatu daerah yang terkenal dan harum namanya diseluruh

Dari ibu kota Cordova dan kemudiannya Granada terpancarlah sinar kebudayaan dan peradaban ke Eropah, dan kemudiannya memberikan kemajuan kepada bangsa-bangsa Eropah.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAMADUN ISLAM KEATAS MASYARAKAT EROPAH

1) FAKTOR ISLAM ITU SENDIRI
-Kegemilangan tamadun Islam adalah bepunca daripada ajaran Islam itu sendiri; di mana Al-quran dan Al-Hadis sebagai sumber rujukan utama.Dengan kemunculan awal Islam di Mekah dan tertubuhnya negara Islam yang pertama di Madinah, maka secara keseluruhan dapat mengubah cara hidup masyarakat Arab yang sesat, jahil dan tidak beradap kepada cara hidup yang beradap dan bertamadun dalam semua aspek, antara lain:
-Perubahan dari penyembahan pelbagai tuhan kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T.Mereka telah meninggalkan kesesatan akidah, menuju akidah tauhid, dengan hanya menyembah Allah SWT yang Maha Esa dan Nabi Muhammad adalah sebagai pesuruhNya.Sebagaimana firmanNya dalam surah Al Hujuraat, ayat 15 seperti berikut: -Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah SWT dan rasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar”

perubahan masyarakat Jahiliah daripada hidup berpuak-puak kepada bersatu padu.Lazimnya berlaku di kalangan mereka, si kuat menindas si lemah, seperti kata pepatah “sesiapa yang kuat, mak mereka itulah yang kudrat.”Begitulah amalan masyarakat Jahiliah sepanjang masa.Kedatangan Islam mampu mengubah keadaan masyarakat demikian kepada kesepaduan ummah tanpa mengira suku, kaum, bangsa dan keturunan, asalkan beragama Islam.Mereka
semuanya bersaudara iaitu saudara seagama Islam.Mereka berpandukan kepada Al-Quran dan Al-hadis.
-Perubahan masyarakat jahiliah daripada gemar meminum minuman keras kepada minuman yang menyegarkan dan menyehatkan badan.Firmannya Allah SWT dalam surah Al Maidah, ayat 90 sebagai berikut:
-Maksudnya:
-“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (minuman) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib (dengan panah) , adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan.Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”

-Perubahan masyarakat jahiliah daripada suka melakukan perzinaan kepada pernikahan yang dibenarkan Islam daripada hidup bebas kepada hidup yang berperaturan.
-Maksudnya:
“Dan janganlah kamu mendekati zina: sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

2) FAKTOR GALAKAN PEMIMPIN DAN SIKAP UMMAH.
-Yang menjadi tunggak tamadun Islam yang kedua ialah faktor hubungan timbal balik antara galakan pemimpin dan sikap ummah itu sendiri.Usaha dan peranan mereka amat diperlukan

untuk meneruskan kesinambungan peranan yang telah dimainkan oleh faktor Islam itu sendiri.Semenjak dari perutusan Rasulullah SAW sebagai ketua agama dan pemimpin negara.Islam tidak pernah mengalami ketandusan pemimpin walau zaman kemunduran sekalipun.Mereka sentiasa di hormati oleh masyarakat sekeliling disebabkan peranan mereka
menyelamatkan rohani dan meningkatkan keimananan ummah sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT sehingga datangnya zaman kebangkitan Islam.Dengan itu jelas apa yang telah dididik dan diasuh oleh Rasulullah saw terhadap ummah telah membuahkan hasil terhadap pemikiran pemimpin pelapis yang mempunyai akidah yang teguh, memiliki akhlak yang mulia, memperlihatkan kepimpinan yang unggul.Sebagai contoh;
 Saidina Abu Bakar r.a.Ketokohan beliau sebagai seorang ahli politik Islam yang terkenal, dapat dilihat menerusi kejayaannya menyatukan kembali umat Islam yang berpecah sebaik sahaja berita kewafatan Rasulullah tersebar

3) KESTABILAN SOSIO-EKONOMI DAN SOSIO POLITIK ANDALUS
-Pengajaran Al-Qur’an dan Al-Hadis tentang pentingnya ilmu pengetahuan serata galakan dan usaha gigih para pemimpin, bukan sahaja umat Islam mampu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan, bahkan telah membawa kesan dengan peningkatan kestabilan sosio-ekonomi dan sosio politik sejagat.Kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Andalus turut menjadi penyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan.

-FAKTOR PENGALIRAN ILMU ISLAM KE EROPAH
Para sejarawan telah sepakat bahawa terdapat beberapa faktor yang mendorong pengaliran ilmu-ilmu pengetahuan islam ke Eropah iaitu hubungan diplomatik, , aktiviti penterjemahan, pembukaan Pulau Sicily, pembukaan Pulau Andalus (Sepanyol) dan Perang Salib.
a) Hubungan Diplomatik.
-Sejarah telah mencatatkan bahawa telah wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dengan negara Islam.Islam mengajar umatnya supaya berinteraksi antara satu sama lain baik berinteraksi secara vertikal deengan Allah SWT, mahupun berinteraksi secara horizontal sesama manusia dengan sesama makhluk Allah.Islam juga menyuruh umatnya mengutamakan perdamaian atau menerima perdamaian, jika diminta berbuat demikian oleh musuh, tetapi hendaklah berwaspada dan berserah kepada Allah SWT.Firman Allah dalam surah Al-Anfal, ayat 61 yang bermaksud;
“dan mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Dia Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui”

2) Aktiviti penterjemahan
Dalam masa peperangan Salib telah wujud hubungan kebudayaandan tamadun antara pihak Kristian dan Muslimin secara langsung atau tidak langsung.Kehadiran orang-orang Kristian di Eropah di negeri-negeri Islam, menyebabkan mereka banyak memperolehi pengetahuan dari tamadun Timur melalui interaksi mereka dengan orang-orang Islam dineeri-negeri dimana mereka berada.Mereka melihat secara langsung ketinggian tamadun Islam dalam pelbagai bidang Ilmu
pengetahuan, antara lain: bidang perubatan, pertanian, pendidikan, arkitektur, ketenteraan dan sebagainya

Orang-orang Eropah menetap di negeri-negeri Islam mengambil unsur-unsur tamadun Islm daan kemudiannya mereka bawa pulang kenegeri masing-masing.Semenjak mereka mengenali kecemerlangan tamadun Islam pada lingkungan abad ke 11 Masihi, maka makin tinggilah keinginan mereka untuk menyerap tamadun dalam kehidupan mereka sehari-sehari
Setelah mereka berfikir bagaimanakah caranya supaya ilmu pengetahuan yang berguna itu masuk ke Eropah lebih cepat, golongan cendikiawan di kalangan mereka sependapat bahawa cara yang terbaik ialah penterjemahan.

Usaha penterjemahan tersebut, sebahagian besarnya dilakukan oleh cendikiawan di Universiti Islam di Sepanyol, Sicily dan cendikiawan Islam di Universiti Islam di Timur.Usaha penterjemahan buku berjalan pesatnya kerana mereka mempunyai pengetahuan kemaampuan untuk menterjemahkan buku-buku bahasa Arab ke dalam Bahasa Latin dan bahasa Eropah yang lainnya.

Usaha seperti ini berlangsung selama dua abad sehingga akhir abad ke-13 Masihi.Bangsa Eropah mempergiatkan lagi bidang ini dan mendirikan Institusi penterjemahan yang berfungsi sebagai institusi akademik, contohnya seperti;
a) Institusi penterjemahan di Toledo.Penterjemah yang aktif dalam institusi ini antara lain;
-Ibrahim Ibnu Daud (1190) seorang Yahudi
-Herman (1272) warganegara Jerman
-Gerard (1187) dari Itali
yang mana mereka ini menterjemahkan bidang falsafah dan sebahagian kecil dalam bidang sains dan teknologi.
b) Institusi penterjemahan di Palermo ibu negeri Sicily.Kaisar Faderick 11 amat menggalakkan usaha penterjemahan.Beliau mengirim para ilmuan untuk mencari buku ke perpustakaan di Timur Islam untuk diterjemahkan kedalam bahasa Latin dan bahasa Eropah lain.Diantara buku yang menarik perhatian Kaisar ialah karya Ibnu Rusyd dan melantik Michael Scott (1235M) untuk menterjemahkannya.
Diantara buku Sains yang diterjemahkannya ialah;
a) “Al Madkhal ila-ilm Hayat al Aflak” karya Al Farghani yang diterjemahkan kedalam bahasa Latin oleh Yohannes Hispalensis dan Gerard pada tahun 1135M
b) “Al Tarikh Al Jalali” karya Umar al Khayyam diterjemahkan kedalam bahasa Eropah dan Latin.
c) Ibnu Nafis terkenal sebagai seorang doktok yang pertama kali menemui pengaliran darah.Orang yang boleh menyamai kepakarannya ialah seorang pakar bedah Islam di Sepanyol yang bernama Abu Qasim.Penemuannya itu mendahului 400 tahun berbanding dengan pakar Eropah yang bernama Hervey dan Michael Servet.Penemuan beliau di bidang ini amat mempengaruhi doktor-doktor Eropah seperti Ambroise Pare 1517-1590 dan Percivall Pott 1713-1788M.

3) Perang Salib
Peperangan Salib berlaku sebanyak 8 kali dalam masa 2 abad diantara tahun 1097-1292M bersamaan tahun491-692 Hijrah.Perang Salib diambil dari nama ‘Salib’ sebagai lambang orang-orang Kristian.Dengan sebab itulah ramai beranggapan bahawa peperanganini juga dikatakan peperangan ‘agama’.Sebenarnya jauh dari itu bukan faktor agama sahaja yang menyebabkan
berlaku peperangan, malah wujud sebab –sebab lain yang lebih banyak.Menurut Prof.Dr.Ahmad Shalaby (1975:1-6) mengatakan diantara sebab-sebab itu ialah:
1) sebab-sebab perdagangan
i. -ahli-ahli perniagaan Eropah sanggup mengeluarkan wang dan senjata untuk membantu peperangan Salib kerana mereka berkeinginan supaya dapat menakluki sesetengah dermaga-dermaga di sepanjang pantai Timur dan selatan Laut Mediterranean, terutama di Venice, Genoa dan Pisa.Tujuannya ialah supayadermaga-dermaga tersebut menjadi pusat perniagaan mereka di Timur dan wujud kesinambungan di antara perniagaan Eropah dengan perniagaan di Timur melalui jalan-jalan ini
ii. Perang Salib berlaku di Manzikert, Byzantin.
-Pada tahun 1071M telah berlaku satu pertempuran antara orang Islam yang dipimpin oleh Ali Arsalam dengan Emperor Rumanos IV bagi pihak Byzantin di Manzikert. Pertempuran ini merupakan satu pertempuran yang terbesar pernah berlaku di antara Islam dengan orang kafir.Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan Islam.

SUMBANGAN ISLAM KE ATAS TAMADUN EROPAH

1) Perubatan.
Apabila disebut ‘Perubatan Islam’ramai orang tertanya-tanya apakah sebenarnya maksud perkataan itu.Ada pula yang berpuas hati dengan fahaman mereka sendiri.Ramai pula yang tidak menyedari akan adanya sumbangan-sumbangan penting dan tokoh-tokoh pengamal perubatan Islam.Sementara itu pula terdapat beberapa buah buku karangan orang barat yang kononnya menulis tentang perubatan Islam, tetapi sayangnya tidak memberi gambaran yang begitu tepat akan fakta-fakta yang sebenarnya.misalnya ada beberapa “ pendapat” dari Barat yang mendakwa bahawa perubatan Islam Arab hanyalah tiruan dari Tamadun Yunani Purba semata-mata, dan peranan orang Arab pada masa itu hanyalah sebagai pengawet atau penyimpan ilmu-ilmu purba ini untuk diserahkan atau dipindahkan kepada orang Barat untuk perkembangan selanjutnya.

Pada mulanya ilmu ini telah dicedok dari pengaruh Tamadun Kuno dan kemudiannya di majukan lagi sejajar dengan perkembangan Tamadun Islam.Unsur dan pengaruh kuno itu kebanyakannya berasal dari ilmu perubatanYunani atau system perubatan Hippocrates dan juga amalan-amalan perubatan dari China dan India

Agama yang beranika corak telah juga termasuk di dalam pemerintahan Islam, umpamanya mazhab-mazhab Kristian seperti Koptic di Mesir, Sabeen di Syria, Nestorian di Parsi, serta Hindu di India dan golongan Yunani di merata ceruk rantau pemerintahan Islam.Agama-agama ini bukan sahaja mempengaruhi bangsa Arab sendiri tetapi juga telah menyumbangkan unsur-unsurnya yang tersendiri dalam membentuk sistem yang di kenali sebagai perubatan Islam.Tokoh-tokoh yang terkenal dan ternama dengan kegeligaan pemikiran dan falsafah serta amalan mereka telah terus
mengevolusikan dan memberi satu bentuk dan corak tersendiri kepada sistem ilmu perubatan Islam seperti Ibnu Sina, Al-Razi dan Harith Ibnu Kaladah. Sumber-sumber dari Parsi dan Hindu juga merupakan asas pengajian umat Islam pada masa itu. Dari arus-arus sejarah inilah unsur-unsur ilmu perubatan Islam mula bertunas dan ini dipadankan pula dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.
Kemajuan fikiran perubatan yang berasaskan prinsip-prinsip penganalisaan dan pengalaman yang dibentuk dari konsep aliran Yunani.Dari pusat perubatan Empayar Rom yang begitu gemilang pada masa dahulu lahir pula satu puak baru yang dibangkitkan oleh puak Nestorian.Pengasas pusat Ilmiah Nestorius, yang merupakan “patriach” (pengetua) Constantinople

pada awal abad ke-5 M telah di usir dan meninggal dunia di Mesir pada tahun 440 M.Kini pengikut-pengikutnya menubuhkan pusat-pusat pengajian perubatan di Edessa dan Nisibis yang telah
berkembang.Setelah ditindas kerana kepercayaan keagamaan mereka dan diusir dari Syria mereka berhijrah ke negara Parsi pula yang menjadi tempat tertubuhnya satu pusat pengajian perubatan yang bertapak di Jundishapur dan melahirkan ramai doktor-doktor ternama seperti dari keluarga Bakhtischu dan berhijrah pula ke Baghdad.

Apabila orang-orang Arab disatukan di bawah pemerintahan Islam dan seterusnya menewaskan Syria dan Parsi mereka menemui tamadun ini.Jelasnya sebelum ketibaan Nabi Muhammad telah pun ada dikalangan orang Arab.Kuasa Islam telah bertapak dari tebing Sungai Indus sehingga ke pergunungan Caucasus yang menyelubungi hampir ke seluruh Afrika Utara dan Sepanyol Selatan termasuk Sardinia dan Sicily.
Dalam masa yang sama hospital-hospital di bian di Baghdad, Damsyik, Kaherah dan Cordova.Tokoh –tokoh lain ialah Ibnu Sina (Avicenna) .

Ibnu Sina telah terkenal semasa berumur 16 tahun lagi.Sejak 1/3 kurun ke-19 lagi, sebahagian besar daripada doktor di Eropah telah mempelajari daripada bukunya Al-Qanun Fit Tib (Undang-undang hal perubatan.Beliau adala orang pertama sekali mengenali tentang domain daripada psikologi dan telah mengendalikan 15 jenis penyakit dan telah menghuraikan 760 bentuk penyakit yang di kenali sebagai Tuberculosis (T.B) .Penyakit bengkak (dalam paru-paru) dan berbagai penyakit bengkak yang lain yang dikatakan ‘Rahkan’ dan beliau juga telah membuat penyelidikan dalam bidang neurologi.Beliau wafat pada tahun 1036 M/426H

Ibnu Rusyd (Arerros) telah menulis buku perubatan yang komprehensif yang bertajuk “Kulliyat Fi al Tibb”.Ia diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1225M dengan nama “Colligent”
yang memberi ulasan secara terperinci tentang anatomi, fisiologi, simptom-simptom, penyakit serta rawatannya, ubat-ubat makanan dan pemeliharaannya.Disamping itu beliau turut menulis 14 ulasan tentang –karya Galen

2) Pendidikan
Dalam lapangan pendidikan pula, Khalifah al Hakam meemperbaiki dan memperluas gedung Universiti Cordova yang diasaskan oleh Abdul Rahman III, bertempat di Istana al Zahraa’.Pada masa yang sama al Hakam Universiti ini merupakan pusat pengajian yang terbesar di dunia.Ia dikunungi oleh orang-oraang Eropah, Afrika dan Asia, slain dari penduduk Sepanyo sendiri.Beliau mengundang para sarjana dari sebelah Timur dan menggaji mereka untuk berkhidmat sebagai tenagaa pengajar di Universiti Cordova.
Selain daripada itu, Kota Cordova mempunyai perpustakaan yang lengkap.Beliau menyuruh orang-orang mencari buku-buku di seluruh dunia Islam untuk disimpan di perpustakaan Cordova.Menurut cerita, buku di perpustakaan itu berjumlah 400, 000 jilid.Pada masa itu di sebelah Timur terdapat seorang ulamak dari keturunan Amawiyah yang bernama al Asfahani sedang mengarang bukunya “al Aghani”.Al Hakam memesan buku itu dengan mengirim wang sebanyak 1000 dinar kepada pengarangnya.

3) Pembangunan
Pemerintahan Abdul Rahman III dan dua orang khalifah yang sesudahnya adalah merupakan satu zaman keagungan kerajaan Islam Sepanyol.Kota Cordova adalah merupakan sebuah kota yang terkenal di Eropah kira-kira pada abad yang ke-10.Cordova merupakan salah satu dari tiga pusat kebudayaan, selain dari Baghdad dan Konstantinople.Pada waktu itu jumlah rumah di Kota Cordova adalah sebanyak 113, 000 buah, kota depannya ada 21 buah, perpustakaan 70 buah, kedai-kedai buku dan masjid tidak terhitung banyaknya dimana ianya menadi faktor yang menyebabkan kota Cordova menjadi harum diseluruh dunia.Jalan –jalan di Cordova di bubuh batu dan diterangi oleh lampu-lampu berbanding denagn Kota London yang hanya tujuh ratus tahun kemudian beum terdapat satu lampu pun yang menerangi jalannya.Dan Kota Paris beberapa ratus tahun kemudiannya masih tetap berlumpur.
Abdul Rahman Al Dakhil mendirikan sebuah masjid pada tahun 788 M, dua tahun sebelum beliau meniggal dunia.Masjid itu didirikan di Cordova dan kemudiannya masjid itu diperbesarkan oleh pengikut-pengikutnya atau penggantinya.

4) Pertanian dan perindustrian
Orang-orang Arab telah memasukkan ke Sepanyol sistem pertanian yang sistematik.Mereka menggali terusan-terusan, penanaman anggur, padi, buah delima, limau manis, tebu kapas dan kunyit.Di daerah lembah sebelah tenggara gunung Pyraness terdapat tanam-tanaman gandum yang hidup subur kerana keadaan yang hawa sesuai didaerah itu dan tanah yang subur.Di sini juga terdapat kebun-kebun zaitun dan buah-buahan lain yang ditanam oleh penduduk.
Kemajuan pertanian itu adalah merupakan jasa-jasa orang Arab dan Islam Sepanyol terhadap negeri Sepanyol.Sampai sekarang tanaman-tanaman di Sepanyol masih bercorak Habsyi (Moor)
Salah satu tanaman yang terkenal ialah taman yang disebut Generalife suatu kata yang berasal dari bahasa Arab “Jannatul A’rif’ iaitu taman kepada sebuah Villa.Ia adalah merupakan gedung yang melingkari gedung al Hamra yang terkenal itu.Taman tersebut terkenal kerana rendang pohon-pohonnya, air terjunnya yang menarik dan angin yang berhembus dengan sepoi bahasa, I di buat dalam bentu bertangga seperti gedung-gedung komidi Yunani Purba.Tanahnya di basahkan dengan parit yang menimbulkan berpuluh-puluh air terjun.Kemudian, airnya menghilang dicelah-celah pepohon bunga dan semak yang terdapat di sekitarnya.
Hasil pertanian dan industri di perdagangakn sampai ke Asia Barat, terus ke India.Perdagangan di Sepanyol waktu itu sama sibuknya dengan Baghdad Mesir dan Mekkah.Hasil dari perindustrian dan pertanian Sepanyol pada waktu itu melebihi keperluan dalam negeri.Sevilla mengeksport kapas, buah zaitun dan minyak, serta mengimport hamba sahaya dari Mesir dan biduan yang cantik dari Eropah.Malaga dan Jaen mengeksport kunyit, batu marmar dan gula.

5) Ekonomi
Menurut P.K.Hitti dalam bidang kewangan dan kemakmuran, belum pernah Sepanyol dapat mengecap seperti itu sebelumnya.Menurut beliau pendapatan negara pada waktu itu berjumlah 6, 245, 000 dinar, yang di gunakan untuk:-
-1/3 untuk ketenteraan
-1/3 untuk kerjaraya (pembangunan)
-1/3 untuk di simpan dalam perbendaharaan negara
Di mana itu semua adalah hasil dari kemajuan perdagangan dan pertanian dalam negara itu.

6) Matematik
Pengaruh falsafah Yunani dan Mesir sangat nyata dalam Rasa’il.Secara terang, Ikhwan memuji Pithagoras dan mazhabnya dalam mentafsirkan hubungan alam dan nombor:keistemewaan nombor 4 dikaitkan dengan 4 unsur penting ciptaan Tuhan iaitu udara, api, air, tanah.Teori yang mengatakan alam ini tebentuk daripada 4 unsur dipelopori oleh Empedokles (490-430SM) .Pithagoras dan pengikut-pengikutnya sangat memuliakan ilmu matematik dan ilmu ini menjadi syarat untuk mendalami ilmu falsafah.Ikhwan mengulangi perkara ini dalam Rasa’il dan falsafah yang sama dipegang oleh ahli-ahli falsafah Yunani seperti Plato, Aristotle dan Markus Sisero (mati 43SM)

Pandangan Ikhwan tentang kedudukan matematik, nombor dan falsafah ini memperlihatkan pengaruh falsafah Yunani dan Mesir.Plato (Aflatun, mati 347SM) Aristoteles (Aristotle mati 322SM) , misalnya menjadikan matematik sebagai syarat mutlak untuk mempelajari falsafah.Plato dikatakan telah meletakkan papan tanda di pintu masuk akademinya yan tertera dengan kata-kata:Sesiapa bukan ahli geometri jangan sekali-kali masuk.Pithogoras sangat mementingkan falsafah nombor kerana menurutnya nombor menggambarkan semua kejadian alam.Misalnya, jirim manusia terbentuk daripada air dan tanah mengikut nisbah tertentu dan nisbah ialah nombor, manakala nombor menggambarkan hakikat sesuatu.Pemahamanmengenai nombor bermakna pemahaman mengenai hakikat sesuatu.
Ahli-ahli falsafah Yunani ini juga tidak dapat dipastikan mempunyai hubungan dengan mana-mana agama atau mereka berpegang kepada falsafah akal semata-mata, kerana terdapat hubungan penduduk Haran, tempat bertapaknya mazhab Pithagoras dengan ajaran Nabi Idris (a.s)

Ahli matemati Islam juga menonjolkan matematik sebagai unsur penting falsafah kerana matematik menghimpunkan dua unsur lain yang penting dalam diri seeorang manusia, iaitu akal dan latihan (irtiadah) .Matematik bukanlah matlamat akhir falsafah tetapi satu jalan ke arah mencapai penyempurnaan jiwa insan dengan mentasawurkan sagala perintah (agama) , membenarkan segala hakiakat yang berbentuk teori (nazariyyah) dan amali dengan segala kesungguhan dan keupayaan manusia.Satu hal yang jelas tentan hubungan matematik dan agama ialah pengunaan ilmu ini untuk menentukan arah kiblat, waktu solat, tahun, bulan, dan hari, perjalanan matahari, bulan, bintang dan seumpamanya.Malah banyak tajuk dalam figh Islam memerlukan ilmu ini sama ada secara langsung atau tidak langsung seperti urusan perniagaan, zakat, pusaka, waksiat, persyarikatan, pinjaman, sewa-menyewa, pajak dan seumpamanya.Tidak hairanlah jika Imam al-Ghazzali (kurun ke-11/12M) meletakkan matematik setanding dengan ilmu perubatan dan mempelajari kedua-duannya merupakan fardhu kifayah bagi umat Islam.Beliau menganggap matematik ialah ilmu yang boleh dicapai oleh akal.

Keistimewaan matematik sebagai alat mengasah ketaaman akal manusia diperaku oleh ali matematik termasuk ahli matematik Islam.Sebgai contoh, Ibnu Khaldun menggambarkan geometri sebagai suatu ilmu yang memberi faedah besar kepada ahlinya, memberi cahaya kepada akal, mengutakan fikiran kerana sesungguhnya pembuktianmatematik keseluruhannya merupakan suatu keterangan yang tersusun kemas lagi indha.Beliau sendiri mengakui bahawa salah satu hobinya ialah mencari pasangan nombor karib (al-mutahabbah) .

KESIMPULAN
Pengaruh tamadun Islam ke atas masyarakat Eropah adalah banyak antaranya perubatan, pendidikan, perindustrian, ekonomi dan matematik.Antara faktor-faktor yang menyebabkan perkembangan pesat masyrakat Eropah pada ketika itu antaranya ialah hubungan diplomatik diantara masyarakat Islam dan masyarakat Sepanyol di Eropah.Senario ini menunjukkan betapa luasnya pengaruh tamadun Islam dan sumbangannya terhadap dunia.Oleh sebab itu seharusnya kita menyedari betapa pentingnya kita mempelajari dan memahami sejarah tamadun dunia.