Saturday, April 12, 2008

Pembudayaan Ilmu Dalam Islam

Pembudayaan Ilmu Dalam Islam


Pendahuluan

Islam adalah satu satunya agama yang amat menitikberatkan ilmu pengetahuan.Ini dijelaskan dalam ayat Al Quran yang pertama diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W


Firman Allah yang bermaksud:-

“Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan.Telah menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah dan tuhanmu amat pemurah.Yang mengajar kepada manusia apa-apa yang tidak diketahuinya”


Hadis Nabi S.A.W bermaksud:-


“Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim”


Dalam ayat al-Quran Allah berfirman bahawa:-

“Diangkat oleh Allah orang-orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat [tingkat]”








1.surah Al-Alaq :1-5
2.surah al-Mujahadah :11
Konsep Ilmu dalam islam

Definasi dan tafsiran pembudayaan dan ilmu telah dikemukakan olehramai para ilmuan atau sarjana sejak ribuan tahun dahulu.Jika dilihat didalam Kamus Dewan, pembudayaan bermaksud proses atau cara

membudayakan sesuatu seperti pemikiran atau ilmu manakala Ilmu pula diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi.


Plato mentakrifkan ilmu sebagai “As kind of conversation of soul from darkness to light”Definasi ini dapat diterjemahkan ilmu sebagai satu pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan..

Menurut Gong Fu Xi, (Confucius) ilmu adalah “Apabila kamu mengetahui sesuatu menyakinkan kamu sudah tahu dan apabila kamu tidak mengetahui sesuatu menunjukkan kamu tidak tahu”.Pernyataan ini membawa maksud bahawa ilmu itu merupakan suatu kebenaran dan keyakinan.

Imam al-Ghazali menakrifkan ilmu sebagai “suatu kepastian secara demontratif :cahaya (nur) merupakan anak kunci kepada ilmu, dan untuk sampai kepada ilmu yang pasti mestilah melalui pengalaman [dhauq]”

Kamus Mu’jam al Wasit menyebut ilmu ialah “Pencapaian sesuatu hakikat atau disebut juga al-ilm al-yakin.Ilmu itu ibarat cahaya (nur) yang dianugerahi Allah ke dalam hati sanubari sesiapa yang dikehendakiNya












1-Kamus Mu’Jam al Wasit-ilm Al’makrifat
2.Dari sudut bahasa perkataan ilmu adalah berasal dari kalimah Arab iaitu
“alima” (telah mengetahui)
3.”Al-ilm” bererti pengetahuan
Klasifikasi ilmu


Islam melihat ilmu dari semua sudut atau bidang sama ada ia untuk keperluan dunia atau pun akhirat.Begitulah juga islam memandang dari sudut keperluan mempelajarinya, mempunya susunan atau kategorinya yang boleh diklasifikasikan kepada dua bahagian:

Ilmu fardu Ain

Ilmu fardu ain adalah ilmu yang datangnya dari Allah S.W.T yang menjadi penentu kepada ilmu-ilmu yang lain dari sudut kesahihannya.Ia merupakan kewajipan bagi satiap muslim untuk mempelajari dan mengamalkannya.Inilah ilmu yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis yang bermaksud “Menuntut ilmu itu wajib keatas setiap muslim, samaada lelaki mahupun perempuan”Hukumnya berdosa bagi setiap individu yang meninggalkan ilmu tersebut.Diantara ilmu itu termasuklah ilmu yang mempunyai hubungan dengan Rukun Iman dan Rukun Islam Imam Al-Ghazali menyebut bahawa ilmu Fardu Ain tergolong di dalam 20 kumpulan yang dapat disimpulkan kepada 4 bahagian:

1.Ilmu Tauhid iaitu ilmu yang berkaitan dengan ilmu ketuhanan atau disebut sebagai ilmu aqidah

2.ilmu Feqah iaitu ilmu yang berkaitan dengan hokum hakam halal dan haram

3.Ilmu al Kitab dan Sunnah iaitu ilmu yang darinya merupakan sumber hukum hakam islam

4.Ilmu Tasawwur iaitu ilmu yang membicarakan persoalan kebersihan dan penyucian diri dari satu sudut hati, hal-hal berkaitan dengan sifa-sifat terpuji dan sifat tercela




1.ilmu tasawwur (al-Ghazali, 1980:78-79)

Ilmu Fardu kifayah

Ilmu fardu kifayah merupakan ilmu yang diperlukan untuk menyempurnakan keperluan hidup manusia samaada yang berbentuk keagamaan atau yang bersifat keduniaan

Contohnya:-

Bidang ilmu sains dan teknologi, perubatan astronomi, kejuruteraan, pengurusan, pentadbiran, seni, bahasa, sejarah dan sebagainya

Ilmu fardu kifayah adalah bersifat kolektif kepada anggota masyarakat, Jika sebahagian dari anggota masyarakat mengambil bahagian sudah memadai.Bermakna sekiranya ada sebahagian yang mengerjakan maka terlepaslah tanggungjawab yang lain.Akan tetapi sekiranya semua masyarakat islam melepaskan tanggungjawab ini maka berdosalah semua orang.

Ilmu ini juga dapat membantu dalam menyempurnakan ilmu fardu Ain

Namun begitu seseorang itu tidak digalakkan mempelajari ilmu Fardu Kifayah sebelum dia mengetahui dan mempelajari ilmu Fardu Ain terlebih dahulu, Ilmu fardu Aind perlu didahulukan jika tidak sudah pasti sumber wahyu tidak terpelihara dan wujudnya kecenderungan manafikan ilmu wahyu sebagai yang sah dan mutlak untuk menjadikan landasan dalam kehidupan.Akhirnya akal diletakkan di tempat yang tinggi mengatasi ilmu wahyu









1.Barat hari ini hanya berpandukan kepada akal [Abdul. Rahman 1995:-168]



Sejarah perkembangan institusi ilmu pengetahuan

Terdapat lebih kurang 800 rujukan mengenai ilmu dalam Al-Quran.Ini menunjukkan betapa penting dan tingginya kedudukan ilmu pengetahuan.Begitu juga terdapat banyak hadis yang berkaitan dengan ilmu

Institusi pendidikan kuttab

Institusi Kuttab ini wujud sejak sebelum kedatangan islam bertujuan memberi pelajaran peringkat rendah kepada kanak-kanak.Sungguhpun begitu jumlah bilangan orang Quraisy yang celik huruf amatlah sedikit.Selepas kedatangan islam suasana turut berubah disebabkan factor islam sendiri yang mendorong umatnya supaya membaca dan menulid.Bahkan kebolehan membaca dan menulis menjadi kemestian bagi mereka yang hendak meriwayatkan hadis

Institusi Masjid-masjid

Institusi masjid memainkan peranan penting dalam proses penyebaran ilmu.Semakin luas negeri-negeri islam yang ditakluki, maka semakin bertambah masjid yang didirikan
Antara masjid yang mencatatkan peranan sebagai tempat ibadah hanya tiga masjid jamik sahaja.Masjid merupakan tempat yang paling sesuai untuk memberi dan menimba ilmu pengetahuan kerana di situlah tempat manusia berkumpul











1.Semasa kerajaan Bani Umayyah.dipimpin oleh Khalifah Abdul Malik Bin Marwan beliau telah
menambahkan bilangan tempat-tempat khas untuk pengajian kanak-kanak
2. Masjid jamik yang dijadikan tempat ibadah dan majlis ilmu:-
Masjid jamik Al Mansur, Masjid Jamik Damansara dan Masjid Jamik Amru
Kedai-kedai buku (kitab)

Sejak zaman jahilliah lagi tekah wujud kedai-kedai dan pasar-pasar.Pasar-pasar terbahagi kepada dua iaitu pasar yang menjual keperluan harian dan kedai kitab atau pasar kegiatan ilmiah.Pasar inilah yang memainkan peranan mengadakan majlis-majlis ilmiah seperti pidato, deklamasi sajak, syair dan muzakarah.Ianya diadakan pada musim-musim tertentu sahaja manakala kedai-kedai buku berjalan sepanjang masa.

Perpustakaan

Perpustakaan boleh dibahagikan kepada tiga jenisiaitu Perpustakaan Umum
Semi-Umum dan Peribadi.Perpustakkan umum biasanya didirikan di sekolah dan madrasah bertujuan sebagai mutala’ah dan muroja’ah.Contohnya Baitul Hikmah.Banyak buku-buku asing di dalam pelbagai bahasa dikumpulkan di sini

Perpustakkan Semi Umum biasanya didirikan oleh Khalifah-khalifah dan Raja-raja tertentu bertujuan untuk mendekatkan diri mereka kepada ilmu pengetahuan.

Perpustakaan khusus (peribadi) pula biasanya didirikan oleh golongan ulamak dan ahli sasterawan.ianya khusus untuk keperluan mereka sendiri.Perpustakkan semacam ini amat banyak bilangannya

















1.Baitul Hikmah telah didirikan oleh Khalifah Harun Al Rasyid

Sumber ilmu dalam Islam

Islam meletakkan lima (5) sumber ilmu bagi menentukan pengetahuan umatnya iaitu:-


4.1.1 Wahyu (al-Quran dan al-Sunnah)
4.1.2 Ilham
4.1.3 Institusi
4.1.4 Pancaindera (bau, rasa dan seumpamanya)



Ilmu Wahyu

Ilmu wahyu juga dinamakan ‘ilmu al-yakin’.Ia berada di tempat-
tempat yang teratas jika dibandingkan dengan ilmu-ilmu lain.Selepas
ilmu wahyu ialah ilmu ilham dan institusi.Kemudian ilmu akliah dan akhirnya ilmu indera.untuk mendapatkan ilmu yang paling baik ialah melalui indera kita sendiri.Bagi pengetahuan akliah, akallah alatnya.Manakala pengetahuan emosi, haruslah melalui institusi dan
ilham.Sumber yang paling baik untuk mendapatkan ilmu ialah melalui ilmu wahyu.Oleh keranan kebenarannya itu menjadi tujuan asasnya
tentunya kebenaran itu yang menjadi pengukurnya kepada martabat sumber-sumber ilmu itu.

Walaupun islam menerima ilmu itu yang bersumberkan wahyu sebagai sumber utama tetapi ia tidaklah terputus dengan akal fikiran.umpamanya dalam membuktikan kewujudan llah dalam ilmu Tauhid perlu mengambil factor hal sekelilling sebagai dalil, dfikirkan mengikut keupayaan manusia.Bukti wahyu tersebut sebagai dalil Naqli (bersumberkan al-Quran atau Wahyu)

Tegasnya dalil wahyu tidak dapat dipisahkan dari akal.Tetapi apabila bertembung antara keduanya, wahyu itulah yang perlu diutamakan.




Selagi ilmu akal dan ilmu indera tidak bercanggahan dengan wahyu, selama itulah keduanya boleh diterimapakai dalam islam

Ilmu ilham dan institusi

Ilham dan institusi merupakan satu sumber ilmu bagi manusia.Ia berlaku kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kepada hambaNya yang bertakwa.namun begitu sumber ini mempunyai kaitan dengan deria manusia.Ilham adalah idea yang diberikan oleh Allah kepada seseorang
untuk melakukan atau tidak sesuatu perkara terutama selepas melakukan usaha –usaha berfikir.

Sedangkan institusi pula ilmu yang dikurniakan Allah kepada seseorang untuk mengetahui sesuatu dengan cepat secara semulajad jadi yang tidak memerlukan usaha berfikir dahulu dan biasa diperolehi oleh mereka yang bertaqwa dan bertaqarrub























Abdul Rahman 1995 :170




BUDAYA ILMU

Budaya ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan atau suasana yang menunjukkan setiap lapisan masyarakat baik secara langsung ataupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan pada setiap kesempatan atau peluang.Dalam hal ini segala tindakan manusia baik pada tahap individu lebih-lebih lagi diperingkat msyarakat di putus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan.


Kepentingan budaya ilmu

Melahirkan insan yang seimbang

Insan yang baik dan seimbang itu ialah manusia yang dapat menilai atau mengukur sesuatu perkara itu baik atau buruk mengikut ukuran neraca Islam.Di samping bijaksana dan kecekapan dalam segala tindakan untuk mencapai kemajuan atau tamadun bangsa dan negara.Jiwa seimbang bermaksud seimbang dari segi kekuatan rohani, intelektual, emosi dan jasmani

Melahirkan masyarakat yang berilmu

Matlamat ke arah pembudayaan ilmu ialah yang melahirkan masyarakat yang berilmu dan cintakan ilmu.Masyarakat yang inginkan kebenaran dan meletakkan ilmu pada kedudukan yang tinggi.Masyarakat yang sentiasa berlumba-lumba memiliki ilmu, memperkembangkan, memanfaatkan dan menghayati ilmu untuk kepentingan seluruh manusia dan alam sejagat.Masyarakat ini bukan sahaja mahukan ilmu-ilmu yang bersifat keagamaan untuk akhirat tetapi juga mengambil keutamaan dalam ilmu-ilmu keduniaan seperti politik, ekonomi, social, sains dan teknologi sebagainya.





Melahirkan masyarakat yang berketrampilan

Masyarakat yang berbudaya ilmu adalah masyarakat yang mempu menangani segala permasaalahan dan segala tugas yang diamanahkan, kuat bekerja.’istiqamah’ terutamanya dalam hal-hal yang memerlukan ilmu sebanyaknya.

Melahirkan masyarakat yang berakhlak/bermoral

Hasil atau kesan maysrakat berbudaya ilmu itu ialah mampu membina negara dan bangsa yang bertamadun.
Pendidikan dan penghayatan ke atas ilmu akan melahirkan kepakaran-kepakaran yang diperlukan untuk menuju sebuah negara maju dan berwawasan.
.
Ciri-ciri masyarakat berbudaya ilmu

Ahmad Muhammad Said menyatakan dalam penjelasan “Budaya Ilmu” menyatakan antara cirri-ciri masyarakat berbudaya ilmu itu ialah:

Mencari ilmu

Ciri budaya ilmu yang ertama adalah usaha-usaha mencari ilmu dengan pelbagai kegiatan melalui aktiviti-aktiviti yang boleh menggalakkan perkembangan budaya ilmu seperti membaca, meneliti, melihat dan yang pentingnya ialah usaha-usahah berfikir.Selain dari kegiatan berwacana, berbincang, berseminar, berdiskusi dan sebagainya

Mengembangkan ilmu

Ciri budaya ilmu yang kedua bersabit dengan usaha mengembangkan ilmu.Maksudnya ilmu bukan semata-mata dihadkan kepada pengguna sendiri malah untuk faedah yang luas dan menyeluruh.Manusia hendaklah bersungguh-sungguh untuk mengkaji dan menerokai pelbagai bidang ilmu.Niat mereka pula adalah untuk memanfaatkan manusia




seluruhnya.Mereka mencatat dan merakamkan segala pendapatan, menulis dan berkarya, supaya ilmu itu dapat disebarkan dan dikongsi dengan manusia lain dan diwariskan kepada generasi seterusnya.

Mengamalkan dan menggunakan Ilmu

Ciri ketiga ialah ilmu dijadikan sebagai anduan dalam setiap kegiatan.
Mereka meletakkan ilmu di hadapan mengatasi emosi atau perasaan dalam setiap keputusan dan amalan.Mereka menggunakan ilmu sebaik-baiknya supaya dapat mendatangkan kemakmuran, kesejahteraan dan kebahagiaan.Mereka mencipta pelbagai teknologi dan alat kemudahan yang boleh memberi sumbangan serta memenuhi keperluan-keperluan dari segi fizikal, mental dan rohani.Hal yang sedemikian kualiti hidup, dari segi kuantiti dan kualiti akan meningkat.Begitulah juga kebahagiaan dan kesejahteraan hidup mereka.

Mewujudkan Perhubungan Yang Baik

Ciri yang keempat ialah menyentuh secara khusus perhubungan di antara manusia dengan ilmu, penuntut dengan guru, masyarakat dengan ilmuan dan ulama, Justeru itu ilmu disanjung kerana intipatinya ialah kebenaran, maka orang-orang yang berilmu bdan pengembang ilmu dihormati dan dimuliakan.Maka di sini lahirnya adap pelajar menghormati guru, orang alim, cendiakawan dan ulama.Perhubungan yang baik dan adab ini penting untuk membolehkan ilmu tersebut mendatangkan berkat kepada pemiliknya.

Menegakkan Kebenaran

Ciri yang kelima berkait rapat dengan komitmen manusia untuk menegakkan dan memperjuangkan kebenaran dan menolak kebatilan serta kepalsuan.Hal ini seharusnya menjadi panji-panji hidup dan nilai tara yang mutlak dalam merumus dan membuat keputusan.Keputusan ini dibuat dengan teliti melalui perbincangan dan musyawwarah.Keputusan dibuat hasil daripada pertimbangan akal yang bersih dan jiwa yang murni.Keadaan ini mencerminkan keihklasan, kejujuran dan keadilan yang akhirnya menghasilkan natijah yang baik dan positif kepada diri




, keluarga, masyarakat dan negara.



Faktor-faktor Penggalak Kepada Budaya Ilmu

Melahirkan generasi Al-Quran

Al-Quran sebagai rujukan utama samaada aspek perundangan mahupun ilmu pengetahuan.Melahirkan generasi al-Quran bermaksud membina masyarakat yang mengkaji menyelidiki dan memahami segala isi kandungan al-Quran.Ini adalah kerana di dalam al –Quran terkandung pelbagai bidang ilmu pengetahuan.anataranya ialah astronomi, biologi, sains, perubatan dan matematik.Sungguhpun al-Quran telah diturunkan lebih daripada 1400 tahun yanglampau namun masih banyak lagi isi kandungan yang tidak dapat diterokai oleh manusia sehingga sekarang.Ini jelas membuktikan bahawa sekiranya generasi al-Quran dibina maka secara tidak langsung mewujudkan genarasi yang memebudayakan ilmu kerana ilmu itu sendiri berteraskan al-Quran


Perubahan nilai dan pandangan hidup

Bagi mewujudkan ilmu yang bersepadu dalam masyarakat perlulah kepada perubahan nilai dan pandangan hidup.Nilai dan pandangan hidup yang dimaksudkan itu mestilah berasaskan kepada aqidah islamiyyah, sesuai dengan kejadian manusia yang mempunyai unsure-unsur rohani dan jasmani serta peranan manusia sebagai pemenang amanah atau khalifah danpentadbir alam.pandangan dan nilai hidup yang perlu mengambil kira bahawa alam ini bukan sahaja bersifat material tetapi juga bersifat non-material atau




metafizik.Sistem nilai ini yang mementingkan ilmu dalam pembinaan individu dan masyarakat.

Peranan Pemimpin dan Pemerintah

Pemimpin atau pemerintah juga tidak terkecuali dalam mewujudkan pembudayaan ilmu di kalangan masyarakat.Pelbagai insentif yang boleh dijalankan oleh pihak pemerintah.Antaranya ialah dengan memperbanyakkan program atau kegiatan-kegiatan yang berunsurkan ilmiah tidak semata-mata hiburan.Contohnya mempromosikan secara besar-besaran kepadan seminar-seminar dan sebagainya.Jika di tinjau, promosi program yang berasaskan ilmiah amatlah kurang sekali jika dibandingkan promosi album.filem, konsert artis yang diajalankan dengan hebatnya.Situasi begini haruslah diubah oleh pihak pemerintah.Pemerintah juga boleh meningkatkan lagi kemudahan prasarana ilmu di seluruh pelusuk daerah. Pemerintah mempunyai kuasa yang cukup di dalam memastikan pembudayaan ilmu tidak diabaikan.Pelbagai langkah lagi yang boleh dilaksanakan pemerintah seperti mengadakan kempen kesedaran dan kepentingan ilmu dalam menjalani kehidupan harian.

Peranan dan Kedudukan golongan ilmuan dan pendidik.

Golongan ulama (ilmuan) dan pendidik memainkan peranan penting dalam menyedarkan masyarakat yang jahil tentang budaya ilmu.Kesedaran mereka tentang kesepaduan ilmu sangat penting supaya peranan mereka tidak disekunderkan oleh golongan lain seperti ahli-ahli pendidik yang mengambil kesempatan dari kelesuan ulamak dan pendidik.Kedudukan mereka sebagai pakar rujuk dan pendidik yang mereka bawa berteraskan aqidah islamiyyah
hendaklah mendapat tempat sewajarnya dalam masyarakat.Tugas mendidik bukan sahaja dibebankan kepada ahli-ahli agama seperti ustaz dan ustazah, imam atau guru-guru agama tetapi juga haruslah dilakukan oleh semua golongan.




Kesedaran dan Peranan ibu bapa

Proses pembudayaan ilmu bermula dari rumah dimana ibubapa mempunyai peranan yang amat besar di dalam menghidupkan pembudayaan ilmu. Sebagai ibubapa tindakkannya akan menjadi teladan kepada anak-anak. Oleh itu ibu bapa mestilah menjadi role model kepada anak-anak dengan memperbanyakkan bahan bacaan dan prasarana keilmuan yang mencukupi di dalam rumah.Contohnya menyediakan satu bilik khas bagi tujuan rujukan dan sebagainya.Disamping itu juga ibu bapa boleh memberi sokongan dan galakan yang berupa material ataupun moral kepada anak-anak seperti membiayai penyertaannya di seminar atau konvensyen

Sistem pendidikan Negara

Sistem pendidiakn negara haruslah dinilai dari masa ke semasa.Dualisma dalam system pendidikan negara adalah warisan penjajah.Sistem yang terlalu berorentasikan peperiksaan semata-mata adalah untuk mengeluarkan pekerja yang produktif dari segi ekonomi sahaja perlu dikaji semula

Kemudahan pembelajaran yang Baik dan sempurna

Kemudahan dan kelengkapan yang baik dan sempurna serta terkini sangatlah diperlukan dalam mewujudkan suasana atau keadaan yang selesa dalam proses pembelajaran. Institusi-institusi pendidikan dari peringkat rumah ke institusi pengajian tinggi hendaklah dilengkapi dengan kemudahan yang tercanggih supaya murid-murid dan pelajar-pelajar tidak ketingggalan maklumat dalam melahirkan budaya ilmu

Peranan media massa

pengedar maklumat dan sumber maklumat dan bukan terlalu menekankan aspek hiburan sahaja.Media Media massa haruslah memainkan peranan sebagai massa juga hendaklah Mengambil peranan pendidikan secara yang lebih berkesan kerana pengaruhnya yang begitu kuat dalam masyarakat]





Faktor-faktor Penggalak Kepada Budaya Ilmu

Melahirkan generasi Al-Quran

Al-Quran sebagai rujukan utama samaada aspek perundangan mahupun ilmu pengetahuan.Melahirkan generasi al-Quran bermaksud membina masyarakat yang mengkaji menyelidiki dan memahami segala isi kandungan al-Quran.Ini adalah kerana di dalam al –Quran terkandung pelbagai bidang ilmu pengetahuan.anataranya ialah astronomi, biologi, sains, perubatan dan matematik.Sungguhpun al-Quran telah diturunkan lebih daripada 1400 tahun yanglampau namun masih banyak lagi isi kandungan yang tidak dapat diterokai oleh manusia sehingga sekarang.Ini jelas membuktikan bahawa sekiranya generasi al-Quran dibina maka secara tidak langsung mewujudkan genarasi yang memebudayakan ilmu kerana ilmu itu sendiri berteraskan al-Quran


Perubahan nilai dan pandangan hidup

Bagi mewujudkan ilmu yang bersepadu dalam masyarakat perlulah kepada perubahan nilai dan pandangan hidup.Nilai dan pandangan hidup yang dimaksudkan itu mestilah berasaskan kepada aqidah islamiyyah, sesuai dengan kejadian manusia yang mempunyai unsure-unsur rohani dan jasmani serta peranan manusia sebagai pemenang amanah atau khalifah danpentadbir alam.pandangan dan nilai hidup yang perlu mengambil kira bahawa alam ini bukan sahaja bersifat material tetapi juga bersifat non-material atau metafizik.Sistem nilai ini yang mementingkan ilmu dalam pembinaan individu dan masyarakat.




Peranan Pemimpin dan Pemerintah

Pemimpin atau pemerintah juga tidak terkecuali dalam mewujudkan pembudayaan ilmu di kalangan masyarakat.Pelbagai insentif yang boleh dijalankan oleh pihak pemerintah.Antaranya ialah dengan memperbanyakkan program atau kegiatan-kegiatan yang berunsurkan ilmiah tidak semata-mata hiburan.Contohnya mempromosikan secara besar-besaran kepadan seminar-seminar dan sebagainya.Jika di tinjau, promosi program yang berasaskan ilmiah amatlah kurang sekali jika dibandingkan promosi album.filem, konsert artis yang diajalankan dengan hebatnya.Situasi begini haruslah diubah oleh pihak pemerintah.Pemerintah juga boleh meningkatkan lagi kemudahan prasarana ilmu di seluruh pelusuk daerah. Pemerintah mempunyai kuasa yang cukup di dalam memastikan pembudayaan ilmu tidak diabaikan.Pelbagai langkah lagi yang boleh dilaksanakan pemerintah seperti mengadakan kempen kesedaran dan kepentingan ilmu dalam menjalani kehidupan harian.

Peranan dan Kedudukan golongan ilmuan dan pendidik.

Golongan ulama (ilmuan) dan pendidik memainkan peranan penting dalam menyedarkan masyarakat yang jahil tentang budaya ilmu.Kesedaran mereka tentang kesepaduan ilmu sangat penting supaya peranan mereka tidak disekunderkan oleh golongan lain seperti ahli-ahli pendidik yang mengambil kesempatan dari



kelesuan ulamak dan pendidik.Kedudukan mereka sebagai pakar rujuk dan pendidik yang mereka bawa berteraskan akidah islamiyyah
hendaklah mendapat tempat sewajarnya dalam masyarakat.Tugas mendidik bukan sahaja dibebankan kepada ahli-ahli agama seperti ustaz dan ustazah, imam atau guru-guru agama tetapi juga haruslah dilakukan oleh semua golongan.



Kesedaran dan Peranan ibu bapa

Proses pembudayaan ilmu bermula dari rumah dimana ibubapa mempunyai peranan yang amat besar di dalam menghidupkan pembudayaan ilmu.Sebagai ibubapa tindakkannya akan menjadi teladan kepada anak-anak. Oleh itu ibu bapa mestilah menjadi role model kepada anak-anak dengan memperbanyakkan bahan bacaan dan prasarana keilmuan yang mencukupi di dalam rumah.Contohnya menyediakan satu bilik khas bagi tujuan rujukan dan sebagainya.Disamping itu juga ibu bapa boleh memberi sokongan dan galakan yang berupa material ataupun moral kepada anak-anak seperti membiayai penyertaannya di seminar atau konvensyen

Sistem pendidikan Negara

Sistem pendidiakn negara haruslah dinilai dari masa ke semasa.Dualisma dalam system pendidikan negara adalah warisan penjajah.Sistem yang terlalu berorentasikan peperiksaan semata-mata adalah untuk mengeluarkan pekerja yang produktif dari segi ekonomi sahaja perlu dikaji semula

Kemudahan pembelajaran yang Baik dan sempurna

Kemudahan dan kelengkapan yang baik dan sempurna serta terkini sangatlah diperlukan dalam mewujudkan suasana atau keadaan yang selesa dalam proses pembelajaran. Institusi-institusi pendidikan dari peringkat rumah ke



institusi pengajian tinggi hendaklah dilengkapi dengan kemudahan yang tercanggih supaya murid-murid dan pelajar-pelajar tidak ketingggalan maklumat dalam melahirkan budaya ilmu

Peranan media massa

pengedar maklumat dan sumber maklumat dan bukan terlalu menekankan aspek hiburan sahaja.Media Media massa haruslah memainkan peranan sebagai massa juga hendaklah Mengambil peranan pendidikan secara yang lebih berkesan kerana pengaruhnya yang begitu kuat dalam masyarakat]




KESIMPULAN

Matlamat ke arah Pembudayaan ilmu ialah untuk melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu dan kebenaran serta meletakkan ilmu di tempat tertinggi dalam system nilai hidup mereka. Masyarakat jenis ini sentiasa berlumba-lumba untuk memiliki, memperkembangkan, memanfaatkan dan menghayati ilmu untuk kepentingan kehidupan seluruh manusia dan alam sejagat.

Antara ciri-ciri masyarakat madani ialah masyarakat berilmu dan bertamadun berlandaskan kepada tamadun ilmu.Untuk tujuan itu, kita haruslah memulakan dengan membaca majalah separuh akademik.Kita perlu membaca bahan yang dapat dikatogerikan sebagai ilmu sebaliknya kurangkan dan elakkan daripada membaca bahan bacaaan yang hanya memenuhi “budaya perasaan” kerana bahan seperti ini hanya akan meransangakan nafsu, merosakkan jiwa serta melemahkan akal kita. Membaca bahan bacaaan yang boleh menyegarkan minda serta jiwa akan mencetuskan kesedaran



dalaman, dhamir yang hidup dan keinsafan

Sesungguhnya dalam membina jatidiri muslim, ilmu sangat diperlukan sebagai satu nilai yang tidak dapat dipisahkan dari individu mahupun masyaraka.Al-Quran dan hadis banyak menjelaskan tentang kepentingan ilmu agar umat islam menjadi kuat melalui individu, keluarga dan seterusnya masyarakat.Bagi melahirkan masyarakat berilmu, mereka perlu dijelaskan tentang konsep ilmu dalam islam agar mereka tahu dari sudut makna dan kedudukan ilmu-ilmu dalam islam.Tanpa mengetahui konsep ilmu ini mereka akan tersalah tafsir dan mudah dipesaongkan oleh



pihak-pihak lain terutamanya musuh-musuh islam dan pihak barat yang akhirnya meletakkan akal lebih tinggi dari ilmu wahyu.

Wujudnya “Budaya Ilmu” dalam kehidupan kini bagi masyarakat dan individu Melayu Muslim kini sangat diperlukan bagi memastikan kesinambungan dan kekuatan bangsa Melayu agar mereka terus dihormati dan digeruni oleh pihak lain atau bangsa-bangsa lain.

Kita perlu berhijrah untuk melakukan anjakan daripada satu tabiat yang belum jelas posotif kepada tabiat posotif dengan mengutamakan pendidikan.Bayangkan kalau kita boleh melahirkan masyarakat Malaysia seperti masyarakat yang pernah membina tamadun besar dunia seperti masyarakat yunani yang dahulunya tersohor kerana mengutamakan pendidikan. (paediea)

W.Wasiullah Khan, canselor east-West Univercity pernah mengungkapkan bahawa bukan keperihalan jatuh bangun bangsa berkaitan rapat dengan ilmu pengetahuan.Bangsa yang



bersungguh-sungguh menguasai ilmu, mengembangkan dan memanfaatkan ilmu dengan hebat akan menjadi pemimpin dunia.Sebaliknya negara yang tidak mengambil cirri-ciri di atas akan mengemis kepada orang lain untuk hidup.

Ini adalah reality kehidupan..reality dahulu, reality sekarang dan reality masa depan.Ia adalan sunnah Allah justeru untuk menjadi pemimpin dunia, kita perlulah dengan sedar menggunakan ilmu, mengembangkan, mengkaji dan memanfaatkan ilmu


Penjelasan budaya ilmu perlu difahami sebagai satu keperluan dalam membina jatidiri Melayu Muslim.Ciri-ciri masyarakat berbudaya ilmu, factor-faktor penggalak dan penghalang kepada budaya ilmu itu serta cabarannya perlu difahami agar usaha-usaha mengatasi halangan dan cabaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Dalam mewujudkan suasana budaya ilmu peranan perlu dilakukan oleh semua pihak yang tidak hanya dibebankan kepada golongan pendidik semata-mata.lebih penting juga pihak berkuasa terutamanya pemimpin sebagai pembuat dasar hendaklah sensitive dengan keadaan persekitaran agar budaya ilmu ini dapat diwujudkan dalam melahirkan “masyarakat Yang cemerlang”
yang boleh menjadikan negara kita sebuah “Negara yang gemilang” terutamanya dalam mencapai harapan dan hasrat negara ke arah wawasan 2020.



























No comments: