Wednesday, April 23, 2008

Keadilan Dalam Tamadun Islam


7.1 KEADILAN DALAM ISLAM

Keadilan berasal daripada perkataan adil yang bermaksud pertimbangan yang wajar atau berpatutan, tidak memihak kepada mana-mana dan tidak dilakukan secara sewenang-sewenangnya. Keadilan merujuk kepada perbuatan dan tindakan yang wajar dan boleh diterima oleh orang lain.

Oleh itu, sebarang tindakan dan perlakuan yang apabila dilakukan menimbulkan tindak balas yangpositifkerana kepuasan maka keadilan sedang berlangsung. Tetapi apabila hasil daripada sesuatu tindakan atau perlakuan telah menimbulkan kekecohan, pemberontakan dan kemarahan orang lain maka ketidakadilan sedang berlaku.

Islam melihat keadilan secara menyeluruh kerana keadilan mutlak adalah syiar bagi peraturan Islam dan menjadi lambang kesucian agama Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat apa yang mereka perlukan dan melanang dari perbuatan keji, kemungkarandanpermusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pengajaran."


Keadilan merupakan syiar bagi seluruh agama Ilahi yang dibawa oleh para Anbia, firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata, dan telah Kami turunkan bersama-sama mereka al-Kitab dan neraca keadilan supaya manusia dapat melaksanakan keadilan (Surah Al-Hadiid:Ayat 25).

Keadilan merupakan asas bagi setiap penyusunan perseorangan, masyarakat atau negara. la merupakan pembahagian kekuasaan manusia di alam wujud ini supaya tiap-tiap kekuasaan itu menuju ke arah yang dirancangkan serta mengikut dasarnya. Kekuasaan yang berbagai-bagai itu akan bertemu akhirnya pada pusat kekuasaan sesuatu bangsa atau dalam kekuasaan kemanusiaan seluruhnya. Melalui keadilan pembahagian kemanusiaan ini, manusia dapat menyempurnakan tugasnya sebagai khalifah Allah dengan cara yang sempurna atau hampir kepada yang sempurna ke arah kebaikan dan mengatasi unsur-unsur keburukan yang merosakkan.

Berdasarkan kenyataan ini, keadilan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pertama, keadilan undang-undang; kedua, keadilan sosial; dan ketiga, keadilan sejagat. Setiap bahagian ini merupakan komponen yang lengkap-melengkapi dalam pembentukan keadilan dalam Islam.

7.2 KEADILAN UNDANG-UNDANG

Keadilan undang-undang ialah bahawa undang-undang itu dikenakan atau dikuatkuasakan ke atas semua orang secara sama rata tanpa dibezakan di antara yang kaya dengan yang miskin dan tanpa sebarang perbezaan berdasarkan warna kulit, bangsa dan agama, juga tanpa sebarang perbezaan di antara orang yang jahil dengan orang yang terpelajar dan sebagainya. Ini menunjukkan kesemua mereka adalah sama sahaja di hadapan undang-undang, tidak ada unsur lebih melebihi di dalam melaksanakan undang-undang itu di kalangan manusia, kalau pun ada kelebihan, maka itu adalah dari kebaikan perseorangan yang dilakukan oleh seseorang manusia.

Menurut al-marhum Saad Zaglul, kita berbeza antara satu sama lain, tetapi di hadapan undang-undang kita adalah sama sahaja. Kata-kata ini merupakan kesimpulan yang paling baik mengenai pandangan Islam tentang keadilan undang-undang. Saidina Abu Bakar al-Siddiq yang menjadi khalifah kepada Rasulullah s.a.w., umpamanya lebih mulia dari seorang Arab dusun dari segi budi pekerti dan agama, tetapi beliau di hadapan undang-undang adalah sama sahaja dengan orang Arab dusun itu.

Rasulullah s.a.w. telah menekankan tentang persamaan yang mutlak pada pandangan hukum-hukum syarak. Sabda baginda bermaksud, semua kamu adalah dari ketumnan Adam dan A dam Hawa itu dari tanah, tidak ada kelebihan bagi orang Arab ke atas yang bukan Arab kecuali dengan sifat takwa (Riwayat Bukhari dan Muslim). Sabda baginda lagi yang bermaksud, manusia semua adalah sama seperti gigi sikat. Rasulullah s.a.w. mengambil sikap tegas di dalam melaksanakan hukum- hukum syarak dan baginda melarang sama sekali sikap pilih kasih.

Pernah diriwayatkan bahawa seorang wanita dari keturunan Quraisy telah mencuri selepas pembukaan Makkah. Orang Quraisy sangat khuatir sekiranya Rasulullah s.a.w. akan memotong tangannya dan ini sudah tentu akan mencemarkan sekali nama baik suku ini di kalangan bangsa Arab. Orang Quraisy telah mengutus Usamah bin Zaid seorang yang dikasihinya dan anak kepada bekas hambanya yang dimerdekakan. Usamah telah menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminta Syufaat' terhndap wanita itu. Lalu baginda berkata kepadanya, apakah kamu meminta syufaat terhadap suatu kesalahan yang dilakukan terhadap Allah? Kemudian baginda berdiri di hadapan orang ramai sambil memberi ucapan, katanya, Apa halnya dengan snatu kumpulan yang memohon syufaat terhadap kesalahan yangdilakukan terhadap Allah, sesungguhnya orang yang terdahulu daripada kamu binasa disebabkan mereka apabila seseorang bangsawan di antara mereka mencari, maka dia dibiarkan tanpa dihukum, tetapi apabila orang yang lemah melakukannya, maka ia dikenakan hukuman keatasnya. Demi Allah, kiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, maka aku akan potong tangannya,

Para sahabat di zaman pemerintahan Khalifah Saidina Abu Bakar al- Siddiq, Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Uthman ibn Affan melaksanakan keadilan seperti ini secara yang paling sempurna. Saidina Umar al-Khattab pernah menekankan kepada para sahabat, katanya, yang kuat di antara kamu adalah lemah di sisiku sehingga aku mengambil hak daripadanya dan yang lemah di antara kamu adalah kuat sehingga aku pulangkan hak kepadanya, Beliau telah melaksanakan kata-katanya itu dengan sepenuhnya kerana merasa khuatir sekiranya keluarganya melebih-lebihkan diri mereka ke atas orang ramai disebabkan hubungan dengannya. Apabila beliau mengeluarkan sesuatu arahan atau membuat sesuatu larangan, maka beliau memanggil anak-anaknya sambil berkata kepada mereka, aku telah mengeluarkan kepada, orang ramai hari ini sekian, demi Allah kalau aku dapati kamu melakukan sesuatu yang bertentangan dengan arahan itu, maka aku akan lipat gandakan hukuman ke atas sesiapa di antara kamu yang melakukannya. Beliau juga pernah berkata kepada Abu Musa al-Ashaari sewaktu melantiknya sebagai seorang Kadi, katanya, hendaklah kamu samaratakan di antara yang menuduh dan yang dituduh di dalam majlis engkau dan juga di dalam masa kamu menerima kedua- duanya.

Pernah diriwayatkan tentang sikap Saidina Umar di dalam melayani orang ramai secara sama rata di hadapan undang-undang. Antaranya diceritakan bahawa salah seorang amir dari keturunan Ghassan semasa melakukan tawafdi Baitullah, maka salah seorang pemuda dari suku Fazzarah telah terpijak jubah yang dipakai oleh amir itu. Amir itu telah bertindak memukul pemuda itu sehingga berdarah hidungnya lalu pemuda itu mengadu kepada Saidina Umar dan Amir itu juga mengadu hal yang sama kepadanya. Beliau lalu berkata kepada Amir itu, pemuda itu berhak bertindak balas ke atas kamu, ataupun dia memaafkan kamu, maka kata Amir itu, bagaimana boleh berlaku demikian, saya seorang bangsawan sedangkan dia adalah seorang biasa. Maka Saidina Umar berkata, sesungguhnya agama Islam telah menyamaratakan antara kamu berdua, kamu tidak melebihinya melainkan dengan sifat takwa sahaja. Mendengar jawapan itu, maka si Amir tadi cuba memujuk pemuda itu tetapi ia enggan mengampunkannya, malah menuntut memukul balas. Oleh sebab Amir itu yakin bahawa Saidina Umar akan membiarkan pemuda itu bertindak balas terhadapnya, maka amir itu pun melarikan dirinya ke negeri Rom dan seterusnya keluar dari agama Islam. Peristiwa tersebut tidak sedikit pun menyedihkan Saidina Umar kerana adalah lebih baik bagi agama Islam sekiranya ada beberapa ribu orang yang tidak tebal imannya keluar dari agama Islam daripada ia mengakui di atas sesuatu kezaliman atau memandang ringan terhadap sesuatu kezaliman yang dilakukan. Kezaliman akan menjauhkan orang yang benar, sebaliknya keadilan pula akan mendekatkan mereka yang mempunyai jiwa yang suci yang sentiasa menuju ke arah kebenaran. Mereka ini biar betapa kecil pun bilangan mereka adalah lebih baik dan lebih member! kesan.

Agama Islam tidak sahaja menyamaratakan antara yang kuat dengan yang lemah di dalam menghadapi hukuman, malah ia mengambil suatu sikap yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana peraturan pun, mahupun pada hari ini, iaitu ia mengukur besar kecilnya sesuatu kesalahan itu mengikut orang yang melakukannya. Hukuman dijatuhkan selaras dengan kesalahan, maka dengan itu hukuman hendaklah dijatuhkan setimpal dengan kedudukan orang yang melakukan kesalahan itu. Perkara ini jelas sekali daripada hukuman yang dikenakan ke atas seseorang hamba dengan hukuman yang dikenakan ke atas seseorang yang merdeka. Seorang hamba hanya dikenakan separuh sahaja dari hukuman yang dikenakan ke atas seorang yang merdeka. Maka itu seseorang. yang merdeka melakukan kesalahan zina, ia disebat sebanyak 100 rotan dan seorang hamba yang melakukan kesalahan yang sama hanya dikenakan sebanyak 50 rotan; seorang merdeka yang meminum arak dikenakan sebat sebanyak 80 rotan, manakala seorang hamba hanya dikenakan sebanyak 40 rotan sahaja. Begitu juga kedudukannya di antara seorang amah (jariah) dengan seorang wanita yang merdeka, hukumannya hanya separuh sahaja dari yang dikenakan ke atas wanita yang merdeka.

Sebaliknya, undang-undang Roman (Romawi) berbeza sekali dengan apa yang dilaksanakan menurut agama Islam. Seorang hamba yang melakukan kesalahan zina dijatuhkan hukuman mati tetapi seorang anggota majlis senat yang melakukan kesalahan yang sama hanya dikenakan denda dengan wang sahaja. Undang-undang Roman tersebut adalah undang-undang zaiim yang tidak terdapat unsur-unsur keadilan di dalamnya, manakala hukuman Islam pula mencermmkan keadilan yang sebenar. Ini kerana kesalahan itu sendiri merupakan penghinaan ke atas diri orang yang melakukannya. Seorang hamba sememangnya seorang yang sudah hina, kerana ia dimiliki oleh orang lain, jadi sudah tentu seorang yang hina mudah melakukan sesuatu yang hina dan orang yang rendah kedudukannya selalu menuju ke arah melakukan kesalahan-kesalahan. Sebaliknya, seseorang yang tinggi kedudukannya tidak terdapat kehinaan pada dirinya, jadi dengan melakukan sesuatu kesalahan, maka orang itu telah mencemar serta merendahkan kedudukannya mengikut kesalahan yang dilakukan itu. Jadi kesalahannya itu lebih besar bahaya dan kesannya lebih menimbulkan keburukan di dalam jiwa individu serta masyarakat. Tidak syak lagi kalau seseorang yang mempunyai kedudukan melakukan kesalahan zina, maka perbuatan itu akan menggalakkan orang yang lebih rendah kedudukannya melakukan kesalahan itu. Manakala kesalahan yang dilakukan oleh orang biasa tidak akan mendorong orang lain untuk melakukannya. Maka dengan sebab itulah agama Islam membesarkan kesalahan yang dilakukan oleh orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan berikutnya hukuman yang dikenakan ke atasnya adalah lebih besar selaras dengan kedudukannya itu.

Demikianlah dapat kita lihat keagungan penyusunan undang-undang Islam yang tidak dapat ditandingi oleh mana-manapun undang-undang sekarang ini. Kebanyakan undang-undang, walaupun berjalan di atas dasar persamaaan yang tidak melebih-lebihkan mana-mana pihak, tetapi dalam pelaksanaannya akan bertindak untuk meringankan kesalahan yang dilakukan oleh golongan yang mempunyai kedudukan dan sebaliknya membesarkan kesalahan yang dilakukan oleh golongan yang tidak mempunyai kedudukan dalam masyarakat.

Kebanyakan undang-undang yang berjalan sekarang ini tidak menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan yang dilakukan oleh "ketua negara", Ini kerana ketua negara itu tidak sepatutnya akan melakukan kesalahan. Undang- undang ciptaan manusia sehingga kini menganggap peribadi ketua negara sebagai peribadi yang terlindung dan tidak boleh disentuh, di samping mendewa- dewakannya sehingga seolah-olah mereka itu dari golongan yang suci. Ungkapan- ungkapan yang dilahirkan oleh sesetengah para hakim dan penolong pendakwa raya membayangkan bahawa ketua-ketua negara itu sebagai peribadi yang suci dan tidak boleh disentuh. Realitinya, walaupun corak pemerintahan beraja mulai terhapus, tetapi kesannya masih ada, kerana peribadi ketua negara masih lagi disalut oleh pandangan tadi.

Agama Islam tidak mengenal semua ini dan para ulama fikah bersependapat bahawa gabenor-gabenor dan juga pemerintah tertinggi (imam) akan menghadapi perbicaraan dan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukannya seperti yang dikenakan ke atas orang lain tanpa sebarang pengecualian. Sekiranya ia melakukan kesalahan membunuh maka ia boleh dihukum bunuh balas dan kadi berhak memerintahkan supaya harta itu dirampas daripadanya. Ini menunjukkan tidak wujud sebarang perbezaan di antara pemerintah yang tertinggi, iaitu Khalifah, dengan orang ramai di dalam menghadapi perbicaraan dan hukuman kalau ia melakukan sesuatu kesalahan. Jawatan dan kedudukan yang disandangnya itu tidak boleh mengecualikan atau memberikan keistimewaan kepadanya terhadap perbicaraan dan kesalahan yang dilakukan.

Ini merupakan pandangan mengenai keadilan undang-undang dan hukuman-hukuman di dalam Islam, iaitu keadilan yang tidak mengenai sebarang perbezaan di antara penganut berbagai-bagai agama. Orang bukan Islam yang hidup dalam masyarakat Islam juga dikenakan hukuman-hukuman yang dijalankan ke atas orang-orang Islam tanpa sebarang perbezaan antara mereka dalam apa bentuk sekalipun kecuali dalam perkara-perkara yang berhubung dengan hal ehwal perseorangan mereka seperti perkahwinan dan perceraian, hukuman adalah dijatuhkan berdasarkan kepada peraturan agama yang dianuti mereka. Ini kerana terdapatduaperkara yang membentukperhubungan antara mereka dengan orang Islam. Pertama, mereka mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama dengan hak dan tanggungjawab orang Islam. Ini menyebabkan mereka berhak dikenakan hukuman di dalam soal-soal kira bicara dan keadilan seperti yang dikenakan ke atas orang Islam tanpa sebarang perbezaan. Keduanya, orang Islam diperintahkan supaya membiarkan orang bukan Islam dengan agama mereka dan tidak harus bagi orang Islam menyentuh soal-soal ibadat, perkahwinan dan perceraian mereka, kerana peraturan-peraturan ini adalah dipetik dari agama mereka. Jadi untuk memelihara kebebasan beragama, maka mereka hendaklah dibiarkan menjalankan sendiri soal-soal yang berhubung dengan hal-hal tadi.

7.3 KEADILAN SOSIAL

Keadilan sosial bertujuan supaya setiap orang dapat hidup di dalam masyarakatnya secara yang mulia tanpa sebarang penindasan. la memberi kesempatan kepada masyarakat untuk mempergunakan kebolehan yang dimilikinya untuk kemanfaatan diri dan masyarakat.

Kemiskinan sukar untuk dihapuskan sepenuhnya. Sebaliknya keadilan sosial hanya bertujuan untuk meringankan sedikit kesengsaraan yang dihadapi oleh golongan miskin, mengikiskan rasa iri hati dan dengki terhadap golongan kaya serta memberi peluang kepada mereka untuk mendapat makanan, pakaian dan tempat tinggal. Kesannya, tenaga yang ada boleh dipergunakan dan boleh membawa kebaikan untuk masyarakat serta dapat menghindarkan keburukan ke atas diri mereka dan juga ke atas masyarakat sendiri.

Manusia akan berbeza dari segi kemiskinan dan kekayaan mereka sehinggalah bumi ini dan makhluk-makhluk diambil semua oleh Allah s.w.t. Kemiskinan tidak mungkin dapat dibanteras melainkan setelah semua kekuatan dapat disatukan, punca-punca rezeki dan gejala-gejala kebendaan serta pemikiran dapat disatukan. Ini kerana manusia adalah berbeza sesama mereka


dalam segi kekuatan. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, manusia adalah seperti unto, seratus daripadanya tidak mempunyai penunggang.

Manusia dilihat dari segi kekuatan pemikiran dan kekuatan fizikal, umpama segi tiga piramid. Orang yang berada tidak ramai di kemuncaknya, manakala bilangan bertambah apabila kedudukan semakin ke peringkat bawahan.

Walaupun daya pengeluaran dapat disatukan di kalangan individu dalam sesuatu masyarakat, tetapi punca kekayaannya tidak dapat disatukan. Ini kerana seseorang itu mungkin mempunyai sumber yang tidak dimiliki oleh orang lain atau pengeluaran belum dapat dipastikan sekiranya mereka menggunakan punca- punca tersebut, tetapi akibat ditimpa bencana, kekayaannya tidak dapat diselamatkan, sedangkan yang lain pula tidak menghadapi bencana tersebut. Berdasarkan perbandingan, manfaat-manfaat yang didapati oleh para pengusaha dari pekerjaan mereka bolehlah dibandingkan dengan peladang-peladang. Walaupun mereka ini menanam tanaman yang sama, menggunakan baja yang sama serta sama-sama melindungi tanaman mereka dari ancaman musuh, tetapi kadang-kadang berlaku ke atas salah seorang daripada mereka perkara-perkara yang di luar dugaan, umpamanya peladang yang tanahnya berhampiran dengan sungai dilanda banjir, sedangkan peladang yang tanahnya agak berjauhan sedikit terselamat dari bencana tersebut, atau dapat menyelamatkan tanamannya sebelum dilanda banjir. Jadi sudah tentu orang ini akan mendapat pendapatan yang berlebihan, sedangkan peladang yang tanamannya dilanda banjir mendapat hasil yang kurang.

Berdasarkan kemiskinan dan kekayaan, agama Islam menganggap ia suatu hakikat yang tetap dan menganggap gejala-gejala ini sebagai suatu perkara semula jadi bagi kehidupan manusia. Hakikat ini telah diakui oleh al-Quran di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia. Walau bagaimanapun ini tidak bererti bahawa agama Islam mengakui wujudnya kasta atau kelas berdasarkan kemiskinan atau pemilikan kekayaan. Di dalam Islam tidak terdapat sebarang peraturan kasta seperti yang dapat kita saksikan di dalam pelaksanaannya terhadap keadilan undang-undang. Agama Islam juga memastikan bahawa orang kaya tidak akan bersikap tinggi diri terhadap golongan miskin berdasarkan kekayaan. Kelebihan manusia di sisi Allah s.w.t. hanya berdasarkan sifat ketakwaan dan ketaatan, serta kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t. itu hanya diukur dari segi amalan soleh. Sabda Rasulullah s.a.w. bahawa A llah tidak melihat kepada rupa bentuk kamu, tetapi ia melihatpada hati dan pekerjaan kamu.

Segala perbuatan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam kehidupannya memperlihatkan sikap untuk menghapuskan kasta di kalangan manusia. Baginda pernah melarang sikap bermegah-megah dengan keturunan yang menjadi tradisi pegangan masyarakat Arab kerana melahirkan semangat asabiyah berdasarkan sistem suku atau kabilah. Diriwayatkan bahawa seorang sahabat telah "menggiat" seorang sahabat yang lain kerana ibunya. Rasulullah berkata kepada sahabat itu, Apakah kamu menggiatnya kerana ibunya? Sesungguhnya terdapatpada engkau unsur-unsur jahiliyah. Di samping itu Rasulullah s.a.w. bersabda, bukan dan kami orang yang menyeru kearah sikapfanatik. Kesemuanya ini adalah bertujuan untuk menyatukan masyarakat Islam, dan seluruhnya.

Para pemerintah Islam telah melebihkan golongan yang lemah dan mulia iaitu dengan mendekatkan golongan ini kepada mereka supaya perasaan asabiyah dan kasta dapat dihapuskan. Ada diriwayatkan bahawa pada suatu ketika Bilal, Abu Sufian dan beberapa orang lagi pembesar Quraisy meminta kebenaran untuk menemui Saidina Umar al-Khattab, maka penjaga pintu bilik masuk memberitahu beliau, Abu Sufian dan Bilal ada menunggu di luar pintu. Mendengar itu Saidina Umar merasa marah kerana penjaga pintu itu mendahulukan nama Abu Sufian dari nama Bilal. Beliau berkata kepada penjaga pintu itu, katakan bahawa Bilal dan Abu Sufian ada menunggu di luar. Saidina Umar kemudiannya membenarkan Bilal menemuinya dan enggan menemui Abu Sufian. Saidina Umar juga telah mengeluarkan arahan melarang pembesar-pembesar Quraisy berpindah ke daerah-daerah pembukaan Islam. Ini kerana dibimbangi mereka akan dijadikan golongan bangsawan yang menguasai orang ramai atas nama pemerintah.

Agama Islam telah berusaha untuk menghapuskan sistem kasta ini dan mengikisnya dari jiwa manusia melalui penbadatan-peribadatannya. Di dalam ibadat sembahyang, umpamanya, seorang miskin berdiri dalam satu baris dengan orang kaya, masing-masing dengan perasaan tunduk dan khusyuk kepada Allah s.w.t. dan sama-sama mengucapkan kata-kata Allah Maha Besar. Di dalam ibadat haji pula segala perbezaan sosial terhapus sama sekali baik dari segi bangsa, warna kulit, baik miskin atau kaya, kesemuanya menjadi tetamu Allah s.w.t. di Baitullah al-Haram dan kesemuanya memakai pakaian yang sama diperbuat daripada kapas. Begitulah keadaannya dengan peribadatan-peribadatan Islam yang lain, kesemuanya mendidik hati manusia menuju ke atas persamaan tanpa sebarang perbezaan dan tanpa memandang kedudukannya, kaya atau miskin, dari keturunan yang mulia atau tidak, malah semuanya adalah sama di hadapan Allah s.w.t. seperti pada mula-mula mereka diciptakan.

Islam mengakui hakikat realiti yang berlaku iaitu bahawa di kalangan manusia itu terdapat golongan yang miskin dan yang kaya. Agama Islam telah berusaha untuk mengatasi kemiskinan dan cuba menghalang agar kemiskinan ini tidak merendahkan atau menghinakan umat Islam. Oleh itu, beberapa pendekatan dilakukan untuk mengelakkan timbulnya suatu golongan yang mengancam masyarakat serta mencetuskan perasaan iri hati di kalangan orang miskin yang kelak akan memberontak terhadap peraturan-peraturan masyarakat sehingga sanggup melakukan kegiatan mencuri, merampas, merompak dan mungkin juga membawa kepada mengubah peraturan sesuatu masyarakat.


Pertama, memberi peluang kepada setiap orang untuk berusaha dengan menyediakan peluang pekerjaan. Sekiranya tidak berpeluang untuk melakukannya, maka ia boleh melakukan sebarang pekerjaan dengan menggunakan tenaga tangannya. Rasulullah s.a.w. pernah memberi galakan agar seseorang itu bekerja dengan tangannya (usahanya). Sabda baginda bermaksud: Tidak ada makanan yang lebih baik yang dimakan oleh anak Adam dari usaha tangannya sendiri, sesungguhnya Nabi Allah Daud makan dari pekerjaan tangannya sendiri. Hadis ini menyebut mengenai Nabi Allah Daud, seorang pemimpin yang agung dan seorang raja yang berkuasa, maka kekuasaan serta kekayaan terletak di bawah tangannya. Baginda lebih suka makan dari hasil usaha tangannya sendiri untuk mendapatkan rezeki yang halal dan itulah rezeki yang sebaik-baiknya, walaupun baginda boleh mengambil sebahagian dari kekayaan itu secara yang benar untuk diri dan keluarganya.

Pada zaman Rasulullah s.a.w., seorang lelaki telah datang menemui baginda untuk meminta sedekah dari harta Baitulmal. Baginda mendapati lelaki itu masih kuat dan bertenaga, maka tidak diberikan wang sebaliknya dibelikan sebilah kapak untuknya mencari kayu api dan dengan itu dia dapat mencari rezeki dari hasil tangannya sendiri. Rasulullah s.a.w. menggalakkan orang yang bertenaga untuk bekerja dan sabda baginda, seandainya seseorang itu mencari kayu api dengan menggunakan kapaknya, maka itu adalah lebih baik baginya dari meminta- minta kepada orang yang mungkin akan memberikan sesuatu kepadanya atau tidak memberikannya. Baginda memuliakan pekerjaan seperti ini supaya orang tidak memandang rendah terhadapnya dan juga bertujuan untuk meningkatkan bilangan pekerja-pekerja dan tukang-tukang yang membuat perkakas-perkakas dengan tangan mereka, kerana usaha-usaha mereka ini sangat diperlukan untuk proses pembangunan.

Sekiranya pekerjaan seperti ini dipandang rendah maka sudah tentulah kemakmuran tidak dapat dicapai dan perusahaan tidak dapat dipertingkatkan. Selain daripada itu pandangan tinggi yang disarankan oleh hadis tadi dapat mengelakkan orang ramai dari memandang rendah terhadap sebahagian dari mereka. Dengan itu terhindarlah sesuatu masyarakat yang memandang rendah golongan pekerja sedangkan golongan yang tidak melakukan sebarang pekerjaan, tetap dihormati dan dimuliakan.

Kedua, untuk mengatasi kemiskinan ini ialah dengan menyediakan peluang-peluang supaya mereka yang mempunyai kemampuan dapat mengambil faedah dari keupayaan dan kebolehan yang mereka miliki. Ulama fikah menegaskan bahawa setiap usaha yang membawa kemakmuran iaitu pertanian, kilang-kilang perusahaan, dan melakukan jihad untuk menegakkan agama Allah adalah wajib ke atas umat Islam. la adalah wajib secara khusus ke atas setiap orang yang mampu dalam salah satu usaha-usaha tadi dan wajib secara umum ke atas umat Islam. Setiap dari usaha-usaha ini hendaklah dikekalkan, dikembangkan dan dipertingkatkan kepentingan di kalangan umat Islam terutama golongan muda.

Ahli fikah juga menekankan bahawa cara untuk menyediakan peluang yang seluas-luasnya kepada semua orang ialah dengan menyediakan pendidikan. Pendidikan dalam peringkat pertama adalah untuk setiap orang (umum), di peringkat kedua, berdasarkan kelayakan untuk meningkatkan kemahiran, maka mereka ini disalurkan kepada bidang-bidang yang diperlukan untuk pembangunan. Namun begitu ada di antara mereka yang boleh berusaha dengan tenaga tangan sendiri dengan bertani, berniaga, membuat perusahaan tangan, membuka perusahaan-perusahan sendiri atau lain-lain bidang yang tidak memerlukan tahap kemahiran dan teknologi tinggi.

Selepas menyempurnakan peringkat kedua, maka sudah tentu ada di antara mereka yang mempunyai kelayakan untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat akhir, iaitu peringkat seseorang itu akan membuat pengkhususan dalam sesuatu bidang. Pengkhususan merangkumi pelbagai bidang ilmu pengetahuan antaranya bidang ketenteraan, kehakiman dan lain-lain. Mereka yang tidak mempunyai kelayakan untuk meningkat dari peringkat ini akan disalurkan kepada bidang-bidang yang diperlukan oleh masyarakat. Usaha-usaha pembangunan memerlukan kepada orang yang mahir di dalam bidang perangkaan dan juga dalam bidang perusahaan untuk menyelia kilang-kilang perusahaan dan lain-lain bidang yang memadai dengan kelulusan setakat peringkat ini.

Seandainya sistem ini lengkap dan diikuti, maka ia akan dapat menyediakan peluang bagi semua orang di samping dapat mencungkil bakat- bakat yang ada pada mereka. Maka, sesuatu tugas tidak akan diletakkan ke atas seseorang yang tidak mempunyai kelayakan untuknya.

Ketiga, untuk mengatasi kemiskinan ialah dengan menyediakan kemudahan hidup bagi golongan yang tidak berdaya untuk bekerja, selain kemudahan yang disediakan untuk para pekerja dan juga bagi mereka yang memiliki bakat untuk mencungkil kebolehan mereka. Golongan yang tidak berdaya antaranya orang-orang tua, golongan wanita dan anak-anak yatim yang sudah tentu kehilangan tempat bergantung hidup. Maka, wajar bagi agama Islam untuk menyediakan kemudahan hidup bagi golongan ini dan tidak mengabaikannya. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: sesiapa yang meninggalkan harta, maka ia adalah untuk waris-warisnya dan siapa yang ditinggalkan tanpa sebarang harta, maka ia terpulang kepada aku dan menjadi tanggung jawabku (diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim). Hadis ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang mati dan meninggalkan harta, maka harta itu adalah untuk waris- warisnya, dan sesiapa yang mati meninggalkan tanggungan tanpa sebarang harta, maka Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa mereka itu adalah terpulang kepadanya dan pembiayaan mereka adalah menjadi tanggungjawabnya. Ini bermakna tanggungjawab terhadap anak-anak yatim ini memberikan perlindungan, bimbingan dan pemeliharaan terhadap mereka sehingga


membolehkan mereka menjadi seorang insan yang berguna di masa hadapan. Tugas ini terletak ke atas Rasulullah s.a.w. kerana pembiayaan mereka adalah dijalankan mengikut syariat Islam.

Agama Islam telah mengemukakan tiga sumber untuk memenuhi keperluan golongan kurang berdaya ini iaitu pertama, sumber harta Baitulmal. Setiap pungutan atau kemasukan ke dalam Baitulmal adalah untuk orang miskin kerana ia merupakan hak mereka dan wajib dikeluarkan kepada mereka secara teratur, amanah dan adil. Kedua, sumber zakat iaitu pengeluaran dari sumber ini hendaklah didahulukan kepada fakir miskin dan mereka yang terputus perbelanjaan semasa dalam perjalanan. Jadi mereka hendaklah diberi peruntukan dari harta zakat. Dan ketiga, melalui dasar 'nafkah' terhadap kaum keluarga, kerana agama Islam mewajibkan keluarga yang kaya memberi nafkah kepada keluarga yang miskin dan tidak mampu.

7.4 KEADILAN SEJAGAT

Hubungan antara orang Islam dengan bukan Islam telah ditegakkan sejak dari mulanya di atas dasar kasih sayang. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negeri kamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil. Allah hanya melarang kamu menjadikan sebarang kawan kamu dari orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusirkamu dari negeri kamu dan membantu untuk mengusirkamu, dan barangsiapa yang menjadikan mereka itu sebagai kawan, maka mereka itulah orang yang zalim (Surah Al-Mumtahanah: Ayat 8 dan 9).

Perasaan kasih sayang merupakan asas perhubungan kemanusiaan. Apabila berlaku permusuhan dan meletus peperangan, maka "keadilan" adalah menjadi kata pemutus dalam keadaan ini. Orang Islam mesti melaksanakan keadilan biar betapa kuat sekalipun permusuhan itu. Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: Danjanganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil, berlaku adillah, kerana adil itu lebih hampir kepada takwa (Surah Al-Maa'idah: Ayat 8).

Ini menunjukkan sifat kebencian yang melulu akan mendorong berlaku sikap tidak adil. Keadilan merupakan hak suci yang ditentukan dan sama-sama dinikmati bahkan oleh pihak musuh. Maka, apabila berlaku permusuhan, undang-undang keadilan mengehendaki supaya ditentang permusuhan tersebut selaras dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: barangsiapa yang menyerang kamu, maka serangilah ia selaras dengan serangannya terhadap kamu, bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa (Surah Al- Baqarah: Ayat 194). Sekiranya mereka tidak melahirkan permusuhan, maka orang Islam tidak berhak untuk menyerang mereka kecuali sekiranya diyakini mereka membuat persediaan untuk melakukan permusuhan. Orang Islam tidak seharusnya menunggu sehingga mereka melancarkan serangan, malah harus menyerang terlebih dahulu sebelum diserang. Ini kerana sebaik-baik pertahanan ialah melakukan serangan apabila terdapat tanda-tanda yang jelas bahawa mereka akan melancarkan serangan terhadap orang Islam.

Agama Islam juga mewajibkan umatnya sentiasa "menepati janji" apabila membuat ikatan perjanjian dengan pihak musuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: hendaklah kamupenuhi janji kerana sesungguhnya janji itupasti diminta pertanggungjawabnya. Islam menekankan bahawa menunaikan janji itu merupakan suatu "kekuatan", dan Islam menekankan supaya janji itu ditepati dan ditunaikan. Di dalam al-Quran terdapat suatu ayat yang tegas menekankan supaya janji hendaklah ditunaikan, iaitu firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan tepatilah perjanjian dengan Allah, apabila kamu berjanji danjanganlah kamu membatalkan sumpahmu itu sesudah mengukuhkannya, sedangkamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu buat. Danjanganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi cerai berai kernbali dengan menjadikan sumpahmu sebagai alat menipu di antara kamu disebabkan adanya satu golongan yang lebih banyak jumlahnya dari golongan yang lain, sesungguhnya Allah hanya menguji kamu dengan hal itu dan sesungguhnya di hari Kiamat akan dijelaskannya kepada kamu apa dahulunya kamu perselisihkan itu, dan kalau Allah mengehendaki, nescaya ia menjadikan kamu satu umat sahaja, tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan dahulu. Danjanganlah kamujadikan sumpahmu sebagai alatpenipu di antara kamu yang menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah kukuh tegaknya dan kamu rasakan kemelaratan di dunia kerana kamu menghalangi manusia darijalan Allah dan bagi, kamu azabyang besar (Surah Al-Nahl, Ayat 91).

Berdasarkan ayat al-Quran tadi, dapat dijelaskan tiga perkara pokok terpentmg. Pertama, janji yang paling diutamakan ialah janji terhadap Allah s.w.t. dan sesiapa yang mencabulnya maka ia mencabul janji Allah s.w.t.. Kedua, perjanjian itu sendiri merupakan "kekuatan" dan menunaikannya adalah merupakan suatu "kekuatan" pula. Dengan sebab itu, dibandingkan orang yang mengkhianati janji itu seumpama seorang perempuan yang menghuraikan benang yang sudah dipintal kemas kemudian terburai. Mengkhianati janji akan menggelincirkan kaki seseorang sesudah kukuh tegaknya. Perjanjian mengukuhkan perdamaian, dan di dalam perdamaian itu terdapat kekuatan dan pengukuhan, mengkhianatinya akan menghapuskan pengukuhan tersebut. Dan ketiga, tidak sepatutnya masyarakat yang ramai dan pemerintah yang banyak dijadikan sebab untuk mengkhianati janji. Dengan sebab itu diterangkan di antara sebab-sebab mengkhianati janji yang tidak benar ialah "disebabkan adanya satu golongan yang lebih banyak jumlahnya dari golongan yang lain."

Penegasan untuk menunaikan janji itu sendiri merupakan "keadilan", kerana di dalam "janji" terdapat hak-hak dan pembahagiannya, iaitu yang diistilahkan oleh ahli-ahli undang-undang dengan "perundangan ikatan". Jadi menunaikan janji itu adalah melaksanakan keadilan yang terkandung di dalamnya.


Janji ini tidak boleh dikhianati hanya didasarkan kepada sangkaan bahawa pihak lain akan mengkhianatinya. Persediaan yang dilakukan oleh pihak musuh itu sendiri tidak boleh dijadikan sebab untuk mengkhianati janji kecuali jika terbayang niat dan tanda-tanda yang jelas bahawa mereka akan mengkhianati janji tersebut, maka ketika itu baru boleh dikhianati janji dengan mereka. Pernah diriwayatkan bahawa orang-orang Islam telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. bahawa orang-orang Musyrikin Makkah membuat persediaan perang selepas Perjanjian Hudaibiyah. Sebaliknya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada mereka, tunailah janji terhadap mereka dan mintalah pertolongan dan Allah terhadap mereka. Tetapi seandainya terdapat tanda-tanda pengkhianatan dari mereka, maka hendaklah dikembalikan perjanjian itu dan mereka hendaklah diberitahu tentang itu. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: dan jika kamu mengetahui pengkhianatan dari satu golongan, maka kembalikanlah perjanjian itu kepada mereka dengan cara yang jujur (Surah Al-Anfal: Ayat 58).


No comments: