Wednesday, April 23, 2008

Ilmu Dan Pembangunan Masyarakat Menurut Islam


5.1 PENGERTIAN DAN KONSEP ILMU

Menurut Abd al-Jabbar, ilmu ditakrifkan sebagai kepercayaan yang memuaskan jiwa bahawa objek yang dipercayai itu adalah menepati perkara yang sebenarnya menurut realiti yang berlaku. Ini bermakna, ketepatan maklumat selaras dengan realiti itulah yang dikatakan ilmu. Profesor Abdullah Hassan, seorang tokoh akademik memberikan definisi ilmu sebagai apa saja yang bererti, bernilai dan berguna. Manakala Kamus Dewan pula mendefinisikan ilmu sebagai pengetahuan, kepandaian (dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain).

Ilmu merupakan pelengkap kepada kebijaksanaan manusia dalam melakukan tindakan. Ilmu akan mengangkat darjat (martabat) kebijaksanaan seseorang di peringkat individu, masyarakat, negara dan seterusnya memberikan dampak kepada proses pembentukan sesuatu tamadun manusia. Oleh yang demikian, konsep ilmu Islam amat ketara perbezaannya dengan konsep ilmu- ilmu lain. Ilmu Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu ketuhanan (RabbamaV), terbuka dan global.


Konsep ilmu menurut ciri ketuhanan (rabbaniah): Ketuhanan dari segi sumber, penggunaan dan matlamat ilmu. Ketuhanan dari segi sumber bererti segala ilmu yang manusia perolehi berasal daripada Tuhan Yang Maha Mengetahui sama ada secara terus iaitu wahyu (Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran) atau secara tidak langsung iaitu melalui penelitian dan kajian terhadap alam semesta. Ini selaras dengan wahyu pertama yang diturunkan kepada baginda Rasulullah s.a.w. dan ia termaktub di dalam surah al-'Alaq: Ayat 1 yang memenntahkan manusia supaya mencari ilmu (membaca) dengan nama Tuhan yang menciptakan. Ini membuktikan bahawa semua ilmu dikaitkan dengan Allah s.w.t.

Ketuhanan dari segi penggunaan pula bererti ilmu yang diperolehi hendaklah dilaksanakan selaras dengan syariat Islam tanpa sebarang penyelewengan. Manakala ketuhanan dari segi matlamat ilmu bermaksud tujuan dan objektif pencapaian ilmu adalah untuk memenuhi keperluan kehidupan manusia dan alam semesta secara keseluruhannya selaras dengan syariat Islam. Ilmu menurut Islam bukan bersifat monopoli atau digunakan untuk kepentingan individu semata-mata bagi menjadikan dirinya seorang manusia yang agung, berkuasa dan terkenal. Ini amat bertentangan dengan ciri ketuhanan tersebut.

Konsep ilmu Islam menurut ciri terbuka: Terbuka dalam dalam dua aspek iaitu memperolehi ilmu dan menggunakan ilmu. la tidak membataskan sumber perolehan daripada kitab al-Quran atau al-Hadis sahaja. Malah ilmu Islam tidak hanya terbatas untuk kegiatan keagamaan semata-mata bahkan untuk kegiatan keduniaan.

Dr. Yusuf al-Qaradawi membahagikan ilmu kepada dua bahagian. Pertama, ilmu yang berkaitan dengan syariat (akidah, ibadah dan akhlak). Kedua, ilmu yang berkaitan dengan pengurusan pembangunan tamadun manusia. Ilmu yang berkaitan dengan syariat hanya bergurukan orang Islam yang dipercayai keilmuannya (mursyid), Manakala ilmu berkaitan dengan pengurusan pembangunan tamadun manusia boleh dituntut atau diperolehi daripada guru bukan Islam.

Dalam konteks ini, Rasulullah s.a.w. sendiri telah membuktikan bahawa sumber ilmu untuk memajukan tamadun manusia ini tidak terbatas kepada orang Islam sahaja, malah dari orang bukan Islam. Pada zaman Rasulullah s.a.w., baginda menerima cadangan yang dikemukakan oleh Salman al-Farisi untuk menggunakan ilmu peperangan yang diperolehmya daripada orang-orang Parsi. Ilmu peperangan tersebut ialah menggali parit untuk membentengi kota Madinah ketika peperangan Khandak. Rasulullah s.a.w. juga telah memberitahu bahawa segala ilmu yang berguna itu berhak dimiliki oleh umat Islam sebagaimana sabdanya yang bermaksud: Hikmah (ilmu yang berguna) adalah barang mukmin yang hilang, maka di mana sahaja dia menjumpainya maka dia berhak mendapatkannya.

Manakala terbuka dalam penggunaan ilmu ialah ilmu yang diperoleh hendaklah dikongsi sama ada di kalangan muslim atau bukan muslim. Bahkan ilmu Islam tidak bersifat monopoli. Sejarah membuktikan sirat keterbukaan dalam penggunaan ilmu dipraktikkan di Cordova dan Sicily iaitu pada zaman Kerajaan Islam Andalusia. Orang-orang Eropah datang ke sana untuk mempelajari dan meneliti ilmu pengetahuan terutama daripada sarjana-sarjana Islam. Kedatangan mereka tidak dihalang, malah diberikan penghormatan. Sekiranya ilmu Islam tidak bersifat terbuka, sudah semestinya mereka ini akan disekat dan dihalang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tersebut.

Konsep ilmu Islam menurut ciri global: Keseluruhan ilmu yang memberikan manfaat kepada manusia sama ada ilmu syariat atau ilmu pengurusan tamadun manusia. Hakikatnya, tidak wujud pemisahan antara ilmu Islam dan ilmu sekular kerana keseluruhan ilmu yang bermanfaat telah terangkum ke dalam ilmu Islam. Ibn Khaldun telah membahagikan ilmu Islam kepada dua kategori: Ilmu naqliyyah dan ilmu 'aqliyyah. Ilmu naqliyyah merangkumi ilmu syariat yang telah diwahyukan seperti akidah, ibadat dan akhlak. Manakala ilmu 'aqliyyah pula meliputi ilmu yang terhasil daripada proses pemikiran (kajian akal), pemerhatian dan penelitian tentang alam sekeliling.

5.2 KEDUDUKAN CENDEKIAWAN DI SISI ISLAM

Islam meletakkan para cendekiawan dan sarjana di tahap yang tinggi. la termaktub dalam al-Quran apabila Allah menyatakan kedudukan orang yang berilmu di tahap yang tinggi dalam beberapa surah. Antaranya firman Allah S.W.T yang bermaksud: Allah meninggikan kedudukan orang-orangyang berimon di kalangan kamu dan orang-orangyang berilmu beberapa darjat (Surah Al-Mujadalah: Ayat 11). Selam daripada itu, Islam juga mengaitkan cendekiawan dengan orang- orang yang bertakwa kepada Allah: Sesungguhnya orangyang taqwa (orangwang menaruh bimbingdan takut melanggar perintah Allah), terdiri daripada orang-orang yang berilmu Surah Al-Fathir:Ayat 28). Di sampmg itu, Allah turut mengakui bahawa orang yang berilmu tidak sama dengan orang yang tidak berilmu: Adakah sama orangyang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, sesunggsuhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran hanyalah orang-orang yang berakal (Surah Al-Zumar: Ayat 9).

Rasulullah s.a.w. banyak menyebut tentang kelebihan orang yang berilmu. Malah setlap individu muslim wajib menuntut ilmu. Antara hadis Baginda s.a.w. ialah:

Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap lelaki dan perempuan. (Hadis Riwayat Ibn Majah dan Baihaqi)


Ulama [cendekiawan] adalah pewaris para Nabi. (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Orang yang berpeluang memberi syafaat pada hari kiamat adatiga golongan: Nabi, ulama dan syuhada. (Hadis Riwayat Ibn Majah)

5.3 PERANAN ILMU DALAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT ISLAM

Ilmu merupakan elemen terpenting yang memangkinkan pergerakan manusia untuk melakukan penelitian, pengkajian dan menghasilkan penemuan baru atau teknologi. Pencapaian-pencapaian ini merupakan puncak keupayaan akal dan kejayaan manusia untuk membentuk sesuatu ketamadunan bagi memenuhi keperluan kehidupan manusia dan makhluk-makhluk sekitarnya.

Imam al-Ghazali di dalam bukunya Ihya 'Ulum al-Din, menegaskan bahawa Islam tidak menggalakkan umatnya memencilkan diri untuk beribadat dan meninggalkan tuntutan mencari ilmu sama ada bagi kegunaan diri sendiri iaitu fardu ain ataupun kegunaan masyarakat laitu fardu kifayah. Individu- individu yang berilmu akan membentuk masyarakat yang cemerlang manakala individu yang jahil akan menggagalkan proses pembangunan masyarakat. Justeru, masyarakat yang gemilang merupakan representasi individu yang berilmu.

5.4 PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM

Apabila isu pembentukan masyarakat Islam dibincangkan, peranan individu- individu muslim tidak dapat dipinggirkan. Ini kerana pembentukan sesuatu masyarakat adalah berasaskan institusi keluarga. Manakala institusi keluarga pula bermula dengan perkahwinan di antara dua individu yang berlainan jantina. Kualiti ilmu yang dimiliki oleh individu-individu yang membentuk keluarga dan seterusnya masyarakat adalah faktor penentu kepada kualiti sesebuah masyarakat.

Perhatian yang khusus telah diberikan oleh Islam terhadap pembentukan keluarga bagi mengekalkan generasi manusia (baka). Ini kerana, pengabaian pembentukan institusi keluarga akan membawa kepada keruntuhan dan kehancuran sesebuah masyarakat.

Justeru, Allah s.w.t. telah menurunkan undang-undang keluarga Islam sebagai panduan kepada seluruh institusi keluarga. la diklasifikasikan oleh fukaha di dalam kitab-kitab fikah sebagai Munakahat yang bermaksud nikah-kahwin. Institusi keluarga dapat memelihara akhlak, tata susila dan kemuliaan manusia melalui ikatan perkahwinan. Di samping itu, ia mempunyai peranan yang amat Denting dalam pembentukan peribadi individu kerana peribadi yang balk akan membentuk keluarga yang baik, dari keluarga yang baik akan melahirkan masyarakat yang baik dan seterusnya tertegak sebuah negara yang cemerlang di bawah keredaan Allah s.w.t. Segala ilmu ini perlu dipelajari oleh setiap individu muslim sebelum mendirikan sebuah rumah tangga.

5.4.1 Perkahwinan

Perkahwinan merupakan ikatan antara dua individu; lelaki dan wanita melalui akad nikah dan ijab kabul. Semasa proses pencarian jodoh, kebiasaannya seseorang akan memilih pasangannya berdasarkan kepada empat ciri iaitu berharta, berketurunan baik, cantik dan beriman (berakhlak). Namun, Rasulullah s.a.w. menyarankan agar umatnya memberi keutamaan kepada faktor yang keempat iaitu beriman (berakhlak). Dalam konteks ini, keutamaan diberikan kepada calon yang beriman kerana menurut Baginda Rasulullah s.a.w. hanya keimanan dapat menjamin keharmonian institusi keluarga dalam mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Undang-undang keluarga Islam juga turut memberikan garis panduan mengenai pasangan yang boleh dikahwini dan golongan yang haram dikahwini. Golongan yang haram dikahwini hukumnya terbahagi kepada dua iaitu haram abadi dan haram sementara. Hukum haram abadi ada tiga kategori iaitu mereka yang adapertalian darah seperti ayah, ibu dan anak; pertalian kekeluargaan seperti anak tiri, mertua dan menantu; pertalian penyusuan seperti ibu susu dan saudara sesusu. Manakala hukum haram sementara pula ialah ipar iaitu apabila pasangan meninggal maka perkahwinan antara suami dengan ipar atau isteri dengan ipar dibolehkan; perempuan bukan Islam apabila dia memeluk Islam perkahwinan dibolehkan; dan perempuan dalam idah (idah ialah tempoh menunggu bagi wanita yang bercerai dengan suaminya sama ada hidup atau mati, sebelum ia dibolehkan berkahwin lain selama 4 bulan 10 hari) apabila tamat tempohnya maka dibolehkan berkahwin.

Terdapat beberapa kategori dalam hukum berkahwin. Fukaha menetapkan hukum berkahwin ini berdasarkan kepada keadaan individu. Menurut mazhab Syafie, hukum nikah terbahagi kepada lima. Pertama, harus: bagi seseorang yang ingin melakukan seks. Kedua, sunat berkahwin: sekiranya dia ingin menjaga kesuciannya, cukup syarat dan berkemampuan (zahir dan batin). Ketiga, wajib nikah: bagi yang berkemampuan dari segi zahir dan batin, serta nafsu syahwatnya begitu tinggi hingga boleh mendorong kepada perzinaan. Bagi yang tidak berkemampuan dari segi perbelanjaan perkahwinan, Islam menyarankan agar dia berpuasa, Keempat, haram berkahwin: orang yang tidak mencukupi syarat, tidak berkemampuan zahir dan batin serta tidak bertanggungjawab kerana dibimbangi akan merosakkan rumah tangga serta masa


depan isteri dan anak. Kelima, makruh nikah: orang yang tidak berhajat kepada seks, ahli ibadat, orang yang bend kepada perkahwinan dan seumpamanya.

Perkahwinan bertujuan untuk memperolehi zuriat dan mengekalkan baka, memelihara kehormatan diri, mencapai ketenangan hati, ketenangan jiwa dan sebagai cara untuk menyalurkan naluri cinta dan kasih sayang. la merupakan jalan penyelesaian kepada naluri tabii atau fitrah semula jadi manusia iaitu hubungan seks antara lelaki dan wanita yang dijadikan Allah s.w.t.

5.4.2 Hak dan Tanggungjawab dalam Institusi Keluarga

Hak dan Tanggungjawab Suami Isteri: Dalam institusi keluarga Islam, suami dan isteri memiliki hak ke atas satu sama lain lantaran tanggungjawab yang dipikul sama ada bagi pihak suami, isteri atau tanggungjawab bersama: suami dan isteri. Dalam konteks ini, isteri memiliki hak untuk memperolehi nafkah zahir dan batin daripada suami, memperolehi pakaian dan tempat tinggal yang sesuai daripada suami, memperolehi jaminan keselamatan dan kebajikan daripada suami, memperolehi nasihat yang baik daripada suami, suami bertanggungjawab melindungi rahsia kecacatan atau kekurangan isteri kepada orang lain, dan suami wajar mengasihi keluarga isteri. Hak ini hanya dimiliki oleh isteri setelah tanggungjawab sebagai seorang isteri dilaksanakan dengan baik seperti melayani keperluan batin suami, mentaati suami; ketaatan dan kesetiaan isteri kepada suami selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam; isteri bertanggungjawab merahsiakan kecacatan atau kekurangan suami kepada orang lain dan menjaga kehormatan dan harta suami ketika ketiadaannya.

Mengenai tanggungjawab suami, dia merupakan pemimpin dan ketua dalam institusi keluarga. Apabila dia melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami, dia berhak menerima layanan yang munasabah dan kasih sayang, termasuk zahir dan batin daripada isteri; isteri menjaga maruah dan akhlak sama ada berada di hadapan ataupun di belakang suami; dan meminta keizinan suami sebelum keluar rumah.

Hak dan tanggungjawab bersama suami isteri ialah suami dan isteri sama- sama berhak untuk menikmati kemanisan, kemkmatan dan kebahagiaan hidup berumah tangga; suami dan isteri bersama-sama bertanggungjawab mengeratkan hubungan silaturrahim dengan keluarga kedua-dua belah pihak; harta kedua- duanya boleh diwarisi oleh salah seorang daripada keduanya apabila berlaku kematian; mendalami ilmu fardhu am bersama; berbincang tentang kebaikan bersama; bantu membantu dalam hal kebajikan dan meninggalkan kemungkaran; bersikap jujur dan menetapi janji; saling memaafkan jika berlaku kesilapan dan saling menasihati; digalakkan bersembahyang berjemaah; dan bertawakal kepada Allah s.w.t. setelah berusaha untuk mencapai kebahagiaan hidup.

Hak dan Tanggungjawab Keibubapaan: Dalam konteks ini, Islam melihat tanggungjawab dua hala iaitu ibu bapa terhadap anak dan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa. Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak merangkumi berdoa kepada hadrat Allah s.w.t. agar dikurniakan anak yang soleh sebaik sahaja bernikah; mengazankan anak lelaki dan mengqamatkan anak perempuan sebaik sahaja dilahirkan; memberikan nama yang baik kepada anak; menyusukan anak sehingga berusia duatahun; menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal vang sesuai dengan kehidupan; mendidik anak supaya menjadi orang soleh dan beriman serta memberi pendidikan yang sewajarnya; memberi kasih sayang secukupnya dan bersikap adil terhadap anak-anak; dan menguruskan perkahwinan mereka apabila sampai masa untuk berkahwin.

Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa merangkumi mentaati ibu bapa dalam semua perkara selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam; menyahut seruan dan panggilan mereka dan segera hadir apabila diperlukan; jangan meninggikan suara apabila bercakap dengan kedua-duanya; berdoa untuk kedua- duanya sama ada ketika hidup mahupun sesudah meninggal dunia; dan menyebut segala kebaikan ibu bapa dan melupakan segala kesilapan dan kekurangan.

5.5 KONSEP KEMASYARAKATAN ISLAM

Masyarakat Islam ialah kelompok manusia yang beragama Islam dan mengamalkan ajaran Islam iaitu melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan Allah s.w.t. Hakikatnya, masyarakat Islam ialah orang Islam yang hidup bersama-sama dengan masyarakat bukan Islam dalam sesuatu kelompok masyarakat dan masyarakat ini melaksanakan kehidupan berlandaskan nilai- nilai Islam. Dalam Islam, mendirikan sesuatu masyarakat yang melaksanakan nilai-nilai keislaman merupakan suatu kewajipan yang terletak di atas bahu semua orang Islam.

Berdasarkan kelahiran dan perkembangan tamadun Islam, masyarakat Islam yang penama terbentuk ialah masyarakat yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat di Madinah, sebaik sahaja baginda berhijrah dari Makkah pada tahun 622 Masihi. Rasulullah s.a.w. kemudiannya membentuk sebuah negara Islam pertama melalui penggubalan Piagam Madinah (Sahifah Madinah). Umat Islam di bawah kepimpinan Rasulullah s.a.w. pada ketika itu telah melaksanakan tugas mendirikan masyarakat yang berlandaskan nilai-nilai Islam dengan cekal, gigih dan jujur sehingga berjaya membentuk sebuah masyarakat yang ideal, menjadi contoh dan model bagi masyarakat selepasnya sehingga masa kmi.

Dalam proses pembentukan sesuatu masyarakat Islam, ia didasarkan kepada ilmu tentang asas-asas ajaran Islam. Pada peringkat asasnya, syariah (undang-undang Islam) merupakan garis panduan terpenting. Dalam konteks ini, akhlak perlulah ditanam dan disuburkan dalam pembinaan sesuatu masyarakat dan kegagalan untuk menitikberatkan akhlak akan mengkucar- kacirkan sesuatu masyarakat. Melalui akhlak, pembentukan peribadi mulia Muslim merupakan tunggak masyarakat yang cemerlang dan ia akan menentukan kestabilan serta keharmonian sesebuah masyarakat.

Selain daripada itu, ibadah juga merupakan asas kepada pembentukan sesuatu masyarakat dan pembinaan tempat peribadatan juga diberi penekanan. Persaudaraan merupakan suatu ikatan antara seseorang individu dengan individu yang lain termasuk bantu-membantu dan bekerjasama dalam semua perkara. Setiap daripada asas-asas yang dibincangkan itu, saling berhubung kait dan lengkap-melengkapi antara satu sama lain dalam proses pembentukan peribadi Muslim dan seterusnya menentukan pembentukan sesuatu masyarakat Islam.

5.6 HAK DAN TANGGUNGJAWAB ANGGOTA MASYARAKAT

Dalam kehidupan sesuatu masyarakat Islam, seseorang individu berhak untuk hidup dengan aman dan tenteram menurut peruntukan undang-undang. Setiap individu dilahirkan dalam keadaan bebas dan kebebasan ini tidak boleh dicerobohi oleh sesiapa pun dengan sewenang-wenangnya. Dalam konteks ini, maruah dan peribadi, nilai diri dan nama baik setiap anggota masyarakat tidak boleh dicela dan dihina dengan sesuka hati. Kebebasan berfikir untuk mencari kebenaran dengan bebas untuk menolak dan menentang kezaliman; kebebasan untuk memilih agama yang dianuti; dan melahirkan pendapat juga merupakan hak anggota masyarakat.

Dalam Islam, konsep pemisahan kawasan berdasarkan warna kulit dan pegangan agama tidak wujud dan bertentangan dengan ajaran Islam. Setiap individu dalam masyarakatnya bebas untuk bergerak dan melakukan sebarang aktiviti yang bermanfaat tanpa dibatasi oleh warna kulit atau pegangan agama; dalam menentukan hak keadilan dan kehakiman, tidak wujud perbezaan dan pengecualian dalam pelaksanaan undang-undang dan tertuduh berhak untuk membela dinnya. Menegakkan kebaikan dan menentang kemungkaran atau kebatilan merupakah hak bagi setiap anggota masyarakat. Oleh itu hendaklah ada segolongan daripada masyarakat melaksanakan tugas menegakkan kebaikan dan menentang kemungkaran.

Dalam bidang politik dan pentadbiran (pemerintahan), perlindungan politik mestilah diberikan kepada sesiapa sahaja yang dianiayai tanpa mengira bangsa, pegangan agama dan warna kulit. Anggota masyarakat mempunyai hak untuk melantik pemimpm secara bebas dalam memilih pemerintah yang dianggap layak untuk mentadbir sesuatu masyarakat atau negara. Setiap individu berhak untuk bekerja dan mengusahakan sesuatu kegiatan untuk mencari rezeki dan kekayaan secara halal, tanpa melanggar batas-batas ajaran Islam. Individu diberi hak untuk menuntut ilmu, malah ia merupakan satu kewajipan bagi setiap individu. Begitu juga dalam hal membentuk dan memperkukuh institusi keluarga, setiap anggota masyarakat melaksanakan dengan cara yang bermaruah kerana keluarga menjadi institusi terpenting dalam masyarakat.

5.7 ISLAM DAN MASYARAKAT BERBILANG BANGSA

Menurut ahli sains sosial, masyarakat majmuk ditakrifkan sebagai masyarakat yang berlainan bangsa, bahasa, kebudayaan dan agama. Negara Islam Madinah merupakan sebuah negara yang mengandungi komponen masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam. Justeru, ia membentuk masyarakat majmuk. Dalam konteks ini, Islam mempunyai pendekatan tersendiri dalam mengendalikan masyarakat majmuk dan ini telah dilaksanakan dan dibuktikan di Madinah oleh Rasulullah s.a.w.

Masyarakat Islam wajib tunduk kepada semua peruntukan dalam sistem perundangan Islam dan kewajipan ini ditentukan oleh dua faktor terpenting. Pertama, kewajipan terhadap Allah s.w.t. iaitu apabila ia mengiktiraf Islam sebagai agamanya (tanggungjawab akidah atau agama) melalui pengucapan dua kalimah syahadah. Kedua, tanggungjawab individu kepada pemenntah atau pemimpm yang mengambil dan melaksanakan sistem perundangan Islam sebagai dasar pemerintahan negara (tanggungjawab politik), dan selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Ini menunjukkan bahawa semua masyarakat Islam mesti tunduk kepada undang-undang Islam secara menyeluruh tanpa mengira aliran mazhab dan tidak terdapat kebebasan untuk memilih hukum selain daripada hukum Islam. Bagi masyarakat bukan Islam, mereka yang tinggal dengan aman di bawah pemerintahan menurut sistem Islam dan menurut undang-undang Islam, maka ia bertanggungjawab untuk tunduk kepada undang-undang Islam kerana ia tertakluk kepada tanggungjawab politik, bukan tanggungjawab akidah atau agama.

No comments: